Dari hati, sampai ke hati. :)

Photobucket

Malu brtanya sEsAt jalaN.....

ukhwahfiLlah..^_^

Saturday, October 1, 2011

dunia bagaikan air yang menitis..


✿~ Akhirat adalah tempat kehidupan abadi yang tidak akan pernah musnah dan tidak berkurang sedikit pun.

✿~ Nabi s.a.w pernah bersabda : "Perbandingan dunia dengan akhirat itu ibarat seseorang yang memasukkan jarinya ke laut, kemudian lihatlah apa yang terjadi ketika ia mengangkat jarinya kembali." (HR Muslim, Tirmizi, dan Nasa'i).

✿~ Ertinya ~> dunia tidak bererti apa-apa bila dibandingkan dengan akhirat. Umur dunia sangat singkat dan kesenangannya bersifat fana. Sedangkan akhirat kekal dan kenikmatannya abadi. Dunia bagaikan air yang menitis dari jari dan akhirat ibarat air lautan.

bicara elya : dan kita masih di sini..di mana kita sentiasa mengejar dunia yang sementara walhal akhirat yang kekal abadi sentiasa menanti kita..Allahu Akbar Kabir..

1 coretan hati:

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Walaupun dunia merupakan kehidupan sementara tetapi didunia inilah tempat ujian dan jambatan menuju syurga atau neraka. Surah AlMulk:2 ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلۡمَوۡتَ وَٱلۡحَيَوٰةَ لِيَبۡلُوَكُمۡ أَيُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلاً۬‌ۚ Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya.
Allah SWT mewariskan bumi ini hanya utk orang2 beriman yang beramal soleh. Surah AlAnbiya`:105 وَلَقَدۡ ڪَتَبۡنَا فِى ٱلزَّبُورِ مِنۢ بَعۡدِ ٱلذِّكۡرِ أَنَّ ٱلۡأَرۡضَ يَرِثُهَا عِبَادِىَ ٱلصَّـٰلِحُونَ Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Luh Mahfuz: Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh.
Tugas Rasulullah saw, para sahabat dan umat Islam mesti membebaskan setiap inci tanah yang telah didiami oleh orang2 kufar dengan membina kekuatan Islam terlebih dahulu. Bukan itu saja, malah mendirikan hak milik persendirian, hak milik awam dan hak milik negara dlm sistem pentadbiran Negara islam. Maknanya mereka telah membuat sesuatu mengikut perintah Allah SWT mengejar akhirat yang bermula dari titik yang pertama iaitu `dakwah`. Tetapi mereka yang mendakwa hendak mengejar `akhirat` pastikan tahu tujuan yg dimaksudkan mengejar akhirat tersebut. Wallahualam.