Assalamualaikum wa salam mahabbah..
bumi Syams dingin,sedingin embun di pagi hari..dan tiap-tiap hari,tajdidlah niat di hati..supaya diredhai Ilahi..insyaAllah..
alhamduliLlah thumma alhamduliLlah..untungnya di sini,selain mengejar silibus universiti untuk dihabiskan,ada je majlis-majlis ilmu yang mengimarahkan tanah ini..
sungguh,andai kita mampu melihat fadhilat untuk hadir ke taman-taman syurga ini,walau dengan merangkak sekalipun kita tetap akan berusaha ke sana..jadi tak salahkan kita labur sedikit tenaga untuk ke majlis ilmu..insyaAllah,barokahnya ada.. :)
okay!tak nak jauh sangat melalut..back to the point..bismiLlah..ilmu baru yang nak kongsi yang diwasilahkan melalui Syeikh Zaini Hj. Ahmad,Solat Sunat Mutlak..
"Solat Sunat
Mutlak ialah solat sunat yang tidak ditentukan waktunya dan tidak ada sebab pun,
bilangan rakaatnya juga tiada batasnya. Cara melakukannya adalah seperti solat
sunat yang lain.
NIAT
أُصَلِّى سُنَّةَ�
رَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالَى
Maksudnya : "Sahaja aku menunaikan
Solat Sunat 2 rakaat kerana Allah Taala"
kata ustaz,solat ni boleh menarik aura 'IKHLAS'..erm,tenang2..
kenapa dikatakan sebegitu rupa?sebabnya solat sunat ni,niatnya MUTLAK kerana Allah Ta'ala..liLlahi Rabbil 'Alamin..
kalau solat hajat,pasti sebab kita nak berhajatkan sesuatu..
kalau solat taubat,supaya Allah ampunkan dosa kita..
kalau solat istikharah,ada pilihan dunia yang perlu ditentukan..
dengan erti kata lain,solat sunat lain pasti punya sebab yang ada kaitan sama ada dengan dunia mahupun diri kita..tapi kalau solat sunat mutlak ni,tiada sebab..sebabnya mutlak hanya kerana Allah..AllahuRabbi..hadiah dari Dia..indah.. :)
tips ustaz,gandingkanlah solat ni dengan solat sunat Dhuha atau tahajjud..lebih cantik..bacalah surah alIkhlas dalam bilangan yang ganjil pada setiap rakaat..moga-moga dengan solat ni,Allah izinkan kita tergolong dalam kalangan mukhlis,insan-insan yang ikhlas..biizniLlah..moga Allah redha..sama2 mujahadah untuk beramal..insyaAllah.. ^^
'sesungguhnya ikhlas itu termasuk dalam rahsia-rahsia Allah..hanya akan dikurniakan pada insan yang dikehendakiNya..'
bicara elya : diterimakah selama ini amalan?atau aku hanya letih badan..kerana entah ke mana ikhlas dalam perasaan..di mana dunia?dalam hati atau dalam genggaman tangan..AllahuRabbi.....
5 coretan hati:
thank you for sharing ^_^
Perkara sunnah kita lakukan untuk menambah pahala..
Assalamualaikum....kalau nak hadiahkan buat solat hadiah pd ibubapa yg lama meninggal di boleh solat sunat hadiah pd mereka...penerangan yg dicakapkan disini selepas dikuburkan atau bila2 nak buat seikhlas hati...tu soalan saya..terima kasih..
One question!!saya baru jer msk form 1 sekarang pukul 12.14 p.m saya x rasa ngantuk lagi so saye cari solat ape yg sesuai dgn waktu skang pastu saya jumpa solat ni.just one problem!!awak kate samemcm solat sunat yg lain.mcm mane tu ????
Assalamualaikum w.b.t.
Tumpang tambah sket, niat solat tu tak berapa kemas.
"Sahaja aku menunaikan Solat Sunat 2 rakaat kerana Allah Taala"
Sebaik-baiknya:
"Sahaja aku menunaikan Solat Sunat Mutlak 2 rakaat tunai, kerana Allah Taala"
Cadangan jer, kut mane pun niat dalam hati nak mengadap Yang Maha Bijaksana kan, beres blake janji niat tu ada.
Post a Comment