Dari hati, sampai ke hati. :)

Photobucket

Malu brtanya sEsAt jalaN.....

ukhwahfiLlah..^_^

Saturday, January 21, 2012

Man shabara,zhafira..

Assalamualaikum wa salam mahabbah..

man shabara zhafira,
siapa yang bersabar akan beruntung..

kalimah keramat tatkala ujian bertandang,
walau betapa sukar jasad menahan,
walau betapa tiada ungkapan untuk menggambarkan,
walau betapa perit hati ketika kecundang..

saat tersungkur di pertengahan jalan,
kekecewaan merenggut kebahagiaan,
terfikir di mana silapnya dalam melangkah,
atau mungkin sahaja tersalah percaturan..

duhai hati,
sabarlah..
sabar dalam meniti jambatan kehidupan,
yang rapuh tatkala iman berkurang,

duhai diri,
sabarlah..
raptkan diri dengan alQuran,
mengingat Tuhan ibu sumber ketenangan..

dan yakinlah,
siapa yang bersabar akan beruntung,
man shabara zhafira..
innaLlaha ma'assobirin..

kukuhkan taqwa dengan kalam Ilahi,
bagi menempuh hari-hari,
dalam menanti kemunculan pelangi,
yang pasti akan muncul satu saat nanti..
insyaAllah..

bicara elya : bersabarlah dalam bersabar! :)

6 coretan hati:

Rintihan HambaMu said...

Ujian Allah Mencari Orang Yang Sabar.

CintaElya said...

Sohih ukht..bahkan kekadang,ujian itulah tanda rahmat dari Ilahi..subhanaLlah..indahnya aturan Dia.. :)

AHLIA NAIEM said...

salam..alhamdulillah..semoga Allah masukkan sifat sabar dlm diri saya dan kamu juga..

CintaElya said...

Salam..insyaAllah..syukran ala dua'iki ya ukhti.. :)

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Bersabar adalah sesuatu sistem yang dibina mengikut ketabahan, keadaan zaman, kebijakan dan kewaspadaan kita. Ramai mrk yang gagal dlm erti kesabaran krn tidak mengikut kehendak Allah SWT. Sabda Rasulullah saw,`Orang mukmin yang bermuamalah (bergaul) dgn manusia dan sabar atas gangguan mrk lebih baik daripada orang yang tidak bermuamalah dan tidak sabar dgn gangguan mrk` riwayat dari Ibnu Majah dan AtTarmizi.
Tafsitan dari Surah AliImran:186

Apabila dlm keadaan tiada daulah atau kekuatan, Rasulullah saw telah bersabar dgn gangguan para kafir Quraisy sehingga ada suatu ketika apabila org2 Islam dipulaukan dari segi muamalat/ekonomi sehingga org2 Islam hampir2 tidak sabar lalu bertindak melakukan demonstrasi maka turunlah Surah AnNisa`:77 Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad), akan orang-orang yang (pernah) dikatakan kepada mereka: "Tahanlah tangan kamu (daripada bertindak melancarkan perang yang belum diizinkan), dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat". (Mereka meminta juga hendak berperang), kemudian apabila mereka diperintahkan berperang, tiba-tiba sepuak di antara mereka merasa gerun kepada manusia sama seperti mereka merasa gerun kepada (azab) Allah atau lebih gerun lagi. Lalu mereka (merayu kepada Allah dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan kami berperang (pada saat ini)?

Kita mesti bersabar dlm keadaan tertentu dan kalau perlu elakkan dari sebarang bencana disebabkan kurangnya kesabaran. Tetapi jika ada daulah/kekuatan, maka itu adalah cerita lain.
Sebagai org mukmin, kita mesti ada keteguhan hati agar kita tidak berpaling dar ujianNya. Keteguhan hati inilah kita perlu ditarbiyyahkan agar Islam yang kita amalkan tidak dicampur-adukkan dgn unsur2 lain dan memohon dari Allah SWT. Apalagi jika tidak dgn AlQuran. Surah AlKahfi:14 وَرَبَطْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ إِذْ قَامُوا فَقَالُوا رَبُّنَا رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَن نَّدْعُوَ مِن دُونِهِ إِلَـٰهًا ۖ لَّقَدْ قُلْنَا إِذًا شَطَطًا Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

Rasulullah saw dan para sahabat r.anhum ajmain telah begitu teguh sehingga perjuangan mereka ini diceritakan oleh Allah SWT dlm AlQuran dgn sabarnya. Surah AlBaqqrah:214 أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِن قَبْلِكُم ۖ مَّسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّىٰ يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ مَتَىٰ نَصْرُ اللَّـهِ ۗ أَلَا إِنَّ نَصْرَ اللَّـهِ قَرِيبٌ Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).
Wallahualam

CintaElya said...

waalaikummussalam..

sohih..sabar itu indah! :)