Dari hati, sampai ke hati. :)

Photobucket

Malu brtanya sEsAt jalaN.....

ukhwahfiLlah..^_^

Thursday, November 3, 2011

perjuangan..

Memperjuangkan Islam bukanlah suatu perkara mudah kerana terbukti di dalam sejarah bahawa Islam tertegak dengan mengalirnya darah para syuhada serta airmata balu-balu dan anak-anak yang mereka tinggalkan. Perjuangan Islam menuntut bukan setakat masa, tetapi jiwa dan raga, pengorbanan dari segi harta dan kedudukan malah adakalanya menghambat nyawa.

"Adakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga,padahal belum datang kepadamu cubaan seperti yg dialami orang2 terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan,penderitaan dan digoncang dengan pelbagai cubaan,sehingga Rasul dan orang2 yg beriman bersamanya berkata,"Bilakah akan datang pertolongan Allah?"Ingatlah,sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."(Al-Baqarah: 214)


‘isyh azizan au mut syahidan!
bicara elya : Rabbana Yassir wa la Tu'assir ya Karim Ya ArhamarRohimin..

4 coretan hati:

ain syahirah zulkifly said...

salam kak,terima kasih atas segala nasihat yang diberikan selama ini.cukup bermakna buat diri ini dalam mengejar redaNYA.

KASIH FILLAH ABADAN ABADA..

SYAHIRAH LOVE SHAHIRAH...

CintaElya said...

Salam ukht kak yg comeyy ni..afwan..insyaAllah,kita terus sama2 mujahadah k..hidup ini satu perjuangan yang memerlukan pengorbanan kan mujahidah solehah..ila mardatiLlah,insyaAllah..

UkhtifiLlah daiman wa Abadan..

Shahirah love syahirah.. :)

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Adapun kenyataan kata2 `isyh azizan au mut syahidan hubbul watan minal iman` mmg popular sebelah S`jung Hijjaz tetapi bukanlah merupakan pegangan kita sebagai orang muslim.
Kata Imam Ibnu Tamiah rh.a,`Dan daripada segolongan manusia suka menjadikan kisah2 kebaikan pengajaran dan menyelitkan bidaah pada kata2nya dan lebih ramai tidak menyedarinya` Usul Tafsir Ibnu Tamiah m/s 86.
Allah SWT berfirman jangan kamu berkata org yg terbunuh kejalan Allah SWT itu mati. Sebut saja terbunuh atau gugur syahid! Surah AlBaqarah:154 وَلَا تَقُولُوا لِمَن يُقْتَلُ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ أَمْوَاتٌ ۚ بَلْ أَحْيَاءٌ وَلَـٰكِن لَّا تَشْعُرُونَ
Apatahlagi mereka yang memperjuangkan asobiah kerana cintakan tanah air.
Dalam keadaan Rasulullah saw berada di Mekah, baginda saw dan para sahabat r.anhum bersabar dengan gangguan manusia sehinggakan ada yang tidak bersabar dan ingin mengadakan demonstrasi membantah pemulauan ekonomi dan muamalah terhadap mereka. Maka turunlah Surah AnNisa:77 Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad), akan orang-orang yang (pernah) dikatakan kepada mereka: "Tahanlah tangan kamu (daripada bertindak melancarkan perang yang belum diizinkan), dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat". (Mereka meminta juga hendak berperang), kemudian apabila mereka diperintahkan berperang, tiba-tiba sepuak di antara mereka merasa gerun kepada manusia sama seperti mereka merasa gerun kepada (azab) Allah atau lebih gerun lagi.
Tetapi setelah Rasulullah saw berhijrah dan membina kekuatan, mmg benarlah mengetuai angatan tentera sebagai jeneral dibarisan paling hadapan sehingga tiada lagi fitnah agama bagi Allah SWT selagi terdaya. Wallahualam.
p/s sekadar perbincangan bersama!

CintaElya said...

Waalaikummussalam wbt ukht..
Owh,ilmu baru..syukran jazilan..insyaAllah sama2 saling mggali ilmu..suka dgn perkongsian tajnur..penuh pengisian..blog ukht ap ye?x jumpa..ap2 pun,syukran ats ilmu2..jazakiLlah.. :)