salam wadah pemangkin ummah...^_^

Photobucket

MAA FII QALBI GHAIRULLAH..^_^

Malu brtanya sEsAt jalaN.....

Loading...

Wednesday, May 22, 2013

segalanya hanya pada Dia.

Dari Ibnu Qayyim al Jauziyyah, dalam Kitabnya Madarij al-Salikin:

 "Dalam jantung hati ada keserabutan yang tidak dapat dibersihkan melainkan dengan mengadap Allah, padanya ada kesunyian yang tidak dapat dihilangkan melainkan perdampingan dengan Allah, padanya ada dukacita yang tidak dapat ditanggalkan kecuali dengan kegembiraan mengenali Allah dan ketulusan berhubungan denganNya..
 
padanya ada kegusaran yang tidak ditenangkan melainkan bersama Allah dan kembali kepadaNya, padanya ada api kedukaan yang tidak dapat dipadamkan melainkan redha dengan perintah, larangan dan ketentuan Allah, menghayati kesabaran sehingga bertemuNya..
 
padanya ada kefakiran yang tidak dapat ditampung melainkan dengan cinta dan penyerahan diri kepada Allah, sentiasa mengingatiNya, keikhlasan yang benar kepadaNya."
 
 
bicara elya : di situ ada tenang yang tak tergambar dengan kata,tak mampu diungkap dengan bicara..hanya mampu dirasai oleh jiwa-jiwa yang dekat padaNya..subhanaLlah.. :)

Monday, May 20, 2013

pemburu cinta.

pemburu.

pemburu cinta itu akan menghabiskan seluruh kudratnya hanya untuk cinta yang didamba..memanfaatkan segala masa yang tersisa demi cinta..

ya,demi cinta yang kekal selamanya..cinta Allah Yang Esa..yang sentiasa sudi menyambut hambaNya yang hina..
...
tinggal si hamba itu untuk memburu rasa bahagia..dan benar-benar menjadikan dunia sebagai jambatan menuju redhaNya..AllahuRabbuna..

 pemburu cinta Ilahi.
 
 
bicara elya : moga Allah permudahkan setiap langkah kita..insyaAllah.. :)

Sunday, May 19, 2013

cara mimpi indah bertemu Baginda.. :')



'ada yang menziarahi RasuluLlah,ada yang diziarahi RasuluLlah..'

AllahuRabbi.. :') 
 
kuncinya hanya dua :
CINTA
PATUH
 
bicara elya : moga Allah perkenan kita untuk memperoleh nikmat berjumpa Baginda..andai tidak di sini,harap di Taman Syurga sana..insyaAllah..sollu 'alanNabiyy..  :) *serious,tak rugi tengok video ni.. serious.

Saturday, May 18, 2013

musafir hina..

kaki masih di sini,
masih mencari-cari,
arah sebenar yang ingin ditujui..
oh Ilahi!tunjukkan jalan yang benar buat kami..

dunia itu hanya sebuah persinggahan..persinggahan sementara..tatkala kita berada di sesebuah persinggahan untuk menuju ke destinasi..seperti R&R (baca : rehat dan rawat) di mana-mana lebuh raya,agak tidak logik untuk kita bina mahligai intan permata di sana..kerana kita tahu yang kita berada di persinggahan itu tidak lama..

sekadar melepas lelah dan mengisi perut untuk terus kuat meneruskan perjalanan..hingga sampai ke destinasi sebenar..

ya,dan dunia juga merupakan R & R sementara..sebelum kita sampai di kampung akhirat sana..AllahuRabbi..
Suatu ketika AbduLlah bin Mas’ud melihat RasuluLlah saw sedang baring, apabila Nabi bangun dari tempat pembaringannya, AbduLlah bin Mas’ud terlihat ada kesan jalur-jalur tikar di belakang RasuluLlah saw. Ini kerana disebabkan tikar alas tidur RasuluLlah saw diperbuat daripada daun kurma yang kasar, maka kesan tikar itu amatlah ketara. Timbullah rasa belas kasihan di hati AbduLlah bin Mas’ud.
Berkata Ibn Mas’ud: “ Ya RasuluLlah sekiranya kamu perintah aku untuk mencari sebidang hamparan yang lembut untuk Mu nescaya aku akan berusaha mendapatkannya”.

Tetapi RasuluLlah saw bersabda yang bermaksud:

“ Bagiku berada di dunia ini ibarat seorang yang berjalan di tengah panas lalu singgah sebentar berteduh di bawah sepohon kayu yang rendang, selepas beristirehat barang seketika untuk menghilangkan penat, maka beredarlah dia meninggalkan pohon rendang itu dan meneruskan perjalanan”.
Sedia Bekal

analogi mudah,seorang pelajar..merantau ke mana-mana untuk menuntut ilmu..dari Timur, terbang ke Barat..dari Semenanjung, berhijrah ke Sabah Sarawak..dari tanah air, membawa diri ke negara luar..demi setitis ilmu dari lautan ilmu-ilmu Tuhan..

erm,selama kita merantau tu,

kita ada construct rumah besar-besar ke?
kita ada beli lot-lot kedai untuk perniagaan kita ke?
kita ada melancong sana sini sepanjang masa hingga tak ingat uni ke?

eh.

mungkin ya untuk kita sewa rumah..dan melancong mana-mana waktu cuti..tapi takdelah sampai lupa balik uni kan?

Sebab Kita Punya Tujuan

benar..kita merantau sana sini menyambung pelajaran adalah untuk belajar..betul tak?itu prioriti kita..kerja berpersatuan,buat perniagaan dan lain-lain itu satu bonus..tapi belajar tetap belajar..sampai kita mampu genggam ijazah,ambil gambar hari jubah,beli tiket balik rumah..

untuk apa?untuk berbakti di tempat kita..menggunakan kembali semua ilmu yang kita belajar demi manfaat masyarakat setempat..dan memberi kebaikan kepada Ummah umumnya..

Dunia Tempat Rebut Peluang

begitu juga dunia..hampir semua,apabila ditanya apakah tujuan kita di dunia,lancar lidah menjawab..sebagai hamba Allah dan khalifah untuk memakmurkan bumi..namun adakah kita menzahirkan tugas kita itu sebaiknya? *muhasabah diri

sungguh,dunia ini tempat kita menanam benih kebaikan..supaya di kampung akhirat sana,kita mampu menuai hasil sebaik-baiknya dan sebanyak-banyaknya..itulah yang akan ditimbang untuk menentukan Jannah atau Jahannam sebagai tempat pulang kita..

musafir kita di sini,hanya sekadar sehari atau sepetang..

dan hidup kita di sana, selamanya yang tiada akhir..

apa bekal kita untuk bertemu Yang Esa?


jom!masa berlalu tanpa ada izin laluan..zaman sekarang,kita perlu terbang..atau berlari kencang,demi cinta dan redha Tuhan..duhai sayang,rawatlah jiwa kita jua mereka..sementara masa masih tersisa..agar matlamat sepanjang hidup jelas dan nyata..berbakti hanya kerana Ilahi,menuju cintaNya yang hakiki..

musafir hina itu kita,berjalan di bumi yang bakal musnah akhirnya..

at least yang boleh kita buat, qudwah..senyum pun boleh beri impak besar..tak percaya?se acu cuba try test..moga sama-sama kita thabat..insyaAllah.. ;)

bicara elya : kadang-kadang kita tahu,tapi tak sedar-sedar..sebab tu lalai..AllahuRabbi.. headshot

Wednesday, May 15, 2013

see with your heart..

 
bicara elya : see something in different ways..may Allah ease our days..insyaAllah.. :)

Monday, May 13, 2013

Air mata terindah.. :')

di saat kamu punya tiada kata untuk mengungkap rasa,
maka lakarlah segalanya yang ada dalam jiwa dengan air mata,
moga ada tenang yang menyusup ke dalam dada,
jika mutiara air mata itu hanya kerana Allah Yang Esa..
insyaAllah..
 

 1. Air mata terindah mengalir semasa kamu terpisah dengan kemaksiatan.
2. Air mata terindah mengalir semasa kamu bertaubat setelah melakukan maksiat.
3. Air mata terindah mengalir kamu mengusir kawan-kawan yang berperanga...i buruk.
4. Air mata terindah mengalir semasa kamu meraih tangan sahabatmu.
5. Air mata terindah mengalir semasa kamu sujud.
 
6. Air mata terindah mengalir semasa kamu berdoa dan sedar betapa banyaknya nikmat dariNya.
7. Air mata terindah mengalir semasa kamu menolong kesedihan manusia.
8. Air mata terindah mengalir semasa kamu bertemu keluarga setelah lama berpisah.
9. Air mata terindah mengalir semasa kamu mengucapkan salam kepada Rasulullah SAW, di Masjid Nabawi dan rindu kepada beliau.
10. Air mata terindah mengalir semasa hatimu tersentuh dengan ayat-ayat al-Quran
 
11. Air mata terindah mengalir semasa kamu meperolehi redha kedua-dua orang tua mu.
12. Air mata terindah mengalir semasa kamu dapat bersama dengan insan yang kamu cintai kernaNya
13. Air mata terindah mengalir semasa kamu sedar Allah masih setia menyayangimu ketika orang lain membencimu.
14. Air mata terindah mengalir semasa kamu sedar siapa kamu, siapa tuhanmu, dan hati mu berbisik.. aku hamba Allah ! Allah tuhanku !
14. Air mata terindah mengalir semasa kamu berbahagia dengan syurga dan memperoleh syafaat Rasulullah SAW insyaAllah.
 
bicara elya : moga Allah sudi menerima mutiara-mutiara jernih yang jatuh hanya keranaNya..menjadi pemadam panasnya api neraka..insyaAllah..AllahuRabbi.. :')

Saturday, May 11, 2013

Ahlen ya Rejab! :)

Selamat datang, Rejab!

Salah satu bulan haram (berperang) yang dimuliakan Allah dalam Surah at-Taubah, ayat 36.

BERPUASA SUNAHLAH PADA BULAN REJAB TAPI JANGAN BERPUASA SEBULAN PENUH.

Dalam buku Fiqh Shiyam, karya Prof. Syeikh al-Qaradhawi, antara puasa-puasa sunah dalam Islam ialah puasa pada bulan-bulan 'haram' ini. Ia berdasarkan satu hadis panjang riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Nasa'i.

I...mam Ahmad memakruhkan puasa sebulan penuh pada bulan Rejab.Ibnu Umar dikisahkan berkata,

"Berpuasalah di sebahagiannya dan berbukalah di sebahagian yang lain." (Jangan berpuasa sebulan penuh).

Ibnu Abbas pun meriwayatkan demikian. Dia memarahi, "Apakah kalian akan menjadikan bulan Rejab bulan Ramadhan?"

Usah berpuasa sempena Isra' mi'raj pada 27 Rejab dengan niat ia anjuran Islam. Syeikh al-Qaradhawi menggolongkannya sebagai puasa bid'ah. Jika berpuasa pada tarikh itu sempena sunahnya berpuasa isnin khamis dan sebagainya tidak mengapa.

[Fatimah Syarha]

 bicara elya : debaran menanti bulan mulia..AllahuRabbi..permudahkanlah..insyaAllah.. :)

Saturday, April 13, 2013

syair muhasabah..

 
Assalamualaikum wa salam mahabbah..
lama tak bertinta membuatkan jari kadang-kadang kaku..
hingga Allah menemukan elya dengan syair ini yang menusuk qalbu..
 
'Maka bagaimana akan ku jawab setelah aku mengabaikan urusan agamaku?'
 
bagaimana?AllahuRabbi..syair yang bahasanya kelihatan simple..tapi subhanaLlah,besar dan dalam ertinya..tidak hairan Imam Ahmad bin Hanbal pun turut menangis..moga ada hati-hati yang turut disentuh dengan tajam oleh bait-bait ini..moga Allah redha..insyaAllah.. :)
 
 
Syair ini telah membuatkan Imam Ahmad Bin Hanbal (rahimahullah) menangis apabila mendengar 2 bait pertama syair ini. Moga ianya juga menjadi momentum ke arah muhasabah & perubahan diri kita semua,inshaAllah..

Jika Tuhanku bertanya padaku...
tidak malukah kau bermaksiat padaKu?

Kau sembunyikan dosamu dari makhlukKu..
dan datang padaKu dengan penuh dosa.

Bagaimana aku nak jawab duhai diriku yang ...
malang?..
dan siapalah yang dapat menyelamatkan aku?

Aku terus menyogok jiwaku dengan impian dan harapan
dari semasa ke semasa..


dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati...
dan apa yang akan berlaku selepas aku dikafankan

Seolah-olah aku ni telah dijamin untuk hidup selamanya..
seakan mati tidak akan menemuiku..

dan telah datang padaku sakaratull maut yang ngeri,nah!
siapa sekarang yang mampu melindungiku?

aku melihat pada wajah-wajah..
apakah ada daripada mereka yang akan menebusku?

akan ku disoal apa yang telah aku lakukan di dunia
untuk menyelamatkan diri ini?

Maka bagaimana akan ku jawab setelah aku
mengabaikan urusan agamaku?

celakanya aku! Apakah aku tak mendengar
ayat-ayat Allah yang menyeruku?

Adakah aku tak dengar apa yang telah
diberitakan didalam surah Qaaf dan Yaasin?

Adakah aku tak dengar tentang hari dikumpulkan manusia,
hari perhimpunan dan hari ad-deen (qiyamah) ?

Adakah aku tak dengar panggilan ajal maut,
menyeru dan menjemputku?

maka Ya Rabb! seorang hamba yang datang bertaubat,
Siapa yang dapat melindunginya?


Melainkan Tuhan yang maha luas pengampunanNya
dan yang membimbingku pada kebenaran

 


Aku telah datang padaMu maka kasihanilah
daku dan beratkan timbangan (kebaikan) ku...

Dan ringankan (percepatkan) hisabku kerana
Engkaulah yang terbaik dalam penghisaban..
bicara elya : bergeraklah..kita harus sedar,masa meninggalkan kita tanpa ada tanya khabar..Imam Ahmad sendiri apabila ditanya waktu seorang mu'min itu berehat,dijawabnya dengan lafaz,'apabila kakinya telah menginjak syurga..' AllahuRabbi.. :')
 

Sunday, April 7, 2013

rasa ini..

rasa ini,
kadang-kadang tak dapat ku mengerti..
kecelaruan dalam diri..

harus bagaimana lagi,
perlu hati gagahi,
kalau bukan dengan kekuatan yang dikirim Ilahi..

ya,
dan rasa ini masih menghantui..
perasaan yang diri sendiri tak pasti,
hanya padaMu Tuhan aku berserah diri..

dan rasa ini,
moga ia berlalu pergi,
segala prasangka dan curiga,
penyakit hati jua segala benci..

cukuplah hiasi hari dengan mengingati mati..
yang bakal menggerakkan ruh dan jasad untuk terus berbakti,
menjadi hamba Ilahi..

AllahuRabbi..

bicara elya : rasa ini,biarlah ia terbang pergi..