Assalamualaikum wa salam mahabbah..
Ramadhan sudah berlalu..
apakah amalan kita juga turut berlalu pergi dibawa arus kelalaian menurut nafsu?
Ramadhan,sudah pergi..
bagaimana pula iman kita di hadapan Ilahi?
suduh turun menyembah bumi atau masih melangit tinggi?
Ramadhan berlalu,syawal mendatang..
bagaimana kita isi waktu lapang?
adakah dengan zikruLlah untuk tenang?
atau masih main-main dengan nikmat yang terluang?
ya,kita manusia..
iman kadang turun,kadang naik..
namun sejauh mana daya kita,
untuk terus istiqamah dalam menyembah Yang Esa..
kerana kita bukan hamba Ramadhan,namun hambaNya sentiasa..
sahabat2 atas nama Allah,
aku jua masih lemah dalam bermujahadah,
namun kuatlah,
kerana ia adalah mahar untuk menempah Jannah..
biarkan bulan setia menjadi saksi,
biarkan angin terus lembut menyapa pipi,
biarkan embun berbicara pada waktu dinihari..
bahawa kita masih menacari redha arRahim,
terus tunduk sujud sebelum datangnya mentari,
terus mengalunkan kalamNya tanpa henti,
kerana asyiknya kita bercinta dengan Sang Pencinta hakiki..
AllahuRabbi.. :')
bicara elya : moga2,sijil 'taqwa' itu masih mampu kita miliki..mohonlah dari Dia Pemilik Bumi..kerana mati itu sentiasa mengejari..astarfiruLlahal 'azim..taqabbalaLlahu minna wa minkum..ampun maaf dipinta,halalkan segala perkara..moga Allah redha..insyaAllah.. :)
0 coretan hati:
Post a Comment