"Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi
tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering
lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi
dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".
[surah alKahfi : 109]
_________________________
Assalamualaikum wa salam mahabbah..
sahabat-sahabat yang disayangi fiLlah,bangun3!!kita perlu bangun dari mimpi dunia yang melenakan..tanggungjawab kita perlu dilunaskan..sebagai pelajar,anak,sahabat dan seorang abid kepada Ilah..
moga-moga langkah kita terus diiringi dengan rahmat dan redha dariNya..insyaAllah.. :)
dearests,kalau kita ada bekas sebesar cawan,volume maksimum yang boleh masuk hanyalah setakat volume cawan tersebut sahajakan..bagaimana pula kalau kita punya bekas seluas lautan?*erm,logik ke ada bekas sebesar tu?erm..takpe2..
sudah pasti,lagi banyak isipadu air yang boleh diisi ke dalam bekas tersebut..
Berlapang dada
ya,begitu juga dengan ilmu,setakat mana kita buka hati kita,setakat tu lah input yang bakal kita dapat..
lagi luas kita buka hati untuk memperoleh sesuatu kebaikan,lagi banyak yang bakal kita peroleh..dengan izin dari Rabbul 'Alamin..
Tajdid niat
salah satu cara untuk kita memperoleh 'keluasan' hati itu,amalkanlah selalu tajdid niat..niatkan segala perkara yang kita lakukan itu kerana Allah..liLlahi ta'ala..dan rendahkanlah hati untuk menerima ilmu..
jangan ada sikap,'aku lagi baguss ok..'
insyaAllah,lagi luas kita buka hati untuk menuntut ilmu,lagi luas dan senang jalan yang disediakanNya untuk kita untuk menempah syurga..
tapi,mujahadah dari mengantuk,ego,sombong,tak fokus dll masih diperlukan..jadi apa lagi,mujahadah3x!insyaAllah.. ^^
bicara elya : renungilah ayat ini dengan hati.. :') "Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." [Surah Luqman : 27]
2 coretan hati:
Assalamualaikum akak,
Akak nak tanye, Ayat yg dlm blog ni
"Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." [Surah Luqman : 7]
Betul ke ayat 7 akak? sy dh rujuk surah al luqman, tp tak kena pula dgn terjemahannya..
Tapi yg lebih kurang maksud terjemahannya ayat ni
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan". [surah alKahfi : 109]
Harap akak boleh rujuk semula..
waalaikummussalam..
astaghfiruLlah.
astaghfiruLlah.
astaghfiruLlah.
jazakiLlahukheir dik..khilaf akak..dah betul surah Luqman,tapi ayat 27..bukan 7..again,syukran tolong betulkan..
dan syukran jugak utk perkongsian ayat 109 alKahfi..
may Allah bless..Ramadhan Kareem.. :)
Post a Comment