Assalamualaikum wa salam mahabbah..
alhamduliLlah..Dia masih memberi ruang dan pelung untuk bernafas hari ini..agar mampu menaip kata-kata,yang mungkin sahaja tidak sehebat segah insan lain,sekadar cukup berkongsi rasa..
alhamduliLlah,
alhamduliLlah,
alhamduliLlah..
subhanaLlah..tiada ucapan pujian selain untuk Dia..
sungguh,pabila mengingat kembali tatkala mengetahui dijemput Dia ke 'rumah'Nya,perasaan sebak menyelubungi jiwa..layakkah aku menjejakkan kaki ke bumi suci tatkala dosa masih lagi bertimbun-timbun dalam hati?
alhamduliLlah..Dia masih memberi ruang dan pelung untuk bernafas hari ini..agar mampu menaip kata-kata,yang mungkin sahaja tidak sehebat segah insan lain,sekadar cukup berkongsi rasa..
alhamduliLlah,
alhamduliLlah,
alhamduliLlah..
subhanaLlah..tiada ucapan pujian selain untuk Dia..
sungguh,pabila mengingat kembali tatkala mengetahui dijemput Dia ke 'rumah'Nya,perasaan sebak menyelubungi jiwa..layakkah aku menjejakkan kaki ke bumi suci tatkala dosa masih lagi bertimbun-timbun dalam hati?
namun,yang punya kuasa itu Allah Yang Maha Besar..hanya kesyukuran yang berpanjangan yang mampu diungkapkan..alhamduliLlah..dijemput ke tanah haramain,Madinah alMunawwarah dan Mekah alMukarramah merupakan satu anugerah bagi mensucikan diri,agar lebih taqarrub pada Ilahi..AllahuRabbi..
insyaAllah,sahabat2 jua bakal dijemput..tidak hari ini,mungkin esok..jika tidak,mungkin pada masa terindah yang tidak kita jangkakan..DIA punya rancangan yang terbaik buat hamba2Nya..yang penting,teruskan berdoa dan berdoa..satu senjata luar biasa buat kita..
meluap-luap rasanya keinginan diri untuk berkongsi rasa dan cerita di sana..walaupun sudah lebih kurang seminggu kembali ke tanah air,kenangan di sana terasa sesaat baru berlalu..harap2nya,cerita bukan sekadar cerita..namun yang membawa ibrah dalam kisah,ilmu baru dan membuka ruang minda sebagai seorang hamba..
moga Allah jauhkan dari perasaan takabbur,kalam yang berdusta dan perkara yang tidak brmanfaat..amin..insyaAllah elya akan hamparkan kisah jejak cinta di tanah haramain dalam post yang bersiri..harapnya berada dalam redha Yang Esa..semoga memberi motivasi baru dalam mengejar cinta Sang Pemilik Cinta,AllahuRabbuna..insyaAllah.. :)
JCDTH
Ya Rahman,
tertunduk aku menyembah bumi,
tatkala berada dihadapan baituLlahMU,
membawa segunung dosa..
sujudku di tanah haramain,
masih terasa hangat mutiara jernih mengalir deras,
cuba menghapus kesilapan semalam,
mengharap sinar baru dalam kehidupan..
di tengah lautan manusia,
terasa terlalu kerdil diri ini,
dalam ombak perasaan mengharap cinta,
menelusup perasaan tenang kurniaMu Ilahi..
bagaimana mungkin kami mampu membendung,
rindu kami pada kekasihMu,RasuluLlah,
di sebalik kubah hijau itu,
sekujur tubuh insan mulia bersemadi di bawahnya..
ruh baginda terasa terlalu dekat,
kasih sayangnya bagaikan sang bayu,
lembut menyapa dan menenangkan sang jiwa-jiwa,
yang datang penuh dengan harapan dan rasa..
1001 sejarah tersimpan padu,
tanah yang menyimpan segala rahsia suka dan duka,
perit jerih umat Islam berjuang,
hanya kerana mengharap redha Rabbul Alamin..
moga Engkau menjemput kami lagi,
dan seluruh muslimin muslimat,
kerana kami terlalu rindu padaMu Ya Rahim,
rindu dan cinta,
cukuplah Allah bagiku......................
0 coretan hati:
Post a Comment