Dari hati, sampai ke hati. :)

Photobucket

Malu brtanya sEsAt jalaN.....

Loading...

ukhwahfiLlah..^_^

Thursday, January 12, 2012

salah faham tentang kalimah لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ ..

Assalamualaikum wa salam mahabbah..

salam sayang dari insan yang hina dalam mendamba cintaNya..salam rindu dari insan yang terlalu kerdil dihadapanNya..AllahuAkbar..

لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ
-surah alBaqarah : 256
"Tidak ada paksaan dalam agama(Islam)..."

biasa bukan kita dengar dalil ni dijadikan alasan bagi mengelak daripada melunaskan tuntutan agama..

'jom solat awal..'

'tak baik paksa2 orang..mana ada paksaan dalam Islam..'

AllahuRabbi..moga2 Allah mengampunkan kita atas kenaifan kita dalam berbicara..sebenarnya ayat ni diturunkan bagi menyatakan tiada pksaan utk seseorang individu itu memeluk Islam..

tetapi apabila dia sudah bergelar seorang muslim,wajib ke atasnya untuk menurut perintah Allah dan menjauhi laranganNya..dan sesetengah hal itu mungkin ada keter'paksa'an dalam melakukannya..

contohnya,mungkin tahap iman kita ni,perlu dipaksa untuk menunaikan solat di awal waktu,menutup aurat dengan sempurna dll..

dalam kes macam ni,kita wajib memaksa diri untuk mematuhi segala peraturan Islam..insyaAllah,keikhlasan akan lahir dengan sendirinya..dan keter'paksa'an itu sebenarnya melatih diri untuk disiplin..subhanaLlah,indahnya Islam..

satu analogi dibuat renungan :
untuk menjadi seorang askar atau tidak,pilihan terletak di tangan kita..namun,sekali kita bergelar askar,kita wajib mematuhi protokol dan peraturan sebagai seorang askar..begitu juga buat yang bergelar muslim..andai syurga Firdausi yang menjadi idaman,ikutlah jalan yang betul..supaya tidak tersesat hingga membawa penyesalan di kemudian hari..

waLlahua'lam..

bicara elya : jom jdi muslim yang lebih baik!dan jangan sekadar 'iluvislam' di bibir,namun iktikadlah dalam hati,,zahirkan dengan amalan..insyaAllah.. :)

2 coretan hati:

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Analoginya, kalau kita belajar matematik dalam tajuk `set`, subsetnya adalah `agama Islam` tetapi universal setnya adalah `sistem/negara Islam`. Memanglah tiada siapa pun memaksa seseorang itu memeluk agama Islam berdasarkan pada Surah AlBaqarah:256
لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ
"Tidak ada paksaan dalam agama(Islam)"
Tetapi apabila sistem Islam tertegak, semua makhluk dan agama mesti mematuhi sistem perundangan dan nizamnya samada rela atau paksa tanpa berbelah-bagi. Maka wujudlah orang Islam dan kafir zimmi dibawah daulah Islamiyyah itu. Surah AliImran:83 أَفَغَيْرَ‌ دِينِ اللَّـهِ يَبْغُونَ وَلَهُ أَسْلَمَ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْ‌ضِ طَوْعًا وَكَرْ‌هًا وَإِلَيْهِ يُرْ‌جَعُونَ Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari ugama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadaNya lah mereka dikembalikan.
Wallahualam

penGemiS rEDHA Ilahi....~ said...

Waalaikummussalam..SubhanaLlah..suke comment ni..tugas kita skrg utk mnggkn daulah islamiyyah itu kn..insyaAllah mujahadah sama2.. :)