Dari hati, sampai ke hati. :)

Photobucket

Malu brtanya sEsAt jalaN.....

ukhwahfiLlah..^_^

Sunday, May 6, 2012

praktikal sujud syukur..

Assalamualaikum wa salam mahabbah..

baru terkejut dari lena yang panjang oleh taujihad yang menyengat..terasa terlalu mikro jasa pada agama..sungguhlah ilmu itu sentiasa perlu digali..agar tak kontang dalam menempuh hari-hari..maafkan ya..kerana sudah lama tidak bertinta,atas alasan yang tidak seberapa..astarfiruLlah..

erm,sering saja kita dengar perihal sujud syukur kan..jom kita tambah ilmu sikit!insyaAllah.. :)


Tujuan

Sujud syukur termasuk petunjuk Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan para shahabatnya ketika mendapatkan nikmat yang baru (nikmat yang sangat besar dari nikmat yang lain) atau ketika tercegah dari musibah/adzab yang besar.
Hal ini dijelaskan oleh Ibnul Qayim dalam Zadul Ma’ad 1/270 dan Syaikh Abdurrahman Ali Bassam dalam Taudlihul Ahkam 2/140 dan lain-lain.

Ertinya : “Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam apabila datang kepadanya berita yang menggembirakannya, beliau tersungkur sujud kepada Allah.
(HR. Ahmad dalam Musnad-nya 7/20477, Abu Dawud 2774, Tirmidzi, dan Ibnu Majah dalam Al Iqamah, Abdul Qadir Irfan menyatakan bahwa sanadnya shahih. Dihasankan pula oleh Syaikh Al Albani)

Cara

Sujud syukur sama seperti sujud tilawah di luar solat. Sebahagian ulama berpandangan sujud syukur perlu kepada wudhu manakala sebahagian yang lain berpendapat tidak perlu kepada wudhu. al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-’Uthaimin memilih pendapat yang mengatakan tidak disyaratkan mesti dalam keadaan berwudhu.
Dilakukan dengan cara bertakbir kemudian turun sujud. Dia boleh membaca di dalam sujudnya mana-mana bacaan sujud biasa seperti:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الأعْلى
atau:
اللَّهُمَّ لَكَ سَجَدْتُ ، وَبِكَ آمَنْتُ ، وَلَكَ أَسْلَمْتُ ، سَجَدَ وَجْهِي لِلَّذِي خَلَقَهُ وَصَوَّرَهُ ، وَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ ، تَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ

Kemudian jika dia mahu dia boleh berdoa dengan sebarang doa yang bersesuaian dengannya. Setelah itu dia mengangkat kepalanya tanpa perlu takbir dan salam.

Ibn Qudamah di dalam al-Mughni berkata: “Sifat sujud syukur pada perbuatan dan hukum-hakam dan syaratnya sama seperti sujud tilawah.” (2/372). Katanya lagi: “Dan dibaca pada sujud syukur apa yang dibaca dalam sujud ketika solat.” (2/362)


Praktikal

jadi elya nak galakkanlah supaya kita sama-sama praktikkan sujud syukur ni..ustz kata,

"kan come kalau boleh buat sujud syukur setiap hari..sekali sehari jadi doh..lepas solat isya' ke..sebab posisi masa tu pun dah mengadap kiblat..ada wudhu' lagi.."
insyaAllah,kita mujahadah deh..bukan mudah nak jadi hamba yang bersyukur ni..bahkan udara yang menjadikan kita masih bernafas pun kita kena syukuri,apatah nikmat anugerah lain yang tak terhingga..moga Allah redha..alhamduliLlah.. :)

dan sujudku penuh cinta,
mengharap penuh rasa pada Yang Esa,
mensyukuri nikmat yang tidak terhinggaa,
dan akhirnya,hanya redha yang ku pinta...


Al-Mukminun [78] Dan Dialah jua yang mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati untuk kamu bersyukur; tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur.

bicara elya : jom jadi golongan yang sedikit!insyaAllah.. :)

Sunday, April 29, 2012

apa itu IHSAN?

Sebagaimana didalam sebuah hadith yang panjang dari Abu Hurairah ra., dimana Malaikat Jibril bersoal jawab dengan Nabi saw dan disana ada menyebut mengenai maksud ihsan :-

مَا الْإِحْسَانُ ؟ قَالَ : أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ

“Apakah itu Ihsan? Baginda menjawab : Sesungguhnya kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihatnya, walaupun kamu tidak melihatnya, akan tetapi Allah melihat kamu” [Hadith Riwayat Bukhari #50, Muslim #9]

bicara elya : dan Allah itu Maha Melihat.. :)

Wednesday, April 25, 2012

PESANAN SYEIKH AHMAD YASSIN (1938-2004) KPD PEMUDA DAN PEMUDI


Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mul...ia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian.

Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.

Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.

Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.
wallahua'lam

bicara elya : walau di mana kita berada,jadikan pegangan agama itu yang utama..insyaAllah..moga menjadi renungan..

Monday, April 16, 2012

P=F/A

Assalamualaikum wa salam mahabbah..

ya,dan masa terus berlalu tanpa ada izin laluan..sama ada kita tersedar mahupun tidak..menggunakannya secara bijak atau sebaliknya..kata Imam Ghazali,"yang paling jauh sekali bukan matahari,bukan bulan....tetapi masa lalu"..insyaAllah kita sama-sama berusaha mengoptimumkan hari ni untuk lebih cemerlang pada hari esok.. :)

yang pernah belajar fizik,mesti tahu formula pressure kan? *rindunye nak belajar dengan sir noormi* ok,back to the topic..formula pressure :




P = pressure
F = force
A = area

when the area increase,the pressure will decrease

sebelum nak hurai pasal formula ni,nak buat satu anologi dulu..

si A ni hutang dengan kedai RM100..jadi dia risau takut-takut tak boleh bayar balik..jdi kawan A,si B pun murah hati nak bantu kawan dia..jadi dia bagi RM50 dekat A..jadi A pun legalah sikit..sebab sekarang dia perlu cari rm50 lagi..half price dah tu..

ok,kalaulah A tu ada 4 orang kawan yang nak bantu dia..setiap seorang perlu bagi RM20je kan untuk langsaikan hutang..kalau ada 10 orang kawan yang baik hati..cuma RM10 je setiap orang..bayangkan kalau ada 100 orang kawan..cuma sumbang RM1 je seorang..tak yah A ni risau-risau lagi..betul tak?

area tinggi,pressure kurang

sama je dengan statement tadi, when the area increase,the pressure will decrease..

bila kita nak manupulated pressure dengan area,element force kita perlu constantkan ia..erm,pemboleh ubah malar kalau malay punya..
ex : kasut tumit tinggi,area dia kecik kan..jadi pressure ke atas kaki pemakai tu akan tinggi..

macam kisah A jugak..sahabat2 yang menolong tadi boleh diibaratkan seperti area untuk mengurangkan pressure(tekanan) A yang berhutang..nampak tak relation dia?semakin ramai kawan,semakin kurang tekanan.. *erm,apa sebenarnye nak cakap ni?

Allah itu Akbar!

nak sampaikan dekat sini,dalam hidup sebagai hamba,kita boleh hidup dengan tenang..tiada tekanan..dengan cara meletakkan Allah itu sebagai 'area' dalam hidup kita..kekuatan Allah itu infinity kerana AllahuAKBAR..Allah Maha Besar..

bayangkan..bila area itu infinity,pressure boleh jadi less less than zero..*ok,just nak bagitahu pressure tu kurang dan hidup jadi tenang..

bukankah dalam alQuran pun dah sebut dan kitapun sentiasa jadikan ayat ni sebagai penenang hati kita.. :)



jadi,apa-apapun yang terjadi,sebesar manapun ujian datang menimpa,lautan dugaan bergelora,serahkan pada Allah..Dia Yang Maha Mengetahui..tak perlu frust,stress atau tertekan..ingat,when the area increase,the pressure will decrease..P=F/A

WaLlahua'lam

bicara elya :walau seremuk mana hati dilukai,bentuklah ia semula..dan serahkannya pada Ilahi..insyaAllah,ada kebahagiaan yang menanti..senyum..^^

Tuesday, April 10, 2012

jadilah seorang raja!

"Berapa lama awak dalam bidang ini?" Begitu kadang-kadang anda ditanyakan orang. Kemudian yang bertanya akan membandingkan pencapaian itu dengan pencapaian si polan itu, si polan ini.

Silap-silap anda akan terasa kerdil bila si penanya akan meletakan 'orang besar' dalam bidang tersebut sebagai penanda aras kecapaian. Aduh, terasa anda masih jauh. Anda masih merangkak ketika orang lain telah berjalan, berlari dan melompat. Anda kalah, kalau jika sebaik sahaja perbualan itu tamat, anda mula merasakan, oh, malangnya nasib ku!

"Berapa ramai anak di universiti?" Sebaik sahaja anda menjawabnya, si penanya akan bertanya, "dalam bidang apa? Doktor, jurutera, farmasi atau arkitek?" Jika anak anda berada di bidang-bidang lain, yang tidak dianggap 'prestij', si penanya akan menerangkan betapa 'rendahnya' nilai profesion anak anda itu jika bidang pengajiannya 'biasa-biasa' sahaja.

Jika tidak berhati-hati, rasa rendah hati akan tersuntik tanpa disedari. Alangkah bertuahnya dia, alangkah ruginya aku...

Itu belum lagi anda bertemu dengan 'pak lawak' yang merasa besar hanya kerana punya kenalan di kalangan 'orang-orang besar'. Anda seperti hendak ketawa bila dia bercerita tentang Tan Sri itu, Puan Sri ini, Datuk ini, Datin itu, yang kononnya sangat akrab dengannya.

Padahal dia hakikatnya hanya 'pecacai' sahaja kepada orang besar yang diuar-uarkannya itu. Keinginannya menjadi besar menyebabkan dia 'kecil' bila hilang harga diri dan suara hati sendiri ketika bergaul dengan 'orang besar'nya. Angguk-angguk, tunduk-tunduk... Ya, Tok! Yes, Tan Sri!

Perkara-perkara yang saya sebutkan di atas, mengingatkan saya kepada perbualan bersama Mat (bukan nama sebenar) seorang sahabat yang sangat akrab dengan saya.

"Bagaimana rasanya bila tidak dihargai?" tanya Mat. Nadanya sedih.

"Mengapa?" tanya saya simpati.

"Mereka masih melihat jawatan, harta dan nama."

"Kau tidak perlu penghargaan mereka yang seperti itu."

Dia merenung jauh.

"Kalau kita dihargai kerana berpangkat, berharta dan bernama, penghargaan itu hakikatnya bukan untuk kita tetapi untuk pangkat, harta dan nama."

"Tetapi aku sedih... Setelah sekian banyak yang aku lakukan."

"Jangan mengharap terima kasih Mat. Nanti kita sakit jiwa. Hakikatnya, majoriti manusia yang hidup di dunia ini tidak pandai berterima kasih. Jika kepada Allah pun hanya sedikit manusia yang mampu bersyukur, inikan pula kepada sesama manusia," kata saya seakan memujuk.


"Aku sedih, itu sahaja..."

"Lupakan Mat. Aku kenal kau sejak dulu. Kau tak perlukan penghargaan kerana kau sememangnya berharga. Kata bijak pandai, jangan sedih kalau kita tidak dihargai tetapi sedihlah jika benar-benar kita tidak berharga."

Mat mendongakkan mukanya yang sejak tadi tunduk.

"Apa maksud kau?"

Melihat Mat mula tenang saya mula bercerita. Ada dua cerita, secara santai saya mula bercerita: Pertama, cerita tentang Nasiruddin seorang Sufi yang ketika dia masuk ke sebuah kampung, seluruh kampung mengalu-alukan kedatangannya.
"Selamat datang ulama, selamat datang orang alim... Ajarkan kami, ajarkan kami," sorak penduduk kampung.

"Mengapa kamu semua merasakan aku orang alim?"

"Kerana serban besar yang tuan pakai."

Nasiruddin pun membuka serbannya dan dipakaikan ke kepala keldai yang ditunggangnya.

"Nah, sekarang kau semua belajar daripada keldai ku. Dia alim sekarang, kerana telah memakai serban besar!"
Mat ketawa mendengar cerita saya.

"Kau tahu, Nasirudin tetap Nasiruddin walaupun tanpa serbannya. Yang lebih penting ialah diri kita bukan pakaian, gelaran dan harta yang kita miliki. Dan kita sebenarnya tidak perlu penghargaan orang asalkan kita pandai menghargai diri kita sendiri."

"Betul ke?"

"Ini hasil kajian pakar psikologi Mat... Menurut mereka penilaian kita terhadap diri sendiri jauh lebih penting berbanding penilaian orang lain terhadap kita."

"Jadi, jangan sampai penilaian orang lain mempengaruhi penilaian kita terhadap diri kita sendiri, begitu maksud kau?"
"Kau lebih tahu Mat. Lagipun apa gunanya penghargaan daripada orang yang sebegitu. Hidup terlalu singkat untuk kita berikan masa bagi mereka yang semacam itu."

Cerita kedua: Seorang bijak pandai telah dijemput ke satu majlis jamuan makan. Dengan pakaian yang sangat sederhana bijak pandai itu pun pergi ke sana. Malangnya, setibanya di majlis itu dia tidak dijemput langsung untuk makan. Tuan rumah mengutamakan orang-orang kenamaan yang lain.

Si bijak pandai pulang semula ke rumahnya lalu menukar pakaian yang mahal dan gemerlapan dan pergi semula ke majlis tersebut. Kali ini dia disambut dengan mesra dan dihidangkan makanan yang lazat. Si bijak pandai lantas menuangkan lauk-pauk dan makanan yang terhidang ke pakaiannya. "Mengapa?" tanya orang ramai. Si bijak pandai menjawab, "tuan rumah hendak menjamu pakaian ku bukan diri ku!"

Sekali lagi Mat ketawa.

"Mat, orang pandai kenal orang bodoh. Tapi orang bodoh tak kenal orang pandai. Life is to 'complete' not to 'compete' – hidup bukan satu pertandingan, tetapi satu perkongsian. Tinggalkan mereka yang asyik nak bertanding dengan harta, nama dan jawatan. Kita teruskan dengan perkongsian ilmu, iman dan kebajikan. Yang penting ikhlas. Memberi bukan untuk menerima. Berjuang bukan kerana nama!"

Kemudian, giliran Mat pula bercerita – betapa ramai anak yang begitu 'admire' dengan Ibu Mithali yang dinobatkan oleh pihak itu dan ini sehingga mengecilkan jasa ibu sendiri. Kononnya, ibu Mithali itulah yang lebih baik daripada ibu mereka sendiri. Dan betapa ramai pula ibu yang impikan anak seperti mereka yang dianugerahkan 'Pelajar Cemerlang', 'Remaja Dedikasi' dan sebagainya... hingga merasakan anak sendiri kurang 'hargainya.

"Apa pesan awak untuk anak dan ibu seperti itu?"

"Aku katakan, ibu kita mungkin bukan ibu yang terbaik... tetapi sebagai anaknya, kita mesti nampak di mana kebaikan ibu kita sendiri."

"Tepat Mat. Begitulah juga dengan diri sendiri. Kita ini bukan orang terbaik, tetapi kita mesti menghargai 'kelebihan' atau 'kebaikan' kita sendiri. Kita akan memajukan diri kita ke tahap maksimum selaras dengan kelebihan itu."

"Ertinya kita bertanding dengan diri sendiri?"

"Betul tu, bertanding dengan diri sendiri, berkongsi dengan orang yang lain."

Oh, alangkah tenangnya diri jika berpegang kepada prinsip sendiri daripada terpaksa hidup bermuka-muka dengan topeng yang dipakai oleh kepura-puraan manusia... hanya untuk mencari nama, harta dan jawatan.

Saya teringat cerita seorang Raja bertanya kepada seorang petani miskin, "siapa kamu?"

"Saya raja," jawab petani.



"Raja?"

"Ya, raja pada diri saya sendiri!".

bicara elya : sayangilah diri anda..dan ingat,IMAN dan TAQWAlah yg menjadi penilaian DIA Yang Mencipta.. :)

Thursday, April 5, 2012

solat au singa?!



AL-KISAH TERSEBUTLAH KISAH..

seorang anak MURID bertanya kepada SYEIKHNYA :

MURID : wahai tuan guru, sekiranya seekor SINGA lalu dihadapanku ketika aku sedang solat, adakah aku perlu meneruskan solatku itu??

lalu TUAN GURU itu menjawab :

TUAN GURU : sekiranya wudhu'mu itu masih kekal..maka teruskanlah..

bicara elya : masih berusaha mencari khusyu'..insyaAllah.. :)

Thursday, March 29, 2012

JCDTH 1 : ya Urdun!

episod JCDTH 1

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..

'AllahuAkbar,AllahuAkbar!............'
laungan azan ustaz yang mengiringi kami untuk bertolak ke lapangan terbang sultan mahmud terasa sayu..ingin meninggalkan rumah untuk menjejakkan kaki ke tanah haram,terasa satu musafir yang jauh lagi diimpikan..nafasku seperti berdoa tanpa henti agar perjalanan ini dilindungi dan dirahmati..

Allah..kapal terbang makin tinggi terbangnya..abah ajak elya baca doa musafir dalam kapal terbang..erm,tazkirah pertama yang Allah ilhamkan,jangan sombong..elya duduk tepi tingkap,jadi boleh lihat pemandangan luar..

makin lama,makin kecil saiz bangunan..kemudian dah tak nampak jalan raya,yang tinggal hanya daratan..
dan dah memang tak mampu melihat secara detail apa yang ada di bumi..yang kelihatan cuma lautan mebiru dan tanah mendatar..(gambar2 hiasan,credit to deviantart.com)
ya,ibrahnya jangan sombong..kenapa?kerana kita ni terlalu KERDIL..dan Allah itu Maha Besar..

”Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.” [Al Israa’:37]

sampai di jordan

sebelum ke Mekah,kami transit dulu di Jordan..sebenarnya kami ikut pakej ziarah andalusia ke bumi anbiya' ni dulu..satu hari,dari pagi sampai malam..sampai2,kami dibawa ke hotel Golden Tulip..namun,AllahuRabbi,bayunya sangat sejuk!hingga ke tulang sum-sum..

dalam hati hanya mampu memuji dan memuja ke hadrat Ilahi..'ya Rabb,Engkau sampaikan jua untuk kakiku melangkah ke sini..alhamduliLlah..'

harap sangat ada lagi peluang ke sini,namun bukan hanya untuk transit atau ziarah semata-mata,tapi bagi musafir ilmu..mncari bekalan dunia akhirat..sambung pelajarn..doa2kan ye sahabat2..jazakumuLlah.. :)

Gua alKahfi

siapa tak kenal pemuda alKahfi?7 pemuda yang Allah selamatkan dari pemerintah yang zalim..dan di gua inilah Allah menidurkan mereka selama lebih kurang 300 tahun..

“Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk.” (QS al-Kahfi:13)

selepas makan pagi,kami bertolak menuju ke gua alKahfi..gua yang dikatakan bahawa tempat mereka ditidurkan oleh Allah..

AllahuRabbi..terasa ruh mereka terlalu kuat..betapa kuatnya akidah mereka..AllahuAhad!itu yang mereka pertahankan..kita?tepuk jiwa,tanya iman..muhasabah qalbu..

kisah lanjut tentang ashabul Kahfi

Laut Mati

kemudian kami bertolak lagi ke laut mati..tempat kaum Nabi Lut diterbalikkan..alkisahnya,klik di sini..

terasa gementar hati melihat kekuasaan Allah..kun fayakun!hari ini,terlau banyak hak asasi manusia yang disuara-suarakan..pergaulan sejenis..AllahuRabbi..ketahuilh insan..hak kamu itu adalah seperti yang digariskan mengikut syara',berlandaskan fitrah..bukan dipandu hawa nafsu semata-mata..

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."[arRum : 21]

moga-moga Allah jauhkan kita dari ditimpa semacam azab seperti yang ditimpakan ke atas kaum Nabi Lut..semuanya kerana melanggar perintah Allah..na'uzubiLlah..

sedikit info ringkas tentang laut mati :



Laut Mati (bahasa Ibrani: ים המלח; bahasa Arab: البحر الميت‎) merupakan kawasan paling rendah di dunia yang tidak dilitupi ais, serendah 418 m di bawah aras laut, dan juga tasik masin yang terdalam, sedalam 330 m. ia juga merupakan laut termasin di dunia, dengan kemasinan hampir 30 %. Ini lebih kurang 8.6 kali lebih masin dari laut biasa. Oleh kerana itu tiada satu pun hidupan yang boleh hidup di dalamnya.

Tasik atau laut ini terletak di sempadan Jordan dan Tebing Barat. Panjangnya 67 km dan 18 km paling lebar. Cawang sungai utamanya ialah Sungai Jordan.



oh ya!ia bersempadan dengan tebing barat,Palestin..sungguh,membuak-buak perasaan untuk menghirup nafas di bumi tanah ke-3 terbaik menurut Islam..insyaAllah..one day..alQuds,wait for us!

Maqam Nabi Syuaib

moga dicucuri rahmat ke atas Nabi yang diredhai Allah,alFatihah..

sejarahnya terlalu tinggi nilai jika diteliti dan diperhatikan..terutama nilai dalam berdakwah..walau dicemuh dan disiksa,namun demi redha Allah,tetap disampaikan seruan demi seruan..

Baginda tidak menghiraukan ancaman tersebut malah memperhebatkan lagi dakwah baginda. Baginda mengingatkan penduduk Madyan akan azab dari Tuhan yang telah turun kepada kaum terdahulu. Seperti di dalam surah Huud : 89,

“Hai kaumku, janganlah hendaknya pertentangan antara aku (dengan kamu) menyebabkan kamu menjadi jahat hingga kamu ditimpa azab seperti yang menimpa kaum Nuh atau kaum Huud atau kaum Saleh, sedang kaum Luth tidak (pula) jauh (tempatnya) dari kamu.”

kalau nak tahu dengan lebih lanjut,dipersilakan klik di sini..

dan melawat maqam baginda,insan yang Allah muliakan,membuatkan hati sayu..terasa tak sekuat baginda dalam menempuh jalan dakwah..namun,ikhtiar demi kalimah tauhid tersebar di muka bumi akan diusahakan jua..apatah lagi dengan bantuan sahabat2 seperjuangan..moga Allah permudahkan..

salji oh salji!

tersenyum..tak sangka yang kami mampu bermain salji di Jordan..dan salji itu juga satu kurniaan Allah..insyaAllah,teringin lagi untuk bermain salji di bumi Jordan..andai Dia mengizinkan..amin.. :)



blog kak nadhi ada cerita pasal salji di bumi urdun..tafaddhal untuk tengok..
insyaAllah,kembara elya akan disambung lagi di post akan datang..moga antum semua dilimpahi dengan rahmatNya sentiasa!insyaAllah..

bicara elya : kehidupan dunia itu ibarat hamparan sejadah yang luas bagi hambaNya untuk terus-menerus sujud pada Rabbul Izzah..AllahuRabbi.. :)

Thursday, March 22, 2012

result oh result!

Assalamualaikum wa salam mahabbah..lama rasanya tinta ini tidak menari..maaf atas kekosongan teratak elya..sungguh,tiada daya dan upaya melainkan AllahuAkbar..

alhamduliLlah..spm dah keluar..ada suka dan ada duka..yang pasti,itu adalah ketentuanNya..syukur dan redha..jadikan keputsan yang kita dapat tu sebagai tanda sayang dan cintanya arRahim..keep moving forward and never loose hope..

bagi yang cemerlang

-dear sahabatfiLlah,segalanya datang dari Dia dan akan kembali pada Dia..bersyukurlah akan nikmatNya yang tidak henti-henti diberi kepada kita..alhamduliLlah,the most perfect word to say day and night..dah sujud syukur? :)

ingat ye,mungkin dengan result kita yang mumtaz tu nanti kita akan apply mana2 biasiswa..dan dengan duit tu lah kita akan meneruskan perjuangan kita menuntut ilmu..

ketahuilah bahawa duit tu satu amanah buat kita..duit rakyat yang mengharapkan kepulangan kita sebagai anak watan yang berjaya,akademik mahupun sahsiah diri..amanah,work hard to fulfill our promises k!insyaAllah..

sebagai muhasabah juga,
tak semua yang straight a's akan secemerlang itu juga di alam universiti nanti..istiqamahlah..niatkan musafir ilmu kita tu,liLlahita'ala..insyaAllah,kalau kita tolong agama Allah,Dia akan tolong kita kembali..sama2 tajdidkan niat,insyaAllah..


again,say alhamduliLlah. :)

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu; dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim:7)

bagi yang kurang berjaya

-sahabat2 yang disayangi kerana Allah..yakinlah yang Dia itu Maha Adil..takkan pernah menduga apa yang tak tertanggung ke atas diri kita..

husnuzhonlah dengan Yang Maha Mencipta..letakkan sepenuh keyakinan bahawa Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita..la tahzan ya ikhwan wa akhowat..innaLlahama'ana.. :)

boleh jadi sahaja result yang kurang memberangsangkan menjadi penyelamat kita dari penyakit2 riya',takabbur,sombong dan 'ujub..again,all praises to Him..after all,He is The Best Planner right?pasti tersembunyi hikmah di sebalik sesuatu perkara..

jangan!jangan pernah mengeluh mahupun berputus asa..itu bukan sifat orang beriman..langkah kita sudah indah diatur..kehidupan kita sudah dicorak dengan penuh warna warni..tinggal kita untuk melihat semua itu dengan mata hati..subhanaLlah!


syukur dan redha

-kunci dia,SYUKUR dan REDHA..insyaAllah,ketenangan itu bakal diraih..excellent atau tak,dua2 merupakan trbiyyah secara langsung dari Dia..melihat bagaimana insan yang mengaku sebagai hamba Allah menghadapi hari-hari..

masih panjng perjuangan yang perlu diharungi..jagalah iman dalam hati..tujuan kita hanya satu,mengharap redha Ilahi..

'tatkala kita tidak beroleh sesuatu yang terbaik seperti kita impikan,bersyukurlah kerana kita tidak mendapat yang terburuk..'..AllahuRabbi.. :)

ada SPM yang lagi penting menunggu kita,Sijil Padang Mahsyar :



moga2 Allah sentiasa merahmati kita dalam sgala kerja buat kita..salam mujahadah semua!

bicara elya : kita boleh terbang lagi tinggi,tapi jangan lupa asal kita adalah tanah.. :)

Sunday, March 18, 2012

.::jejak cinta di tanah haramain::.

Assalamualaikum wa salam mahabbah..

alhamduliLlah..Dia masih memberi ruang dan pelung untuk bernafas hari ini..agar mampu menaip kata-kata,yang mungkin sahaja tidak sehebat segah insan lain,sekadar cukup berkongsi rasa..

alhamduliLlah,
alhamduliLlah,
alhamduliLlah..
subhanaLlah..tiada ucapan pujian selain untuk Dia..

sungguh,pabila mengingat kembali tatkala mengetahui dijemput Dia ke 'rumah'Nya,perasaan sebak menyelubungi jiwa..layakkah aku menjejakkan kaki ke bumi suci tatkala dosa masih lagi bertimbun-timbun dalam hati?


namun,yang punya kuasa itu Allah Yang Maha Besar..hanya kesyukuran yang berpanjangan yang mampu diungkapkan..alhamduliLlah..dijemput ke tanah haramain,Madinah alMunawwarah dan Mekah alMukarramah merupakan satu anugerah bagi mensucikan diri,agar lebih taqarrub pada Ilahi..AllahuRabbi..

insyaAllah,sahabat2 jua bakal dijemput..tidak hari ini,mungkin esok..jika tidak,mungkin pada masa terindah yang tidak kita jangkakan..DIA punya rancangan yang terbaik buat hamba2Nya..yang penting,teruskan berdoa dan berdoa..satu senjata luar biasa buat kita..

meluap-luap rasanya keinginan diri untuk berkongsi rasa dan cerita di sana..walaupun sudah lebih kurang seminggu kembali ke tanah air,kenangan di sana terasa sesaat baru berlalu..harap2nya,cerita bukan sekadar cerita..namun yang membawa ibrah dalam kisah,ilmu baru dan membuka ruang minda sebagai seorang hamba..

moga Allah jauhkan dari perasaan takabbur,kalam yang berdusta dan perkara yang tidak brmanfaat..amin..insyaAllah elya akan hamparkan kisah jejak cinta di tanah haramain dalam post yang bersiri..harapnya berada dalam redha Yang Esa..semoga memberi motivasi baru dalam mengejar cinta Sang Pemilik Cinta,AllahuRabbuna..insyaAllah.. :)



JCDTH

Ya Rahman,
tertunduk aku menyembah bumi,
tatkala berada dihadapan baituLlahMU,
membawa segunung dosa..

sujudku di tanah haramain,
masih terasa hangat mutiara jernih mengalir deras,
cuba menghapus kesilapan semalam,
mengharap sinar baru dalam kehidupan..

di tengah lautan manusia,
terasa terlalu kerdil diri ini,
dalam ombak perasaan mengharap cinta,
menelusup perasaan tenang kurniaMu Ilahi..

bagaimana mungkin kami mampu membendung,
rindu kami pada kekasihMu,RasuluLlah,
di sebalik kubah hijau itu,
sekujur tubuh insan mulia bersemadi di bawahnya..

ruh baginda terasa terlalu dekat,
kasih sayangnya bagaikan sang bayu,
lembut menyapa dan menenangkan sang jiwa-jiwa,
yang datang penuh dengan harapan dan rasa..

1001 sejarah tersimpan padu,
tanah yang menyimpan segala rahsia suka dan duka,
perit jerih umat Islam berjuang,
hanya kerana mengharap redha Rabbul Alamin..

moga Engkau menjemput kami lagi,
dan seluruh muslimin muslimat,
kerana kami terlalu rindu padaMu Ya Rahim,
rindu dan cinta,
cukuplah Allah bagiku......................