Dari hati, sampai ke hati. :)

Photobucket

Malu brtanya sEsAt jalaN.....

ukhwahfiLlah..^_^

Thursday, August 25, 2011

perkataan sensitif > hipokriT

Assalamualaikum wa salam Ramadan kareemah.. :)

AlhamduliLlah..masih mampu menyedut udara bulan yang penuh dengan barokah ni..moga sama2 kita ambil manfaatnya..insyaAllah..

berbalik pada tajuk di atas(mcm buat surat rasmi..hehe..),selalu kita dengar orang marah kalau kita sebut yang dia tu hipokrit bukan..hurm..

ma makna hipokrit?dalam bahasa senang macam berlakon jadi orang lain..tak real cakap orang..tapi satu yang elya tertarik..ada seorang ustaz di radio ikim bagitahu :

manusia kalau nak berubah menjadi yang lebih baik mesti salah satu alasan popular,'saya tak nak jadi hipokrit','nanti saya pakai tudung orang bagitahu saya hipokrit pulak','lebih baik jadi diri sendiri..'

namun pada hakikatnya kalau kita tidak melaksanakan tuntutan Allah,kitalah yang hipokrit..atas dasar apa?dalam surah alA'raf,ayat 172..Allah berfirman,

alastu birobbikum,qalu balaa syahidnaa..adakah aku ini Tuhan kamu..bahkan,kami bersaksi bahawa kamu itu Tuhan kami..





dalam erti kata lain,kita hipokrit apabila tidak malangsaikan tanggungjawab kita kepada Allah..kerana fitrah ruh kita sendiri memang bersaksi bahawa Allah itu Tuhan kita..sebab tu kalau kita langgar perintahNya,kita dah berpura-pura jadi orang lain..bukankah hipokrit maknanya?


bukan apa elya ulaskan hal ni..cuma dalil tu boleh jadi jawapan yang ampuh bagi sesiapa yang cuba mengelak dari syariat adDeen..


jadi sahabat2,sebenarnya tak perlulah label siapa2 tu hipokrit..memang satu perkataan yang sensitif bagi yang berjiwa lembut..


cuma pesanan buat diri juga..kita takkan pernah hipokrit kalau kita cuba berhijrah ke arah yang satu lebih baik..bahkan itu maknanya kita telah cuba menjadi diri kita sendiri...indah3..

waLlahua'lam..


bicara elya : maaf kalau ada salah dan silap..cuba sama2 refleksi diri ye..salam mujahadah mencari redhaNya!sayang semua liLlah!! :)

0 coretan hati: