"Salah satu kriteria awal untuk diterima masuk sebagai ahli Briged al Qassam ialah istiqamah bersolat subuh secara berjamaah sekurang-kurangnya selama 6 bulan sebelum permohonan dan mesti disahkan oleh imam masjid di kariahnya."[Dr Zainur Rashid Zainuddin]
kita?bukan setakat solat jemaah..solat Subuh di awal waktu pun tak istiqamah kalau tengok 6 hari berturut-turut..inikan 6 bulan..AllahuAllah..astarfiruLlah..
ya!betul!kita memang marah benar dengan Zionis laknatuLlah..tapi bila kemenangan akan berpihak pada kita?bila Ummah terislah(soleh)..
siapa ummah itu kalau bukan kita?sama-sama mujahadah demi syahadah..insyaAllah..Rabbana Yassirna wa la tu'assirna..amin.. :)
*Briged alQassam : Briged Izzuddin al-Qassam atau Briged al-Qassam adalah sayap tentera Pergerakan Hamas yang memerintah Gaza ketika ini. Sayap tentera ini ditubuhkan pada tahun 1984. Penubuhannya adalah hasil usaha beberapa pemimpin dan ulamak Palestin pada masa itu seperti Sheikh Ahmad Yassin (pengasas Hamas), Dr Ibrahim al-Maqadema dan Sheikh Salah Shehada.
Nama al-Qassam dipilih sempena nama Ezzedeen al-Qassam, seorang pejuang yang mati syahid berdekatan Ya'bad kerana menentang penjajahan British di bumi Palestin pada tahun 1935.
Berdasarkan maklumat sulit, Briged al-Qassam adalah sebuah pasukan tentera elit yang dianggotai oleh pemuda Islam yang berumur di antara 18 hingga 30 tahun.
Briged al-Qassam memikul tanggungjawab untuk mempertahankan bumi Palestin daripada penguasaan Zionis Israel dan membebaskan Baitul Muqaddis melalui perjuangan jihad.
Pada ketika ini Briged al-Qassam dianggotai oleh kira-kira 25,000 orang.
Briged al-Qassam agak berbeza daripada pasukan pejuang Palestin yang berada di bawah Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) kerana, para pejuang PLO berjuang di bawah semangat kebangsaan, tetapi Briged al-Qassam berjuang di bawah semangat keIslaman.
Setiap anggota Briged al-Qassam dikehendaki solat lima waktu secara berjemaah pada setiap hari. Mereka juga dikehendaki berjuang secara ikhas kerana Allah. Selain itu, mereka juga terdiri daripada individu yang bersedia mati syahid atau tidak takut mati.
Keanggotaan Briged al-Qassam adalah sulit. Identiti setiap anggota, sama ada komandan atau ahli biasa adalah dirahsiakan. Pelawat yang diberi peluang memasuki pusat latihan juga tidak dibenarkan mengambil gambar.
Hanya individu yang mempunyai syarat-syarat berikut sahaja yang akan diterima sebagai anggota pasukan elit ini iaitu, berpegang teguh kepada ajaran Islam, mengamalkan sunah nabi secara taat, menjaga solat lima waktu secara berjemaah, mendukung perjuangan membebaskan al-Aqsa dan Palestin, berdisiplin dan taat kepada pemimpin, dan bersedia untuk mati syahid.
Dari segi persenjataan, Briged al-Qassam menggunakan senjata ringan seperti mesingan, senapang AK-47, bom tangan dan roket grenad.
Keistimewaan kumpulan tentera elit ini ialah mereka membuat sendiri roket artileri yang dinamakan roket al-Qassam. Roket ini dikeluarkan dalam tiga model. Mereka sudah mempunyai pengalaman membuat roket selama sepuluh tahun sejak tahun 2011. Roket-roket ini sering mendapat liputan akhbar antarabangsa kerana dilancarkan ke kawasan Israel.
Walaupun Briged al-Qassam dianggotai oleh lebih kurang 25,000 orang sahaja, namun latihan lasak dan taktik peperangan gerila yang mereka amalkan amat berkesan dan sangat menggerunkan tentera Israel yang berjumlah 700,000 orang.
Anggota Briged al-Qassam sujud syukur selepas operasi. |
Sejak Intifada bermula tahun 2000, seramai 800 orang anggota Briged al-Qassam telah syahid kerana berjuang menentang tentera Israel.
bicara elya : headshot
0 coretan hati:
Post a Comment