Dari hati, sampai ke hati. :)

Photobucket

Malu brtanya sEsAt jalaN.....

ukhwahfiLlah..^_^

Monday, December 31, 2012

kenangan '12.. :)

Assalamualaikum wa salam mahabbah..

masih berdiri,
dengan izin Ilahi,
namun esok hari,
mungkin aku tidak bernyawa lagi..

2012..banyak yang ku belajar darinya..mungkin,terlalu banyak..dengan izin Dia..alhamduliLlah thumma alhamduliLlah.. :)

#belajar mengenai waktu lapang yang perlu diisi,
duduk rumah,baca buku,pergi sekolah,,........habis spm lah katakan.. ^^

'dua nikmat yang sering manusia alpakan,nikmat lapang dan sihat'


#belajar mengenai kepentingan memberi manfaat pada orang lain,
join program(mukhayyam),jenguk adik2 dll..

'sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada manusia lain'

#belajar mengenai ukhwahfiLlah dan 'family',
program UMT(serious,rinduu!!),keluar dengan sahabatsampaisyurga,buat usrah,program Liqo' Para Dai'e Islam,mabit rumah sahabat,ziarah etc..

'tidak beriman seseorang itu melainkan dia menyayangi saudaranya yang lain seperti dia menyayangi dirinya sendiri'

#belajar mengenai kesabaran dan kesungguhan,
bukan senang nak lulus lesen P..sungguh,banyak sangat ibrah sepanjang belajar kereta..sebagaimana kita berhati-hati membawa kereta bila pegawai JPJ berada di sebelah,begitu juga dalam memandu 'kehidupan'..

kerana raqib dan atid sentiasa memerhati..luluskah kita?

pesan ustaz yahya,naik kereta ibarat ni ibarat naik bom jangka..jadi sebelum naik,ucap syahadah siap2.. ;)

'setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati'

#belajar rasa cinta berTuhan,
ya Rabb,izinkan kami jejakkan lagi kaki ini ke tanah suciMu..berhadapan dengan bangunan yang dibalut kain hitam itu-speechless..setiap saat dan ketika,terasa yang hidup ini hanya untuk mengabdi kepadaMu..indah!campakkan aku sentiasa dalam rasa itu..Amin.. :')


#belajar erti sabar dan syukur,
siapa tak berdebar nak ambil sehelai kertas putih bertajukkan 'Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia'..AllahuRabbi,dengan izinMu kami memperoleh keputusan yang terbaik buat diri kami..sekarang,elya di sini..

Allah merancang dengan penuh cinta..AllahuRabbi.. :)

sungguh,sabar dan syukur..itu yang asyik meniti di bibir sebelum menerima slip itu..harapnya terpahat jua kalimah ini hingga bertemu Dia Yang Satu..agak2,masa nak ambil Sijil Padang Mahsyar macam mana ye?lagi menggeletar kutttt..muhasabah,insyaAllah..


#belajar erti berdikari,
INTEC..entah,banyak sebenarnya pengajaran dan pembelajaran dari sini..pasti tersenyum bila mengimbau kembali detik2 di bumi intec..kasih sayang,kegigihan,kekerdilan diri..hurm,ni lah namanya bila bertemu dunia luar..

jumpa dengan manusia yang pelbagai cara..namun pakaian terbaik tetap hanyalah taqwa..

'dan Allah ciptakan kamu berbilang bangsa supaya kamu berkenalan'

#belajar erti cinta,
mi,abah,keluarga,saudara,sahabat2sampaisyurga..yang pertama dan utama tentulah Dia..Allah Yang Esa..kemudian pesuruhNya,Nabi Muhammad yang mulia..waktu raya,waktu abang kahwin,waktu nisa mula mengeluarkan bicara..AllahuAllah..semua kenangan seakan berbicara..

'cinta itu semua perkara yang membawa ke syurga..kalau ajak ke neraka,itu bukan cinta namanya'

 
dan 2012,kakiku di sini..untuk terus melayari sebuah misteri..misteri kehidupan..sekejap,namun terasa lama..indahnya tarbiyyahMu Ya Rahman..di setiap helaan nafas,pasti ada hikmah tersembunyi,pasti mengukir sebuah kisah untuk dihayati..

sama2 buka langkah baru dengan namaNya..terus menebarkan rasa sayang demi agama tercinta..belajar untuk hidup dengan Sunnah Nabi kita..insyaAllah..
 
'memegang Islam di akhir zaman ibarat memegang bara api..lepaskan ia,padam..pegang ia,kita yang perlu menanggung rasa derita panasnya..'

bicara elya : bismiLlahirRahmanirRahim.. :)))

Friday, December 21, 2012

sedingin bayu..

ku heret langkah ini,
walau kaki ku kaku,
kerana dinginnya bayu,
sedingin salju..
 
ku heret langkah ini,
kerana ku pasti,
Allah itu arRahim,
dan cintaNya itu kekal abadi..
 
sedingin bayu,
yang mencucuk qalbu,
adakah ku punya redhaNya yang satu..
atau masih melayang dibawa bayu?
 
Tuhan,bantu diriku jua sahabat-sahabatku..
dalam bermujahadah meniti waktu..
kami memerlukanMu,selalu........
 
bicara elya : sedingin bayu salju.. :)

Wednesday, December 12, 2012

Allah merancang dengan cinta.. :)

Assalamualaikum wa salam mahabbah..
bismiLlah..

manusia,
pasti merencana,
tentang apa yang bakal dilakukannya,
untuk menggapai cita-cita..

dan arRahman,
juga sedang mengatur rancangan,
buat hamba tersayang,
bagi menguji hati jua iman,
layakkah si dia bergelar kekasih Tuhan..

ya,kita sentiasa melakar peta kehidupan dalam minda..'lepas ni nak study,lepas ni nak masak,nanti nak buka fb kejaplah..etc..'

andai diizinkan Allah,maka akan terlaksanalah rancangan kita itu..biasa kita dengar orang cakap,'kita hanya merancang,tapi Allah yang menentukan..' betul..betul sangat..jadi kenapa perlu mengeluh dan kecewa andai keinginan tak menjadi kenyataan?bukankah ianya satu ketentuan dari Rabbul 'Alamin?

Allah merancang dengan penuh cinta :)

Dia kan arRahman arRahim..setiap langkah kita sentiasa dalam penjagaannya..walaupun secara zahir,kita mungkin terpijak duri dalam perjalanan..tapi ingat,Allah merancang dengan penuh cinta..Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita..

setiap yang berlaku pasti punya hikmahnya..belajar untuk husnuzhon selalu dengan Dia..sebab,Allah merancang dengan penuh cinta.. :) maka mana mungkin rancangan yang penuh dengan cinta ada tujuan untuk membinasakan..tak mungkin..tak mungkin..


Bukan satu alasan..

tapi rancangan Allah itu bukan sebagai satu alasan untuk kita berpeluk tubuh..tidak menggerakkan minda jua jasad..selagi mana kita yakin Allah itu merancang dengan penuh cinta,kita jua akan sentiasa bersemangat mengorak cita..kerana yakin bahawa Allah akan memberikan sesuai dengan kadar usaha kita..

yang penting usaha dan tawakkal..formula ini bukan hanya sekadar untukexam..tapi tawakkal secara keseluruhan dalam sebuah kehidupan..moga-moga mampu mendidik diri menjadi syukur dan sabar ketika ingin mendepani hari..

walau apa pun yang melintasi jalan perjuangan,menganggu pentas mujahadah,tempis ia dengan pagar keimanan..bahawa Allah merancang dengan penuh cinta.. :)

bicara elya : kita merancang dengan cita-cita..tapi Allah merancang dengan penuh cinta.. :')

Wednesday, December 5, 2012

Solat Sunat Mutlak,hadiah dari DIA..

Assalamualaikum wa salam mahabbah..

bumi Syams dingin,sedingin embun di pagi hari..dan tiap-tiap hari,tajdidlah niat di hati..supaya diredhai Ilahi..insyaAllah..

alhamduliLlah thumma alhamduliLlah..untungnya di sini,selain mengejar silibus universiti untuk dihabiskan,ada je majlis-majlis ilmu yang mengimarahkan tanah ini..

sungguh,andai kita mampu melihat fadhilat untuk hadir ke taman-taman syurga ini,walau dengan merangkak sekalipun kita tetap akan berusaha ke sana..jadi tak salahkan kita labur sedikit tenaga untuk ke majlis ilmu..insyaAllah,barokahnya ada.. :)

okay!tak nak jauh sangat melalut..back to the point..bismiLlah..ilmu baru yang nak kongsi yang diwasilahkan melalui Syeikh Zaini Hj. Ahmad,Solat Sunat Mutlak..

 
 
"Solat Sunat Mutlak ialah solat sunat yang tidak ditentukan waktunya dan tidak ada sebab pun, bilangan rakaatnya juga tiada batasnya. Cara melakukannya adalah seperti solat sunat yang lain.
NIAT
أُصَلِّى سُنَّةَرَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالَى
Maksudnya : "Sahaja aku menunaikan Solat Sunat 2 rakaat kerana Allah Taala"
 
kata ustaz,solat ni boleh menarik aura 'IKHLAS'..erm,tenang2..
kenapa dikatakan sebegitu rupa?sebabnya solat sunat ni,niatnya MUTLAK kerana Allah Ta'ala..liLlahi Rabbil 'Alamin..
 
kalau solat hajat,pasti sebab kita nak berhajatkan sesuatu..
 
kalau solat taubat,supaya Allah ampunkan dosa kita..
 
kalau solat istikharah,ada pilihan dunia yang perlu ditentukan..
 
dengan erti kata lain,solat sunat lain pasti punya sebab yang ada kaitan sama ada dengan dunia mahupun diri kita..tapi kalau solat sunat mutlak ni,tiada sebab..sebabnya mutlak hanya kerana Allah..AllahuRabbi..hadiah dari Dia..indah.. :)
 
 
tips ustaz,gandingkanlah solat ni dengan solat sunat Dhuha atau tahajjud..lebih cantik..bacalah surah alIkhlas dalam bilangan yang ganjil pada setiap rakaat..moga-moga dengan solat ni,Allah izinkan kita tergolong dalam kalangan mukhlis,insan-insan yang ikhlas..biizniLlah..moga Allah redha..sama2 mujahadah untuk beramal..insyaAllah.. ^^
 
'sesungguhnya ikhlas itu termasuk dalam rahsia-rahsia Allah..hanya akan dikurniakan pada insan yang dikehendakiNya..'

bicara elya : diterimakah selama ini amalan?atau aku hanya letih badan..kerana entah ke mana ikhlas dalam perasaan..di mana dunia?dalam hati atau dalam genggaman tangan..AllahuRabbi.....

Tuesday, November 20, 2012

Briged alQassam

"Salah satu kriteria awal untuk diterima masuk sebagai ahli Briged al Qassam ialah istiqamah bersolat subuh secara berjamaah sekurang-kurangnya selama 6 bulan sebelum permohonan dan mesti disahkan oleh imam masjid di kariahnya."[Dr Zainur Rashid Zainuddin] 
 
kita?bukan setakat solat jemaah..solat Subuh di awal waktu pun tak istiqamah kalau tengok 6 hari berturut-turut..inikan 6 bulan..AllahuAllah..astarfiruLlah..
 
ya!betul!kita memang marah benar dengan Zionis laknatuLlah..tapi bila kemenangan akan berpihak pada kita?bila Ummah terislah(soleh)..
 
siapa ummah itu kalau bukan kita?sama-sama mujahadah demi syahadah..insyaAllah..Rabbana Yassirna wa la tu'assirna..amin.. :)

*Briged alQassam : Briged Izzuddin al-Qassam atau Briged al-Qassam adalah sayap tentera Pergerakan Hamas yang memerintah Gaza ketika ini. Sayap tentera ini ditubuhkan pada tahun 1984. Penubuhannya adalah hasil usaha beberapa pemimpin dan ulamak Palestin pada masa itu seperti Sheikh Ahmad Yassin (pengasas Hamas), Dr Ibrahim al-Maqadema dan Sheikh Salah Shehada.

Nama al-Qassam dipilih sempena nama Ezzedeen al-Qassam, seorang pejuang yang mati syahid berdekatan Ya'bad kerana menentang penjajahan British di bumi Palestin pada tahun 1935.

Berdasarkan maklumat sulit, Briged al-Qassam adalah sebuah pasukan tentera elit yang dianggotai oleh pemuda Islam yang berumur di antara 18 hingga 30 tahun.




Briged al-Qassam memikul tanggungjawab untuk mempertahankan bumi Palestin daripada penguasaan Zionis Israel dan membebaskan Baitul Muqaddis melalui perjuangan jihad.
Pada ketika ini Briged al-Qassam dianggotai oleh kira-kira 25,000 orang.

Briged al-Qassam agak berbeza daripada pasukan pejuang Palestin yang berada di bawah Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) kerana, para pejuang PLO berjuang di bawah semangat kebangsaan, tetapi Briged al-Qassam berjuang di bawah semangat keIslaman.

Setiap anggota Briged al-Qassam dikehendaki solat lima waktu secara berjemaah pada setiap hari. Mereka juga dikehendaki berjuang secara ikhas kerana Allah. Selain itu, mereka juga terdiri daripada individu yang bersedia mati syahid atau tidak takut mati.

Keanggotaan Briged al-Qassam adalah sulit. Identiti setiap anggota, sama ada komandan atau ahli biasa adalah dirahsiakan. Pelawat yang diberi peluang memasuki pusat latihan juga tidak dibenarkan mengambil gambar.

Hanya individu yang mempunyai syarat-syarat berikut sahaja yang akan diterima sebagai anggota pasukan elit ini iaitu, berpegang teguh kepada ajaran Islam, mengamalkan sunah nabi secara taat, menjaga solat lima waktu secara berjemaah, mendukung perjuangan membebaskan al-Aqsa dan Palestin, berdisiplin dan taat kepada pemimpin, dan bersedia untuk mati syahid.

Dari segi persenjataan, Briged al-Qassam menggunakan senjata ringan seperti mesingan, senapang AK-47, bom tangan dan roket grenad.

Keistimewaan kumpulan tentera elit ini ialah mereka membuat sendiri roket artileri yang dinamakan roket al-Qassam. Roket ini dikeluarkan dalam tiga model. Mereka sudah mempunyai pengalaman membuat roket selama sepuluh tahun sejak tahun 2011. Roket-roket ini sering mendapat liputan akhbar antarabangsa kerana dilancarkan ke kawasan Israel.

 Walaupun Briged al-Qassam dianggotai oleh lebih kurang 25,000 orang sahaja, namun latihan lasak dan taktik peperangan gerila yang mereka amalkan amat berkesan dan sangat menggerunkan tentera Israel yang berjumlah 700,000 orang.

Anggota Briged al-Qassam sujud syukur selepas operasi.

Sejak Intifada bermula tahun 2000, seramai 800 orang anggota Briged al-Qassam telah syahid kerana berjuang menentang tentera Israel.

 
bicara elya : headshot

Sunday, November 18, 2012

kisah kita..

Assalamualaikum wa salam mahabbah..
 
erm,pandang kiri..pandang kanan..
kutemui jutaan insan..
yang punya 1001 kisah kehidupan..
 
kadang-kadang,kagum dengan mereka yang hijrahnya menuju Tuhan sangat hebat..masyaAllah,berjaya membuatkan air menitis dari kelopak mata..sungguh,Dialah Yang memegang hati-hati yang sentiasa berbolak balik..
 
tertanya,adakah aku jua termasuk dalam kalangan hambaNya yang dianugerahkan nikmat rasa cinta berTuhan itu?

mereka punya kisah mereka..dan kita punya kisah kita..bagaimana hebat kisah kita di sini,harapnya mampu menjadi mahar untuk memperoleh kisah indah di Syurga sana..in syaa Allah..

namun sesebuah kisah itu harus ada jalan cerita yang mantap supaya mampu memenangi anugerah di sisi Rabb..skripnya harus sentiasa bersulam zikruLlah supaya diangkat kisah itu hingga langit ke tujuh..

kita pula yang memegang watak utama dalam kisah kita,perlu seikhlas mungkin menjayakan watak sebagai 'abid dan KhalifahNya andai ingin diangkat sebagai hamba terbaik..

AllahuAllah..nampak mudah..tapi jika filem di dunia sahaja memerlukan banyak perjuangan dan pengorbanan ahli produksi,apatah lagi untuk menjayakan kisah kita di hadapan DIA..hebat lagi perjuangan yang perlu ditempuh,banyak lagi pengorbanan yang perlu diharung..

yang penting,kita USAHA..moga segala langkah kita berada dalam perhitunganNya..

singkaplah kisah mereka..mereka yang bergelar sahabat kepada RasuluLlah,mereka yang diangkat darjatnya dengan ilmu,mereka yang memikirkan tentang Ummah siang dan malam..
moga2 ada cebisan semangat yang menyerap masuk ke dalam salur darah kita dalam menempuh perjuangan..

juga intailah kisah mereka..mereka yang kerap terjatuh hingga lupa kepada Ilahnya,mereka yang tak sempat mengucapkan kalimah syahadah di hembusan nafas yang terakhir,mereka yang terus-terus lalai dengan segala nikmat dunia yang fana'..

kemudian tafakurlah..kitakah mereka itu?sementara ada ruang nafas untuk bertaubat,kenapa perlu berlengah?sungguh,tiada jaminan esok itu akan menjadi milik kita..


“Dan tidaklah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka, dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang betakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?” [alAn'am : 32]

maka tidakkah kita memahaminya?

“Dan tiadalah kehidupan dunia ini, melainkan sendau gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui."[al'Ankabuut : 64]

kisah kita di sini,akan menentukan kisah kita di sana..peliharalah kisah kita..kerana akhirat itulah sebenarnya kehidupan,jikalau kita mengetahui.. :)

bicara elya : kisah kita,adakah dalam redha atau murkaNya?muhasabah,insyaAllah.. ;)

Friday, November 16, 2012

mereka saudara kita..


Syahid terbaru!
Seorang ibu memangku anaknya yg telah syahid!
adakahi ini yg dimaksudkan oleh Israel sebagai mempertahankan rakyatnya? membunuh kanak-kanak kecil?

T_T

Kita punya 'hutang' yg perlu dibayar kepada rakyat Palestin yg telah menggadaikan batang tubuh mereka untuk mempertahankan Tanah suci ummat Islam.!
 
source : Aqsa Syarif
 
dalam tangisan mereka,mampukah kita masih bergelak ketawa?AllahuAllah..bangun rijal,bangun mujahidah!kita masih punya misi untuk Ummah..
 
belajarlah sungguh-sungguh andai itu medan jihadmu sekarang..
kerjalah sekomitmen mungkin andai itulah ruang kamu untuk menabur sumbangan..
doalah sekerap mungkin andai hanya lidahmu sahaja yang mampu digerakkan..
 
indah senyuman bidadara syurga ini.. :")
 
Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan2 mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.
Amin,amin ya Rabbal 'Alamin..
 
bicara elya : antara terus leka dengan dunia atau prihatin dengan saudara yang sedang sengsara?pilihan untuk bertindak ada dalam tangan kita..moga Allah redha dan makbulkan doa-doa kita semua..cemburu pada syuhada yang sedang tersenyum di syurga.. :')

Wednesday, November 14, 2012

langkah baru.. :)

Assalamualaikum wa salam mahabbah..
 
bismiLlah..alhamduliLlah thumma alhamduliLlah..
langkah baru demi Ummah..erti sebuah Hijrah..moga dikuatkan dan sentiasa tabah..insyaAllah.. :)
 
dan Dia masih beri kita udara Muharram 1434..maka nikmat Tuhanmu manakah lagi yang ingin kamu dustakan?tanggungjawab kita melebihi masa yang kita ada..maka ringkaskan dan permudahkanlah..
 
mengapa kaki perlu dipaku tatkala bibir kencang mengutarakan semangat..dear sahabatfiLlah dan diri,tak cukup hanya di fb dengan kata2 'selamat tahun Hijri'..harus ada langkah yang perlu disusuli..ayuh kita BERGERAK menuju redha Ilahi!
 
tatkala saudara kita di Syria sana kuat mempertahankan aqidah..tatkala pejuang Palestin berjaga demi tanah air tempat tumpahnya darah..adakah tatkala itu juga kita masih mampu lena dalam tidur yang indah?AllahuAllah..
 
 
sama-sama kita tajdid niat untuk tahun ini..moga2 setiap langkah kita tempuhi,punya manfaat buat Ummah dan diri..muhasabah hati..biizniLlah..
 
maafkan salah silap yang merantai diri..kalau ada hutang piutang,jangan malu2 untuk tuntut nanti..salam Maal Hijrah,moga diredhai..insyaAllah..
 
 
bicara elya : alhamduliLlah..1 Muharram..kembali jari-jari ini menari..mohon doa.. :)

Tuesday, October 9, 2012

niat :)


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”
bicara elya : dah tajdid niat belum hari ni? :)

Sunday, October 7, 2012

three stories.. ^^


bicara elya : cerita kita yang mana?semua? :)

Friday, October 5, 2012

ukhwah itu indah..

sahabatku sayang,
walau dua benua kita terpisah,
namun hati kita masih bersatu,
atas nama Tuhan Yang Ahad,Satu..

sahabatku fiLlah,
bisa saja butiran jernihku mengalir,
tatkala mengimbau kenangan rasa suka duka kita,
dalam proses tarbiyyah dari Dia Yang Esa..

dalam doa,
insyaAllah,
akan sentiasa terselit namamu..
moga nanti,
kita akan masih mampu bertemu,
di pintu Jannah sambil kita tersenyum..

dan yang sentiasa di sisi,
sentiasa ku harap kita sehati,
dalam menempuh hari-hari,
menuju cinta dan redha Ilahi..

Allahu Rahman,
AllahuRahim,
Allah ya 'Alim..
bantu kami dalam melangkah..

tak kuat kami mujahadah tanpa izin dariMu,
tak mampu kami berjuang tanpa rahmat dariMu..
cukuplah Engkau ya Qawiyy,
sebagai penolong kami,
di dunia mahupun alam akhirat nanti..

ukhwah ini,
akan ku genggam erat,
walau tak mampu ku jadi sesetia Sayydina Abu Bakar,
mahupun secinta Ali kepada RasuluLlah..

namun bulan sentiasa menjadi saksi kita,
bahawa pertemuan ini,
atas namaNya,liLlah..

insyaAllah.. :))

Sunday, September 16, 2012

alFurqan :)

Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa mendengar satu ayat daripada al-Quran, akan dituliskan untuknya kebaikan yang digandakan dan sesiapa membaca satu ayat, bacaannya itu akan menjadi NUR untuknya pada hari kiamat."

(Hadis Riwayat Ahmad)
 
*kita dah berapa ayat hari ni? ;) *
 
 
bicara elya : andai ditanya,pasti semua mahukan 'nur' di akhirat nanti..jom kita sama2 usahakan supaya sentiasa berdamping dengan kalam cinta dariNya..insyaAllah.. :))

Thursday, September 13, 2012

kembara.. :)

BismiLlah..
ada di persinggahan pertama sebuah kembara..
nilai pertama : KESABARAN 

sabar itu indah..dan sabarlah dalam bersabar..salam mujahadah.. :)

bicara elya : cuba melihat sebanyak mungkin perkara yang tersirat di sebalik yang tersurat..AllahuAllah..moga dipermudahkan..insyaAllah..


Thursday, August 30, 2012

'kau ada?!'

Assalamualaikum wa salam mahabbah..

Lebih kurang 2 minggu lebih dah meninggalkan INTEC..erm,banyak kenangan,pengalaman yang tak terkata nilainya..mengajar erti sebuah kehidupan..membuka mata kepada dunia luar..itu baru di INTEC,masih jauh perjalanan untuk kembara mencari setitis ilmu dari selautan ilmuNya..

banyak yang ingin dikongsi..tapi ada satu ayat yang betul-betul sentap sampai sekarang..'kau ada?!'

alkisah...thoyyib..........*perlu ke permulaan macam ni? ;)


dalam kelas Introduction to Islamic Medicine yang dikendalikan oleh ustzh Wan Noorliza yang dirindui liLlah,kami belajarlah apa yang patut..pasal rukhsah,maqasid syari'ah,fiqh dalam perubatan dll..

tetibe ada satu part tu ustzh cakap :

'ha!awak jangan main-main dengan orang gila..jangan pandang rendah..dia boleh kata dekat awak macam ni, "gila-gila aku pun,aku ada jaminan masuk syurga,kau ada?!"' *dengan intonasi yang sangat menusuk qalbu

tamat sudah alkisah..

tak tersentap bila cakap macam tu?AllahuAllah..masa tu jugak rasanya nak menangis..terasa sangatt hina di mata Allah..apatah lagi dengan amalan yang sikit ni..agak-agak,apalah nanti nak bawa hadapan Allah nanti..malu pada si dia yang gila..

jadi,ada dua ibrah yang nak kongsi dekat sini..kalau boleh,ciptalah 1001 ibrah yang lain..moga bermanfaat..

1)  jangan pernah sekali-kali pun pandang rendah pada orang lain..
kadang-kadang,1 keburukan yang terzahir pada dia,1000 kebaikan lagi yang ada pada dirinya..

kita ni macam mana?selalu ingatkan pada diri..refleksi hati sentiasa supaya tunduk selalu pada Yang Esa..yang membezakan antara kita adalah TAQWA.. :) 
"Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah adalah orang yang lebih takwanya antara kamu, (bukan yang lebih berketurunan atau bangsanya). Sesungguhny Allah maha mengetahui lagi mendalam pengetahuannya (tentang keadaan dan amalan kamu)." [Surah al-Hujurat, ayat 13]

2)  serious,jangan malukan akal yang kita ada..again,kita ada akal!plus iman..alhamduliLlah..jadi jangan dimalukan oleh orang gila..mereka dijamin masuk syurga sebab Allah beri keringanan pada mereka..

sebab mereka dah tak boleh fikir..sebab tu syarat sah solat,puasa,haji dan ibadat yang lain tak jatuh pada mereka yang kurang kewarasan..itu anugerah Allah pada mereka..kita?

Allah pun anugerahkan kita nikmat yang tak terhingga..yakni akal..gunakan secara berhikmah..ikut perintah Allah,tinggalkan larangan Dia..sampai nanti satu saat,kita juga mampu merasai jaminan syurga..insyaAllah.. :)

"Orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan saleh, kelak akan Kami masukkan ke dalam surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah telah membuat suatu janji yang benar. Dan siapakah yang lebih benar perkataannya dari pada Allah ?" [anNisa' : 122]

bicara elya : kadang-kadang,sehina-hina dia pun dimata kita,Allah mengangkat darjatnya hingga ke syurga..bagaimana pula kita yang kelihatan normal dan 'sempurna'..dah cukupkah mahar kita untuk menempah Jannah dan redhaNya..AllahuRabbi.. :')

Monday, August 27, 2012

Ramadhan sudah berlalu..

Assalamualaikum wa salam mahabbah..
 
Ramadhan sudah berlalu..
apakah amalan kita juga turut berlalu pergi dibawa arus kelalaian menurut nafsu?
 
Ramadhan,sudah pergi..
bagaimana pula iman kita di hadapan Ilahi?
suduh turun menyembah bumi atau masih melangit tinggi?
 
Ramadhan berlalu,syawal mendatang..
bagaimana kita isi waktu lapang?
adakah dengan zikruLlah untuk tenang?
atau masih main-main dengan nikmat yang terluang?
 
ya,kita manusia..
iman kadang turun,kadang naik..
namun sejauh mana daya kita,
untuk terus istiqamah dalam menyembah Yang Esa..
kerana kita bukan hamba Ramadhan,namun hambaNya sentiasa..
 
sahabat2 atas nama Allah,
aku jua masih lemah dalam bermujahadah,
namun kuatlah,
kerana ia adalah mahar untuk menempah Jannah..
 
biarkan bulan setia menjadi saksi,
biarkan angin terus lembut menyapa pipi,
biarkan embun berbicara pada waktu dinihari..
 
bahawa kita masih menacari redha arRahim,
terus tunduk sujud sebelum datangnya mentari,
terus mengalunkan kalamNya tanpa henti,
kerana asyiknya kita bercinta dengan Sang Pencinta hakiki..
AllahuRabbi.. :')
 
bicara elya : moga2,sijil 'taqwa' itu masih mampu kita miliki..mohonlah dari Dia Pemilik Bumi..kerana mati itu sentiasa mengejari..astarfiruLlahal 'azim..taqabbalaLlahu minna wa minkum..ampun maaf dipinta,halalkan segala perkara..moga Allah redha..insyaAllah.. :)

Sunday, August 26, 2012

alGebra.. :))



Muhammad ibn Mūsā al-Khwārizmī

Consequently he is considered to be the father of algebra, a title he shares with Diophantus. Latin translations of his Arithmetic, on the Indian numerals, introduced the decimal positional number system to the Western world in the 12th century. He revised and updated Ptolemy's Geography as well as writing several works on astronomy and astrology.

His contributions not only made a great impact on mathematics, but on language as well. The word algebra is derived from al-jabr, one of the two operations used to solve quadratic equations, as described in his book.

bicara elya : more about alKhawarizmi soon,insyaAllah..scholar of Islam..yes,Muslims can!insyaAllah..

Tuesday, August 7, 2012

Why Don't I Have A Boyfriend

Why Don't I Have A Boyfriend
Muslimah's, please memorize this.
Found this on Facebook. Felt the need to spread the word.
...
---
She asked her: Why don’t you have a boyfriend? She replied with confidence: You tell me. Why would I have a boyfriend? I guess you have no answer for my question, but I have answers for yours. First, I am a believer, I can’t do what displeases my Creator. He ordered me not to to have a boyfriend so I should obey Him.

Allah says in Qur’an: “Nor those who take [secret] lovers." (surat Al-Nisa-25). Secondly, I am a daughter of a man who raised me to be a chaste woman. I am a sister of a man who is proud of my purity, so I don’t want to disappoint them, and most of all I don’t want to disappoint a third man who is my future husband and the father of my children in sha Allah. I am preserving myself to him only.

My mom raised me to be a righteous woman so that I deserve a righteous man. She never raised me to be a toy in any boy’s hand, but she raised me to complete the Deen of a pious man.Also, I am not an easy girl who would be impressed with sweet love words, but I am a proud Muslimah who is just like a pearl in its shell. No one can touch it but a brave man who would value it and cherish its beauty.

Dear Muslimah's. Know your worth, and Be that One In Million who love to have the love of their Lord more than the love of a boyfriend!
#copy paste
bicara elya : to have the title of 'solehah',it will never be easy..salam mujahadah! :)

Sunday, August 5, 2012

Ramadhan-memaknakan ia

Bagaimanakah memaknakan Ramadhan?

Ramai menilai maksud memaknakan Ramadhan adalah dengan menyumbat pelbagai amalan di dalamnya. Saya tidak berkata itu salah. Namun saya memandang kepada skop yang lebih luas dan lebih besar.

Apakah Ramadhan ini Allah SWT ciptakan agar ummat Islam menyumbat amal mereka sebanyak-banyaknya di bulan itu?

Saya tidak melihat sedemikian.

Ahsanu bukan Aksaru.
Allah SWT dengan jelas memberikan pesan kepada kita di dalam Surah Al-Mulk ayat 2:

“Dan Dialah yang menciptakan kematian dan kehidupan, untuk melihat dari kalangan kamu siapakah yang terbaik amalannya.”

Yang terbaik amalannya. Allah SWT menggunakan kalimah ahsanu. Bukan aksaru(terbanyak).

Justeru, hakikatnya, amal yang kemas, bermakna, memberikan kesan, adalah lebih baik kita usahakan untuk capai, berbanding kita gelojoh, tergesa-gesa menambah amalan namun amalan-amalan itu langsung tidak memberikan makna pada diri kita, seterusnya selepas Ramadhan langsung tidak memberikan kesan di dalam kehidupan kita.


30 juzu’ Al-Quran dan Beratus Rakaat Tarawih.

Di dalam Ramadhan, berlumba manusia menghabiskan 30 juzu’ Al-Quran. Bahkan ada yang khatam 2-3 kali. Begitulah juga resminya bulan Ramadhan, manusia bangkit menunaikan tarawih. Ada yang 8 Rakaat, ada yang 20 rakaat. Yang mana kalau didarab dengan 30 hari, menjadikan bilangan rakaat itu mencapai ratusan.

Itu belum dikira dengan pelbagai amalan seperti menjauhi maksiat telinga, tangan, mata dan kaki, seterusnya melakukan amalan-amalan kebaikan yang lain seperti bersedekah, membantu orang, berselawat, solat fardhu, solat-solat sunat yang lain dan sebagainya.

Namun anehnya, kebaikan-kebaikan yang disumbat di dalam Ramadhan itu tidak memberikan kesan di dalam kehidupan kita hari ini.

Keluar dari Ramadhan, kita seakan-akan manusia yang sama seperti sebelum kita masuk ke dalam Ramadhan. Sama. Seakan-akan 30 juzu’ Al-Quran tidak pernah kita baca, seakan-akan ratusan tarawih di dalam Ramadhan tidak pernah kita dirikan.

Kita masih menjadi seorang muslim yang pasif, yang tidak memberikan manfaat kepada Islam, yang jauh daripada Allah SWT, yang banyak melakukan keingkaran, yang menjadi hamba kepada sistem jahiliyyah, yang masih menyokong perkara-perkara yang melalaikan dan sebagainya.

Seakan-akan, graf ummat Islam itu, mencanak hanya kala Ramadhan, dan kemudiannya menjunam jatuh pada bulan-bulan yang lain.

Golongan Yang Celaka.

Menjadi manusia yang sebegini, sepatutnya kita rasa gentar dan takut. Kerana Rasulullah SAW ada bersabda:

“Telah datang Malaikat Jibril dan dia berkata: Celakalah seseorang yang masuk ke bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah Amin! Maka aku berkata: Amiin.” Hadith Riwayat Bukhari.

Ya. Bukan perkara yang kecil.

Sepatutnya kita masuk ke dalam Ramadhan, keluar menjadi hamba yang Rabbani.

Namun kita hanya tahu menyumbatkan amal, melambakkannya, dan bila keluar dari Ramadhan, menjadi manusia yang seakan-akan Ramadhan tidak punya makna yang signifikan di dalam hidupnya pada 11 bulan yang lain. Bukankah itu sangat celaka?

Maka Kita Maknakan Ramadhan Kita.

Biarlah tarawih kita 8 rakaat, dan bacaannya tidak panjang. Tetapi kita memahami apa yang kita baca. Mendalami apa yang kita sebut. Biar ianya menjadi bekalan untuk lebih memahami mengapa Islam itu agama yang benar, dan mengapa kita perlu mengamalkannya sebagai cara hidup.

Agar solat-solat kita memberikan makna dalam kehidupan kita, agar kita merasai ubudiyah, pengabdian diri kita kepada Allah SWT secara sebenar-benarnya.

Biarlah kita tidak habis 30 juzu’ Al-Quran, asalkan kita memahami apa yang kita baca. Kita memperbaiki tajwid kita. Kita baca dengan tartil dan faham. Agar ayat-ayat itu dapat memberikan kesan ke dalam kehidupan kita.

Dapat memberikan kesedaran untuk menguatkan kita, untuk memotivasikan kita, agar terus rapat dengan Al-Quran selepas keluar dari Ramadhan.

Biarlah amal kita kelihatan sedikit, namun ianya adalah yang terbaik. Yang memberikan gegaran di dalam jiwa kita. Yang mampu menyedarkan kepada kita bahawa kita ini adalah hambaNya. Yang mengetuk hati kita, yang membuatkan kita hendak membawa perasaan ini ke 11 bulan yang lainnya.

Kita usahakan ibadah-ibadah dalam bentuk yang lebih produktif, seperti membuang keburukan(maksiat dan keingkaran) kita kepada Allah SWT.

 Jika kita kaki merokok, kita fokuskan kepada mengurangkan batang rokok kita dalam rangka hendak meninggalkan rokok. Jika kita kaki gossip, kaki berkata kotor dan sebagainya, kita target untuk meninggalkan perbuatan itu dengan menjadikan Ramadhan sebagai titik motivasi kita. Kita tambah juga amalan kita.

Target Ramadhan ini, jika selama ini tidak biasa membaca Al-Quran, maka kala Ramadhan ini kita targetkan agar diri kita biasa membaca Al-Quran selepas maghrib. Sekurang-kurangnya satu muka surat.

Jika sebelum ini Solat Fardhu kita tunggang langgang, kita memperbaiki disiplin kita terhadap solat fardhu. Jika Solat Fardhu sudah boleh didisiplinkan, kita tingkatkan kepada solat sunat rawatib, solat sunat dhuha, solat sunat taubat dan sebagainya untuk kita biasakan.

Semua ini nampak ringan. Namun jika berjaya dibiasakan, ia mudah dibawa keluar ke bulan-bulan yang lain selain Ramadhan, sekaligus membentuk diri kita menjadi hambaNya yang terbaik.

Pastikan diri ada peningkatan. Baik dalam tambahan amal kebaikan, atau pengurangan amal keburukan. Agar kecelakaan bukan menjadi milik kita.

Penutup: Meningkatkan Graf Ummah.

Kita sudah melalui berapa Ramadhan?

20 kali?

10 kali?

Satu soalan yang patut kita tanya selepas menjawab soalan itu adalah:
“Di manakah kesan belasan, puluhan Ramadhan itu, di dalam diri kita hari ini?”

Ya, soalan ini menyedarkan kita, seakan-akan Ramadhan tahun inilah Ramadhan pertama kita lalui.
Sedang Ramadhan-Ramadhan yang berlaku seakan tidak pernah wujud.

Mengapa? Kerana kita hanya pandai menyumbatkan amal di dalamnya, namun tidak menjadikan ianya bermakna buat kita.

Marilah kita melihat perkara ini semula. Jangan kita bazirkan lagi Ramadhan kita.
Jadikan Ramadhan kita kali ini, dan Ramadhan-Ramadhan hadapan sebagai Ramadhan yang bermakna.

Agar graf Ummah kita meningkat dan meningkat. Melalui Ramadhan bukan sekadar ikut-ikutan dan adat semata-mata. Melalui Ramadhan dengan faham, dengan penuh bermakna.

Mari Menjadi Hamba!

credit to : http://langitilahi.com/9540

bicara elya : mujahadah untuk memberi makna pada Ramadhan kali ini..Allah,bantu kami.....

Sunday, July 22, 2012

dan cinta itu hanya milik Allah...

 
"Janganlah kau angkuh melaungkan...
Si dia kepunyaan mu ...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya...
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...

Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan...
Mencintai tidak semestinya memiliki?...
...
Sesungguhnya...
"Aku tidak pernah memiliki diri mu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diri ku."

Mengertilah...
Kita sebenarnya kepunyaan Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hamba-Nya...
Dia memiliki hamba-Nya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan kembali......"

bicara elya : cinta hanya pada Allah dan RasulNya..kerana cinta Allah itulah matlamat yang utama.. :)

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan Kareem,,AlhamduliLlah.. :)

Dari Abu Hurairah radhiallaahu`anhu,
Katanya Nabi saw bersabda yang bermaksud: " Berapa ramai orang berpuasa, dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali lapar . Berapa ramai orang yang beribadah malam dia tidak mendapat apa-apa kecuali dapat berjaga malam."

[Hadis hasan sahih riwayat ibnu majah]

AlhamduliLlah summa alhamduliLlah..Allah izinkan lagi jantung berdetak untuk berada dalam bulan barokah ni..moga Allah redha..insyaAllah..

fastabiqul khairat ya asdiqo'!jangan lepaskan peluang yang Allah bagi depan mata..tingkatkan amal juga suburkan iman..kerana pada akhirnya,Rahmat Yang Esa juga yang kita pinta..

maafkan semua dan halalkan segala ye..Assalamualaikum.. :))


bicara elya : Salam Ramadhan Kareem..moga tahun ni akan melatih kita untuk menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya..ingat ye sahabat-sahabatfiLlah,jadilah hamba Tuhan,bukan hamba Ramadhan..muhasabah diri jua hati..insyaAllah.. :)

Saturday, July 7, 2012

inside out..

Assalamualaikum wa salam mahabbah..

isikan hari-hari kita dengan zikruLlah ya sahabat2fiLlah..dengan izinNya,hari kita akan sentiasa bersemangat,ceria dan tenang..kerana mengingati Tuhan itu kan satu sumber ketenangan yang terhebat..rasakan kesannya..insyaAllah..

subhanaLlah,alhamduliLlah,AllahuAkbar.. :)

inside out or outside in?

diringkaskan cerita,nak buat sesuatu kena bermula dari dalam,yakni hati..bukan atas faktor luaran..contoh :

"kenapa nak masuk usrah?"

sebab nak tambah ilmu, kakak  semua baik-baik, ada dalil yang mewajibkan, suka bincang isu-isu semasa,nak isi masa lapang dll..

semua itu adalah perkara-perkara luar yang mendorong kita untuk masuk usrah..ini yang dinamakan outside in..

tapi biasanya faktor 'outside in' ni kurang memberi impak pada diri kita walaupun tidak mampu dinafikan bahawa faktor-faktor inilah yang membantu kita untuk istiqamah dengan usrah..

andai kakak-kakak yang baik,caring dan suka belanja makan *contoh yang menjadi penyebab kita masuk usrah dah tak bersama-sama dengan kita,tak mustahil yang kita juga boleh meninggalkan usrah kan?

inside out
jadi apa yang mebuatkan kita mampu bertahan?melalui kehendak kita sendiri..dari hati yang menginginkan,dari jiwa yang mempunyai kesedaran,dari ruh yang rindu akan janji-janji Tuhan..


bila semuanya lahir dari dalam,akan terserlah penampilan dan qudwah luaran yang mantopp..kerana kita sudah punya tapak yang kukuh untuk menyemai keinginan..segala faktor luaran hanya bertindak sebagai baja penyubur semangat..insyaAllah..

Akidah dan akhlak

begitu juga dengan analogi akidah dan akhlak..dari akidah yang mapan,akan lahirlah akhlak yang indah menghiasi diri..fahami dan hayati..sebagaimana hati kita,begitulah apa yang kita tonjolkan secara lahiriah..

“Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama’ah hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku.”
(Surah al-Fajr, ayat 30)

bicara elya : bentuk ikhlas dalam hati,barulah ketemu redha Ilahi..insyaAllah.. ^^

Friday, June 29, 2012

bukalah hatimu seluas lautan.. :)

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".
[surah alKahfi : 109]
_________________________

Assalamualaikum wa salam mahabbah..

sahabat-sahabat yang disayangi fiLlah,bangun3!!kita perlu bangun dari mimpi dunia yang melenakan..tanggungjawab kita perlu dilunaskan..sebagai pelajar,anak,sahabat dan seorang abid kepada Ilah..

moga-moga langkah kita terus diiringi dengan rahmat dan redha dariNya..insyaAllah.. :)


dearests,kalau kita ada bekas sebesar cawan,volume maksimum yang boleh masuk hanyalah setakat volume cawan tersebut sahajakan..bagaimana pula kalau kita punya bekas seluas lautan?*erm,logik ke ada bekas sebesar tu?erm..takpe2..cuba bayangkan..hehe.. ^^

sudah pasti,lagi banyak isipadu air yang boleh diisi ke dalam bekas tersebut..

Berlapang dada
ya,begitu juga dengan ilmu,setakat mana kita buka hati kita,setakat tu lah input yang bakal kita dapat..

lagi luas kita buka hati untuk memperoleh sesuatu kebaikan,lagi banyak yang bakal kita peroleh..dengan izin dari Rabbul 'Alamin..


Tajdid niat

salah satu cara untuk kita memperoleh 'keluasan' hati itu,amalkanlah selalu tajdid niat..niatkan segala perkara yang kita lakukan itu kerana Allah..liLlahi ta'ala..dan rendahkanlah hati untuk menerima ilmu..

jangan ada sikap,'aku lagi  baguss ok..'

insyaAllah,lagi luas kita buka hati untuk menuntut ilmu,lagi luas dan senang jalan yang disediakanNya untuk kita untuk menempah syurga..

tapi,mujahadah dari mengantuk,ego,sombong,tak fokus dll masih diperlukan..jadi apa lagi,mujahadah3x!insyaAllah.. ^^

bicara elya : renungilah ayat ini dengan hati.. :') "Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." [Surah Luqman : 27]

Saturday, June 23, 2012

update?


bicara elya : jom sama-sama muhasabah!mujahadah untuk menjadi diri sendiri yang lebih baik setiap hari..insyaAllah.. :)

Wednesday, June 20, 2012

Dr Yusuf alQaradawi

Bismillah...

Ulama' Dunia:

Dr Yusuf al-Qaradawi lahir pada 9 September 1926, merupakan seorang cendekiawan Muslim yang berasal dari Mesir. Ia dikenal sebagai seorang Mujtahid pada era modern ini.

Selain sebagai seorang Mujtahid ia juga dipercaya sebagai seorang ketua majlis fatwa. Banyak dari fatwa yang telah dikeluarkan digunakan sebagai bahan rujukan atas permasalahan yang terjadi.

Lahir di sebuah desa kecil di Mesir bernama Shafth Turaab di tengah Delta Sungai Nil, pada usia 10 tahun, ia sudah hafal al-Qur'an. Menamatkan pendidikan di Ma'had Thantha dan Ma'had Tsanawi, Qardhawi terus melanjutkan ke Universitas al-Azhar, Fakulti Usuluddin.


bicara elya : kagum dengan penulisan beliau yang sederhana tapi penuh informasi dan menyentap hati.. :)

Sunday, June 17, 2012

prinsip telur.. ^^

Assalamualaikum wa salam mahabbah..

kita masih berpijak di atas bumiNya,berada di bawah langitNya..maka berhati-hatilah dengan setiap kata dan laku..kerana empunya bumi dan langit sedang memerhati..AllahuBasir..Allah itu Maha Melihat.. :)

erm,siapa sini tak pernah tengok telur ayam?? *apa punya soalan lah ni..
struktur telur ayam mentah ada 2-kuning telur dan putih telur..

gambar sekadar hiasan..credit to : deviant art :)
ok,kita tengok..struktur mana yang membentuk diri menjadi ayam?telur kuning bukan?dan telur putih itu berfungsi sebagai pelindung kepada telur kuning dan memberi zat kepadanya..

supaya akhirnya telur kuning itu mampu menjadi anak ayam yang comel..subhanaLlah..

sekarang elya nak tanya,kalau perlu memilih..yang mana perlu dibuang,putih telur atau kuning telur?tapi still tujuan masih ingin mendapatkan seekor anak ayam.. -fikir..fikir..fikir..

ya,kita tak mampu mengeluarkan salah satu darinya..andai kita buang kuning telur,pastilah anak ayam mustahil untuk terhasil..

sekiranya putih telur yang dibuang,kuning telur takkan mampu untuk survive menjadi seeokor anak ayam..



Matlamat dan Alat

putih telur adalah ALAT bagi memastikan telur kuning yang merupakan MATLAMAT kita akhirnya menjadi seekor ayam..
dan kedua-duanya harus berkoblarasi..

begitu juga dalam hidup kita..andai ditanya,apakah matlamat aku?memiliki kereta besarkah?bergaji besarkah?berjawatan besarkah?atau apa?refleksi diri kembali..

Allahu Ghayatunaa

duhai sahabat2 yang dicintai kerana Allah..Allah lah sebenar-benar matlamat hidup kita..bukankah kita sudah berjanji,

"sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah swt" [Al-An’am:162]


segala yang ada disekeliling kita ; cinta manusia,harta benda,wang dan kereta,rumah berpagar permata,ilmu yang ada dalam dada etc,jadikanlah itu semua sebagai alat kita untuk mencapai matlamat yakni ALLAH..

jernihkan kembali matlamat hidup kita..moga Allah redha,bukan setakat di dunia sahaja,malah di akhirat jua..insyaAllah.. ;)

waLlahua'lam..

bicara elya : bila hidup mempunyai matlamat,segalanya akan tersusun indah mengikut syariat..tiada keluh,tiada kesah..hanya menunggu saat yang terindah..menunggu janji Allah di Taman Jannah..AllahuAllah.. :)

Friday, June 15, 2012

10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna

Assalamualaikum wa salam mahabbah..

jom refresh kembali wasiat dari seorang Syahid,Imam Hassan alBanna..moga menjadi pemangkin kita untuk menjadi lebih baik setiap hari..insyaAllah..sedekahkan juga Ummul Furqan untuk beliau..alFatihah......

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.


5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenalkenalan dan berkasih-sayang.

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya

bicara elya : terkesan dengan no. 10 -hati-hatilah dengan waktu yang terus terbang tanpa menanti..insyaAllah..tabarakaLlahulakum.. :)

Sunday, June 10, 2012

langkah baru.. :)

Assalamualaikum wa salam mahabbah..

AlhamduliLlah,alhamduliLlah,alhamduliLlah wa syukruriLlah..
tiada daya dan upaya melainkan kekuatan dari Dia Yang Esa..

BismiLlahirRahmanirRahim..
sungguh,hampir dua minggu melangkah ke dunia baru,menjadikan diri ini makin mengenal erti hidup..apa matlamatku..sudah tentu,redha Sang Rabbi yang ku tuju..bukan setakat matlamat diriku,tapi ketahuilah bahawa Allah itu adalah matlamat seluruh insan yang bernyawa yang  hatinya tidak beku..

melihat dunia luar,membuka dimensi segar untuk diintrepetasi..ya,dunia ini kecil..namun ilmu yang di dalamnya luas seluas lautan..bertemu sahabat2 baru,membuatkan diri ini terasa dekat dengan kalamNya,

"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" (Surah al-Hujuraat:ayat 10)

ilmu baru yang perlu ku cedok,akn ku cuba fahami..kerana TAHU dan FAHAM itu berbeza..untuk menempuh jalan musafir ini,ku mohon bekalan doa dari sahabat2..moga dipermudahkan dan diterangkan jalan..

pasti,ku rinduu..ku rinduu segala memoir terindah di sekolah..jua karenah di rumah..namun masa akan terus berdetik tanpa menunggu..kepada Tuhan,aku bertawakkal..

salam mujahadah ya asdiqa'! :)

bicara elya : di bumi mana kita tercampak,pastikan pegangan agama itu yang utama..insyaAllah.. ^^

Monday, May 28, 2012

maza ya'ni-aqidah vid..^^



Assalamualaikum wa salam mahabbah..

happy watching!a nice video..by the way,make sure you have read this book..such a resourceful book,especially to us,Muslims..insyaAllah.. :)

Maza yakni intimail islam? - Apa ertinya saya menganut islam? Bab 1 - Saya mestilah Muslim dari sudut Aqidah!

"saya mestilah mencintai Allah dengan kecintaan yang menyebabkan hati saya sentiasa mrindui Allah dan sentiasa bergantung kepadaNya.."

bicara elya : moga Allah redha..

Tuesday, May 15, 2012

buat guru tersayang.. ^^

Buat Yang Tersayang..

Dan dia,
Dia yang mengerah keringat,
Untuk anak bangsa,
Agar menjadi insan bermanfaat..

Dalam menempuh pelbagai ujian
Dia tetap tegar berdiri,
Mengukir sebuah senyuman terindah,
Agar kami mampu terus berbakti..

Dalam tiap-tiap pembelajaran,
Pasti terselit didikan penuh kasih sayang,
Mengenalkan kami pada dunia Tuhan,
Melalui buku dan kata yang sarat pengajaran..

Terima kasih guru kerana mengenalkan kami,
pada erti sebenar kehidupan,
walaupun karenah-karenah kami,
kadang-kadang menghilangkan tumpuan,
Namun keranamulah kami mampu menempah kejayaan..

Yakinlah duhai guru,
dirimu sentiasa dalam ingatan!insyaAllah.. :)

bicara elya : syukran jazilan ya muallim!barakaLlahufiik.. :)

Wednesday, May 9, 2012

.::doa SEMASA wudhu'::.

Assalamualaikum wa salam mahabbah..

sahabat2,harapnya dalam lindungan Ilahi semuanya..insyaAllah.. :)

hari ni dah berapa kali istighfar?dah cukup 70?kalau belum,kita sama-sama tambah..kalau dah,alhamduliLlah..'top up' lagi banyak,lagi bagus..malu lah kan..Nabi yang maksum pun mohon ampunan..apatah lagi insan yang lemah macam kita..astarfiruLlah..


hari ni insyaAllah nak kongsi doa atau niat sewaktu kita laksanakan basuhan anggota wudhu'..taklah air wudhu' kita mengalir macam tu je kan..membazir

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah  mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".


yang penting,ambik wudhu' sempurna semampu mungkin..sebab :

Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik,dosa-dosanya keluar dari badannya sehingga keluar dari bawah jari-jarinya.” (Hadis Riwayat Muslim(361))
dan bacalah jugak doa selepas ambik wudhu'.. :)

Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik kemudian dia berkata,Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan ‘Abdahu wa rasulluh, Allah hummaj ‘alni minat tawwaabin, waj’alni minal mutatohhiriin (maksudnya:Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah satu(Tuhan) saja tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Nya.Allah jadikanlah aku dari kalangan orang yang banyak bertaubat dan jadikanlah aku dari kalangan orang yang menyucikan diri), akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka. (Hadis Riwayat Al-Tarmizi(50);Sahih:Sahih Al-Tarmizi(55) dan Al-Nasai(148);Sahih:Sahih Al-Nasai(148))

*kalau boleh,cari doa ni yang dalam bahasa Arab deh..takut kalau baca ikut tulisan rumi,jadi lain makhraj..takut2 lari makna..moga bermanfaat.. ^^

bicara elya : solat yang khusyu' itu bermula dengan pengambilan wudhu' yang khusyu'.. :)

Sunday, May 6, 2012

praktikal sujud syukur..

Assalamualaikum wa salam mahabbah..

baru terkejut dari lena yang panjang oleh taujihad yang menyengat..terasa terlalu mikro jasa pada agama..sungguhlah ilmu itu sentiasa perlu digali..agar tak kontang dalam menempuh hari-hari..maafkan ya..kerana sudah lama tidak bertinta,atas alasan yang tidak seberapa..astarfiruLlah..

erm,sering saja kita dengar perihal sujud syukur kan..jom kita tambah ilmu sikit!insyaAllah.. :)


Tujuan

Sujud syukur termasuk petunjuk Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan para shahabatnya ketika mendapatkan nikmat yang baru (nikmat yang sangat besar dari nikmat yang lain) atau ketika tercegah dari musibah/adzab yang besar.
Hal ini dijelaskan oleh Ibnul Qayim dalam Zadul Ma’ad 1/270 dan Syaikh Abdurrahman Ali Bassam dalam Taudlihul Ahkam 2/140 dan lain-lain.

Ertinya : “Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam apabila datang kepadanya berita yang menggembirakannya, beliau tersungkur sujud kepada Allah.
(HR. Ahmad dalam Musnad-nya 7/20477, Abu Dawud 2774, Tirmidzi, dan Ibnu Majah dalam Al Iqamah, Abdul Qadir Irfan menyatakan bahwa sanadnya shahih. Dihasankan pula oleh Syaikh Al Albani)

Cara

Sujud syukur sama seperti sujud tilawah di luar solat. Sebahagian ulama berpandangan sujud syukur perlu kepada wudhu manakala sebahagian yang lain berpendapat tidak perlu kepada wudhu. al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-’Uthaimin memilih pendapat yang mengatakan tidak disyaratkan mesti dalam keadaan berwudhu.
Dilakukan dengan cara bertakbir kemudian turun sujud. Dia boleh membaca di dalam sujudnya mana-mana bacaan sujud biasa seperti:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الأعْلى
atau:
اللَّهُمَّ لَكَ سَجَدْتُ ، وَبِكَ آمَنْتُ ، وَلَكَ أَسْلَمْتُ ، سَجَدَ وَجْهِي لِلَّذِي خَلَقَهُ وَصَوَّرَهُ ، وَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ ، تَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ

Kemudian jika dia mahu dia boleh berdoa dengan sebarang doa yang bersesuaian dengannya. Setelah itu dia mengangkat kepalanya tanpa perlu takbir dan salam.

Ibn Qudamah di dalam al-Mughni berkata: “Sifat sujud syukur pada perbuatan dan hukum-hakam dan syaratnya sama seperti sujud tilawah.” (2/372). Katanya lagi: “Dan dibaca pada sujud syukur apa yang dibaca dalam sujud ketika solat.” (2/362)


Praktikal

jadi elya nak galakkanlah supaya kita sama-sama praktikkan sujud syukur ni..ustz kata,

"kan come kalau boleh buat sujud syukur setiap hari..sekali sehari jadi doh..lepas solat isya' ke..sebab posisi masa tu pun dah mengadap kiblat..ada wudhu' lagi.."
insyaAllah,kita mujahadah deh..bukan mudah nak jadi hamba yang bersyukur ni..bahkan udara yang menjadikan kita masih bernafas pun kita kena syukuri,apatah nikmat anugerah lain yang tak terhingga..moga Allah redha..alhamduliLlah.. :)

dan sujudku penuh cinta,
mengharap penuh rasa pada Yang Esa,
mensyukuri nikmat yang tidak terhinggaa,
dan akhirnya,hanya redha yang ku pinta...


Al-Mukminun [78] Dan Dialah jua yang mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati untuk kamu bersyukur; tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur.

bicara elya : jom jadi golongan yang sedikit!insyaAllah.. :)

Sunday, April 29, 2012

apa itu IHSAN?

Sebagaimana didalam sebuah hadith yang panjang dari Abu Hurairah ra., dimana Malaikat Jibril bersoal jawab dengan Nabi saw dan disana ada menyebut mengenai maksud ihsan :-

مَا الْإِحْسَانُ ؟ قَالَ : أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ

“Apakah itu Ihsan? Baginda menjawab : Sesungguhnya kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihatnya, walaupun kamu tidak melihatnya, akan tetapi Allah melihat kamu” [Hadith Riwayat Bukhari #50, Muslim #9]

bicara elya : dan Allah itu Maha Melihat.. :)