Dari hati, sampai ke hati. :)

Photobucket

Malu brtanya sEsAt jalaN.....

ukhwahfiLlah..^_^

Wednesday, December 12, 2012

Allah merancang dengan cinta.. :)

Assalamualaikum wa salam mahabbah..
bismiLlah..

manusia,
pasti merencana,
tentang apa yang bakal dilakukannya,
untuk menggapai cita-cita..

dan arRahman,
juga sedang mengatur rancangan,
buat hamba tersayang,
bagi menguji hati jua iman,
layakkah si dia bergelar kekasih Tuhan..

ya,kita sentiasa melakar peta kehidupan dalam minda..'lepas ni nak study,lepas ni nak masak,nanti nak buka fb kejaplah..etc..'

andai diizinkan Allah,maka akan terlaksanalah rancangan kita itu..biasa kita dengar orang cakap,'kita hanya merancang,tapi Allah yang menentukan..' betul..betul sangat..jadi kenapa perlu mengeluh dan kecewa andai keinginan tak menjadi kenyataan?bukankah ianya satu ketentuan dari Rabbul 'Alamin?

Allah merancang dengan penuh cinta :)

Dia kan arRahman arRahim..setiap langkah kita sentiasa dalam penjagaannya..walaupun secara zahir,kita mungkin terpijak duri dalam perjalanan..tapi ingat,Allah merancang dengan penuh cinta..Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita..

setiap yang berlaku pasti punya hikmahnya..belajar untuk husnuzhon selalu dengan Dia..sebab,Allah merancang dengan penuh cinta.. :) maka mana mungkin rancangan yang penuh dengan cinta ada tujuan untuk membinasakan..tak mungkin..tak mungkin..


Bukan satu alasan..

tapi rancangan Allah itu bukan sebagai satu alasan untuk kita berpeluk tubuh..tidak menggerakkan minda jua jasad..selagi mana kita yakin Allah itu merancang dengan penuh cinta,kita jua akan sentiasa bersemangat mengorak cita..kerana yakin bahawa Allah akan memberikan sesuai dengan kadar usaha kita..

yang penting usaha dan tawakkal..formula ini bukan hanya sekadar untukexam..tapi tawakkal secara keseluruhan dalam sebuah kehidupan..moga-moga mampu mendidik diri menjadi syukur dan sabar ketika ingin mendepani hari..

walau apa pun yang melintasi jalan perjuangan,menganggu pentas mujahadah,tempis ia dengan pagar keimanan..bahawa Allah merancang dengan penuh cinta.. :)

bicara elya : kita merancang dengan cita-cita..tapi Allah merancang dengan penuh cinta.. :')

1 coretan hati:

Aimi Fatiha said...

subhanallah.. Allah merancang untuk kita dgn penuh kecintaan, tapi kita?? sekadar mrncang satu prcintaan dgn seorng insan.. bgitu agungnya Allah menadahkn cintaNya buat kita. tp ap yg kita tadahkn bt cintaNya?? cinta yg suci, kekal abdi...