Assalamualaikum wa salam mahabbah..
hari ni kita santai2 je dengan cerita ni k..santai ilmiah..bagaimana seorang anak kecil juga punya hati untuk mendidik seorang ibu tercinta..subhanaLlah..benarlah,hidayah Allah itu datang dengan pelbagai cara..
Pelajar : Ustazah, doakan saya ustazah, saya nak dapat 5A dalam UPSR ni. Serius.
Ustazah: Ya, insyaAllah saya doakan.
Pelajar : Ustazah kata nak doakan, tapi ustazah tak mintak nama saya pun.
Ustazah : Ya, apa nama awak?
Pelajar : Adam ustazah.
Ustazah : Kenapa awak macam beria-ia sangat ni?
Pelajar : Saya kena dapatkan 5A jugak, sebab saya nak tuntut hadiah dari mak
saya. Mak saya kata, kalau saya dapat 5A, saya boleh mintak apa saja. Mak
saya tak tahu lagi apa saya nak.
Ustazah : Boleh ustazah tahu apa permintaan Adam?
Pelajar : Saya nak mak saya tutup aurat ustazah.
Ustazah terkejut dan terharu, lantas beliau mengangkat dua tangannya dan terus berdoa pada si pelajar tadi.Allahurobbi..T_T
jadilah anak yang sayangkan ibu bapanya di dunia mahupun akhirat :-)
bicara elya : moga2 cahaya hidayahNya terus menelusuri hati insan-insan di atas muka bumi..amin.. :)
2 coretan hati:
Asif,lupa letak..source : fb. :)
Assalamualaikum wbt
Ketika Nabi Allah Nuh a.s. berdoa kepada Allah SWT dlm Surah Hud:
Terjemahannya:
(45) Dan Nuh berseru kepada Tuhannya sambil berkata: "Ya Tuhanku sesungguhnya anakku termasuk keluargaku, dan sesungguhnya janji Engkau itulah yang benar. Dan Engkau adalah Hakim yang seadil adilnya".
(46) Allah berfirman: " Hai Nuh, sesungguhnya dia bukanlah termasuk keluargamu (yang dijanjikan akan diselamatkan), sesungguhnya (perbuatannya) perbuatan yang tidak baik. Sebab itu janganlah kamu memohon kepada-Ku sesuatu yang kamu tidak mengetahui (hakikat) nya. Sesungguhnya Aku memperingatkan kepadamu supaya kamu jangan termasuk orang orang yang tidak berpengetahuan ".
(47) Nuh berkata: " Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari memohon kepada Engkau sesuatu yang aku tidak mengetahui (hakikat)nya. Dan sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaku, dan tidak menaruh belas kasihan kepadaku, niscaya aku akan termasuk orang orang yang merugi".
Nabi Nuh a.s. mempunyai empat orang anak. Seorang daripada mereka bernama Kan’an . Dia durhaka kepada ayahnya dan tidak beriman kepada Allah. Kan'an mati ketika banjir dan taufan melanda bumi ketika itu kerana keengganannya mengikuti perintah ayahnya agar menaiki bahtera. Adapun tiga anaknya yang lain iaitu Sam , Ham dan Yafith terselamat kerana patuh kepada ayah mereka dan beriman kepada Allah. Penduduk bumi hari ini adalah keturunan dari tiga orang anak Nuh tersebut. Dan menurut riwayat Imam Ahmad: Dari Sam lahirlah orang Arab dan dari Ham lahirlah orang Habsyi dan dari Yafith lahirlah orang Rum. Wallahu A’lam.
Tafsir Ayat: Nuh berseru kepada Tuhannya sambil berkata: "Ya Tuhanku sesungguhnya anakku termasuk keluargaku, dan sesungguhnya janji Engkau itulah yang benar. Dan sesungguhnya Engkau adalah Hakim yang seadil-adilnya ".
Allah SWT. menegor Nabi Nuh: " Hai Nuh, sesungguhnya dia bukanlah termasuk keluargamu yang Aku perintahkan agar engkau bawa mereka ke dalam bahteramu supaya mendapat keselamatan, sesungguhnya perbuatannya perbuatan yang tidak baik".
Dan Allah SWT. menjelaskan sebabnya dalam ayat yang sama mengapa demikian, iaitu kerana anaknya (Kan'an) mempunyai perbuatan yang tidak baik iaitu menjauhkan diri daripada amal salih dan malahan sentiasa bergelimang dosa. Dan ada pula yang menafsirkan kata " perbuatannya " itu ialah doa Nabi Nuh agar anaknya diselamatkan daripada bahaya tenggelam. Maksudnya : Perbuatanmu memohon kepada-Ku agar Aku selamatkan anakmu itu adalah perbuatan yang tidak baik.
Allah SWT. menegor Nuh (as) lagi: " Janganlah engkau memohon kepada-Ku sesuatu yang engkau tidak mengetahui hakekatnya ".
Selanjutnya Allah SWT. menegaskan: " Sesungguhnya Aku memperingatkan kepadamu supaya kamu jangan termasuk orang-orang yang tidak mengetahui (jahil) ".
Maksudnya: Aku melarang agar kamu jangan termasuk kedalam golongan orang-orang yang jahil, iaitu supaya Aku membatalkan (menghapuskan) takdir-Ku terhadap ciptaan-Ku. Permohonan tersebut semata mata kerana memperturutkan hawa nafsu dan didorong oleh perasaan terlalu cinta kepada diri, keluarga dan orang yang dikasihi.
Ayat ini pula dapat dijadikan sebagai dalil bahawa di antara jenis kejahilan yang amat besar yang masih berlaku dalam masyarakat kita ialah memohon kepada Allah dengan perantaraan orang-orang salih dan wali-wali Allah terhadap perkara-perkara yang Allah telah melarang Nabi Nuh memohonnya. Bukankah itu boleh membawa erti bahawa Allah akan memberi mereka hajat yang Allah tidak berikan kepada Rasul-Nya?
Nuh berkata: " Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau daripada memohon kepada Engkau sesuatu yang aku tiada mengetahui (hakikat)nya. Dan sekiranya Engkau tidak memberi ampunan kepadaku, dan tidak menaruh belas kasihan kepadaku, nescaya aku akan termasuk orang-orang yang merugi ".
p/s Hubungan kekeluargaan dalam Islam adalah berdasarkan kalimah dan petunjuk Allah SWT. Wallahualam
Post a Comment