Dari hati, sampai ke hati. :)

Photobucket

Malu brtanya sEsAt jalaN.....

ukhwahfiLlah..^_^

Wednesday, December 8, 2010

hakikat berTUDUNG..~

Assalamualaikum wa salam penghijrahan..
syukur AlhamduliLlah,masih dikurniakan mentari pagi,rembulan malam dan udara kehidupan..
moga2 hari ni lebih baik dari semalam ya sahabat2..senyum sokmo..=)

awwalan,asifah jiddan ila ukhti atihrah,adikku yg comeyy sebab terlewat jawab pertanyaan pasal tudung syria.insyaAllah,biizniLlah kak shahirah kongsi ilmu apa yang ada..cetek je ni..kalau nak menyelam ke lebih dasar,tujulah pada yang berilmu ye dik..jangan pernah putus asa dalam menimba ilmu..tahun depan dah nak ambik pmr..untuk athirah @ titi dan semua akhowat trsyg,BITTAUFIQ WA NAJAH!

apa tu tudung syria?

cam ni lh kut lbh krg..


boleh tak pakai sebenarnya..
pada pendapat peribadi, ulang tayang kata-kata daripada seorang ustazah, "ikutlah awak nak pakai macam mana pun,belit 44 belit pun,yang penting TUTUP AURAT.."
simple tapi padat..

tapi macam mana pula tutup aurat dari segi pemakaian?
(ditegaskan,MENUTUP bukan memBaluT)
-tutup aurat dari hujung rambut hingga hujung kaki kecuali muka dan tapak tangan
-tidak jarang
-tidak ketat hingga menampakkan susuk tubuh

jadi hari ni kita khususkan untuk tudung..

sudi nak petik satu perbualan dari blog ukht anis mengenai hakikat bertudung kemudian renungkan..

Annisa : aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari. “mak
cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik”

Isteri jiranku :
Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati annisa,
sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung
rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh
bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah SWT
nanti, tudung adalah perlindungan untuk wanita .

Annisa : apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir
batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhrim kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia ..sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu..
tulah hakikat tudung

subhanaLlah..indah bukan jika kita betul2 menyelami hakikat bertudung?

firman Allah :

"Hai nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, Karena itu mereka tidak di ganggu. dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(al-ahzab:53)

firmanNya lagi :

"...Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya,dan janganlah menampakkan perhiasan(auratnya) kecuali kepada suami mereka, ayah mereka, ........"
(an-Nur : 31)


Islam kan ad-Din yakni cara hidup..semua telah disyariatkan..dalam kes pemakaian tudng pun begitu..tutup melebihi paras dada..semakin labuh tudung kita,insyaAllah semakin baik..

persoalan anis : boleh x nak pakai tudung syria..ada kata boleh,ada kata tak..

kak tak berani nak kata boleh atau tak..tapi gaya ni dah jadi fesyen zaman ni bukan?bagi pandangan kak shahirah dan sahabat2,tudung ni boleh dipakai jika saiznya besar,cukup untuk menutup dada kita dan tengkuk kita,secara SEMPURNA..namun daripada beberapa perbincangan,timbul beberapa persoalan yang menjadi kelemahan bagi tudung syria ni :

*jenis kainnya kebanyakannya melekat..sampai bentuk telinga pun boleh nampak dengan jelas..
*tak tahu fungsi sebenar kena kancing kat belakang tengkuk sehingga tercekik si pemakai..ada yang kata menyerupai sister Kristian..kan Nabi dah sebut bhwsanya siapa yang ikut carahidup kaum lain,dia bukan dari kaum baginda..renungkan..
*tak pasti adakah disebabkan kainnya yang semakin menampakkan atauwanita2 sekarang mungkin terlalu menyimpan rambut yang panjang sehingga nampak bonggol unta di atas kepalanya..maaf,kalau ada yang terkasar bahasa..
namun dari sabda baginda sendiri,

Daripada Abu Hurairah ra beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah bersabda :

2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.

Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini.

= Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim,Imam Ahmad,Imam Malik dan selain mereka.Hadith ini adalah hadith sahih.

wahai mutiara-mutiara yang berharga sekalian..kita indah..ayuh kita indahkan lagi dengan menutup aurat kita sesempurna mungkin..ingat,Allah melihat pada USAHA,bukan pada NATIJAH..nak cium bau syurga tak?

sekarang zaman tudung sarung macam tu dah jadi kebiasaan..semua kedai sekarang semua jual tudung cam tu kan..susah nak tengok tudung bawal..sian plak..ikan bawal yang makin laku dibuatnya..hehe..gurau2..
~jadi,ambiklah apa yang boleh ambik..kalau ada pandangan,teguran,nasihat dll sangat dialu-alukan..harapnya,ti dah faham sikit2..dan soalan pun terjawab..
kalau hati kak tanya nak pakai tudung tu tak,untuk diri kak sendiri,kak kata
'jika boleh elak,elaklah..dah masuk akhir zaman..sempat ke tidak nak hirup udara esok..kalau syubhah,kan lebih baik tinggal..apa kata pakai jilbab..pun sarung je jugakkan..insyaAllah lagi terpelihara..orang kata pelik?biarlah..hakikatnya Islam itu datang secara asing dan pergi secara asing dan beruntung bagi sesiapa yang asing tu..moga Allah permudahkan hijrah..'

[seindah perhiasan adalah wanita solehah]


konklusi kita hari ni,tak salah pakai tudung macam mana pun,yang penting mengikut syariat dan jalan Allah..=)

bicara elya : menyusun 10 jari meminta maaf dan waLlahua'alam...... :)

3 coretan hati:

SuhaNa said...

Assalammua'alaikum warahmatullah ukhti..

Setuju maknanya,bertudung syaratnya adalah untuk menutupi,bukan untuk membungkus.

Yang peliknya tudung sekarang sudah dijadikan satu fesyen,niat sudha lari jauh bukan kerana Allah, mungkin juga menjadi salah satu perhiasan yang berlebihan.

Yang penting,tudung itu haruslah menepati syarat SIRIM ISLAM..bukan main redah je pakai =)

p/s : nak buat kain batik jadi tudung pun boleh,asalkan ikut syariat,ya kan sis ^_^

CintaElya said...

waalaikummussalam warahmatuLlah ukht..
btul3..
darjat wanita diangkat dengan tudung..
antara cincin yang disimpan dalam bekas dengan yang boleh ditest-test bgitu shj,yg mana pilihn qalbu..
tepuk dada,tanye iman kan..

semoga semuanya diberkati Allah dan diizinkan menjadi bidadari di Jannah nanti,insyaAllah..amin..=)

Sabrina Syarfa said...

assalamualaikum.
hmm,ad jugak org kate kancing blkg tudung tu blh buat tudung tu lbh 'menjadi'.mungkin tulah sbbnye rmi org pakai mcm tu,kak sherah. tp,wallahua'lam.betul,perkara syubhah baik dijauhkan.nice post,kak sherah.
thumbs up!! =D

p/s:lilit2 tudung pun kadang-kadang boleh nampakkan bentuk jugak.risiko pun ad,takut mati tercekik plak kalau lilit byk ngat =)..gurau2 =DD