Dari hati, sampai ke hati. :)

Photobucket

Malu brtanya sEsAt jalaN.....

ukhwahfiLlah..^_^

Saturday, November 26, 2011

ayuh berhijrah! :)



Assalamualaikum wa salam mahabbah..
Allah,Allah,Allah..
AlhamduliLlah,sempat lagi mencelah masa untuk menaip sesuatu untuk sahabat2..asif kalau dah terlalu lama tidak berkongsi rasa di teratak elya ni..ada perjuangan untuk 4 lagi paper SPM..tolong doa2kan kami..moga kita semua di bawah naunganNya,selalu..insyaAllah..

dan alhamduliLlah juga,kita masih diberi peluang olehNya untuk menyambut sekali lagi maal Hijrah..tahun depan belum tentu bukan?sebenarnya ini peluang yang diberi Allah untuk hamba-hambaNya bagi bertaubat..agar hidup sentiasa dalam ketenangan..

terlalu besar ibrah yang kita boleh peroleh daripada peristiwa hijrah..terlalu besar..pengrbanan,persaudaraan,keberanian..subhanaLlah..tinggi benar iman yang diperlukan bagi menempuh jalan hijrah..

sahabat,sama-sama kita buka minda,celik hati..walau secebis pun,cubalah berubah..ke arah mardatiLlah..kuatkan semangat..jangan azam kita hanya tinggal sebagai azam..insyaAllah kita sama-sama mujahadah untuk istiqamah!

dan Allah tidak mengubah sesuatu kaum itu sebelum kaum itu merubah diri mereka terlebih dahulu.
-arRa'ad : 11

bicara elya : Salam Maal Hijrah 1433.. :)

Thursday, November 3, 2011

perjuangan..

Memperjuangkan Islam bukanlah suatu perkara mudah kerana terbukti di dalam sejarah bahawa Islam tertegak dengan mengalirnya darah para syuhada serta airmata balu-balu dan anak-anak yang mereka tinggalkan. Perjuangan Islam menuntut bukan setakat masa, tetapi jiwa dan raga, pengorbanan dari segi harta dan kedudukan malah adakalanya menghambat nyawa.

"Adakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga,padahal belum datang kepadamu cubaan seperti yg dialami orang2 terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan,penderitaan dan digoncang dengan pelbagai cubaan,sehingga Rasul dan orang2 yg beriman bersamanya berkata,"Bilakah akan datang pertolongan Allah?"Ingatlah,sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."(Al-Baqarah: 214)


‘isyh azizan au mut syahidan!
bicara elya : Rabbana Yassir wa la Tu'assir ya Karim Ya ArhamarRohimin..