Dari hati, sampai ke hati. :)

Photobucket

Malu brtanya sEsAt jalaN.....

ukhwahfiLlah..^_^

Tuesday, December 28, 2010

Doa Wahdah-penguat ukhwah..^-^

Doa Wehdah
إلهاً واحداً و نحن له مسلمون

لا إله إلاّ الله
و لا نعبد إلاّ إيّاه
مخلصين له الدين
و لو كره المشركون

لا إله إلاّ الله
ربّنا و ربّ آبائنا الأوّلين

لا إله إلاّ الله
وحده وحده وحده
أنجز وعده
ونصر عبده
وأعزّ جنده
وهزم الأحزاب وحده

فله المُلكُ و لهُ الحمد
يحيي و يميت
و يميت و يحيي
و هو حيٌّ لا يموت

بيده الخير
و هو على كلّ شيءٍ قدير

الله أكـــبر

Tiada Tuhan yang disembah selain ALlah
Tuhan yang Maha Esa
dan kami berserah kepadaNya
Tiada Tuhan yang disembah selainNya
kami tidak menyerah selain kepadaNya
kami mengikhlaskan tunduk kepada Nya
walaupun dibenci oleh org musyrik
Tiada Tuhan selain Allah
Tuhan kami dan Tuhan nenek moyang kami
yang terdahulu

Tiada Tuhan yang disembah selain Allah
Tuhan yang Esa,Tuhan yang Esa,Tuhan yang Esa
Dia telah menunaikan janjiNya
Dia telah memenangkan hambaNya
Dia telah memuliakan tenteraNya
dan Dia telah mengalahkan musuhNya berseorangan

Bagi ALlah segala kerajaan,bagi segala pujian
Dia yang menghidupkan dan mematikan
Dia yang mematikan dan menghidupkan
sedangkan Dia Maha Hidup dan tidak mati
Dalam segala kekuasaan dan kebajikan
dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu
ALlah Maha Besar


~such a beautiful du'a..dalam liqo' dan pegang tangan..rinduu saat itu bersama-sama akhowatfiLlah..mge Allah kuatkan jiwa2 mujahid fiLlah agar terus bersama dalam satu Ummah..untuk mencipta sejarah..insyaAllah..=)

bicara elya : selamanya dalam perjuangan..AllahuAkbar!!

Friday, December 17, 2010

buat sementara...~

tika hati ini mula berbicara
menguntum seribu rasa
saat-saat yang berlalu itu
akan kutinggalkan

penuh memori
tertawa dan terluka
hidup yang penuh duri
agar hati tidak alpa

nukilan terakhir
jika nafas nanti terhenti
iringi dengan doa kudus suci
tidak perlu ditangisi
kerana kita bakal menanti
menunggu panggilan Ilahi

buat sementara
sungguh,ingin ku sambung kembara
namun mungkin tidak buat masa sekarang
mungkin di masa hadapan..

Ya Allah,ampuni hambaMu
tangan yang pantas menari
akan terhenti
jangan ada yang dilukai

moga Allah sentiasa di sisi,
al-Quran sentiasa menemani,
dan Sunnah menjadi penghias diri,
ilmu jangan pernah tidak di cari..

kalam akhirku..
buat sementara waktu..
halalkan setiap laku..
kata yang kadang2 menusuk qalbu..
salam mujahadah mencari hidayah..~



bicara elya : akan rindu antum semua,liLlah..doa2kan elya dan maaf atas segala kesalahan..ingat,hidup itu satu perjuangan yang memerlukan pengorbanan..Assalamualaikum...senyum sokmo!

=))

Thursday, December 16, 2010

mood cuti vs mood bukak sekolah..

Assalamualaikum warahmatuLlah.. Salam ukhwahfiLlah bil mahabbah..
bersihkan hati,,bisikkan kepada nurani,cinta kita yang tertinggi hanya pada Jihad,Rasul dan Ilahi..
insyaAllah..

tik tok...tik tok..tik tik tik tik tik.....................

masa oh masa..cepat sungguh berlari..atau lebih tepat,cepat sungguh masa terbang..dah sebulan setengah cuti sekolah..ayuh kita muhasabah kejap..

sebelum cuti :

banyaknyerr perancangan..habiskan study silibus lepas..ta'aruf dengan bab baru..habiskan tu..siapkan ni..belajar tu..baca ni..kurangkan makan,tido,tgk tv,ect...

semasa cuti :

kejap2..cerita best ni...erm..kekg sikit..nak online dulu..haih..apa sebenarnya nak buat ni?
hurmmmm..

selepas cuti :

AllahuAkbar..menyesalnya tak selesaikan apa yang patut..dah bukak sekolah..masa cuti,banyak masa..banyak jugak yang dibazirkan..AstarfiruLlah..ampunilah kelalaian hambuMu ini..

acapkali hal macam ni terjadi bukan?acapkali itu bermaksud kita tak ambil langsung ibrah dari kesilapan yang lepas2..terus menerus menyalahkan masa yang cepat berlalu walhal kita yang tidak bijak berkawan dengan masa..(terkena atas batang hidung sendiri..)

sahabat2,kita muhasabah sama2 yer..semoga cuti yang berbaki ni kita manfaatkan sebaiknya..jangan sampai nasi menjadi bubur..


renungkan hadis ni..

"aku takut apa yang menakutkan bakal berlaku kepada umatku,besar perut(kuat makan), banyak tidur, malas dan lemah keyakinan.."
Hadith riwayat al Daruqutni dan al-Dailami

adakah kita tergolong dalam umat baginda yang melakukan perkara yang menakutkan junjungan kita sendiri?(syukran jiddan emi yang mesejkan hadis ni..menyedarkan hati tatkala mulai lemas dalam garisan fana'..syukran!)..jangan sekadar muhasabah tapi tidak berubah..ayuh kita atur langkah agar tak jatuh ke lembah..moga Allah redha!!sayang antum kerana Allah..

bicara elya : rindu sahabat2,liLlah..x sabar nak jumpa bile bukak sekolah..22hb pendaftaran form 1..koperator kena bertugas..tahun last ni kena buat yang terbaik..semoga semuanya lancar,insyaAllah..ahlan wasahlan adik2 baru!
=)

Saturday, December 11, 2010

Khalid al-Walid..

Assalamualaikum wa salam mahabbah fiLlah..
BismiLlahirrahmanirrahim..
satu lagi kisah teladan untuk kita cedok pengajaran yang tersurat dan tersirat..moga yang tersurat menjadi iktibar, dan yang tersirat menjadi buah fikiran untuk menjadi lebih matang..

Khalid al-Walid, siapa yg tidak kenal? Jeneral tentera Islam yg sangat digeruni, disegani dan diigaui oleh musuh-musuh Islam ketika itu. Dirinya penuh dgn strategi peperangan yg tidak akan kalah. Andai dia memimpin tentera Islam, dengan izin Allah, kemenangan pasti berpihak pada mereka.

Dalam satu peperangan pada zaman Saidina Umar al-Khattab dilantik menjadi khalifah, perkara pertama yg dilakukan oleh Saidina Umar al-Khattab ketika peperangan tersebut ialah melucutkan jawatan Khalid al-Walid.

Khalid al-Walid dengan senyum, meniggalkan serban yang melambangkan Jeneral Islam, dan diserahkan kepada Abu Ubaidah. Ahli tentera muslim yg lain kurang berpuas hati.

"Siapa Umar untuk melanggar keputusan Rasullah SAW melucutkan jawatan Khalid al-Walid, siapa Umar untuk melucutkan jawatan jeneral Khalid walau dalam pemerintahan Abu Bakar? Siapa dia?" kata mereka.

Khalid Al Walid masih senyum. "Apakah ada beza aku jeneral dengan aku tentera biasa? Bukankah pedang aku ini masih boleh membunuh musuh kuffar? Sekiranya kalian beriman dengan Allah, maka patuhilah arahan pemimpin." Tenang beliau menjawab.

Mendengar kata-kata Khalid al-Walid, tentera Islam mendiamkan diri. Tapi hati masih penuh dengan rasa kurang berpuas hati. Lantaran ketidakpuasan hati, perkara tersebut telah menimbulkan fitnah di kalangan umat Islam.

Saidina Umar hanya senyum pada awalnya. Tapi apabila fitnah semakin panas, dia berkata ,"Aku melucutkan jawatan Khalid Al-Walid kerana aku khuatir kamu akan berlaku syirik."

"Kenapa pula kami boleh berlaku syirik bawah pimpinan Khalid al-Walid?"

Lantas jawab Saidina Umar, "Kerana aku takut kalian mengatakan kemenangan tentera Islam adalah kerana pimpinannya, bukan kerana bantuan Allah."

Sejak peristiwa tersebut, Saidina Umar digelar tobibul qulub.



ayuh kita muhasabah..tahap mana keimanan kita?tahap mana kukuhnya akidah kita?semoga segala sesuatu perkara,kita kembalikan kepada tempat kita akan kembali, ALLAH...

bicara elya : sama2 kita senyum dalam ketenangan..=)

Friday, December 10, 2010

Alangkah indahnya hidup ini...




Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu...

bicara elya : mutiara jernih pasti tak mampu ku tahan mendengar melodi rindu kepada Habiballah ini..tak terungkap lafaz kasih..selawat dan salam kepadamu Ya Rasulullah.......

Wednesday, December 8, 2010

hakikat berTUDUNG..~

Assalamualaikum wa salam penghijrahan..
syukur AlhamduliLlah,masih dikurniakan mentari pagi,rembulan malam dan udara kehidupan..
moga2 hari ni lebih baik dari semalam ya sahabat2..senyum sokmo..=)

awwalan,asifah jiddan ila ukhti atihrah,adikku yg comeyy sebab terlewat jawab pertanyaan pasal tudung syria.insyaAllah,biizniLlah kak shahirah kongsi ilmu apa yang ada..cetek je ni..kalau nak menyelam ke lebih dasar,tujulah pada yang berilmu ye dik..jangan pernah putus asa dalam menimba ilmu..tahun depan dah nak ambik pmr..untuk athirah @ titi dan semua akhowat trsyg,BITTAUFIQ WA NAJAH!

apa tu tudung syria?

cam ni lh kut lbh krg..


boleh tak pakai sebenarnya..
pada pendapat peribadi, ulang tayang kata-kata daripada seorang ustazah, "ikutlah awak nak pakai macam mana pun,belit 44 belit pun,yang penting TUTUP AURAT.."
simple tapi padat..

tapi macam mana pula tutup aurat dari segi pemakaian?
(ditegaskan,MENUTUP bukan memBaluT)
-tutup aurat dari hujung rambut hingga hujung kaki kecuali muka dan tapak tangan
-tidak jarang
-tidak ketat hingga menampakkan susuk tubuh

jadi hari ni kita khususkan untuk tudung..

sudi nak petik satu perbualan dari blog ukht anis mengenai hakikat bertudung kemudian renungkan..

Annisa : aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari. “mak
cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik”

Isteri jiranku :
Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati annisa,
sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung
rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh
bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah SWT
nanti, tudung adalah perlindungan untuk wanita .

Annisa : apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir
batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhrim kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia ..sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu..
tulah hakikat tudung

subhanaLlah..indah bukan jika kita betul2 menyelami hakikat bertudung?

firman Allah :

"Hai nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, Karena itu mereka tidak di ganggu. dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(al-ahzab:53)

firmanNya lagi :

"...Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya,dan janganlah menampakkan perhiasan(auratnya) kecuali kepada suami mereka, ayah mereka, ........"
(an-Nur : 31)


Islam kan ad-Din yakni cara hidup..semua telah disyariatkan..dalam kes pemakaian tudng pun begitu..tutup melebihi paras dada..semakin labuh tudung kita,insyaAllah semakin baik..

persoalan anis : boleh x nak pakai tudung syria..ada kata boleh,ada kata tak..

kak tak berani nak kata boleh atau tak..tapi gaya ni dah jadi fesyen zaman ni bukan?bagi pandangan kak shahirah dan sahabat2,tudung ni boleh dipakai jika saiznya besar,cukup untuk menutup dada kita dan tengkuk kita,secara SEMPURNA..namun daripada beberapa perbincangan,timbul beberapa persoalan yang menjadi kelemahan bagi tudung syria ni :

*jenis kainnya kebanyakannya melekat..sampai bentuk telinga pun boleh nampak dengan jelas..
*tak tahu fungsi sebenar kena kancing kat belakang tengkuk sehingga tercekik si pemakai..ada yang kata menyerupai sister Kristian..kan Nabi dah sebut bhwsanya siapa yang ikut carahidup kaum lain,dia bukan dari kaum baginda..renungkan..
*tak pasti adakah disebabkan kainnya yang semakin menampakkan atauwanita2 sekarang mungkin terlalu menyimpan rambut yang panjang sehingga nampak bonggol unta di atas kepalanya..maaf,kalau ada yang terkasar bahasa..
namun dari sabda baginda sendiri,

Daripada Abu Hurairah ra beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah bersabda :

2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.

Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini.

= Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim,Imam Ahmad,Imam Malik dan selain mereka.Hadith ini adalah hadith sahih.

wahai mutiara-mutiara yang berharga sekalian..kita indah..ayuh kita indahkan lagi dengan menutup aurat kita sesempurna mungkin..ingat,Allah melihat pada USAHA,bukan pada NATIJAH..nak cium bau syurga tak?

sekarang zaman tudung sarung macam tu dah jadi kebiasaan..semua kedai sekarang semua jual tudung cam tu kan..susah nak tengok tudung bawal..sian plak..ikan bawal yang makin laku dibuatnya..hehe..gurau2..
~jadi,ambiklah apa yang boleh ambik..kalau ada pandangan,teguran,nasihat dll sangat dialu-alukan..harapnya,ti dah faham sikit2..dan soalan pun terjawab..
kalau hati kak tanya nak pakai tudung tu tak,untuk diri kak sendiri,kak kata
'jika boleh elak,elaklah..dah masuk akhir zaman..sempat ke tidak nak hirup udara esok..kalau syubhah,kan lebih baik tinggal..apa kata pakai jilbab..pun sarung je jugakkan..insyaAllah lagi terpelihara..orang kata pelik?biarlah..hakikatnya Islam itu datang secara asing dan pergi secara asing dan beruntung bagi sesiapa yang asing tu..moga Allah permudahkan hijrah..'

[seindah perhiasan adalah wanita solehah]


konklusi kita hari ni,tak salah pakai tudung macam mana pun,yang penting mengikut syariat dan jalan Allah..=)

bicara elya : menyusun 10 jari meminta maaf dan waLlahua'alam...... :)

Tuesday, December 7, 2010

kenapa,kenapa,kenapa!!

Assalamualaikum wa salam mahabbah..
hurmm,sering menjadi persoalan dalam diri,berperang dengan hati apabila segala usaha kita seakan tidak menjadi..ketahuilah,Allah Maha Mengetahui lintasan hati..dan kembalilah kepada syifa' hari-hari kita,alQuranul Karim..jawapan yang sentiasa tersemat di qalb..=)

selamat muhasabah!!


KENAPA AKU DIUJI?

• Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?
Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang
yang dusta.


KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

• Surah Al-Baqarah ayat 216

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

• Surah Al-Baqarah ayat 286

• Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

RASA FRUSTASI?

• Surah Al-Imran ayat 139

• Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?

• Surah Al-Imran ayat 200

• Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah
supaya kamu beruntung.

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?

• Surah Al-Baqarah ayat 45

• Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu',

APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?

• Surah At-Taubah ayat 111

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka.

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

• Surah At-Taubah ayat 129

• Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal

AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!

• Surah Yusuf ayat 87

• dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.

Surah An-Nisaa' ayat 86

• Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan
lebih baik, atau balaslah (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu.

~bicara elya : isyh azizan au mut syahidan..hidup MULIA atau mati sebagai SYUHADA.. :)

Monday, December 6, 2010

salam maal HIJRAH..~

salam maal HIJRAH 1432..~


DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"
(klik gambar utk lebih jelas)

DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".



bicara elya : hijrah itu satu pengorbanan..ya syabab ummah!majulah dikau dengan langkah yang gagah..bersama-sama para mujahid dan mujahidah..agar ketemu syahid syahidah di jannah..semoga tahun baru akan mendatangkan seribu azam padu,insyaAllah..=)

sms berantai??pt-2

Assalamualaikum wa salam mahabbah..
teruskan sinari hidup kita dengan berselawat ke atas insan junjungan..

insyaAllah hari ni nak kongsi satu artikel yang berkait dengan sms atau surat berantai..
hari tu dah post pasal ni..dekat sini..tapi ana rasa artikel ni lagi mantop maklumatnya..sudi ana menglinkkan post ni dari ukht farah hanim..syukran dear..

semoga boleh ambil manfaatnya..=)

~barakaLlahufiikum ajma'in..

kembali..

Assalamualaikum ya ikhwan wa akhowat..salam mahabbah fiLlah aidhon..
masyaAllah,rindu yang berbekas di diri pada blog yang menjadi pengantara ukhwah akhirnya dilepas jua..

Asif atas keterlewatan post..cuti ni agak tidak bercuti..tuisyen dah start..koop akan ada aktiviti,banyak yang perlu diselesaikan di samping jalan2 3 hari ni..hehe..syukran abi,ummi bawak anak2 yang tersayang pergi ronda-ronda..lepas tension katanya..tahun depan dah spm..x leh dah nak 'cuti2'..huhu..

moga2 kekosongan sementara blog ini ana gantikan dengan artikel yang lebih bermanfaat,insyaAllah..doa2kan..erm,jangan lupa utk terus berzikir..

sahabat-sahabat,hati yang tidak mendapat makanan rohaninya lebih dari 3 hari akan keras..bila keras,ilmu susah nak masuk..hidayah depan mata tak nampak..jiwa sentiasa kegersangan dan keresahan..jadi,ayuh kita simpati dengan hati kita dan lembutkan ia dengan memberi makanan rohani yang secukupnya..moga Allah berkati kita semua..amin..=)

~senyuman penghapus kegelisahan.. :)


bicara elya : salam maal hijrah!!ya asdiqoi,teruskan berhijrah kepada Ilahi,kerana di situ terdapat ketenangan hakiki..Ya Allah moga tahun depan lebih baik dari tahun ni,insyaAllah..=)

Wednesday, December 1, 2010

syukran..appreciate it.. :)

Assalamualaikum wa salam ceria2 selalu..
kali ni post award..
pertama dari ukht athirah dan sekali dengan ukht madihan..syukran dear..uhibbukumaliLlah!!


~qalbukudijari/athirah yg trsyg : nice,comey,byk cite psl ukhwahfiLlah dgn 2a3 n bakal 3a3..bgs3..keep it up dear..=)
~suarapenawar/ukht madihan : mmntgkan kualiti drpd kuantiti..mabruk ukht..teruskan perjuangan..=)

2) Nama bl0g anda dan kenape letak name tu .

~Cintaku hanya pada Allah dan RasulNya...sbb cintaku hanya pada Allah dan RasulNya,insyaAllah..=)

3) Nama URL bl0g anda dan datang dari mane idea itu .

~ www.elya-mujahadah.blogspot.com
~cuma memikirkan keunggulan bermujahadah yang dihiasi mehnah namun, indah..=)

4) Apakah method dalam penulisan blog anda .

rase2?
~semoga bermanfaat..amin..=)

5) Apakah perasaan anda melihat blog orang cantek dan menarik sedangkan anda tidak
~cuba membaik pulih agar wujud persaingan sihat dan tak sakit mata memandang..kalau x,tawaduk je lah kan..laisa takabbur..=)

6) Bilakah blog anda diwujudkan ?

3/12/2009
~bakal menjejak usia setahun..
sanah helwa blog!!

7) Siapakah orang pertama tahu dan menjadi follower blog anda .
~kalau x silap,
tahu : wardatuljannahku,farah raihan...(pemangkin semangat yang paling kuat utk buat blog..syukran dear..)
follow : farhah nabilah,ikut ym id..syukran jazilan..miss u liLlah ukht..=)

8) Sila tag 5 nama lain untuk menerime award tersebut dan forwardkan syarat-syarat ni .

tafaddal,kepada yang bisa mengambil..mge merapatkan ukhwah,insyaAllah..
________
kedua dari ukht sabrina tersayang..syukran jazilan..jazakiLlah..=)


1) berikan ucapan untuk orang yang bagi award nieyh.

~Syukran jazilan ya ukht Sabrina..sayang dan rindu sab liLlah..rindu liqo' jugak..=)

2) saye rase award tuh , cantek sangad ? cantex ? cantex sikit ? okee-okee je ? buruk sikit ? buruk ? buruk banyak ?

jamilah jiddan5!suke pink..mmg adorable..

3) kalau saye baek , tag 5 orangg :)

tag,tag,tag,tag,tag..=)


bicara elya : masih menanti-nanti anjakan paradigma dalam lubuk hati..hurmmm...

Monday, November 29, 2010

waktu,,~

Sabda baginda Nabi S.A.W:"Dua nikmat dari ALLAH yangg ramai manusia terpedaya dengannya iaitu nikmat SIHAT & KELAPANGAN."

Pembahagian waktu seorang hamba ALLAH:

1)WAKTU TAAT : Ia mengakui anugerah Allah kepadanya berupa hidayah dan taufiq dari NYA.
2)WAKTU NIKMAT : Ia mensyukuri segala nikmat yang telah dianugerahkan oleh ALLAH kepadanya.
3)WAKTU MAKSIAT : Ia segera beristighfar dan bertaubat di atas setiap kesilapan yang telah dilakukan.
4)WAKTU UJIAN : Ia mampu bersabar dengan sgala ujian dan bersangaka baik terhadap ketentuan ALLAH.


Waktu telah berbicara dan berbisik kepada dirinya:

"aku sentiasa hidup"
"aku xboleh bertukar ganti"
"aku musnah ktika tiba waktu peredaran diriku"
"aku umpama pedang,jikalau engkau x memotongku nescaya aku akan mmotong kamu"
"aku x boleh disimpan utk digunakn dihari mendatang"
"aku diberikan kepada manusia secara adil dan sama rata"
"aku xboleh dijual beli"
"aku xboleh ditambah"
"aku juga mnyebabkan kamu ditanya dan dihisab di hari kiamat nanti"

~bicara elya : jagalah waktu kerana tiada siapa tahu waktu di mana nafas terakhir kita berakhir..

Wednesday, November 24, 2010

8 pembohongan ibu kepadaku!

Memang sukar untuk org lain percaya, tapi itulah yang berlaku, ibu saya memang seorang pembohong!
Sepanjang ingatan saya, sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya.
Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk menjadi renungan dan panduan anda semua.
Ambillah iktibar daripadanya dan hayatilah sebaiknya kerana itulah ibuku!


01.PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA - Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga yang miskin.
Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan.
Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga.
Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi mak cepat memujuk.
Ketika makan, mak sering memberikan bahagian nasinya untuk saya.
Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, mak berkata: "Makanlah nak, mak tak lapar.".


02.PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA - Ketika saya mulai besar, mak yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah.
Mak berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik.
Pulang memancing, mak memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera.
Sewaktu saya memakan gulai ikan itu, mak duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.
Saya sedih melihat mak seperti itu.
Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, saya memberikan ikan itu kepada mak. Tetapi mak dengan cepat menolaknya. Mak berkata: "Makanlah nak, mak tak suka makan ikan."

03.PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA - Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Mak pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya, abang dan kakak.
Suatu dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, saya terjaga dari tidur.
Saya melihat mak sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya lihat kepala mak terhangguk kerana terlalu mengantuk.
Saya berkata: "Mak, tidurlah, esok pagi mak kena pergi kebun pula." Mak tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, mak belum mengantuk lagi."

04.PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT - Di hujung musim persekolahan, mak meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting.
Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, mak terus sabar menunggu saya di luar dewan.
Mak sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.
Ketika lonceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, mak dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya.
Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang mak yang jauh lebih kental.
Melihat tubuh mak yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu untuk mak dan menyuruhnya minum.
Tapi mak cepat-cepat menolaknya dan berkata: "Minumlah nak, mak tak haus."

05.PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA - Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas adik saya baru beberapa bulan dilahirkan, maklah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga.
Mak bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.
Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah.
Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang membantu mak.
Anehnya, mak menolak bantuan itu.
Jiran-jiran sering menasihati mak supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga mak dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga.
Tetapi mak yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka.
Mak berkata: "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki."

06.PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM - Setelah kakak dan abang habis belajar dan mulai bekerja, mak sudah pun tua.
Kakak dan abang menyuruh mak supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit, tetapi mak tidak mahu.
Mak rela pergi pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi kekperluan hidupnya.
Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan mak, pun begitu mak tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut.
Malahan mak mengirim balik wang itu, dan mak berkata: "Jangan susah-susah, mak ada duit."

07.PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH - Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara.
Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar.
Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang, kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya, juga di luar negara.
Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa mak untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara.

Pada pandangan saya, mak sudah puas bersusah payah untuk kami.
Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini mak habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.
Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya.
Mak tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata: "Tak payahlah, mak tak biasa tinggal di negara orang."

08.PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN - Beberapa tahun berlalu, mak semakin tua. Suatu malam saya menerima berita mak diserang penyakit kanser.
Mak mesti dibedah secepat mungkin. Saya menjenguk ibunda tercinta.
Saya melihat mak terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan.
Mak yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan.
Mak menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpakas menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.

Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga mak menjadi terlalu lemah dan kurus.
Saya menatap wajah mak sambil berlinangan air mata.
Saya cium tangan mak, kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya.
Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat mak dalam keadaan seperti ini.


--------------------------------------------------------------------------------

Tetapi mak tetap tersenyum dan berkata-kata: "Jangan menangis nak, mak tak sakit."
Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.
Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya.

Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata: MAK, SAYA SAYANGKAN MAK!
Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun mengasihi mak lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga mak, sampailah saat mak menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Mak, maafkan saya. SAYA SAYANGKAN MAK...!!!

http://mdkhai85.blogspot.com/

bicara elya : ummi,uhibbukifiLlah daiman wa abada!Ya Allah,ampunilah dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami..dan peliharalah mereka seperti mana mereka memelihara kami sewaktu kecil..amin...

sms berantai?macam mana nak buat??

Assalamualaikum wa salam mahabbah ila semua saudara tersayang..
kaifahalukum?wa kaifa imanukum?

mge iman kita juga sesejahtera jasmani kita,insyaAllah..

surat berantai?sms berantai?
mungkin dah ramai yang kena,atau dah ramai yang mengupas soal ni..

".......Ini amanah..sebarkan kepada 7 orang.atau esok anda akan ditimpa bahaya..."
pernah kan terima maklumat sebegini.hurmm.kemudian timbul rasa serba salah,
'kena forward ni,kekg kene bnde2 esok,ssh lak..'

'tp tgh x de kredit ni..isyh..kena malapetaka kang..mmmmm...'

niat dah jadi tak ikhlas.maklumat yang sepatutnya menjadi brmanfaat bagi sesama insan sudah menjadi mesej ugutan..bukan maklumat yang disampaikan mengetuk pintu hati,tapi 'amanah' yg menggegarkan jiwa..soalan ; siapa autoriti yg nak bg kita bencana,Allah atau mesej tu?

kepada ukhti anis yg disayangi liLlah,kak pun tak berapa arif soal ni..tapi pernah tanya kat ustzh Ramlah..masa tu heboh pasal wasiat Nabi pada penjaga kubur baginda.bagi sesiapa yg dapat emel tu,akan ditimpa bala..

menurut ustzh Ramlah(tetibe rase cam trlampau skema post hri ni..=>),perkara tu memang bagus untuk disebarkan..btul lah..kan wasiat Nabi,pesan buat perkara elok2..tapi dah salah guna..sebab takut ayat akhir emel tu,kita sebar lepas tu rasa lepas tanggungan..walhal isi yang diberi kita langsung tak ambil sebab bagi kita,mainpoint emel tu nak suruh kita SEBARKAN..
kadang2 menyusahkan atau memberatkan orang lain..tapi afdhal lah disebarkan..tengok cara kat bawah deh..

Ya Allah..memang Rasul pun ada bersabda,sampaikanlah daripadaku walau satu ayat..tapi takder pulak kan sambungan lepas tu,kalau tak esok,lusa atau 7 hari lg,kita akan kehilangan orang tersayang..hurm...jd kak nak buat kesimpulan macam ni k syg,kalau rasa masih keliru,tanya kepada yang lebih arif k.. :

>bila terima emel/sms berantai macam ni..tapi isi dia menginsafkan atau memberi manfaat,ikhlaskan niat nak sebar..

>padam bhgn amanah atau ditimpa bala dll..

>gntikan kepada-'harap disebarkan..smg menjadi pengajaran/tazkirah hari ni,sebarkan../'

sepatutnya,perkara yang baik-baik memang patut disebarkan..bukankah kita hidup untuk saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran?silap cara sebenarnya kalau kita nak sebaran maklumat menggunakan cara tu..apatah lagi ada yang siap bersumpah dengan nama Allah..hukum?kak tak berani nak jawab..tapi moga2 diambil iktibar akan mesej tu dan IkhlAslah dalam menyebarkan perkara yang baik..

jangan takut,jangan resah,jangan bimbang..selagi yang kita buat tu tak lari dari syariat,insyaAllah Allah bantu kita..takdir Allah,tiada siapa yang tahu..penuh dengan 1001 rahsia..jika ditimpa bahaya,bersyukurlah tanda kafarahnya dosa kita..ok anis sayang,asifah kalau kak sherah x jawab dengan baik..boleh ambil sikitpun jadilah..ukht,jgn biarkan dirimu diselubungi,misteri..........=)

bicara elya : teruslah menuntut ilmu..kerana di situ akan ditemui cahaya yang dicari..salam mujahadah!!
segala pandangan atau pendapat amat dialu-alukan..=)

Monday, November 22, 2010

hidup untuk berjuang,,..

sahabatku..
dulu,semalam dan hari ini,kau melihat generasi demi generasi menghancurkan kehidupan mereka dengan mengingkari ALLAH..
lalu kau tunduk kesedihan dan kebuntuan..
kau benar-benar kebingungan dan bertanya,
apa yang harus aku lakukan untuk menebus kelelahan umat ini?
jawabku bukankah kau adalah da'ie dan mujahid?
katamu lagi tapi langkahku terlalu lambat..
jawabku kau lambat kerana kau sendiri sibuk dengan urusan duniamu..
mengejar impianmu dan lupa akan hari kebangkitan..
pada hari itu amalmu terbentang,tubuhmu terbuka..
apakah disana ada bekalmu..?


"pada akhir zaman,orang2 yang memegang tali perjuangan itu bagaikan menggenggam bara api,andai terus digenggam,hancur luluh jiwanya.
namun andai dilepaskan,hancurlah dunia.
jangan takut untuk berjuang kerana orang2 yang berjuang ini memang dirintangi ujian. sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama orang2 yang sabar..

kita hidup untuk perjuangan dan mati untuk kehidupan..
syurga adalah impian.."


-imam nawawi-

Friday, November 19, 2010

tanah yang mesti dipijak..


Suatu hari seekor keldai milik seorang petani jatuh ke dalam perigi. Haiwan itu menangis dengan memilukan selama berjam-jam, sementara si petani memikirkan apa yang harus dilakukannya. Akhirnya, dia memutuskan bahawa haiwan itu sudah tua dan perigi itu juga perlu ditimbun, ditutup kerana berbahaya. Jadi tidak berguna untuk menolong keldai tersebut.

Akhirnya, dia mengajak tetangga-tetangganya untuk datang membantunya. Mereka membawa penyeduk tanah dan mulai menyeduk tanah ke dalam perigi. Pada mulanya, ketika si keldai menyedari apa yang sedang terjadi, ia menangis penuh kengerian. Tetapi kemudian, semua orang takjub dan kepelikan, kerana si keldai menjadi diam.

Setelah terasa agak banyak tanah yang ditimbus kedalam perigi, si petani melihat ke dalam perigi dan tercengang kerana apa yang dilihatnya. Walaupun punggungnya terus ditimpa oleh bertubi-tubi tanah dan kotoran, si keldai melakukan sesuatu yang menakjubkan. Ia menggoncang-goncangkan badannya agar tanah yang menimpa punggungnya turun ke bawah, lalu menaiki tanah itu.

Sementara itu, tetangga-tetangga si petani terus menimpakan tanah kotor ke atas punggung hewan itu, si keldai terus juga menggoncangkan badannya dan melangkah naik. Apabila sampai pada satu ketika, semua orang terpesona, si keldai meloncati tepi perigi dan melarikan diri! Bebas daripada mati tertimbus...

Melayari kehidupan, saban hari, kehidupan menimpa, menimbus dan menghempap kita dengan pelbagai “kotoran” kesusahan dan masalah. Hadapilah “perigi” kehidupan dengan menggoncangkan kotoran masalah dengan apa yang Allah kurniakan pada diri kita sendiri (fikiran dan hati) dan melangkah naik dari “perigi” dengan menggunakan keistimewaan tersebut sebagai “pijakan” kearah yang lebih baik.

Moga-moga kita dapat keluar dari "perigi" yang dalam dengan terus berjuang dan jangan pernah menyerah!
bicara elya : dicopy dari seorang ikhwan..mge boleh diambil pengajarannya..salam perjuangan!

Thursday, November 18, 2010

SAHABAT yang baik..=)


Sahabat bertanya kepada Rasulullah S.A.W, "Siapakah yang menjadi sahabat paling baik bagi kami?"

Jawabnya, "Seseorang yang apabila kamu memandangnya, kamu teringat akan Allah S.W.T, apabila kamu dengari percakapannya, pengetahuan kamu tentang Islam bertambah, apabila kamu melihat kelakuannya, kamu teringat kehidupan di akhirat."

ukhwahfiLlah!!


bicara elya : AlhamduliLlah..Begitu besar rahmat Allah kerana telah mengurniakan daku ramai SAHABAT yang baik..rndu sumee liLlah..nnt jmpe kat lib deh,insyaAllah.. anis,belanjeee!! ;p

Tuesday, November 16, 2010

berkorban demi CINTA~

Firman Allah : "daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah,tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa daripada kamu."
alHajj : 37

bicara elya : salam aidil adha!!maaF zahiR batiN..=)

Monday, November 15, 2010

Perjuangan Syed Qutb

Tanggal 29 Ogos 2000 genaplah 34 tahun kesyahidan Asy-Syahid Syed Qutb di tali gantung Regim Jamal Abdul Nasir. Syed Qutb digantung bersama 2 orang lagi rakan seperjuangannya dalam Ikhwan Muslimun pada pagi Isnin 29 Ogos 1966. Kebimbangan dan ketakutan yang melanda bukan sahaja buat Regim Jamal Abdul Nasir tetapi juga buat Imperialis Barat ketika itu.

Imperialis Barat amat takut dan bimbang terhadap pemikiran- pemikiran tajam Syed Qutb yang menghancur-leburkan Ideologi Sesat Barat dan Komunisme Timur, serta kemampuan beliau mengemukakan 'gagasan Islam' dengan jelas dan mantap ke dalam ummah. Kemampuan beliau telah menyeret Regim Mesir dengan desakan Imperialis mengambil tindakan 'kejam' menggantung Mujahid Agung Islam abad ini.

Sejarah Hidup Syed Qutb:-

(1)Tahun 1906:- Syed Qutb dilahirkan di Daerah Assyut, Mesir. Berkat didikan ibubapa, beliau telah menghafaz seluruh AlQuran sejak kecil lagi. Beliau melanjutkan pelajarannya ke Darul Ulum (sekarang Universiti Qaherah) sehingga berjaya mendapatkan ijazah dalam bidang sastera (Pendidikan). Selepas tamat pengajian, beliau ditawarkan mengajar di Darul Ulum. Selepas beberapa tahun di situ, beliau dilantik menjadi 'Nazir' sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Mesir.

Kementerian Pelajaran Mesir telah menghantar beliau ke Amerika Syarikat selama 2 tahun untuk mengkaji sistem pendidikan dan latihan moden yang ada di sana. Pengalaman singkat (ringkas) beliau berhubung dengan budaya Barat membolehkan beliau mendalami pemikiran-pemikiran dan sosio budaya orang-orang Amerika dan Barat sendiri. Syed Qutb berpeluang melihat sendiri betapa runtuhnya pemikiran dan budaya Barat. Kembalinya dari Amerika, beliau mula berjinak-jinak dengan Ikhwan Muslimun dan akhirnya menyertai gerakan Islam itu pada tahun 1945.

(2)Tahun 1945:- Syed Qutb menyertai gerakan Islam Ikhwan Muslimun.

(3)Tahun 1954:- Ikhwan Muslimun melantik Syed Qutb sebagi Ketua Pengarang Majalah Al-Ikhwan Muslimun. Tetapi majalah ini hanya dapat dikendalikan oleh beliau selama 2 bulan sahaja kerana pada bulan September 1954, majalah itu diharamkan penerbitannya oleh Regim Jamal Nasir. Regim Mesir ketika itu mengambil langkah kekerasan terhadap gerakan Ikhwan dan menangkap ribuan pendukungnya termasuk Syed Qutb. Penyiksaan yang 'teruk' terhadapnya menyebabkan Syed Qutb menderita penyakit yang 'teruk' di dalam penjara.

(4)Tahun 1955:- Pada Julai 1955, Syed Qutb telah dijatuhkan hukuman 15 tahun penjara dengan 'kerja berat' oleh Mahkamah Rakyat Mesir. Semasa di dalam tahanan inilah, Jamal Abdul Nasir telah menawarkan pembebasan terhadap beliau dengan syarat Syed Qutb menulis 'pernyataan' memohon maaf kepada Regim Jamal Abdul Nasir. Tetapi tawaran tersebut ditolak oleh Syed Qutb dengan kata-kata yang amat bermakna dan berharga buat setiap pendukung Islam di sepanjang zaman.

Kata Syed Qutb: "Aku merasa hairan dengan mereka yang mahukan manusia yang ditindas dan dizalimi berlutut memohon kepada penzalim dan penindas itu. Demi Allah, kalaupun dengan perkataan itu dapat menyelamatkan aku daripada tali gantung sekalipun, sesekali aku tidak akan mengucapkannnya. Aku lebih rela kembali menemui Allah dalam keadaan Ia meredhai aku dan aku meredhaiNya"

(5)Tahun 1964:- Syed Qutb dibebaskan apabila Jamal Abdul Nasir memenuhi permintaan Presiden Iraq yang meminta supaya Syed Qutb dibebaskan. Pembebasan itu dilakukan oleh Jamal Abdul Nasir kerana beliau ingin menjalin hubungan baik dengan Iraq. Tetapi tidak sampai 1 tahun dari pembebasan itu, Syed Qutb ditahan kembali dengan tuduhan ingin merampas kuasa dan menggulingkan kerajaan dengan mengggunakan kekerasan. Turut ditangkap bersama beliau ialah adik-adiknya Muhammad Qutb, Hamidah Qutb, Aminah Qutb dan puluhan ribu anggota Ikhwan Muslimun yang lain.

(6)Tahun 1966:- Syed Qutb bersama rakan-rakan seperjuangannya iaitu Muhammad Yusof Hawwash dan Abdul Fatah Ismail telah dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tentera Mesir. Pagi Isnin 29 Ogos 1966, Asy-Syahid Syed Qutb telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati!!!

sumber : iluv islam



bicara elya : sebagai pemangkin semangat, renungilah kalimat cinta beliau. moga perjuangannya tidak sia-sia dan bakal disambung oleh generasi rijaluddin zaman kini..insyaAllah

Sajak:Pesanan Terakhir

(dari syed Qutub)

Saudara!

Seandainya kau tangisi kematianku,

Dan kau siram pusaraku dengan airmatamu

Maka di atas tulang-tulangku

Yang hancur luluh,

Nyalakan obor buat ummat ini

Dan……….

Teruskan perjalanan ke gerbang jaya.

Saudara!

Kematianku adalah suatu perjalanan

Mendapatkan kekasih yang sedang merindui

Taman-taman di syurga tuahnku bangga menerimaku

Burung-burungnya berkicak riang menyambutku

Bahagialah hidupku di alam abadi

Saudara!

Puaka kegelapan pasti akan hancur

Dan ala mini akan disinari fajar lagi

Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya

Janganlah gentar berkelana di alam abadi

Nun di sana fajar sedang memancar

Sunday, November 14, 2010

hidup itu satu peNgaJarAn~

indah bukan kehidupan apabila berTUHAN..=)

bahagia itu insyaAllah boleh dicapai jika kita yakin pada Pemberi KEBAHAGIAAN
yakni Tuhan Semesta Alam..=)


Saturday, November 13, 2010

termasukkah kita?

saf yang tersusun
menuju ke padang Arafah


Ya Allah, kerdilnya diriku..dalam jutaan insan yang rukuk, sujud menyembahMu, aku masih terkapai-kapai mencari cahaya.. adakah masih punya ruang bagiku untuk bersama RasulMu. termasukkah aku dalam senarai insan yang dilihat olehMu. yang dibuai indah oleh Cinta hakikiMu.

sesungguhnya ku sedar bahawasanya aku hanya insan hina,kerdil, kecil sekali. Namun KebesaranMu melebihi segala.sudilah melihatku Ya Rahman.jangan pernah Engkau tinggalkan daku,ibu bapaku,keluargaku,guru-guruku dan sahabat-sahabatku walau sehela nafaspun.kerana tanpaMu,kami lemas meniti ombak duniawi yang mengganas..

ikhwan wa akhowatfiLlah,renungkan. dalam ratusan, ribuan dan jutaan manusia yang taat menyembahNya, termasukkah kita dalam golongan yang memperoleh mardotiLlah?rebutlah sinar sementara masih ada masa. Rabb, terimalah amal, hidup dan mati kami agar mampu kami raih CINTA dan JANNAHMU..amin.........

rinduku padamu ya HabibaLlah tak terucap oleh kata..Salamun alaik ya RasuluLlah..!


tak tertahan rindu ku untuk menatap kaabahMu.izinkan daku..~

bicara elya : sebelum ajal menjemput,takut tak sempat nak ucap - salam aidil adha buat seluruh muslim!ingat pengorbanan seorang Nabi..ayuh kita berkorban demi ad-deenNya yang tercinta..=))

Friday, November 12, 2010

dosa..

Assalamualaikum pembuka bicara,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.....

dosa itu pabila kita lakukan,maka takut jika insan lain mengetahui.apatah lagi YANG MAHA MENGETAHUI..

hari ni, dosa makin bertimbun, amal makin berkurang. Ya Allah!sudikah Engkau mengampuni dosa yang telah memenuhi hati ini. bicara bibir takut, namun perbuatan diteruskan. menambah titik-titik hitam.

Imam Ghazali pernah berkata, ilmu itu cahaya. takkan masuk ke dalam hati yang gelap.jika hati sudah dikotori,tidak mampu suci lagi, daku mohon padaMu Ilahi,kurniakanlah hati baru. kerana ingin daku menghadapMu dengan hati murni..(layakkah diri ini?)

ampuni daku Rabbi atas khilaf semalam, hari ini dan selamanya..

sahabat,lagikan Nabi yang maksum memohon taubat sebanyak 70 kali sehari. sombong benar kita jika 7 kali pun sukar untuk melafazkan istighfar..ayuh mengadap Tuhan, memohon keampunan, taubat nasuha!

mencari kedamaian~

"Sesungguhnya Allah sukakan orang yang sering bartaubat dan orang yang membersihkan diri."
al-Baqarah : 222

AstarfiruLlah...3x

bicara elya : hari ni jumaat.mungkinkah bertemu lagi jumaat depan. sesungguhnya kiamat itu berlaku pada hari jumaat. cukupkah persediaan untuk meghadapi Hari Pengadilan??
.........................

Wednesday, November 10, 2010

Apabila ku tolak khitbahmu..~

BismiLlah...
Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh...

Salman Al Farisi memang sudah waktunya menikah.Seorang wanita Ansar yang dikenalnya sebagai wanita mukminah lagi solehah juga telah mengambil tempat di hatinya. Tentu saja bukan sebagai kekasih. Tetapi sebagai sebuah pilihan dan pilihan yang dirasa tepat. Pilihan menurut akal sihat. Dan pilihan menurut perasaan yang halus, juga roh yang suci.

Tapi bagaimanapun, ia merasa asing di sini. Madinah bukanlah tempat kelahirannya. Madinah bukanlah tempatnya tumbuh dewasa. Madinah memiliki adat, rasa bahasa, dan rupa-rupa yang belum begitu dikenalnya.Ia berfikir, melamar seorang gadis pribumi tentu menjadi sebuah urusan yang pelik bagi seorang pendatang. Harus ada seorang yang akrab dengan tradisi Madinah berbicara untuknya dalam khitbah.

Maka disampaikannyalah gelegak hati itu kepada sahabat Ansar yang dipersaudarakan dengannya, Abud Darda’. ”Subhanallaah.. walhamdulillaah..”, girang Abud Darda’ mendengarnya. Mereka tersenyum bahagia dan berpelukan. Maka, setelah persiapan dirasa cukup,beriringanlah kedua sahabat itu menuju sebuah rumah di penjuru tengah kota Madinah. Rumah dari seorang wanita yang solehah lagi bertaqwa.

”Saya adalah Abud Darda’, dan ini adalah saudara saya Salman seorang Persia. Allah telah memuliakannya dengan Islam dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya. Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah SAW, sampai-sampai beliau menyebutnya sebagai ahli bait-nya. Saya datang untuk mewakili saudara saya ini melamar puteri Anda untuk dipersuntingnya.”, fasih Abud Darda’ bicara dalam logat Bani Najjar yang paling murni.

”Adalah kehormatan bagi kami”, ucap tuan rumah, ”Menerima Anda berdua, sahabat Rasulullah yang mulia. Dan adalah kehormatan bagi keluarga ini bermenantukan seorang sahabat Rasulullah yang utama. Akan tetapi hak jawab ini sepenuhnya saya serahkan pada puteri kami.” Tuan rumah memberi isyarat ke arah hijab yang di belakangnya sang puteri menanti dengan segala debar hati.

”Maafkan kami atas keterusterangan ini”, kata suara lembut itu. Ternyata sang ibu yang bicara mewakili puterinya. ”Tetapi kerana Anda berdua yang datang, maka dengan mengharap redha Allah saya menjawab bahawa puteri kami menolak pinangan Salman. Namun jika Abud Darda’ kemudian juga memiliki urusan yang sama, maka puteri kami telah menyiapkan jawaban mengiyakan.

Jelas sudah. Keterusterangan yang mengejutkan, ironis, sekaligus indah. Sang puteri lebih tertarik kepada pengantar daripada pelamarnya!Itu mengejutkan dan ironis. Tapi saya juga mengatakan indah kerana satu alasan; reaksi Salman. Bayangkan sebuah perasaan, di mana cinta dan persaudaraan bergejolak berebut tempat dalam hati. Bayangkan sebentuk malu yang membuncah dan bertemu dengan gelombang kesedaran; bahwa dia memang belum punya hak apapun atas orang yang dicintainya. Mari kita dengar ia bicara.

”Allahu Akbar!”, seru Salman, ”Semua mahar dan nafkah yang kupersiapkan ini akan aku serahkan pada Abud Darda’, dan aku akan menjadi saksi pernikahan kalian!”

(Sergapan Rasa Memiliki, Salim A Fillah, Jalan Cinta Para Pejuang)


SubhanALLAH walhamdulillah wa laa ilahaillahha wALLAHhu akbar wa laa haula wa laa quwwata ilaa billah... Sebuah lagi cerita yang menurut hemat ana amat menyentuh hati. Cerita ini mengisahkan bagaimana seorang sahabat, Salman al-Farisi sanggup berkorban demi sahabatnya, Abu Darda' dengan ikhlas dan redha walaupun khitbah beliau telah ditolak oleh gadis pilihan hati. Malah, sanggup menyerahkan segala perbelanjaan beliau untuk dijadikan mahar kahwin khas buat sahabatnya... Cerita ini telah membuktikan bahawa kasih sayang sesama sahabat lebih mengatasi dari segalanya.

sahabat selamanya~

Bagaimana pula dengan antum, sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian...???
Adakah antum tegar membiarkan orang yang dikasihi atau dicintai menjadi milik orang lain sedangkan ia sahabatmu sendiri???
Adakah antum bisa mengikhlaskan diri demi melihat kebahagiaan orang yang antum cintai??
Sanggupkah antum berkorban???

Andai sahaja perkara sebegini berlaku antara kita, ana percaya mesti ada yang bakal bermusuhan, bergaduh dan mungkin juga ada yang sanggup berbunuhan... Begitu indahnya ukhuwwah yang terjalin jika jalinan kasihnya diratib semata-mata kerana ALLAH... Kasih sayang yang terjalin dalam persahabatan hanya kerana ALLAH... Inilah indahnya kisah para sahabat Rasulullah dan sangat beruntung mereka kerana berkesempatan hidup sezaman dengan baginda. Tapi, harus diingat bahawa Rasulullah pernah bertanya kepada para sahabat akan siapakah mereka golongan yang bertuah. Para sahabat ada yang menjawab, "sahabat" dan bermacam-macam lagi. Lalu, Rasulullah menjawab, "Ya, betul. Kamu semua orang yang bertuah tetapi yang sebenarnya orang amat bertuah adalah orang atau ummat Islam yang berpegang teguh kepada Islam walau setelah ketiadaanku..." Jadi, amat beruntunglah kita kerana tergolong dalam golongan itu (sekiranya mempraktikkan agama Islam sebetulnya...) Ingat, jangan pernah jadikan ini sebagai satu alasan yang kita boleh sewenang-wenangnya melakukan kerosakan di atas muka bumi ini baik pada diri sendiri, keluarga, ad-din dan dunia. Ingat!!!

Bagi ana (sekiranya ana di posisi Salman al-Farisi), tidak salah mengorbankan kebahagiaan diri sendiri demi kebahagiaan sahabat sendiri... Tambahan pula, si "dia" belum lagi menjadi seseorang yang halal untuk dimiliki... InshALLAH, ALLAH akan mengurniakan seseorang yang lebih baik untuk berasa di sisi (pendapat peribadi buat masa sekarang ni)... Antum pula, bagaimana???


http://aulahayyaturrayyan91.blogspot.com/

Tuesday, November 9, 2010

syaitan menggoda keteguhan iman..

SHEIKH ABDUL QADIR JAILANI adalah seorang alim ulama dan ahli sufi yang cukup dikenali keutamaan dan kemuliaan ilmunya di kalangan umat Islam. Kerana sikapnya yang warak atau dekat dengan Allah, banyak pengikutnya yang berlebih-lebihan memuliakannya.

Diceritakan suatu hari Sheikh Abdul Qadir jailani berjalan merantau seorang diri. Dalam mengharungi padang pasir yang panas terik itu ia merasa kehausan. Tiba-tiba ia melihat sebuah bejana dari perak melayang di udara lalu perlahan-lahan turun kepadanya diselimuti awan di atasnya.

Saat itu diceritakan terdengar suara ghaib di angkasa : “Hai Abdul Qadir, minumlah isi bejana ini. Hari ini kami telah menghalalkan kamu makan dan minum semua yang selama ini aku haramkan . Dan telah kugugurka semua kewajipan untukmu.” Bunyi suara ghaib itu.

Sebagai orang yang arif, Abdul Qadir cukup tahu bahwa suara ghaib yang menyerupai wahyu itu cuma syaitan yang menggoda keteguhan imannya. Maka marahlah ia dan berkata : “Hai mal’un beredarlah engkau dari sini. Sesungguhnya aku tiada lebih mulia dibandingkan dengan Nabi Muhammad S.A.W di sisi Allah Taala. Kepada Rasulullah saja tidak mungkin berlaku ketentuan semacam itu. Barang yang diharamkan Allah selamanya tetap haram, dan kewajipan hamba kepadanya tidak pernah digugurkan termasuk pada diriku.” Ujarnya tegas.


bicara elya : bagaimana pula keteguhan iman kita?

Sunday, November 7, 2010

..perjuangan itu..


Jauh .......

sehingga tak nampak hujungnya,

Ibarat memegang bara,

itulah rasa yang dirasa.


Cahaya terang semakin kelam,

mampukah direbut kembali?

atau hanya angan-angan tak bertepi,

kalau insani masih diulit mimpi,

masih tenggelam dalam duniawi.


mahabbah,ukhwah,islamiyyah,

bertaut menjadi satu,

CINTA yang diserahkan padaNya..

mungkin sukar,

tapi perlu ditempuh,

demi cinta dan nimatNya yang tak terkira.


mujahadah,

perit..

namun manis,

jika iman sudah bertapak,

membentuk TAQWA..


Ayuh sahabat,

ayuh kita orak langkah,

maju bersama mendepani samudera..

kerana bukankah hidup itu,

satu perjuangan yang memerlukan PENGORBANAN??

Friday, November 5, 2010

mimpi seorang gadis..

MIMPI SEORANG GADIS

Untuk Renungan Bersama.

Bismillahirrahmanirrahim

Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi) oleh Ustazah Noorbayah Mahmood

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan kedalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.

“Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?”

Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya :- “Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini.” Balas gadis tadi.

“Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku.”

Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.”Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka.

Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata.” Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

“Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja. Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga danv sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minumanv dari telaga nabi.

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. “Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.

Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.

Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.

Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah.” Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam.

Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, “Wahai anakku, pulanglah.

Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH”


~semoga menjadi iktibar buat kita..bukankah tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima?ayuh,kita BERSEDEKAH!!
=))

Thursday, November 4, 2010

rahsia tipu muslihat..

Dalam suatu pertemuan iblis, syaitan dan jin, dikatakan: “Kita tidak dapat melarang kaum muslim ke Masjid”, “Kita tidak dapat melarang mereka membaca Al-Qur’an dan mencari kebenaran”, “Bahkan kita tidak dapat melarang mereka mendekatkan diri dengan Tuhan mereka Allah dan Pembawa risalahNya Muhammad”, “Pada saat mereka melakukan hubungan dengan Allah, maka kekuatan kita akan lumpuh.”

“Oleh sebab itu, biarkanlah mereka pergi ke Masjid; biarkan mereka tetap melakukan kesukaan mereka, TETAPI CURI WAKTU MEREKA , sehingga Mereka tidak lagi punya waktu untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah”.

“Inilah yang akan kita lakukan,” kata iblis. “Alihkan perhatian mereka dari usaha meningkatkan kedekatannya kepada Allah dan awasi terus kegiatannya sepanjang hari!”. “Bagaimana kami melakukannya?” tanya para hadirin yaitu iblis, syaitan, dan jin. Sibukkan mereka dengan hal-hal yang tidak penting dalam kehidupan mereka, dan ciptakan tipudaya untuk menyibukkan fikiran mereka,”

Jawab sang iblis “Rayu mereka agar suka BELANJA, BELANJA DAN BELANJA SERTA BERHUTANG, BERHUTANG DAN BERHUTANG”.

“Pujuk para isteri untuk bekerja di luar rumah sepanjang hari dan para suami bekerja 6 sampai 7 hari dalam seminggu, 10 – 12 jam seminggu, sehingga mereka merasa bahawa hidup ini sangat kosong.” “Jangan biarkan mereka menghabiskan waktu bersama anak-anak mereka.”

“Jika keluarga mereka mulai tidak harmoni, maka mereka akan merasa bahwa rumah bukanlah tempat mereka melepaskan lelah bila pulang dari bekerja”. “Dorong terus cara berfikir seperti itu sehingga mereka tidak merasa adanya ketenangan di rumah.”

“Hasut mereka untuk membunyikan radio atau kaset selama mereka berkenderaan”. “Dorong mereka untuk menonton TV, VCD, CD dan PC di rumah. Sepanjang hari. Bunyikan muzik terus menerus di semua restoran maupun pusat membeli-belah di dunia ini.”

“Hal ini akan mempengaruhi fikiran mereka dan merosak hubungan mereka dengan Allah dan RasulNya”


“Penuhi meja-meja rumah mereka dengan majalah-majalah dan tabloid”. “Sajikan mereka dengan berbagai berita dan gosip selama 24 jam sehari”.

“Serang mereka dengan berbagai iklan-iklan di jalanan”. “Banjiri kotak surat mereka dengan informasi tak berguna, katalog-katalog, undian-undian, tawaran-tawaran dari berbagai macam iklan.

“Muatkan gambaran wanita yang cantik itu adalah yang berbadan langsing dan berkulit mulus di majalah dan TV, untuk menggoda para suami hingga mereka terfikir bahwa PENAMPILAN itu menjadi unsur terpenting, sehingga membuat para suami tidak tertarik lagi pada isteri-isteri mereka”

“Buatlah para isteri menjadi sangat letih pada malam hari, buatlah mereka sering sakit kepala”.

“Jika para isteri tidak memberikan cinta yang diinginkan sang suami, maka akan mulai mencari hiburan di luar”. “Hal inilah yang akan mempercepatkan retaknya sesebuah keluarga”

“Terbitkan buku-buku cerita untuk mengalihkan kesempatan mereka untuk mengajarkan anak-anak mereka akan makna dan kepentingan bersolat.”

“Sibukkan mereka sehingga tidak lagi punya waktu untuk mengkaji bagaimana Allah menciptakan alam semesta. Arahkan mereka ke tempat-tempat hiburan, fitness, konsert2, panggung2 wayang dan pusat2 yang melekakan”

“Buatlah mereka menjadi SIBUK, SIBUK DAN SIBUK.” “Perhatikan, jika mereka jumpa dengan orang soleh, bisikkan gosip-gosip dan percakapan tidak berfaedah, sehingga percakapan mereka tidak mendatangkan apa-apa pahala sebaliknya berbuat dosa semata-mata.

“Isi kehidupan mereka dengan keindahan-keindahan semua yang akan membuat mereka tidak punya waktu untuk mengkaji kebesaran Allah.” “Dan Dengan segera mereka akan merasa bahwa rezeki, kebaikan/kesihatan keluarga adalah merupakan hasil usahanya yang kuat (bukan atas izin Allah).”

PASTI BERHASIL, PASTI BERHASIL.” “RENCANA YANG BAGUS ” Iblis, syaitan dan jin kemudian pergi dengan penuh semangat melakukan tugas MEMBUAT MUSLIMS MENJADI LEBIH SIBUK, LEBIH KELAM KABUT, DAN SENTIASA HURA-HURA”. “Dan hanya ada sedikit waktu saja untuk beribadat kepada Allah maha Pencipta.”

“Tidak lagi punya waktu untuk bersilaturahmi dan saling mengingatkan akan Allah dan RasulNya”. Sekarang pertanyaan saya adalah, “APAKAH RENCANA IBLIS INI AKAN BERHASIL???”

ANDALAH YANG MENENTUKAN!!!

selesai, AlhamduliLlah..

Assalamualaikum wa SyukruriLlah..

AlhamduliLlah, AlhamduliLlah, AlhamduliLlah..
Dia ar-Rahman..Dia ar-Rahim..
kehidupan yang masih hidup ini,hidupkanlah dengan sehidup-hidupnya ad-deen Islam itu. semoga ketenangan ditemui.InsyaAllah.

moga lembaran baru selepas selesai imtihan diharapkan semakin cemerlang kerana Islam itu harus cemerlang hari ini juga akan datang.

panjatkan juga doa untuk calon SPM..
lil ukht shahrina,bittaufiq wa najah fil imtihan akhir!buat yang terbaik utk last sem ni..sayang, rinduu kakna..=)

apa yang penting,tuntutlah ilmu Allah itu niat hanya keranaNya..tak kira di bumi mana kita berada,ilmu itu datang dan pergi dengan izin Rabbul Alamin.tuntutlah ilmu kerana dengan ilmu baru masyarakat dunia akan memandang tinggi Islam.thiqah semakin mendalam.dan

harapannya agar kita tergolong dalam musafir kembara ilmu yang memperoleh kejayaan fil dunya wal akhirah,insyaAllah..amin..

"Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepadaNya."
Ali-Imran : 159

~barakaLlahulakum..

Friday, October 15, 2010

pengharapanku ...

"Perumpamaan orang yang mengambil perlindungan selain Allah adalah seperti labah-labah membuat rumah.Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah labah2,sekiranya mereka mengetahui."-Surah al-ankabut : 41

Asdiqa'i,dalam fasa-fasa hidup,kita pasti mengalami rasa sedih, payah dan lemah..La taqlaq,jangan bimbang..setiap ujian ada hikmahnya sementara mati itu seperti sabda Nabi seperti 2 jari telunjuk dan tengah,bersedialah...

(bicara ukht yang sgt ku rinduiii ;> )


dalam meniti hari yang indah,hadirnya mehnah menghiasi, menjadi pelangi buat mentari..terus dan teruslah berharap pada Yang Maha Mengetahui..

doa2kan elya dan sahabat-sahabat yang bakal menghadapi imtihan akhir tahun.moga2 bekal yang dibawa cukup dan membuahkan natijah yang mumtaz..amin...Rabbana Yassir wa la tu'assir Ya Karim, Ya arhamarRahimin..menuju medan perjuangan,takbir!ALLAHUAKBAR!!

~oleh yang demikian, mungkin post tertangguh seketika..asif atas kesulitan..tapi jangan pernah bertangguh dlm pencarian cinta Ilahi wahai pemegang panji2 Islam yang ku rindui fiLlah!!
salam mahabbah fiLlah..=))

Friday, October 1, 2010

petua hidup bahagia..

Apakah petua mudah untuk hidup bahagia itu?


Petuanya ialah, “INGAT 2 Perkara, LUPA 2 Perkara” ;

•INGAT (1)

Ingatlah kebaikan orang kepada kita. Syukur dengan kebaikan yang diterima. Hargai dan ingati selalu.

•LUPA (1)

Lupa-lupakanlah kebaikan yang pernah kita lakukan kepada sesiapa jua. Jangan diungkit-ungkit. Jangan disebut-sebut.


We know it, Islam is beautiful..=)

•INGAT (2)

Ingat-ingatlah keburukan dan kesalahan yang pernah kita lakukan kepada orang lain. Istighfar selalu. Minta maaf pada dia, pohon ampun pada Allah.

•LUPA (2)

Lupa-lupakanlah keburukan dan kesalahan orang lain kepada kita. Walau hati terluka, lupakan sajalah. Maafkan dia.

InsyaAllah kalau diamalkan petua yang datangnya dari Luqman al-Hakim ni, bahagia hati, tenang hidup..selamat beramal!



bicara elya : Ya Rabb, jagalah hati ini dari disentuh. sungguh, hanya padaMu ku serahkan cinta dan rindu ini..astarfiruLlah..