Dari hati, sampai ke hati. :)

Photobucket

Malu brtanya sEsAt jalaN.....

ukhwahfiLlah..^_^

Friday, December 16, 2011

salam dari stesen minyak..

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya:
"Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak akan masuk syurga kamu semua itu sehingga kamu semua beriman dan tidak akan dinamakan beriman kamu semua sehingga kamu semua saling cinta-mencintai. Tidakkah kamu semua suka kalau saya menunjukkan kepadamu semua sesuatu yang jikalau kamu semua lakukan tentu kamu semua akan saling cinta-mencintai? Iaitu sebarkanlah salam sesama kamu!"
(Riwayat Muslim)


Assalamualaikum wa salam mahabbah..

ya,mahabbah yakni kasih sayang tu sangat penting dalam hidup..apa ertinya hidup andai tiada kasih sayang yang terselit di hati?mesti sepi bukan..dan Baginda dah beri satu cara nak menambahkan kasih sayang antara kita > SALAM..assalamualaikum.. :)

sudi nak berkongsi,hari tu elya dan abah pergi stesen minyak..macam biasa..langit biru hari tu..suasana redup..dan ada pekerja yang berdiri tepi kereta..nak tolong abah..(rasanya pekerja bkn warganegara malaysia,faham2lah kan..)

elya merenung je sana sini..tengok awan..lepas tu abah bukak cermin kereta..elya tersentak!

'Assalamualaikum..'

abah pun jawab,'waalaikummussalam..'

--end of the story--

yang memberi salam tu sebenarnya pekerja tadi..dan kenapa elya tersentak?sebab seingat-ingatnya,sepanjang teman mi abah isi minyak kereta,tulh first time dalam hidup dengar pekerja beri salam..syahdu tetibe..

syahdu sebab teringatkan hadis yang kata pada akhir zaman ni,manusia hanya memberi salam pada yang dikenali mereka sahaja..dan buktinya jelas..elya sendiri kalau jalan2 dekat mydin au giant malu nak beri salam..ye lah..tak kenal..beri salam kan orang kata apa..hurmm..elya salah sorang penyebab akhir zamanlah kan..kena berubah ni..

tapi kalau ikut,tak tunggu pergi giant au mydin..dekat sekolh pun budaya salam dah berkurang..astarfiruLlah..

jadi ibrahnya sahabat2,sama2 lah kita memperbanyakkan salam..kerana yakinlah dengan hadis Nabi,dengan salam,insyaAllah kasih sayang aka terus subur..setidak-tidaknya pada yang kita kenal atau pada tempat kita belajar..islam itu indah!

bicara elya : malu pada pekerja tu..insyaAllah,lepas ni kita jangan berat mulut ye nak sampaikan assalamualaikum.. :)

2 coretan hati:

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Banyak diantara hadis yang dikeluarkan ketika adanya Daulah Islamiah. Sebab itu, kita mestilah merujuk kpd Usul AlFiqh mengenai sesuatu hadis. Namunbegitu adalah sgt baik sekurang2nya kita byk menggunakan ayat AlQuran dan Hadis. Perbezaan ketara dlm masalah ini adalah kejujuran pada seseorang berkehendakkan Islam. Malah Allah SWT merahmatkan penduduknya dan mengampuni mrk krn banyak masalah akidah telah dibendung dan dipelihara oleh Khalifah. Surah Saba:15 بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُورٌ Negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun!.
Apabila runtuhnya daulah, bermakna byk ikatan atas kalimah Allah SWT terlerai dan dipermain2kan. Islam adlah sistem yang mempunyai aturan tertentu dan tidaklah main `tangkap muat`. Dalam kalimah `Salam` terkandung nama Allah (AsSalam) dimana ada hubungan dgn ikatan tali Allah. Surah Albaqarah: 256 فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىٰ لَا انفِصَامَ لَهَا ۗmaka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus.
Melalui ikatan inilah maka tersebut dlm AlQuran, Surah Toha:47 قَدْ جِئْنَاكَ بِآيَةٍ مِّن رَّبِّكَ ۖ وَالسَّلَامُ عَلَىٰ مَنِ اتَّبَعَ الْهُدَىٰ Sesungguhnya kami telah datang kepadamu membawa satu tanda (mukjizat) dari Tuhanmu! Dan selamat sejahtera itu adalah untuk orang-orang yang menurut petunjuk ugama Allah.
Manusia dan kemanusiaan. Apabila kita menyebut ttg manusia, siapa yang tidak simpati dgn penderitaan manusia sana sini. Itukan merupakan fitrah manusia! Tetapi apa yang hendak difokuskan disini adalah kemanusiaan yang ada hubungan dgn Allah SWT. Kalau seseorg tidak mengubah dirinya atau kufur pada Allah SWT (lebih2 lagi dari segi rububiyyah), b/manakah ada hubungan dgn Allah SWT? Surah AnNisa:1 ا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ ۚ
Perkataan yg penting disini adalah `وَالْأَرْحَامَ `iaitu kerahiman yang ada hubungan dgn Allah SWT. Wallahualam.
p/s: Sekadar muzakarah sahaja.

CintaElya said...

syukran ala muzakarah..bermanfaat.. :)