BismiLlahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wa salam mahabbah fiLlah buat semua saudara seislamku yang dicintai kerana Allah..moga Allah mempertautkan hati kita dalam meraih cintaNya yang suci lagi hakiki..post kali ni istimewa buat kekasih hati yang sentiasa bermain di minda,ummi...
bil mahabbah,
AlhamduliLlahirrabilalamin..
Engkau telah mengurniakan daku,
seorang srikandi Islam,
qudwah hasanah buat diri,
seorang ibu yang sangat mengasihi..
ummi,
sedang daku diberi kekuatan,
untuk melakar puisi buat dirimu,
dikau sedang berjuang,
dalam melahirkan keluarga sakinah,
kembali bertemu menaut kasih,
di Taman Jannah terindah,
insyaAllah....
tak mampu lagi untukku melakar kalam,
walau seindah langit lazuardi,
kerana keringat yang telah ummi kerahkan,
terkatup bicara,
membuka pintu qalbu..
ummi,
ampun maaf dipinta,
atas khilaf anakmu yang sentiasa ingin bermanja,
bersama bonda tercinta,
atas salah kelakuan,
yang memerlukan bimbingan..
Ya Rahman,
Ampunilah dosaku,
dosa kedua ibu bapaku,
dan Engkau kasihanilah mereka,
seperti mana mereka mengasihaniku,
sewaktu daku masih kecil..
amin........~moga mi sentiasa berada di bawah lembayung rahmatNya tiap masa..insyaAllah..
.::CINTA PADA ALLAH::.
.::KASIH PADA RASULULLAH::.
.::SAYANG PADA UMMI::.
0 coretan hati:
Post a Comment