Assalamualaikum wa salam mahabbah..
isikan hari-hari kita dengan zikruLlah ya sahabat2fiLlah..dengan izinNya,hari kita akan sentiasa bersemangat,ceria dan tenang..kerana mengingati Tuhan itu kan satu sumber ketenangan yang terhebat..rasakan kesannya..insyaAllah..
subhanaLlah,alhamduliLlah,AllahuAkbar.. :)
inside out or outside in?
diringkaskan cerita,nak buat sesuatu kena bermula dari dalam,yakni hati..bukan atas faktor luaran..contoh :
"kenapa nak masuk usrah?"
sebab nak tambah ilmu, kakak semua baik-baik, ada dalil yang mewajibkan, suka bincang isu-isu semasa,nak isi masa lapang dll..
semua itu adalah perkara-perkara luar yang mendorong kita untuk masuk usrah..ini yang dinamakan outside in..
tapi biasanya faktor 'outside in' ni kurang memberi impak pada diri kita walaupun tidak mampu dinafikan bahawa faktor-faktor inilah yang membantu kita untuk istiqamah dengan usrah..
andai kakak-kakak yang baik,caring dan suka belanja makan
inside out
jadi apa yang mebuatkan kita mampu bertahan?melalui kehendak kita sendiri..dari hati yang menginginkan,dari jiwa yang mempunyai kesedaran,dari ruh yang rindu akan janji-janji Tuhan..
Akidah dan akhlak
begitu juga dengan analogi akidah dan akhlak..dari akidah yang mapan,akan lahirlah akhlak yang indah menghiasi diri..fahami dan hayati..sebagaimana hati kita,begitulah apa yang kita tonjolkan secara lahiriah..
“Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama’ah hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku.”
(Surah al-Fajr, ayat 30)
bicara elya : bentuk ikhlas dalam hati,barulah ketemu redha Ilahi..insyaAllah.. ^^
0 coretan hati:
Post a Comment