Dari hati, sampai ke hati. :)

Photobucket

Malu brtanya sEsAt jalaN.....

Loading...

ukhwahfiLlah..^_^

Monday, June 13, 2011

man gets and forgets,ALLAH,,

"mi,tolong baca apa yang tertulis dekat sticker kereta depan?tak nampak.."


"erm,'man gets and forgets,ALLAH gives and forgives".


***


Assalamualaikum w.b.t dan salam mahabbah..


atas tu dialog dalam kereta lepas ummi ambil elya dari sekolah. terserempak dengan kereta kancil silver atas jalan. kebetulan ternampak sticker dekat cermin kereta tu. walau dah ada 4 mata (pakai spek ye),tapi tulisan tetap kurang jelas. jadi sesiapa yang masih lagi tajam penglihatannya,bersyukur dan gunalah sebaik mungkin. sekali Allah tarik nikmat,jangan menyesal ye.


berbalik pada kata2 tadi. memang menyengat kalbu. pada hakikatnya,kenyataan itu memang benar. kita sebagai manusia hanya menerima kemudian lupa. tetapi,Allah dengan sifat arRahman sentiasa memberi dan memaafkan.


man gets and forgets~


kata dasar manusia dalam bahasa Arab juga berasal dari huruf nun,sin,ya. nasaya yakni LUPA. lupa akan siapa pencipta, lupa amanah sebagai khalifah, lupa untuk menuntut ilmu dan kadang2 lupa siapa diri. akhirnya,kita hanya senang untuk menadah tangan akan segala kurniaan Allah tetapi lupa untuk bersyukur. benarlah firman Allah dalam surah asSajdah ayat 9,


"Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan kedalam (tubuhnya) roh (ciptaanNya) dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati,(tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur"


kadang2,manusia juga mendapat sesuatu dari manusia. dengan erti kata lain, hadiah. Nabi ada bersabda,tahadu tahabbu. saling memberi hadiah akan salin berkasih sayang. oleh itu,ucapan 'terima kasih' patut diringan-ringankan pada lidah.


nampak simple, tapi kesannya POWER. belum cuba belum tahu.


jadi wahai manusia2 (termasuklah yang menaip tinta ini) belajarlah untuk mendapat dan bersyukur. ingat akan segala nikmat. segalanya indah. kata orang,dalam hal duniawi,lihatlah orang yang di bawah kita. namun lain pula halnya dalam hal ukhrawi,lihatlah orang yang tinggi darjatnya agar terdorong memperoleh kebaikan. satu lagi! erti hidup itupun sebenarnya pada memberi. :)


ALLAH gives and forgives~


memang kita tahu bukan,segala yang ada pada kita bahkan nafas yang sedang disedut ini juga merupakan hak total Dia. kita tak punya apa2. tiada makna untuk meninggi diri. tapi hambaNya yang sejati akan tunduk sujud menyembah bumi mengagungkan Ilahi.


dan Dia juga Maha Pengampun lagi Maha Pemaaf. rahmatNya juga melebihi murkaNya. kenapa tidak direbut peluang keemasan ni untuk memperbanyakkan istighfar dan taubat nasuha? agar diri tak terus lupa akan Penguasa Alam,Allahu Ahad. hurm,lebih2 lagi bulan mulia,bulan Rejab. latihlah diri untuk persediaan menghadapi madrasah Ramadhan. tupun kalau diberi umur yang panjang olehNya...




waLlahua'lam.


bicara elya : tangan di atas itu lebih baik dari tangan di bawah kan?selamat bermujahadah! :)