Assalamualaikum wa salam mahabbah..dalam beberapa jam je lagi,2011 akan melabuhkan tirai,dan cakk!2012 pun membuka lembaran..
ada antara kita yang masih tertanya-tanya mengenai hukum sebenar menyambut tahun baru..bila elya cuba cari,elya rasa insyaAllah pendapat ustaz zaharuddin ni mampu memberi pencerahan..moga Allah redha.. :)
Soalan
Saya pernah terbaca bahawa haram bagi kita umat Islam menyambut perayaan Tahun Baru pada malam 31 Disember? Apa pandangan ustaz dalam perkara ini?
Jawapan
Pertamanya, sebagai umat Muhammad SAW, kita di ajar untuk mengira peredaran hari menggunakan bulan Islam, ia terlebih afdhal. Pengiraan zakat perlu menggunakan bulan Islam bagi mengetahui "hawl" (tempoh wajibnya) sudah sampai atau belum. Justeru, secara umumnya adalah lebih baik untuk kita mengingati bulan Islam ini bagi terus menjaga identiti Islam yang tersendiri. Islam juga telah meletakkan dua hari raya yang patut disambut dan dirayakan oleh Umat Islam iaitu Eidil Fitri dan Eid Adha.
Oleh itu, sebarang sambutan majlis lain mestilah tidak menyerupai sambutan perayaan dua hari raya Islam tadi. Islam juga terbuka dalam menilai sambutan keraian yang tidak bersifat keagamaan, diterima adat dan tiada unsur yang bercanggah dengan hukum dalam sambutannya.
Tidak dinafikan bahawa terdapat para ulama yang mengharamkan sama sekali sambutan tahun baru dalam apa jua bentuk. Namun, menyambut tahun baru Masehi (yang mengikut kiraan Gregorian calendar ciptaan Pope Gregory), menurut pandangan saya, ia adalah HARUS secara bersyarat serta bergantung kepada cara sambutan dan keraian yang dibuat.
Walaupun kalendar masehi adalah ciptaan bukan Islam, namun melihat kepada penerimaan kalendar moden ini, ia tidak lagi kelihatan bersangkut paut dengan agama malah amat ramai yang tidak lagi mengetahui dan ambil endah tentang asal usulnya, apatah lagi kaitannya dengan mana-mana agama. Ia sudah dikira sebagai sebuah kalendar moden yang diterima di atas asas adat dan kebiasaan. Namun begitu, syarat-syarat seperti berikut mestilah diambil perhatian dalam sambutannya:-
* Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan. Jika ia diasaskan atas dasar ibadah maka ia perlu mempunyai sandaran dalil yang jelas. Bagaimanapun jika menyambutnya atas asas adat dan diisi dengan progam yang boleh membawa kesedaran keagamaan dan kebaikan, maka saya masih berpendapat ia adalah HARUS kerana ia termasuk di bawah umum kelebihan majlis ilmu.
Justeru, sambutan tahun baru menurut adat setempat adalah HARUS DENGAN SYARAT berdasarkan penerimaan Islam terhadap adat yang tidak bercanggah dengan Islam. Kaedah Islam yang menerima adat seperti ini adalah " Al-‘Adat Muhakkamah"
Ertinya : "Adat yang tidak bercanggah dengan Syara' boleh menentukan hukum sesuatu perbuatan dan tindakan". (Rujuk Al-Madkhal al-Fiqhi Al-‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/885 ; Syarh alQawaid al-Fiqhiyyah, Syeikh Ahmad Az-Zarqa, ms 219).
Terdapat satu keadah lain berbunyi : " Innama tu'tabaru al-‘Adat iza attaradat aw ghalabat"
Ertinya : Sesungguhnya diiktiraf sebagai adat (yang tidak bercanggah) apabila ianya berterusan dilakukan dan dilakukan oleh majority". (Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Ali Ahmad An-Nadawi, ms 65)
* Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat.Bagaimanapun, syarat ini hampir mustahil untuk dijaga pada zaman ini kecuali jika dianjurkan oleh badan agama yang disertai mereka yang mempunyai ilmu agama yang baik dan bukan terbuka sebagaimana sambutan besar-besaran umum. Tatkala itu, sambutan akan menjadi haram jika syarat ini tidak dijaga. Namun ia tidak semestinya menjadikan seluruh sambutan menjadi haram jika percampuran itu tidak menjadi satu agenda penganjur, tatkala itu, mereka yang bercampur atas kehendak sendiri melakukan dosa secara individu dan ia dari jenis 'haram lighairihi' atau haram yang datang akibat dari sebab-sebab luaran.
* Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam. Seperti lagu-lagu memuji muja kekasih, wanita, arak. Tidak kira samada ianya lagu biasa atau nasyid (terutamanya dengan kebanjiran kumpulan nasyid hari ini tersasar dari tujuan asal mereka sehingga memperkenalkan lagu-lagu memuji-muja wanita sebagai kekasih).
* Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara'. Majlis sambutan tahun baru dengan penganjuran majlis ilmu sebagai mengambil sempena cuti umum adalah diharuskan pada pandangan saya.
bicara elya : moga2 hari ni lebih baik dari semalam dan esok lebih cemerlang dari hari ini..insyaAllah..
Saturday, December 31, 2011
happy new year?!
rasa qalby CintaElya at 1:44 AM 2 coretan hati
Tuesday, December 27, 2011
sebelum terlambat..
Mungkin ini persoalan sebenarnya – adakah anda akan menulis setiap satu perkara yang anda lakukan?
Dalam keadaan ini, mungkin tidak semua perkara akan kita catatkan kerana kita tidak mahu ibu kita mengetahui sesuatu perkara yang kita tahu tidak akan memuaskan hati ibu. Mungkin kita takut untuk memberitahu ibu bahawa kita telah keluar bersama teman wanita / lelaki. Mungkin kita takut untuk memberitahu ibu bahawa kita tidak menunaikan solat subuh. Mungkin kita takut untuk memberitahu ibu tentang gambar yang kita pamerkan di Facebook. Besar atau kecil sekalipun, mungkin ada perkara yang kita tidak ingin ibu kita ketahui. Bukan sahaja ibu kita, malah kita mungkin tidak mahu sesiapa pun mengetahui sesetengah perkara yang telah kita lakukan.
Mari kita bandingkan senario ini dengan senario berikut daripada surah Al-Haqqah:
فَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ فَيَقُولُ هَاؤُمُ اقْرَءُوا كِتَابِيَه
إِنِّي ظَنَنْتُ أَنِّي مُلَاقٍ حِسَابِيَهْ
Maka sesiapa yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka ia akan berkata: “Nah! Bacalah kamu Kitab amalku ini! Sesungguhnya aku telah mengetahui dengan yakin bahawa aku akan menghadapi hitungan (hisab) amalku” (Surah Al-Haqqah, 69: 19-20)
Ayat-ayat ini menerangkan situasi seseorang yang telah pun dihisab amalnya. Ia gembira sekali kerana ia telah melalui hisabnya dan telah nyata ia tergolong dalam golongan penghuni Jannah. Maka dengan tanpa sebarang rasa takut ataupun malu ia rela, malah beria-ia untuk menunjukkan kepada sesiapa sahaja amalan-amalannya semasa di dunia yang pastinya depenuhi dengan amalan-amalan soleh.
Beberapa ayat kemudian, kita akan dapati suatu keterangan mengenai satu golongan lain.
وَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِشِمَالِهِ فَيَقُولُ يَا لَيْتَنِي لَمْ أُوتَ كِتَابِيَه. وَلَمْ أَدْرِ مَا حِسَابِيَهْ
Adapun orang yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kirinya, maka ia akan berkata: “Alangkah baiknya kalau aku tidak diberikan Kitab amalku, – Dan aku tidak dapat mengetahui hitungan amalku” (Surah Al-Haqqah, 69: 25-26)
Ayat-ayat ini pula menerangkan situasi orang yang bakal menjadi penghuni api neraka. Ia begitu kecewa melihat amalnya selama ini sehingga ia berasa lebih baik tidak mendapat Kitab amalnya, apatah lagi untuk ditunjukkan kepada orang lain.
Tiada siapa yang tahu bilakah masanya peristiwa yang diceritakan ini akan terjadi. Mungkin 100 tahun lagi. Mungkin juga 1000 tahun lagi. Wallahua’lam, tetapi ia adalah sesuatu yang sudah pasti akan terjadi.
Namun, cuba bayangkan anda diberi peluang untuk menerima Kitab amal anda pada saat ini. Kitab yang ada mencatatkan setiap amalan baik dan buruk anda pada hari ini dan hari-hari sebelumnya dengan sempurna tanpa sebarang rahsia pun. Adakah anda rela menunjukkannya kepada sahabat-sahabat anda? Kepada ahli keluarga anda?
Ataupun anda akan berkata: “Alangkah baiknya sekiranya aku tidak menerima Kitab amalku.”
Hisablah diri kita sekarang. Lakukan perubahan sebelum tiba hari yang mana penyesalan tidak lagi bererti.
bicara elya : watch out dear friends!Allah is in every steps..He's watching.. :)
rasa qalby CintaElya at 7:09 AM 5 coretan hati
Labels: luv Islam abadan abada..~
Tuesday, December 20, 2011
puasa CINTA..
Islam itu datang bukan untuk membunuh fitrah,tapi menyediakan jalan untuk menyalurkan cinta secara bermaruah.. :)
Assalamualaikum wa salam mahabbah..
puasa cinta?AllahuRabbi..besar persoalan ni..namun atas dasar ingin berkongsi rasa,topik ni macam perlu je dikupas..
erm,ramai antara kita yang tahu maksud puasa bukan..alah..yang kita duk hafal siang malam untuk lulus ujian KAFA tu..puasa : menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari disertakan dengan niat..
bagaimana pula kita ingin intrepitasikan puasa kita x makan dgn puasa CINTA?
puasa cinta adalah menahan diri daripada melakukan sebarang perkara yang boleh mendekatkan kita dengan zina dari kita bergelar baligh hingga terlafaznya akad nikah yang menghalalkan hubungan kita dengan suami/isteri..disertakan dengan niat menjaga batas-batas tersebut kerana Allah.. :)
bayangkan kita berpuasa Ramadhan atau puasa sunat dll..bukan ke kita rasa nikmat yang bukan kepalang apabila berbuka puasa dengan pelbagai juadah yang disediakan di atas meja..dan tujuan puasa juga adalah sebagai satu medan tarbiyyah buat kita memperoleh sijil taqwa..
begitu juga puasa cinta..indah!indah saat kita 'berbuka' puasa cinta tatkala Allah sediakan jalan perkahwinan bagi menghalalkan apa yang tak boleh kita lakukan sebelumnya..Islam itu sempurna dari segenap sudut perkara..tidakkah kita ingin turut merasai nikmat itu?di samping memperoleh sijil kebahagiaan hingga ke syurga?
ada yang memberi alasan :
'macam mana nak kenal dia sesuai atau tak buat kita kalau x bercinta dulu dengan dia?nanti x serasi bersama pulak..'
ramai yang bimbang tak serasi sikap,tapi tak bimbang tak serasi syariat..ini yang bahaya..insyaAllah,apabila dah ada barokah dalam rumah tangga,segala ketidak serasian itu akan menjadi pemanis..saling melengkapi..
em,rasanya mungkin elya kurang sesuai bebicara soal ini..
"baru habis spm dah ada hati nak cakap pasal ni..belajar lah dulu memasak tu!kan nak jadi zaujah solehah.."
jadi elya sediakan satu video..sebagai menjawab persoalan2 yang mungkin elya tak boleh jawab..apatah lagi yang berbicara itu adalah pasangan zauj dan zaujah yang telah pun merasakan nikmat bercinta selepas kahwin..ya!mereka lebih layak..moga Allah redha dan memelihara diri kita daripada tertipu dengan cinta dunia yang maha memanipulasi pada akhir zaman ini.. :)
bicara elya : jangan biarkan fitrah menjadi fitnah..namun bentuklah fitrah itu berlandaskan syariat agar mampu beroleh barokah..
rasa qalby CintaElya at 11:47 PM 7 coretan hati
Labels: hawa oh hawa...~, makna bg diriku...~, video mumtaz..=)
Sunday, December 18, 2011
salah faham rukun qauli..
Assalamualaikum wa salam mahabbah..
sekadar perkongsian..takut2 ada antara kita masih lagi membaca rukun qauli sekadar kumat-kamit di bibir namun tak didengar oleh telinga..ayuh kita lihat dalil dan jawapan dari web yang elya dapat :
http://soalsolatumum.blogspot.com/2008/12/rukun-qauli-tak-boleh-baca-dalam-hati.html
Assalamu'alaikum! Ustaz,
benarkah bacaan rukun qauli di dalm solat (i.e fatihah, tahiyyat akhir) tidak boleh dibaca di dalam hati. Ada Ustaz mengatakan ianya mesti di dengar oleh telinga kita sendiri. Adakah dalil berkenaan hal ini?
Jawab:
Perkataan rukun Qauli itu diperkenalkan oleh Syaikh Mashhad (di mana beliau juga adalah Panel Fiqh Ahkam). Solat merangkumi Rukun Qauli (perkataan) dan Rukun qalbi (hati) itu adalah hasil syarah dan pendetailan fuqaha' madzhab semasa merincikan ilmu Fiqh (azZuhaliy, Fiqh Islami). Begitu juga rukun2 solat, spt Rukun 13 itu adalah rincian dalam madzhab Syafi'iy. Istilah2 dan perukunan ini disandarkan kepada dalil-dalil"
HR Bukhari-Ahmad,"solatlah kamu sebagaimana kamu lihat aku solat."
Juga kaedah usyul feqh:" Dasar dalam Ibadah ialah Tauqif (tunggu perintah) dan Ittiba' (ikutan)."
Apabila fuqaha'/ulama' mengkaji bentuk solat Nabi saw, maka mereka merincikan solat itu ada rukun qauli spt menyebut Takbir Iftitah,"Allahu Akbar" dengan jahar (nyata dengan perkataan melalui sebutan lidah), begitu juga bacaan2 yg lain.
Dalil yg digunakan ialah hadis-hadis dan athar yg dihimpunkan mengenai tatacara solat Nabi saw, mana bacaan baginda yg dikuatkan (nyaring) dan manakah bacaan yg diperlahankan. Jika Nabi membaca secara senyap, sahabat masih boleh melihat mulut Nabi bergerak dengan melihat pergerakan janggutnya (Bukhari-Muslim) Ini menunjukkan solat itu ada rukun Qauli.
Kadar kuat (nyaring) atau perlahan itu ada disebut dalam dalil hadis riwayat Abu Daud, alHakim (disahihkan olehnya), azZahabi (disepakatinya) bahawa Nabi menegur Abu Bakar, supaya mengangkat sedikit suaranya (kerana terlalu perlahan) dan Umar ra merendahkan sikit bacaanya kerana terlalu nyaring.
Adapun solat dan membaca dengan hati ini bukanlah dari Nabi saw, tapi ajaran solat adDaimun (solat dengan hati yg diwartakan sesat). Ruj: Albani, Sifat Solatun Nabiyy. WaLlahu a'alam
bicara elya : moga solat kita lebih sempurna dalam meraih cintaNya..insyaAllah.. :)
rasa qalby CintaElya at 10:24 PM 1 coretan hati
Labels: ilmu fiqh..~, luv Islam abadan abada..~
Saturday, December 17, 2011
.::muslimah itu::.
rasa qalby CintaElya at 12:48 AM 2 coretan hati
Friday, December 16, 2011
salam dari stesen minyak..
rasa qalby CintaElya at 12:03 PM 2 coretan hati
Labels: coret2 dinihari..=), makna bg diriku...~
Thursday, December 15, 2011
aku ingin mencintaiMU!
Tuhan betapa aku malu atas semua yang kau beri
Padahal diriku terlalu sering membuatMu kecewa
Entah mungkin karena ku terlena sementara Engkau beri
Aku kesempatan berulangkali agar aku kembali
Dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghambakanMu
Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMu
Aku ingin mencintaiMu setulusnya
Sebenar-benar aku cinta
Dalam doa dalam ucapan dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekatiMu selamanya sehina apapun diriku
Kuberharap untuk bertemu denganMu yaa Rabbi
rasa qalby CintaElya at 11:40 AM 0 coretan hati
Labels: lirik keinsafanku...=)
Wednesday, December 14, 2011
perjalanan janin..
BERMULA DARI SETITIS AIR…
DARI DUNIA YANG GELAP DAN SEPI
DAN IA BERAKSI KEPADA TUHANNYA…
JANIN PUN SUJUD KETIKA AL-QURAN DIPERDENGARKAN...
DARI PENGEMBARAANNYA LEBIH 9 BULAN
SEBELUM IA MELIHAT DUNIA
IA BERJUANG ANTARA HIDUP & MATI
alMukminun 13-14 :
Yang bermaksud. "Kemudian Kami jadikan pati itu setitis air benih pada tempat penetapan yang kukuh.Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku; lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu, Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan Allah sebaik-baik Pencipta."
subhanaLlah..Maha Benar kalam Allah..dan masih layakkah kita berjalan di atas muka bumiNya dalam keadaan menyombong diri?diciptakan daripada setitis air mani yang hina hingga menjadi sebaik-baik makhluk..tundukkan hati sahabat-sahabat..ittaquLlah..
bahkan tiadalah siapa-siapa kita ini melainkan hambaNya yang kerdil dan bakal kembali kepada Rabbul Izzati..astarfiruLlah.......
rasa qalby CintaElya at 11:20 AM 2 coretan hati
Labels: dalil2 naqli...~, esq165...~, penghisabanku...~
Tuesday, December 13, 2011
SPM?yang lagi besar menanti..
rasa qalby CintaElya at 4:02 AM 3 coretan hati
Labels: coret2 dinihari..=)
Friday, December 9, 2011
Penghulu Istighfar..
Nabi bersabda, "Sesiapa membacanya pada siang hari dengan penuh keyakinan lalu dia mati pada hari itu sebelum datang petang hari maka dia termasuk dari ahli syurga. Dan sesiapa membacanya pada malam hari dengan penuh keyakinan, lalu dia meninggal dunia sebelum pagi hari maka dia termasuk dari ahli syurga". (Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari)
Rasulullah sendiri beristighfar 70x sehari..kita,7x pun kadang2 belum tentu..astarfiruLlah..
bicara elya : lagu berjela-jela kita boleh hafal..apa salahnya kan kita hafal penghulu istighfar ni..mudah-mudahan jadi cahaya kita di akhirat sana nanti..insyaAllah.. ;)
rasa qalby CintaElya at 8:27 AM 0 coretan hati
Labels: luv Islam abadan abada..~
Thursday, December 8, 2011
.::ketaqwaan Saidina Abu Bakar::.
Baginda SAW berkata: "Nama Abu Bakar akan diseru dari segenap pintu syurga dan dialah pengikutku yang pertama akan memasukinya".
Namun demikian,perasaan takutnya kepada Allah tetap bertakhta dikalbunya. Dia sering berkata : "Alangkah bagusnya jika aku menjadi sebatang pokok yang ditebang dan dijadikan kayu api."
Kadang-kadang beliau berkata : "Alangkah baiknya kalau aku ini sehelai rumput yang riwayat hidupnya akan tamat apabila dimakan oleh seekor binatang ternakan."
Pada suatu hari beliau telah pergi ke sebuah taman di mana dia lihat seekor burung sedang berciap-ciap. Katanya: "Wahai burung ! Sungguh bertuah engkau. Kamu makan,minum dan berterbangan di bawah naungan pokok-pokok kayu tanpa sebarang perasaan takut tentang hari perkiraan. Aku ingin menjadi seperti engkau wahai burung."
Rabi'ah Aslami r.a. telah bercerita : "Pada suatu hari aku telah bertengkar dengan.Abu Bakar. Semasa pertengkaran itu berlaku, dia mengeluarkan sepatah kata kesat kepada aku. Dengan serta-merta dia telah menyedari kesilapannya lalu berkata: "Wahai saudara,gunakanlah perkataan itu terhadapku sebagai tindakan balas." Aku enggan berbuat demikian. Dia menggesaku supaya menggunakan perkataan kesat itu dan berkata hendak merujuk kepada Nabi SAW. Aku tidak juga mahu mengalah. Dia pun bangun meninggalkan aku. Beberapa orang dari ahli puakku yang menyaksikan peristiwa tadi mencemuh: "Ganjil betul orang ini; dia yang melakukan kesalahan dan dia pula mengancam hendak mengadukan kepada Nabi SAW."Dengan segera aku menyampuk: "Kamu tahu siapakah dia? Dia adalah Abu Bakar. Menyinggungnya bererti menyinggung Nabi dan menyinggung Nabi bererti menyinggung Allah. Kalau perbuatanku menyinggung Allah, siapakah yang akan menyelamatkan aku?" Aku pun bangun lantas pergi mendapatkan Nabi SAW, kepadanya aku bercerita apa yang telah berlaku. Baginda SAW berkata:" Keenggananmu mengeluarkan kata-kata kesat itu sudah kena pada tempatnya. Tetapi untuk mengurangkan penderitaan batinnya (Abu Bakar), sekurang-kurangnya kamu berkatalah:"Semoga Allah mengampunimu, hai Abu Bakar."
Begitulah ketaqwaan yang telah ditunjukkan oleh Saiyidina Abu Bakar r.a. Keenggananya menerima pembalasan di akhirat menyebabkan dia memaksa Rabi'ah Aslami supaya mengambil tindakan balas keatasnya. Kekesalannya dan penderitaan batinnya akibat kesalahannya itu demikian rupa sehingga beliau sanggup menceritakan segala-galanya kepada Nabi SAW dengan harapan Nabi dapat menolongnya.
Bagaimanakah pula perasaan kita,umat Islam kini, selepas melakukan kesalahan seperti itu ? Kita sering melakukan kesalahan tanpa sebarang perasaan takut akan pembalasan sama ada di dunia ini atau pun diakhirat nanti.
Sumber: Buku "Kisah-kisah para sahabat jilid 1-2" Karangan Maulana Muhammad Zakariya Kandhahlawi. Penyunting :Ibnu Hussin. Perniagaan Jahabersa, J.B.
rasa qalby CintaElya at 8:18 AM 2 coretan hati
Labels: kenali sAhAbAt2 Kekasih Allah..~, story buat rohani..=)
Wednesday, December 7, 2011
beca itu..
Assalamualaikum wa salam mahabbah..
sihat semua?kalau ada yang kurang sihat,elya doakan moga cepat sembuh ya..insyaAllah,sebagai kafarah dosa setiap musibah yang menimpa..senyum sokmo.. :)
ya,beca itu..
1001 kenangan padanya..1001 jasa yang dibaktikannya..ya,beca itu..rindu sama dia..
erm,dulu masa tadika,pok ya yang tolong ambil dan hantar pulang..guna beca itu..pok ya dengan kudrat empat tulang mengayuh beca dalam terik matahari,dalam renyai-renyai hujan..
elya dan sahabat berada dalam beca terlindung dari sinaran suria,percikan hujan kebasahan..hari berangin jadi kegemaran..angin yang menyapa..melihat pokok hijau melambai..Allah..subhanaLlah..indahnya waktu tu!rindu..
dan beca itu..menjadi pengangkutan yang berjasa..membawa diri ke tempat mengenal ABC,123..dan pok ya,moga Allah kurniakan dia kesihatan yang berpanjangan,murah rezeki..yang penting kebahagiaan dunia akhirat..amin..
hargailah dia sementara ada..
bicara elya : sempat juga berasa naik beca..sekarang dah susah nak jumpa..rindu nak naik beca,rindu sangat pada pok ya!syukran pok ya! :)
rasa qalby CintaElya at 7:51 PM 0 coretan hati
Labels: makna bg diriku...~
Thursday, December 1, 2011
sudi jadi isteri kedua?
“Awak Sudi Jadi Isteri Kedua Saya?”
“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.
“Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!” pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.
Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.
“Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya…” Fulanah mula sebak.
“Tak. Maksud saya…”
“Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!” potong Fulanah dengan kasar.
“Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?” suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.
Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu ‘Fulanah’ di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini.
Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya yang berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.
Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.
“Ada hikmah,” bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.
Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang Muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.
Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai Muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fulanah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.
Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian.
Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fulanah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.
Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun.
Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah SWT Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.
Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak?
Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.
“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tanpa segan silu.“Sudi,” jawab Nusaibah ringkas.
“Err, err, betul ke ni?!” tergagap Fikri apabila menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.
Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.
“Kenapa saya?” tanya Fikri ingin tahu.“Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak,” jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.“Baiklah,” jawab Fikri tersenyum.
Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.
“Abang, saya nak tanya boleh?” sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.“Ye sayang?” jawab Fikri sambil memandu.“Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,” luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.“Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa,” Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.“Yeke? Dia datang program tu rupanya,” jawab Nusaibah riang.
Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut hati kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.
“Kita dah sampai,” Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya. Fikri berdiri, menghadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.
“Itu isteri pertama abang,” Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.“Mana bang?” Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.“Tak nampak pun,” Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.“Siapa nama isteri pertama abang?” Nusaibah sangat berdebar.
Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.
“Perjuangan!!"jawab Fikri..
sedar kalian akan dimadukan!
Jika dirimu bakal seorang isteri…Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan,
Bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini…
Tetapi anda adalah bakal isteri kedua!!!
Kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam!!!
Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…
Kehadiran dirimu…
Adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan Islam
Bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu!
Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga dirimu…
Dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan Islam!
Jika dirimu bakal seorang suami…
Terimalah hakikat…
Anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya
Atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu!!!
Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya,
Kerana suami yang pertama bagi isterimu…
Ialah perjuangan Islam dan memartabatkannya!
Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai Islam dan memperjuangkan Islam.
Jika dirimu tidak sedemikian,
Sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu!
Bantulah isterimu dan kuatkanlah dia untuk teruskan perjuangan
rasa qalby CintaElya at 1:44 AM 5 coretan hati
Labels: story buat rohani..=)
Saturday, November 26, 2011
ayuh berhijrah! :)
Allah,Allah,Allah..
dan alhamduliLlah juga,kita masih diberi peluang olehNya untuk menyambut sekali lagi maal Hijrah..tahun depan belum tentu bukan?sebenarnya ini peluang yang diberi Allah untuk hamba-hambaNya bagi bertaubat..agar hidup sentiasa dalam ketenangan..
terlalu besar ibrah yang kita boleh peroleh daripada peristiwa hijrah..terlalu besar..pengrbanan,persaudaraan,keberanian..subhanaLlah..tinggi benar iman yang diperlukan bagi menempuh jalan hijrah..
sahabat,sama-sama kita buka minda,celik hati..walau secebis pun,cubalah berubah..ke arah mardatiLlah..kuatkan semangat..jangan azam kita hanya tinggal sebagai azam..insyaAllah kita sama-sama mujahadah untuk istiqamah!
dan Allah tidak mengubah sesuatu kaum itu sebelum kaum itu merubah diri mereka terlebih dahulu.
-arRa'ad : 11
rasa qalby CintaElya at 2:30 AM 2 coretan hati
Labels: coret2 dinihari..=)
Thursday, November 3, 2011
perjuangan..
"Adakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga,padahal belum datang kepadamu cubaan seperti yg dialami orang2 terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan,penderitaan dan digoncang dengan pelbagai cubaan,sehingga Rasul dan orang2 yg beriman bersamanya berkata,"Bilakah akan datang pertolongan Allah?"Ingatlah,sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."(Al-Baqarah: 214)
‘isyh azizan au mut syahidan!
rasa qalby CintaElya at 9:00 AM 4 coretan hati
Labels: dalil2 naqli...~, intisari qalbY...~
Sunday, October 30, 2011
kuasa 0 = 1
rindunya nak bertinta di teratak yang tak seberapa ni..
moga terus diberi kekuatan dalam melayari kehidupan..
insyaAllah,tak nak tersimpang jauh..terus ke tajuk santapan hari ni..
alhamduliLlah..antara kita mungkin semua belajar matematik kan..subjek yang penuh dengan keajaiban..ilmu Dia juga.. :)
jadi,kita mesti tahu,sebarang nombor jika kita kuasakan dengan kosong pasti mendapat jawapan 1..
1^0 = 1
100^0 = 1
10000^0 = 1
1000000000000^0 = 1
dah cuba tekan kalkulator?
bahkan matematik pun membuktikan :
andai kita benar2 ingin bertemu YANG SATU,yakni YANG ESA,kita hruslah mengosongkan kekuatan kita,kelebihan kita dan segala apa yang membuat kita membesarkan diri sendiri..lantas membiarkan dahi mencecah bumi,sujud menyembah Ilahi..perasaan kehambaan yang menerjah di hati..Allahu Akbar..kerana sesungguhnya tiada dan daya upaya melainkan Allahu Ahad..subhanaLlah..
Surah al-Ikhlas.Maksud ayat 1-4:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
1. Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
2. Sesungguhnya Allah kekal.
3. Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan
4. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.
bicara elya : moga jauh daripada termasuk golongan yang sombong dek kegersangan jiwa dari tarbiyyahNya..amin..
rasa qalby CintaElya at 8:09 AM 0 coretan hati
Thursday, October 27, 2011
kerana lalat?
Kaum Muslimin yang hadir dalam pengajian itu terperanjat apabila mendengar perkataan Imam Thariq bin Syihab yang tidak masuk akal itu. Mereka tertanya hairan.
“Bagaimana hal itu boleh terjadi?” tanya mereka serentak.
Lalu Imam Thariq bin Syihab menceritakan sebuah cerita menarik.
“ Ada dua orang melakukan pengembaraan. Pada suatu hari, mereka memasuki daerah yang didiami satu kaum yang menyembah berhala. Kaum itu memiliki berhala yang disembah dan dikeramatkan. Orang yang melewati daerah mereka harus memberi korban sebagai persembahan untuk berhala itu. Jika tidak, mereka tidak akan dibiarkan keluar hidup-hidup dari daerah itu.
Dua orang itu turut mengalami masalah yang sama. Mereka mesti memberikan persembahan pada patung berhala. Lelaki pertama sangat takut pada kematian. Oleh kerana tidak memiliki apa-apa, akhirnya dia menangkap seekor lalat untuk dipersembahkan pada berhala itu.
Lelaki kedua pula tetap teguh memegang akidahnya. Dia tidak mahu berkorban untuk berhala itu, meskipun dengan seekor lalat. Dia memilih untuk taat kepada ajaran agamanya. Berkorban hanya boleh dilakukan jika sesuai dengan syariat, iaitu korban Aidil Adha yang dilakukan ikhlas kerana Allah.
Memberi persembahan untuk berhala, meskipun hanya dengan seekor lalat, adalah perbuatan menyekutukan Allah. Itu adalah dosa yang paling besar. Keengganannya menyebabkan dia dibunuh. Lelaki itu mati syahid mempertahankan akidahnya dan masuk syurga.
Adapun lelaki yang satunya, akhirnya meneruskan perjalanan. Namun begitu, malang menimpanya. Baru sahaja dia berjalan beberapa puluh langkah, dia digigit ular berbisa ditengah padang pasir dan akhirnya mati.
Namun, dia mati dalam keadaan musyrik (menyekutukan Allah). Dia masuk neraka kerana menyekutukan Allah, dengan mempersembahkan seekor lalat pada berhala.”
bicara elya : setiap perbuatan walau sekecil zarah akan ditimbal balik..ingatlah,syurga itu diperoleh kerana rahmatNYA..Allahu Rabbi.. :)
rasa qalby CintaElya at 7:28 AM 1 coretan hati
Labels: story buat rohani..=)
Tuesday, October 11, 2011
-ujub-
Nabi saw. bersabda, "Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub (rasa kagum dengan diri sendiri).”. (HR Al-Bazzar dan Al-Baihaqi)
Ujub ialah PERASAAN kagum atas diri sendiri. Merasa diri HEBAT. Bangga diri. Terpesona dengan kehebatan diri.
Sufyan at-Tsauri mengatakan ujub adalah perasaaan kagum pada dirimu sendiri sehingga kamu merasa bahawa kamu lebih mulia dan lebih tinggi darjat.
Muthrif rahimahullah telah berkata, “Kalau aku tidur tanpa tahajud dan bangun dalam keadaan menyesal, adalah lebih baik dari aku bertahajud tetapi berasa kagum dengan amalan tahajud tadi.”
Seorang sahabat Nabi Abu Ubaidah al-Jarrah yang menjadi imam. Setelah selesai beliau berkata, “Syaitan sentiasa menghasut aku supaya merasa aku ini lebih hebat dari orang di belakangku. Aku tidak mahu jadi imam sampai bila-bila.”
Perasaan ujub boleh datang pada bila-bila masa.
Orang yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya.
Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya.
Orang yang cantik, kagum dengan kecantikannya.
Orang yang dermawan, kagum dengan kebaikannya.
Orang yang berdakwah, kagum dengan dakwahnya.
Ingatlah, semua kelebihan adalah anugerah dari Allah, oleh itu kagumlah hanya kepada Allah, bukan diri sendiri.
luah fikiran
bicara elya : Ya Allah..jauhkanlah hambaMu yang lemah ini dari sifat ujub..sesungguhnya tiadalah layak bagi kami untuk bersikap demikian..astarfiruLlah..
rasa qalby CintaElya at 12:49 AM 3 coretan hati
Labels: luv Islam abadan abada..~
Sunday, October 9, 2011
lucu ya..
Duit RM50 kelihatan begitu besar
bila dibawa ke kotak derma
masjid,tapi begitu kecil jika dibawa
ke Mid Valley(sh...opping).
Lucu ya…
30 minit terasa begitu lama untuk
berzikir,tapi betapa pendeknya
waktu itu untuk menonton
“Friends”.
...Lucu ya…
Betapa lamanya 2 jam berada di
dalam Masjid,tapi betapa
cepatnya 2 jam berlalu ketika
menonton wayang di panggung.
Lucu ya…
Susah sungguh merungkai kata
untuk dipanjatkan saat berdoa
atau bersolat,tapi bertapa
mudahnya cari bahan
bersembang bila bertemu kawan-
kawan,boyfriend & girlfriend.
Lucu ya…
Betapa seruan dan teriakan yang
berpanjangan waktu perlawanan
bola sepak tapi betapa bosannya
bila imam solat terawih bulan
ramadhan bacaannya lama dan
panjang.
Lucu ya…
Susah sangat baca Al-Quran 1
juzu’saja.Tapi majalah hiburan
dan novel best seller 100
halaman pun habis di telaah.
Lucu ya…
Orang berebut paling depan
untuk menonton bola atau
konsert,tapi berebut cari saf
paling belakang bila sembahyang
Jumaat supaya boleh cepat
keluar.
Lucu ya…
Kita perlu diundang seawall 3-4
minggu sebelumnya untuk majlis
agama supaya boleh dimasukkan
agenda kita,tapi untuk acara lain
seperti menonton wayang,annual
dinner atau high tea jadual kita
boleh diubah.
Lucu ya…
Susahnya orang mengajak
menyebarkan dakwah,tapi
mudahnya orang menyertai dan
menyebarkan gossip.
Lucu ya…
Semua orang ingin masuk syurga
tanpa harus beriman,berbicara
ataupun melakukan apa-apa.
rasa qalby CintaElya at 12:35 AM 1 coretan hati
Labels: penghisabanku...~
Friday, October 7, 2011
siapalah kita?
DAN siapalah kau si perempuan pendedah aurat yang merasa dirimu akan selamat? Yang mahu bergantung harap pada syafaat Nabi. Yang merasa diri cukup baik walaupun aurat terdedah. Yang berangan-angan akan syurga tetapi enggan patuh. Jangan kau fikir Allah mahu memandang sifat baikmu jika arahan dan hakNya kau ketepikan, usah kau mimpi dan angkuh! Siapakah kau si tudung labuh dan si pendedah aurat? Jangan mudah-mudah kau fikir kau akan selamat selagi kau tidak menganggap dunia ini penjara buatmu.”
— syahirul.com
bicara elya : peringatan buat sang hawa..jua pesanan buat diri yang sentiasa leka..
rasa qalby CintaElya at 12:26 AM 1 coretan hati
Tuesday, October 4, 2011
-kebaikan yang terhimpun-
"Kebaikan itu semuanya terhimpun dalam 4 perkara : percakapan, diam, pandangan dan gerak."
Tiap-tiap percakapan yang tidak disertai dengan mengingati Allah adalah sia-sia.
Tiap-tiap diam yang tidak disertai dengan mengingati Allah adalah leka.
Tiap-tiap pandangan yang tidak disertai dengan pengambilan iktibar adalah lalai.
Tiap-tiap gerak yang tidak disertai dengan penghambaan adalah kosong.
Semoga Allah merahmati hamba yang telah menjadikan percakapannya sebagai zikir, diamnya sebagai tafakur, pandangannya sebagai iktibar dan geraknya sebagai perhambaan. Dari lisan dan tangannya manusia mendapat kesejahteraan..
bicara elya : adakah setiap nafas kita dalam keasyikan mencintaiNya??
rasa qalby CintaElya at 3:14 AM 1 coretan hati
Monday, October 3, 2011
HE knows..
“Does he not know that, when the contents of the graves are poured forth, and the secrets of the hearts are made known, on that day (they will find) their Lord is Well-Aware of them.” ~ [Sūrah al-`Ādiyāt: 9-11]
On the Day of Judgement our actions will be revealed for all to know, so turn to Him in repentance and hasten to perform good deeds while you still have time on this earth..
rasa qalby CintaElya at 6:09 AM 1 coretan hati
Saturday, October 1, 2011
dunia bagaikan air yang menitis..
✿~ Nabi s.a.w pernah bersabda : "Perbandingan dunia dengan akhirat itu ibarat seseorang yang memasukkan jarinya ke laut, kemudian lihatlah apa yang terjadi ketika ia mengangkat jarinya kembali." (HR Muslim, Tirmizi, dan Nasa'i).
✿~ Ertinya ~> dunia tidak bererti apa-apa bila dibandingkan dengan akhirat. Umur dunia sangat singkat dan kesenangannya bersifat fana. Sedangkan akhirat kekal dan kenikmatannya abadi. Dunia bagaikan air yang menitis dari jari dan akhirat ibarat air lautan.
bicara elya : dan kita masih di sini..di mana kita sentiasa mengejar dunia yang sementara walhal akhirat yang kekal abadi sentiasa menanti kita..Allahu Akbar Kabir..
rasa qalby CintaElya at 6:03 AM 1 coretan hati
Labels: dalil2 naqli...~, luv Islam abadan abada..~, penghisabanku...~
Monday, September 26, 2011
why we must cover?
Answered: The Muslim guy smiled and got two sweets, he opened the first one and kept the other one closed. He thrown them both on the dusty floor and asked the guy: If I asked u to take one of the sweets which one u will choose?
The Man replied: The covered one.
Then the Muslim said that’s how we treat and see our women!
rasa qalby CintaElya at 4:35 AM 0 coretan hati
Labels: hawa oh hawa...~
Sunday, September 25, 2011
tumblring..
insyaAllah membawa manfaat bersama..kadang2,gambar pun boleh beri ketenangan..tapi gambar yang macam mana?yang mengingatkan siapa kita dihadapanNya..
mine : alfarasyah solehah
rasa qalby CintaElya at 4:36 AM 0 coretan hati
Labels: coret2 dinihari..=), promo2...=)
Saturday, September 24, 2011
TUHAN vs hantu..
asif lama tak update..
mungkin Allah belum izinkan..
tapi alhamduliLlah..akhirnya,dikuatkan jua jari jemari menulis sesuatu buat pedoman bersama..insyaAllah..
tertarik untuk berkongsi satu hal yang pada hakikatnya,memang berleluasa dalam kalangan masyarakat kita hari ini..
TUHAN vs hantU
aik?pelik ni..macam mana pulak Allah vs hantu..hurmm..Allah itu alKhaliq..dan setiap yang wujud saat ini adalah ciptaanNya..
cuma,ayuh kita muhasabah balik..kalau anak2 kecil atau antum ada adik2..kita akan gunakan alasan ;
'jangan pergi sana,ada hantu'
'nanti kalau buat macam tu,hantu datang'
-dan yang sewaktu dengannya..
untuk apa?mungkin nak elak adik2 masuk bilik orang ke..buat tak elok ke..tapi alasan itu BERJAYA bagi menghalang perbuatan itu diteruskan..betul tak?kerana masyarakat dan generasi sekarang terlalu dimomokkan dengan hal2 sebegini..
tengok sahaja rancangan tv..berapa banyak program yang berunsurkan hantu bukan?ok,cuba kalau kita gunakan alasan ni ;
'tak baik buat macam tu,Allah tengok'
'jangan buat bukan2,Allah ada sedang perhatikan perlakuan kita'
hurm..rasa2 adik2 kita akan kisah ke tak..mungkin majoritinya tak terkesan pun dengan ayat ni..kerana kanak-kanak seperti tidak melihat TUHAN itu sebagai sesuatu yang Akbar..mentaliti..mentaliti yang telah disemai dan dipajak sejak berkurn lamanya..
sebab tu sekarang ramai yang kurang penghayatan akan wujudnya Rabbul Alamin..
"Sesungguhnya orang-orang beriman yang apabila disebutkan nama Allah,gementar hatinya,dan apabila dibacakan ayat-ayat Allah kepadanya maka bertambahlah imannya,sedang mereka itu sedang bertawakkal kepada TuhanNya."
-alAnfal : 2
konklusinya,bagi sesiapa yang punya adik2,atau anak2 kecil yang hatinya sesuci kain putik,coraklah ia dengan warna pelangi Islam..cuba tanamkan 'ketakutan' yakni ketakwaan kepada Allah..waLlahua'lam..moga Allah redha! :)
bicara elya : Allah alBasir,Allah alSamii'..ingat tu..!
rasa qalby CintaElya at 4:06 AM 0 coretan hati
Labels: luv Islam abadan abada..~, makna bg diriku...~, penghisabanku...~
Saturday, September 17, 2011
Allah....
Ya Allah..andai ini ujian dariMu..Engkau redakanlah perasaan ini.
Aku mohon,aku pinta..moga jalan yang berliku ini dipermudahkan,agar tak tersungkur dan futur di pertengahan jalan..
Sungguh Ya Rabb..kakiku belum ampuh berdiri tegak di persada medan mujahadah ini..
Cukuplah Engkau sebaik-baik pelindung buat kami meniti hari..
Ya muqallibal qulub,thabbit qulubana ala Deenik,wa ala to'atik..
Amin Ya Rabbal Alamin..............~
rasa qalby CintaElya at 4:55 AM 0 coretan hati
Labels: penghisabanku...~
Sunday, September 11, 2011
muslimah,bersyukurlah..
Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab.
Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.
Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”
Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”
Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”
Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”
Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”
Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”
Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.
Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”
Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.
Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”
Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”
Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”
Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”
Lelaki beriman bertanya:
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”
Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”
Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.
Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.
Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.
Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.
Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti...
Sumber: Ridhuan As-Siddiq
bicara elya : jadilah hambaNya yang bersyukur..sungguh,perancangan Dia Maha Hebat..muhasabah bersama.. :)
rasa qalby CintaElya at 6:23 AM 3 coretan hati
Labels: hawa oh hawa...~, penghisabanku...~
Thursday, September 8, 2011
~Nur dalam hidup
Ya Allah, dinginkan panasnya kalbu dengan salju keyakinan dan padamkan bara jiwa dengan air keimanan.
...Wahai Rabb, anugerahkan pada mata yang tak dapat terpejam ini rasa kantuk Mu yang mententeramkan, tuangkan dalam jiwa yang bergejolak ini kedamaian, dan ganjarlah dengan kemengan yang nyata.
Wahai Rabb, tunjukkanlah pandangan yang kebingungan ini pada cahaya Mu, bimbinglah sesatnya perjalanan ini kearah jalan Mu yang lurus dan tuntunlah orang-orang yang menyimpang dari jalan Mu merapat kehidayah Mu!
Ya Allah, sirnakan keraguan terhadap fajar yang pasti datang dan memancar terang, dan hancurkan perasaan yang jahat dengan secercah sinar kebenaran. Hempaskan semua tipu daya syaitan dengan bantuan bala tentara Mu.
Ya Allah, sirnakan dari kami rasa sedih dan duka, dan usirlah kegundahan dari jiwa kami semua.
Kami berlindung kepada Mu dari setiap rasa takut yang datang, hanya kepada Mu kami bersandar dan bertawakal, hanya kepada Mu kami memohon, dan hanya dari Mu lah semua pertolongan.
Cukuplah Engkau sebagai pelindung kami, karena Engkaulah sebaik-baik pelindung dan penolong..
bicara elya : asif atas ketiadaan post yang baru..spm dah dekat..kena limit2kan..doa2kan kejayaan kami semua ye..salam cinta Ilahi!! :)
rasa qalby CintaElya at 6:17 AM 2 coretan hati
Labels: intisari qalbY...~
Thursday, August 25, 2011
perkataan sensitif > hipokriT
Assalamualaikum wa salam Ramadan kareemah.. :)
rasa qalby CintaElya at 8:24 PM 0 coretan hati
Labels: dalil2 naqli...~, makna bg diriku...~
Monday, August 22, 2011
heartbreaking...
-tumblr(wardatuljannah)
betteroffthiswaay:
Yes. Those babies are lying on concrete.
Yes. That bottle is empty.
...
Yes. Those are mosquitoes and flies swarming their little bodies.
Yes. This is the condition of Pakistan at the moment.
A couple of weeks have gone by since the floods in Pakistan have flowed and the number of people affected by this is staggering and record breaking.
Over 20 MILLION PEOPLE.
That is MORE THAN THE COMBINED TOTAL of the 2004 Tsunami, the 2005 Kashmir earthquake, the 2010 Haiti earthquake, and the American Katrina disaster.
bicara elya : Ya Allah!dan tiadalah nikmatMu yang dapat kami dustakan...~
rasa qalby CintaElya at 2:04 AM 2 coretan hati
Labels: penghisabanku...~
Friday, August 19, 2011
Jalan Cinta Seorang Pejuang~
Ada rahsia terdalam di hati ‘Ali yang tak dikisahkannya pada siapapun. Fathimah. Karib kecilnya, puteri tersayang dari Sang Nabi yang adalah sepupunya itu, sungguh mempesona.
Kesantunannya, ibadahnya, kecekapan kerjanya, parasnya. Lihatlah gadis itu, pada suatu hari ketika ayahnya pulang dengan luka memercik darah dan kepala yang dilumur isi perut unta. Di bersihkan hati-hati, di seka dengan penuh cinta. Di bakar perca, di tempelkan ke luka untuk menghentikan darah ayahnya.
Semuanya dilakukan dengan mata gerimis dan hati menangis. Muhammad ibn ’Abdullah Sang Tepercaya tak layak diperlakukan demikian oleh kaumnya! Maka gadis cilik itu bangkit. Gagah ia berjalan menuju Ka’bah.
Di sana, para pemuka Quraisy yang semua saling tertawa membanggakan tindakannya pada Sang Nabi tiba-tiba dicekam diam.Fathimah mengherdik mereka dan seolah waktu berhenti, tak memberi mulut-mulut jalang itu kesempatan untuk menimpali.
‘Ali tak tahu apakah rasa itu bisa disebut cinta. Tapi, ia memang tersentak ketika suatu hari mendengar khabar yang mengejutkan. Fathimah dilamar seorang lelaki yang paling akrab dan paling dekat kedudukannya dengan Sang Nabi. Lelaki yang membela Islam dengan harta dan jiwa sejak awal-awal risalah. Lelaki yang iman dan akhlaknya tak diragukan; Abu Bakar Ash Shiddiq, Radhiyallaahu ’Anhu.
”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali.Dia merasa diuji karena merasa apalah dia dibanding Abu Bakr. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakr lebih utama, mungkin justeru karena dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakr menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.
Lihatlah juga bagaimana Abu Bakr berda’wah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakr; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab.. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali.
Lihatlah berapa banyak budak Muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakr; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud.. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali? Dari sisi financial, Abu Bakr sang saudagar, insya Allah lebih bisa membahagiakan Fathimah.
’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin. ”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali.”Aku mengutamakan Abu Bakr atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fathimah atas cintaku.”Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Ia mengambil kesempatan atau mempersilakan. Ia adalah keberanian, atau pengorbanan.
Beberapa waktu berlalu, ternyata Allah menumbuhkan kembali tunas harap di hatinya yang sempat layu.Lamaran Abu Bakar ditolak. Dan ’Ali terus menjaga semangatnya untuk mempersiapkan diri. Ah, ujian itu rupanya belum berakhir.
Setelah Abu Bakar mundur, datanglah melamar Fathimah seorang laki-laki lain yang gagah dan perkasa, seorang lelaki yang sejak masuk Islamnya membuat kaum Muslimin berani tegak mengangkat muka, seorang laki-laki yang membuat syaitan berlari takut dan musuh- musuh Allah bertekuk lutut.
’Umar ibn Al Khaththab. Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fathimah. ’Umar memang masuk Islam belakangan, sekitar 3 tahun setelah ’Ali dan Abu Bakr. Tapi siapa yang menyangsikan ketulusannya? Siapa yang menyangsikan kecerdasannya untuk mengejar pemahaman? Siapa yang menyangsikan semua pembelaan dahsyat yang hanya ’Umar dan Hamzah yang mampu memberikannya pada kaum muslimin? Dan lebih dari itu, ’Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakr dan ’Umar..”
Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fathimah. Lalu cuba bandingkan bagaimana dia berhijrah dan bagaimana ’Umar melakukannya. ’Ali menyusul sang Nabi dengan sembunyi-sembunyi, dalam kejaran musuh yang frust karena tak menemukan beliau Shallallaahu ’Alaihi wa Sallam.
Maka ia hanya berani berjalan di kelam malam. Selebihnya, di siang hari dia mencari bayang-bayang gundukan bukit pasir. Menanti dan bersembunyi.’Umar telah berangkat sebelumnya. Ia thawaf tujuh kali, lalu naik ke atas Ka’bah. ”Wahai Quraisy”, katanya. ”Hari ini putera Al Khaththab akan berhijrah. Barangsiapa yang ingin isterinya menjanda, anaknya menjadi yatim, atau ibunya berkabung tanpa henti, silakan hadang ’Umar di balik bukit ini!” ’Umar adalah lelaki pemberani. ’Ali, sekali lagi sadar. Dinilai dari semua segi dalam pandangan orang banyak, dia pemuda yang belum siap menikah. Apalagi menikahi Fathimah binti Rasulullah! Tidak. ’Umar jauh lebih layak. Dan ’Ali redha.
Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Ia mengambil kesempatan. Itulah keberanian. Atau mempersilakan. Yang ini pengorbanan.Maka ’Ali bingung ketika khabar itu meruyak. Lamaran ’Umar juga ditolak.
Menantu macam apa kiranya yang dikehendaki Nabi? Yang seperti ’Utsman sang miliarderkah yang telah menikahi Ruqayyah binti Rasulillah? Yang seperti Abul ’Ash ibn Rabi’kah, saudagar Quraisy itu, suami Zainab binti Rasulullah? Ah, dua menantu Rasulullah itu sungguh membuatnya hilang kepercayaan diri.Di antara Muhajirin hanya ’Abdurrahman ibn ’Auf yang setara dengan mereka.
Atau justru Nabi ingin mengambil menantu dari Anshar untuk mengeratkan kekerabatan dengan mereka? Sa’d ibn Mu’adzkah, sang pemimpin Aus yang tampan dan elegan itu? Atau Sa’d ibn ’Ubaidah, pemimpin Khazraj yang lincah penuh semangat itu?”
Mengapa bukan engkau yang mencuba kawan?”, kalimat teman-teman Ansharnya itu membangunkan lamunan. ”Mengapa engkau tak mencuba melamar Fathimah? Aku punya firasat, engkaulah yang ditunggu-tunggu Baginda Nabi.. ””Aku?”, tanyanya tak yakin.”Ya. Engkau wahai saudaraku!””Aku hanya pemuda miskin. Apa yang bisa kuandalkan?””Kami di belakangmu, kawan! Semoga Allah menolongmu!”’Ali pun menghadap Sang Nabi.
Maka dengan memberanikan diri, disampaikannya keinginannya untuk menikahi Fathimah. Ya, menikahi. Ia tahu, secara ekonomi tak ada yang menjanjikan pada dirinya. Hanya ada satu set baju besi di sana ditambah persediaan tepung kasar untuk makannya. Tapi meminta waktu dua atau tiga tahun untuk bersiap-siap? Itu memalukan! Meminta Fathimah menantikannya di batas waktu hingga ia siap? Itu sangat kekanakan. Usianya telah berkepala dua sekarang.”Engkau pemuda sejati wahai ’Ali!”, begitu nuraninya mengingatkan. Pemuda yang siap bertanggungjawab atas cintanya. Pemuda yang siap memikul risiko atas pilihan- pilihannya. Pemuda yang yakin bahwa Allah Maha Kaya.
Lamarannya berjawab, ”Ahlan wa sahlan!” Kata itu meluncur tenang bersama senyum Sang Nabi.Dan ia pun bingung. Apa maksudnya? Ucapan selamat datang itu sulit untuk bisa dikatakan sebagai isyarat penerimaan atau penolakan. Ah, mungkin Nabi pun bingung untuk menjawab. Mungkin tidak sekarang. Tapi ia siap ditolak. Itu risiko.
Dan kejelasan jauh lebih ringan daripada menanggung beban tanya yang tak kunjung berjawab. Apalagi menyimpannya dalam hati sebagai bahtera tanpa pelabuhan. Ah, itu menyakitkan.”Bagaimana jawab Nabi kawan? Bagaimana lamaranmu?””Entahlah..””Apa maksudmu?””Menurut kalian apakah ’Ahlan wa Sahlan’ berarti sebuah jawapan!””
Dasar tolol! Tolol!”, kata mereka,”Eh, maaf kawan.. Maksud kami satu saja sudah cukup dan kau mendapatkan dua! Ahlan saja sudah berarti ya. Sahlan juga. Dan kau mendapatkan Ahlan wa Sahlan kawan! Dua-duanya berarti ya !”Dan ’Ali pun menikahi Fathimah. Dengan menggadaikan baju besinya. Dengan rumah yang semula ingin disumbangkan ke kawan-kawannya tapi Nabi berkeras agar ia membayar cicilannya. Itu hutang.Dengan keberanian untuk mengorbankan cintanya bagi Abu Bakr, ’Umar, dan Fathimah. Dengan keberanian untuk menikah. Sekarang. Bukan janji-janji dan nanti-nanti.
’Ali adalah ‘gentleman’ sejati. Tidak hairan kalau pemuda Arab memiliki yel, “Laa fatan illa ‘Aliyyan! Tak ada pemuda kecuali Ali!”
Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggung jawab. Dan di sini, cinta tak pernah meminta untuk menanti. Seperti ’Ali. Ia mempersilakan. Atau mengambil kesempatan. Yang pertama adalah pengorbanan. Yang kedua adalah keberanian.
Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Putri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan bahwa suatu hari (setelah mereka menikah) Fathimah berkata kepada ‘Ali, “Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali jatuh cinta pada seorang pemuda ”
‘Ali terkejut dan berkata, “kalau begitu mengapa engkau mahu manikah denganku? dan Siapakah pemuda itu?”Sambil tersenyum Fathimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah dirimu.”
Kemudian Nabi saw bersabda: “ Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla memerintahkan aku untuk menikahkan Fatimah puteri Khadijah dengan Ali bin Abi Thalib, maka saksikanlah sesungguhnya aku telah menikahkannya dengan maskawin empat ratus Fidhdhah (dalam nilai perak), dan Ali ridha (menerima) mahar tersebut..
Kemudian Rasulullah saw. mendoakan keduanya:“ Semoga Allah mengumpulkan kesempurnaan kalian berdua, membahagiakan kesungguhan kalian berdua, memberkahi kalian berdua, dan mengeluarkan dari kalian berdua kebajikan yang banyak.”
(Kitab Ar-Riyadh An-Nadhrah 2:183, Bab 4)
min ukht anim
bicara elya : indahnya cinta yang berlandaskan Allah..sahabat,diamkan dahulu apa yang ada dalam hati..insyaAllah,akan diketemui apa yang terbaik buat diri..bukankah Dia Maha Mengetahui? :)
rasa qalby CintaElya at 3:07 AM 3 coretan hati
Labels: kenali sAhAbAt2 Kekasih Allah..~, story buat rohani..=)
Thursday, August 18, 2011
sayaKempen : Jom Jadikan Blog Sebagai Medium Dakwah!!
Assalamualaikum wa salam mahabbah..
AlhamduliLlah..syukur atas segala nikmat dan kasih sayang yang dikurniakanNya..sungguh,tiada sesuatu pun yang dapat kita dustakan..
syukran jazilan buat ukht miera..
kesudiannya untuk mentag elya dalam kempen ini amat dihargai..moga2 Allah redha ya ukht!!
beruntung sebenarnya andai kita sedar bahawa mata pena ini kadang2 boleh membuatkan seseorang itu terpana akan keindahan islam..islam itu indah bukan..
bagi sesiapa yang merasakan tanggungjawabnya sebagai seorang khalifah dan hamba Allah itu,ayuhlah kita cuba setakat yang termampu untuk agama kita..sekurang-kurangnya,andai ditanya di padang mahsyar nanti,insyaAllah ada jawapan..harap2nya kan.. :)
salam dakwah buat semua!! :)
~syukran kepada pelancar, ukht atikah..
bicara elya : ukhwah yang dibina melalui blog juga indah..walau tak pernah bersua,namun rasa sentiasa dekat dalam jiwa.. :)
rasa qalby CintaElya at 6:05 AM 2 coretan hati
Labels: coret2 dinihari..=), promo2...=)
Wednesday, August 17, 2011
menjadi yang lebih baik..
[Shahih HR al-Hakim]
...
seburuk-buruk orang macam mana pula?
jadi..mari refleksi diri~
sungguh rugi orang yang apabila orang lain melihat dirinya,
teringat dia sebagai mat rempit, budak rokok, kaki perempuan, kaki botol,minah gedix dan lainnya...
yang jadi masalahnya, golongan seperti itu yang selalu dijadikan kawan...
menyedihkan,
sedangkan..
golongan yang menyeru kepada Allah, menyeru kepada sunnah Rasullah s.a.w, yang menyeru kembali kepada fitrah dan sunnah serta hikmah bimbingan Al Quran..
dipandang serong dan sengaja mencari gali kesalahannya untuk dijadikan bahan fitnah,
belum lagi ditambah yang dikutuk maki, dijauhi dan sebagainya...
"Sesungguhnya orang-orang yang berdosa, adalah mereka yang menertawakan orang-orang yang beriman.
Dan apabila orang-orang yang beriman lalu di hadapan mereka, mereka saling mengedip-ngedipkan matanya."
[QS; 83:29-30]
inilah hakikat yang pahit melanda umat akhir zaman yang kebanyakan daripada masih tidak sedar~
dan..
adakah aku orang yang mengingatkan orang lain akan kebahagiaan di akhirat?
"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim?" "
[QS; 41:33]
mesej yang mudah..
dekati dan dalami Al Quran...
ingatkan manusia yang sering terlena dengan buaian dunia ini agar kembali kepada fitrah yang mencintai kebahagiaan akhirat..
"Maka pada hari ini(hari akhirat), orang-orang yang beriman menertawakan orang-orang kafir,"
[QS; 83: 34
source : fb
bicara elya : jadilah diri sendiri yg lebih baik setiap hari.. =)
rasa qalby CintaElya at 6:04 AM 2 coretan hati
Tuesday, August 16, 2011
zakat?
ada yang memberi cadangan agar dimuatkan mengenai perihal zakat..rasanya elya belum cukup arif mengenai hal ni..jadi ada buat survey2 sikit untuk tambah ilmu..lepas tu terjumpa artikel ni..mantop rasanya..ringkas dan padat mengenai hal zakat..jom kita cuba baca.. :)
Bagi orang muslim zakat adalah kewajiban pribadi (fardlu ain) dan termasuk rukun islam yang ke 4. Membayar zakat dimulai pada tahun ke 2 Hijriah.
* Zakat itu sendiri dibagi 2 yaitu zakat fitrah dan zakat mal. Namun kali ini kita singgung tentang zakat fitrah. Zakat fitrah atau disebut juga dengan zakat jiwa yang artinya adalah untuk menyucikan badan atau jiwa.
* Bagi setiap muslim yang melihat matahari terbenam di akhir bulan Ramadhan atau mendapati awal bulan syawal, maka wajib baginya untuk membayar zakat fitrah untuk dirinya dan yang ditanggung dengan syarat bahwa ada kelebihan makanan dari makanan yang sederhana pada hari raya Idul Fitri. Oleh karena itu, apapun yang datang setelah matahari tenggelam pada akhir Ramadhan, tidak wajib membayar zakat fitrah, yaitu:
1. anak yang lahir
2. nikah, yang menyebabkan adanya tanggungan istri
3. memilki budak
4. kaya
5. Islam
* Namun tidak pula gugur zakatnya, apapun yang terjadi setelah matahari terbenam, yaitu:
1. mati
2. merdeka
3. talak
4. sebab2 yang menghilangkan hak milik, seperti menjual kekayaan dll.
Maksud dari poin-poin di atas adalah jika ada seorang anak terlahir sebelum matahari tenggelam di akhir Ramadhan, maka ia wajib dibayarkan zakat fitrahnya dan menjadi tanggungan orang tuanya, namun jika setelah matahari tenggelam, maka tidak ada kewajiban membayar zakat fitrah. Demikian juga apabila muslim meninggal setelah matahari terbenam di akhir Ramadhan maka ia tetap berkewajiban Zakat Fitrah.
* Kapan waktu membayar zakat fitrah? Sebagian ulama’ berpendapat bahwa untuk membayar zakat fitrah ada 5 macam:
1. Waktu jawaz (boleh) : sejak awal Ramadhan
2. Waktu Wajib : bila matahari telah terbenam di akhir Ramadhan
3. Waktu Afdhal (utama): Sebelum kaum muslimin keluar untuk melaksanakan shalat hari raya idul fitri
4. Waktu Makruh: setelah selesai shalat hari raya idul fitri
5. Waktu Haram: sesudah hari raya (satu hari setelah hari raya)
* Siapakah yang berhak menerima zakat?
Dalam Al Qur’an QS At Taubah 60: Allah berfirman:
“Hanya sedekah-sedekah itu (zakat) diberikan kepada fakir miskin, orang yang bekerja mengurus zakat (amil), orang-orang yang hatinya mulai terpau dengan islam (muallaf), budak-budak, orang-orang yang berhutang, orang-orang yang di jalan Allah, serta kepada orang-orang yang dalam perjalanan.”
Keterangan:
Zakat tidak boleh diberikan kecuali kepada orang yang berhak menerimanya,
mereka adalah orang-orang miskin berdasarkan hadits Ibnu Abbas Radhiyallahu
'anhuma. "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam zakat fithri sebagai
pembersih (diri) bagi yang berpuasa dari perbuatan sia-sia dan perbuatan
kotor dan sebagai makanan bagi orang-orang miskin"[2] Pendapat inilah yang
dipilih oleh Syaikhul Islam di dalam Majmu' Fatawa 2/71-78 serta murid
beliau Ibnul Qayyim pada kitabnya yang bagus Zaadul Ma'ad 2/44.
Sebagian Ahlul ilmi berpedapat bahwa zakat fithri diberikan kepada delapan
golongan, tetapi (pendapat) ini tidak ada dalilnya. Dan Syaikhul Islam telah
membantahnya pada kitab yang telah disebutkan baru saja, maka lihatlah ia,
karena hal tersebut sangat penting.
Termasuk amalan sunnah jika ada seseorang yang bertugas mengumpulkan zakat
tersebut (untuk dibagikan kepada yang berhak, -pent). Sungguh Nabi
Shallallahu 'alaihi wa sallam telah mewakilkan kepada Abu Hurairah
Radhiyallahu 'anhu, ia berkata : Rasulullah mengkhabarkan kepadaku agar aku
menjaga zakat Ramadhan" [Dikeluarkan oleh Bukhari 4/396]
Dan sungguh dahulu pernah Ibnu Umar radhiyallahu 'anuma mengeluarkan zakat
kepada orang-orang yang menangani zakat dan mereka adalah panitia yang
dibentuk oleh Imam (pemerintah, -pent) untuk mengumpulkannya. Beliau (Ibnu
Umar) mengeluarkan zakatnya satu hari atau dua hari sebelum Idul fithri,
dikeluarkan oleh Ibnu Khuzaimah 4/83 dari jalan Abdul Warits dari Ayyub, aku
katakan : "Kapankah Ibnu Umar mengeluarkan satu gantang ?" Berkata Ayyub :
"Apabila petugas telah duduk (bertugas)". Aku katakan : 'Kapankah petugas
itu mulai bertugas?" Beliau menjawab : "Satu hari atau dua hari sebelum Idul
Fithri".
Disalin dari Porsi Pembagian Zakat Fitrah dan Mal
* Orang yang tidak wajib dibayarkan zakat fitrah:
1. Istri yang durhaka; maka gugur kewajiban suaminya untuk menafkahinya
2. Istri yang kaya
3. Anak yang kaya, karena mampu bayar sendiri, namun boleh juga orang tuanya mengeluarkan baginya zakat fitrah
4. Anak yang sudah besar (mampu menafkahi diri sendiru atau sudah berusaha)
5. Budak yang kafir
6. Murtad (keluar dari Islam)
* Siapakah yang tidak boleh menerima zakat fitrah?
1. orang yang kaya harta benda dan uang
2. Budak (selain budak mukatab). Budak Mukatab yaitu budak yang bisa merdeka dengan syarat tertentu, adapun budak qin adalah budak asli: seluruh hidup dan tubuhnya melekat nama budak; budak mudabbir: bisa merdeka setelah tuannya meninggal
3. Bani Muthalib
4. Bani Hasyim
5. Orang Kafir
6. Orang kuat untuk berusaha
7. Nabi Muhammad SAW
rasa qalby CintaElya at 11:02 PM 2 coretan hati
Labels: ilmu fiqh..~