Assalamualaikum wa salam mahabbah..insyaAllah nak kongsi satu artikel..nice one..terkesan..syukran ila 'lolo'.. ni link artikel ni..moga dapat isi rohani sama2..insyaAllah.. :)
Andaikan sekiranya anda diminta oleh ibu anda untuk mencatatkan dengan lengkap setiap apa yang anda lakukan, bolehkah anda lakukannya dengan sempurna?
Mungkin ini persoalan sebenarnya – adakah anda akan menulis setiap satu perkara yang anda lakukan?
Dalam keadaan ini, mungkin tidak semua perkara akan kita catatkan kerana kita tidak mahu ibu kita mengetahui sesuatu perkara yang kita tahu tidak akan memuaskan hati ibu. Mungkin kita takut untuk memberitahu ibu bahawa kita telah keluar bersama teman wanita / lelaki. Mungkin kita takut untuk memberitahu ibu bahawa kita tidak menunaikan solat subuh. Mungkin kita takut untuk memberitahu ibu tentang gambar yang kita pamerkan di Facebook. Besar atau kecil sekalipun, mungkin ada perkara yang kita tidak ingin ibu kita ketahui. Bukan sahaja ibu kita, malah kita mungkin tidak mahu sesiapa pun mengetahui sesetengah perkara yang telah kita lakukan.
Mari kita bandingkan senario ini dengan senario berikut daripada surah Al-Haqqah:
فَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ فَيَقُولُ هَاؤُمُ اقْرَءُوا كِتَابِيَه
إِنِّي ظَنَنْتُ أَنِّي مُلَاقٍ حِسَابِيَهْ
Maka sesiapa yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka ia akan berkata: “Nah! Bacalah kamu Kitab amalku ini! Sesungguhnya aku telah mengetahui dengan yakin bahawa aku akan menghadapi hitungan (hisab) amalku” (Surah Al-Haqqah, 69: 19-20)
Ayat-ayat ini menerangkan situasi seseorang yang telah pun dihisab amalnya. Ia gembira sekali kerana ia telah melalui hisabnya dan telah nyata ia tergolong dalam golongan penghuni Jannah. Maka dengan tanpa sebarang rasa takut ataupun malu ia rela, malah beria-ia untuk menunjukkan kepada sesiapa sahaja amalan-amalannya semasa di dunia yang pastinya depenuhi dengan amalan-amalan soleh.
Beberapa ayat kemudian, kita akan dapati suatu keterangan mengenai satu golongan lain.
وَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِشِمَالِهِ فَيَقُولُ يَا لَيْتَنِي لَمْ أُوتَ كِتَابِيَه. وَلَمْ أَدْرِ مَا حِسَابِيَهْ
Adapun orang yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kirinya, maka ia akan berkata: “Alangkah baiknya kalau aku tidak diberikan Kitab amalku, – Dan aku tidak dapat mengetahui hitungan amalku” (Surah Al-Haqqah, 69: 25-26)
Ayat-ayat ini pula menerangkan situasi orang yang bakal menjadi penghuni api neraka. Ia begitu kecewa melihat amalnya selama ini sehingga ia berasa lebih baik tidak mendapat Kitab amalnya, apatah lagi untuk ditunjukkan kepada orang lain.
Tiada siapa yang tahu bilakah masanya peristiwa yang diceritakan ini akan terjadi. Mungkin 100 tahun lagi. Mungkin juga 1000 tahun lagi. Wallahua’lam, tetapi ia adalah sesuatu yang sudah pasti akan terjadi.
Namun, cuba bayangkan anda diberi peluang untuk menerima Kitab amal anda pada saat ini. Kitab yang ada mencatatkan setiap amalan baik dan buruk anda pada hari ini dan hari-hari sebelumnya dengan sempurna tanpa sebarang rahsia pun. Adakah anda rela menunjukkannya kepada sahabat-sahabat anda? Kepada ahli keluarga anda?
Ataupun anda akan berkata: “Alangkah baiknya sekiranya aku tidak menerima Kitab amalku.”
Hisablah diri kita sekarang. Lakukan perubahan sebelum tiba hari yang mana penyesalan tidak lagi bererti.

Wallahua'lam.
bicara elya : watch out dear friends!Allah is in every steps..He's watching.. :)
5 coretan hati:
Assalamualaikum wbt
Hidup kita mesti dalam petunjuk Allah SWT iaitu melalui AlQuran dan Hadis Rasulullah saw. Setiap manusia ada kitab atau teks utama (quraan). Sekiranya didunia ini rujukan utamanya adalah pada sesuatu kitab, maka kitab itulah amalannya. Bagi org mukmin, pembacaan utamanya (quraan) adalah AlQuran. Kalau manusia itu tak mahu apa2 kitab, maka dia telah menafsirkan amalannya pada nafsu (diri)nya.amalannya atau pembacaan utama.
Surah AlQiyammah:14-15 بَلِ الْإِنسَانُ عَلَىٰ نَفْسِهِ بَصِيرَةٌ ﴿١٤﴾ وَلَوْ أَلْقَىٰ مَعَاذِيرَهُ Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, 15. Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri).
Setiap manusia sepatutnya tahu bagaimana mencati petunjuk sebagai mana dia tahu mencari keperluan asas iaitumakan, minum, pakaian, tempat tinggal sebagaimsns berlaku pada zaman Bani Israel. Surah Albaqarah:60 قَدْ عَلِمَ كُلُّ أُنَاسٍ مَّشْرَبَهُمْ sesungguhnya tiap-tiap satu puak/manusia (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing.
Sebab itu sekiranya manuasia ini inigin hidup berpetunjuk, maka ia perlu berhijrah dirinya ke arah petunjuk tersebut. Hatta jika mereka berADA DI KUTUB2 ATAU di hutan2, mereka perlu keluar berhirah sebagaimana berlaku pada sahabar Rasulullah saw Syuib ArRomi (benua Eropah) dan Salman alFarisi (benua asia Tehran) menemui Rasululah saw diMekah dgn pelbagai rintangan mencari yang haq. Surah Fussilat:53 سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الْآفَاقِ وَفِي أَنفُسِهِمْ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ ۗKami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar.
Wallahualam.
syukran ala kulli hal ya ukht.. :)
syukran ala kulli hal ya ukht.. :)
Post a Comment