Dari hati, sampai ke hati. :)

Photobucket

Malu brtanya sEsAt jalaN.....

ukhwahfiLlah..^_^

Thursday, October 27, 2011

kerana lalat?


IMAM THARIQ bin Syihab berkata dalam majlis pengajiannya, “ Ada orang yang masuk syurga kerana seekor lalat dan ada pula yang masuk neraka kerana seekor lalat.”

Kaum Muslimin yang hadir dalam pengajian itu terperanjat apabila mendengar perkataan Imam Thariq bin Syihab yang tidak masuk akal itu. Mereka tertanya hairan.

“Bagaimana hal itu boleh terjadi?” tanya mereka serentak.

Lalu Imam Thariq bin Syihab menceritakan sebuah cerita menarik.

“ Ada dua orang melakukan pengembaraan. Pada suatu hari, mereka memasuki daerah yang didiami satu kaum yang menyembah berhala. Kaum itu memiliki berhala yang disembah dan dikeramatkan. Orang yang melewati daerah mereka harus memberi korban sebagai persembahan untuk berhala itu. Jika tidak, mereka tidak akan dibiarkan keluar hidup-hidup dari daerah itu.

Dua orang itu turut mengalami masalah yang sama. Mereka mesti memberikan persembahan pada patung berhala. Lelaki pertama sangat takut pada kematian. Oleh kerana tidak memiliki apa-apa, akhirnya dia menangkap seekor lalat untuk dipersembahkan pada berhala itu.

Lelaki kedua pula tetap teguh memegang akidahnya. Dia tidak mahu berkorban untuk berhala itu, meskipun dengan seekor lalat. Dia memilih untuk taat kepada ajaran agamanya. Berkorban hanya boleh dilakukan jika sesuai dengan syariat, iaitu korban Aidil Adha yang dilakukan ikhlas kerana Allah.

Memberi persembahan untuk berhala, meskipun hanya dengan seekor lalat, adalah perbuatan menyekutukan Allah. Itu adalah dosa yang paling besar. Keengganannya menyebabkan dia dibunuh. Lelaki itu mati syahid mempertahankan akidahnya dan masuk syurga.

Adapun lelaki yang satunya, akhirnya meneruskan perjalanan. Namun begitu, malang menimpanya. Baru sahaja dia berjalan beberapa puluh langkah, dia digigit ular berbisa ditengah padang pasir dan akhirnya mati.

Namun, dia mati dalam keadaan musyrik (menyekutukan Allah). Dia masuk neraka kerana menyekutukan Allah, dengan mempersembahkan seekor lalat pada berhala.”

bicara elya : setiap perbuatan walau sekecil zarah akan ditimbal balik..ingatlah,syurga itu diperoleh kerana rahmatNYA..Allahu Rabbi.. :)

1 coretan hati:

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Datangnya AlQuran ialah memberi petunjuk kpd manusia sepanjang zaman. Cerita2 dlm AlQuran juga merupakan ibrah (pengajaran) untuk kita lalui bersama supaya selamat didunia dan diakhirat. Dlm Surah AnNahl:106 مَن كَفَرَ بِاللَّـهِ مِن بَعْدِ إِيمَانِهِ إِلَّا مَنْ أُكْرِهَ وَقَلْبُهُ مُطْمَئِنٌّ بِالْإِيمَانِ Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman`.
Dalam keadaan tiada Daulah Islam, dimana manusia tiada pilihan maka Allah SWT membenarkan manusia supaya `bertaqiyyah` sebagaimana berlakunya pada `Ammar bin Yasir.
Begitu juga dalam Surah AliImran:28 لَّا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۖ وَمَن يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَلَيْسَ مِنَ اللَّـهِ فِي شَيْءٍ إِلَّا أَن تَتَّقُوا مِنْهُمْ تُقَاةً ۗJanganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu).

Kedua2 ayat ini memang menceritakan kisah beliau dan juga mengenai diri kita apabila hidup diluar Daulah Islam. Begitu juga kisah Ashabul Kahfi dimana Allah SWT jadikan sebagai pengajaran dimana sistem tidak menyebelahi umat Islam. Allahu a`lamu bimuradi bizaalika.