BERMULA DARI SETITIS AIR…
DARI DUNIA YANG GELAP DAN SEPI
DAN IA BERAKSI KEPADA TUHANNYA…
JANIN PUN SUJUD KETIKA AL-QURAN DIPERDENGARKAN...
DARI PENGEMBARAANNYA LEBIH 9 BULAN
SEBELUM IA MELIHAT DUNIA
IA BERJUANG ANTARA HIDUP & MATI
alMukminun 13-14 :
Yang bermaksud. "Kemudian Kami jadikan pati itu setitis air benih pada tempat penetapan yang kukuh.Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku; lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu, Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan Allah sebaik-baik Pencipta."
subhanaLlah..Maha Benar kalam Allah..dan masih layakkah kita berjalan di atas muka bumiNya dalam keadaan menyombong diri?diciptakan daripada setitis air mani yang hina hingga menjadi sebaik-baik makhluk..tundukkan hati sahabat-sahabat..ittaquLlah..
bahkan tiadalah siapa-siapa kita ini melainkan hambaNya yang kerdil dan bakal kembali kepada Rabbul Izzati..astarfiruLlah.......
bicara elya : maka nyatalah kelebihan Allah sebaik-baik Pencipta..
2 coretan hati:
Assalamualaikum wbt
Sebermula manusia telah meminta kepada Allah SWT supaya dapat turun ke muka bumi setelah bai`ah kpd Allah SWT dengan mengakui keEsaanNya. Surah Al`Araaf:172 وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ ۖ قَالُوا بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَا ۛ أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَـٰذَا غَافِلِينَ Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".
Daripada sinilah didalam Hadis Mutawatir bahawa Allah SWT telah meniupkan ruh ke dalam janin dan diminta persaksian sekali lagi. Ketika itu jugalah penetapan takdir sebelum dan sesudah bagi manusia. Surah AlHadid:22 مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي أَنفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ مِّن قَبْلِ أَن نَّبْرَأَهَا ۚTidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya.
Pertembungan benih2 ini telah menghasilkan zaigot (amsyaj) lalu terbtklah fasa2 sehinggalah kejadian bayi mahusia.
Surah AlInsaan:2 إِنَّا خَلَقْنَا الْإِنسَانَ مِن نُّطْفَةٍ أَمْشَاجٍ نَّبْتَلِيهِ فَجَعَلْنَاهُ سَمِيعًا بَصِيرًا Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.
Ketika dalam fasa pembentukan janin, Allah SWT telah menciptakan pendengaran dahulu diikuti oleh pandangan jantung yang boleh membuat keputusan akal utk berfikir. Kesempurnaan deria2 ini berfungsi sepenuhnya hanya setelah dilahirkan. Surah AnNahl:78 وَاللَّـهُ أَخْرَجَكُم مِّن بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لَا تَعْلَمُونَ شَيْئًا وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ ۙ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.
Kesemua deria2 ini akan dipersaksikan dan diminta pertanggungjawabkan pada setiapnya! Surah AlIsra:36 وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ ۚ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَـٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.
Wallahualam
Waalaikummussalam wbt..
Sungguh,yg paling elya trkesan dgn Surah alA'raf : 172..alastu birobbikum?qoluu,bala syahidnaa!
Moga snts trmasuk dlm klgn hambaNya yg brsyukur..syukran ala prkongsian.. :)
Post a Comment