Nabi saw. bersabda, "Apabila seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju yang kemas dan rambut yang disikat menyebabkan dia rasa kagum dengan pakaian dan dandanan rambutnya (perasan lawa). Lalu Allah tengelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat.” HR Bukhari dan Muslim)
Nabi saw. bersabda, "Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub (rasa kagum dengan diri sendiri).”. (HR Al-Bazzar dan Al-Baihaqi)
Ujub ialah PERASAAN kagum atas diri sendiri. Merasa diri HEBAT. Bangga diri. Terpesona dengan kehebatan diri.
Sufyan at-Tsauri mengatakan ujub adalah perasaaan kagum pada dirimu sendiri sehingga kamu merasa bahawa kamu lebih mulia dan lebih tinggi darjat.
Muthrif rahimahullah telah berkata, “Kalau aku tidur tanpa tahajud dan bangun dalam keadaan menyesal, adalah lebih baik dari aku bertahajud tetapi berasa kagum dengan amalan tahajud tadi.”
Seorang sahabat Nabi Abu Ubaidah al-Jarrah yang menjadi imam. Setelah selesai beliau berkata, “Syaitan sentiasa menghasut aku supaya merasa aku ini lebih hebat dari orang di belakangku. Aku tidak mahu jadi imam sampai bila-bila.”
Perasaan ujub boleh datang pada bila-bila masa.
Orang yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya.
Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya.
Orang yang cantik, kagum dengan kecantikannya.
Orang yang dermawan, kagum dengan kebaikannya.
Orang yang berdakwah, kagum dengan dakwahnya.
Ingatlah, semua kelebihan adalah anugerah dari Allah, oleh itu kagumlah hanya kepada Allah, bukan diri sendiri.
luah fikiran
bicara elya : Ya Allah..jauhkanlah hambaMu yang lemah ini dari sifat ujub..sesungguhnya tiadalah layak bagi kami untuk bersikap demikian..astarfiruLlah..

3 coretan hati:
Assalamualaikum wbt
Sebenarnya saya ingin membincang hadis Rasulullah SAW yang diriwayat oleh AlBazzar dan AlBaihaqi mengenai `kedekut yang ditaati`. Setiap hadis mutawatir dan hadis sohih bukan setakat hadis sahaja malah bertepatan membenarkan ayat2 AlQuran krn saling berkaitan. Surah AlHasyr:9 وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.
Islam adalah sistem hidup yang teratur. Selain kita dianjurkan bersedekah dan berbelanja ke jalan Allah SWT, kita juga tidak boleh sembarangan membelanjakan bukan pada tempat yang hak. Maksud memelihara sifat bakhil juga adakalanya kita menahan tangan kita mengeluarkan pada mereka yang menentang Islam, boros, tidk pandai menguruskan wang kerana jahil atau lemah fikiran. Surah AnNisa:5 وَلَا تُؤْتُوا السُّفَهَاءَ أَمْوَالَكُمُ الَّتِي جَعَلَ اللَّـهُ لَكُمْ قِيَامًا وَارْزُقُوهُمْ فِيهَا وَاكْسُوهُمْ Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu; dan berilah mereka belanja dan pakaian dari pendapatan hartanya (yang kamu niagakan). Wallahualam
salam..syukran ukht ala perkongsian ilmu..insyaAllah,kita sama2 hindari sifat boros..moga2 x jdlah saudara ye..jazakiLlah.. :)
Semoga kita sama-sama dijauhi penyakit hati, 'ujub, sum'ah, riak, dan takabbur. Syukran ya ukht.
Post a Comment