Dari hati, sampai ke hati. :)

Photobucket

Malu brtanya sEsAt jalaN.....

ukhwahfiLlah..^_^

Sunday, January 15, 2012

.::Rapuh::.



Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu


Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
DiriMu yang bertakhta


Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu
bicara elya : rapuhnya imanku dalam mencintaiMu..rapuhnya semangatku dalam menempuh ranjau hidup..rapuhnya hati ku kerana lalai dalam keasyikan dunia..Ya Rabb!kuatkanlah kaki kami dalam melangkah..suburkanlah iman dalam jiwa kami Ya Ilahi!jangan jadikan cinta dunia melebihi cinta kami terhadapMu..amin.........

Thursday, January 12, 2012

salah faham tentang kalimah لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ ..

Assalamualaikum wa salam mahabbah..

salam sayang dari insan yang hina dalam mendamba cintaNya..salam rindu dari insan yang terlalu kerdil dihadapanNya..AllahuAkbar..

لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ
-surah alBaqarah : 256
"Tidak ada paksaan dalam agama(Islam)..."

biasa bukan kita dengar dalil ni dijadikan alasan bagi mengelak daripada melunaskan tuntutan agama..

'jom solat awal..'

'tak baik paksa2 orang..mana ada paksaan dalam Islam..'

AllahuRabbi..moga2 Allah mengampunkan kita atas kenaifan kita dalam berbicara..sebenarnya ayat ni diturunkan bagi menyatakan tiada pksaan utk seseorang individu itu memeluk Islam..

tetapi apabila dia sudah bergelar seorang muslim,wajib ke atasnya untuk menurut perintah Allah dan menjauhi laranganNya..dan sesetengah hal itu mungkin ada keter'paksa'an dalam melakukannya..

contohnya,mungkin tahap iman kita ni,perlu dipaksa untuk menunaikan solat di awal waktu,menutup aurat dengan sempurna dll..

dalam kes macam ni,kita wajib memaksa diri untuk mematuhi segala peraturan Islam..insyaAllah,keikhlasan akan lahir dengan sendirinya..dan keter'paksa'an itu sebenarnya melatih diri untuk disiplin..subhanaLlah,indahnya Islam..

satu analogi dibuat renungan :
untuk menjadi seorang askar atau tidak,pilihan terletak di tangan kita..namun,sekali kita bergelar askar,kita wajib mematuhi protokol dan peraturan sebagai seorang askar..begitu juga buat yang bergelar muslim..andai syurga Firdausi yang menjadi idaman,ikutlah jalan yang betul..supaya tidak tersesat hingga membawa penyesalan di kemudian hari..

waLlahua'lam..

bicara elya : jom jdi muslim yang lebih baik!dan jangan sekadar 'iluvislam' di bibir,namun iktikadlah dalam hati,,zahirkan dengan amalan..insyaAllah.. :)

Monday, January 9, 2012

jambatan kehidupan..^^

Lima Jambatan keHidupan

1.Jambatan terpendek adalah: PUTUS ASA ♥
-bukankah rahmat Allah itu luas?never loose hope..

2.Jambatan terpanjang adalah: PENGHARAPAN ♥
-dari harapan,kita akan bertindak merealisasikan cita-cita..

3.Jambatan terkuat adalah: IMAN ♥
-iman adalah mutiara..jom kita sama-sama suburkan iman!

4.Jambatan termahal adalah: PENGORBANAN ♥
-hidup itu satu perjuangan yang memerlukan pengorbanan..

5.Jambatan terindah adalah: KASIH SAYANG ♥
-kasih sayang Allah itulah yang abadi..


bicara elya : dan jadikanlah dunia yang sementara ni sebagai jambatan menuju kehidupan yang kekal di 'sana'..insyaAllah.. :)

Saturday, January 7, 2012

'doakan saya ustazah'

Assalamualaikum wa salam mahabbah..
hari ni kita santai2 je dengan cerita ni k..santai ilmiah..bagaimana seorang anak kecil juga punya hati untuk mendidik seorang ibu tercinta..subhanaLlah..benarlah,hidayah Allah itu datang dengan pelbagai cara..

Pelajar : Ustazah, doakan saya ustazah, saya nak dapat 5A dalam UPSR ni. Serius.
Ustazah: Ya, insyaAllah saya doakan.
Pelajar : Ustazah kata nak doakan, tapi ustazah tak mintak nama saya pun.
Ustazah : Ya, apa nama awak?
Pelajar : Adam ustazah.
Ustazah : Kenapa awak macam beria-ia sangat ni?
Pelajar : Saya kena dapatkan 5A jugak, sebab saya nak tuntut hadiah dari mak
saya. Mak saya kata, kalau saya dapat 5A, saya boleh mintak apa saja. Mak
saya tak tahu lagi apa saya nak.
Ustazah : Boleh ustazah tahu apa permintaan Adam?
Pelajar : Saya nak mak saya tutup aurat ustazah.

Ustazah terkejut dan terharu, lantas beliau mengangkat dua tangannya dan terus berdoa pada si pelajar tadi.Allahurobbi..T_T

jadilah anak yang sayangkan ibu bapanya di dunia mahupun akhirat :-)
bicara elya : moga2 cahaya hidayahNya terus menelusuri hati insan-insan di atas muka bumi..amin.. :)

Thursday, January 5, 2012

maut sughra..

Assalamualaikum wa salam mahabbah..

Demi masa,sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian..kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh..pesan memesan dengan kebenaran..pesan memesan dengan kesabaran..[surah alAsr]
muhasabah kejap,hari ni kita termasuk tak dalam kalangan yang rugi itu?astarfiruLlah..

ok,sekarang balik pada tajuk..insyaAllah nak kongsi satu perkongsian..hari tu ada tengok satu rancangan..membicarakan soal sakaratul maut..meremang bulu roma dibuatnya memikirkan penghujung akhir hayat..

Allah,sakit!bahkan RasuluLlah sendiri memohon pada Allah agar kesakitan ketika nyawa diceraikan dari badan yang dialami oleh ummatnya,ditimpakan pada baginda sendiri..sungguh,kasih sayang baginda tiada galang ganti bukan?selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad..

apa yang nak ditekankan hari ni adalah maut sughra..maut ni dibahagikan kepadadua : kubra(besar) dan sughra(kecil)..pasti,yang maut kubra tu adalah meninggal dunia..apabila jasad ditelan bumi..bakan takkan dicepatkan sesaat,tak lambat walau sedetik..

Menurut Al-Qadhi ‘Iyadh al-Maliki dalam Syarh Sohih Muslimnya yang dinaqalkan oleh Imam An-Nawawi (w 676 H) : mati itu adalah perpisahan ruh dari jasad atau perpindahan ruh ke alam lain dan meninggalkan jasadnya.

Firman Allah SWT : "Setiap yang hidup pasti akan mera
sai mati" (Al-Anbiya : 35)

dan setiap yang bernafas juga pasti melalui maut sughra..yakni tidur..ya!tidur adalah maut sughra..kenapa?menurut ustaz tu,sewaktu tidur,sebahagian ruh kita keluar daripada jasad..kalau keseluruhan ruh yang keluar baru dinamakan maut kubra..

rupa-rupanya hampir setiap malam,sebahagian ruh kita dah keluar!AllahuAkbar..andai sahaja 90% ruh yang keluar saat kita tidur,hanya 10% sahaja yang tinggal..adakah kita yakin bahawa masih ada hari esok buat kita?hari yang mana Allah kurniakan bagi hambaNya mensyukuri nikmat dan memohon ampun atas segala khilaf..astarfiruLlah..

jadi sahabat-sahabat yang disayangi fiLlah,ingatlah yang mati itu sentiasa mendekati..sebelum tidur,

-ambil wudhu'
-baca surah alMulk(insyaAllah dijauhkan seksa kubur)
-baca alFatihah
-baca ayatul Qursi
-baca 3 Qul
-baca BismiLlah 21x
-baca doa tidur
-dan lafazkanlah SYAHADAH

moga di mana sahaja,bila-bila ketika,kita akan memperoleh husnul khatimah..sama2 muhasabah diri ya!insyaAllah..salam mujahadah..
bicara elya : ingat mati itu boleh membersihkan hati.. :)

Wednesday, January 4, 2012

kisah 5 ringgit..

Assalamualaikum wa salam mahabbah..

sihat hari ni?iman dan hati pulak segar?harap-harapnya dalam pemeliharaan Allah sentiasa..amin..

erm,bagi anda semua,apa makna 5 ringgit?mungkin pagi2 boleh guna 5 ringgit untuk beli nasi minyak dan kuih sikit2..untuk pelajar sekolah menengah yang balik lewat..5 ringgit pun kadang-kadang tak cukup..

buka sekolah ni,ummi ada cerita..moga jadi ibrah buat kita semua..katanya,macam biasalah..awal2,semua kumpul dekat dataran..ada perhimpunan..lepas tu ada buat spot-check..sekolah rendah pun ada..rindu pulak zaman2 tu..hehe..

balik pada cerita,guru dekat sekolah ummi tariklah 2 orang adik-beradik ni..rambut,AllahuAkbar..macam tak potong2 sejak cuti..yang pasti,muslimin lah..kalau muslimat,tak jadi cerita pulak..

lepas tu cg tanyalah dua2 orang..dalam loghat terengganu..

"bakpe dok potong rambut tuh?lame doh kang cuti."

"bukang saloh kiteorang..ayah tadop duit nak bagi wak gunting rambut..",si adik yang berumur 10 tahun menjawab..sang abang berumur 12 tahun,senyap je..

"ye ke ni?doh biasa gunting rambut berape riya?"

"5 riya cg".......sunyi...

"ambik ni 5 riya..abang se,adik se..balik karang gi potong hok kemas skali..esok nak tengok hensem2 blake..",Allah mendetikkan hati seorang cg utk sumbang rm10..


---
esoknya(yakni hari ni),dua2 mari dalam keadaan rambut yang dah terurus rapi..alhamduliLlah..dan si bidadara2 kecil tu pun gembira..

elya yang dengar cerita ni jadi sebak..kadang-kadang,kita tak terfikirpun yang masih ada insan-insan sekeliling kita yang serba kekurangan..5 ringgit?5 ringgit je pun..mungkin ada yang berfikiran macam tu..ummi cerita,memang keluarganya susah..buku pun sumbangan sekolah..

AllahuRabbi..tak terasa pun kalau kita hilang 5 ringgit tu..tapi bagi sesetengah insan,5ringgit tu boleh jadi segalanya..jadi wahai manusia yang sentiasa dilimpah ruahkan dengan rezeki yang murah,BERSYUKURLAH!ucapkan alhamduliLlah..dan bantulah yang susah..insyaAllah,hidup sentiasa barokah..

waLlahua'lam..

bicara elya : dalam hal dunia,pandanglah yang lebih rendah dari kita..dalam hal akhirat,lihat yang lebih tinggi amalannya..baru hidup berkat..insyaAllah..moga dapat ibrah.. :)

yawn..


Abu Huraira (RA) reported that the Prophet (PBUH) said:

“Yawning is from the Shaytaan. If any of you feels the urge to yawn, let him resist it as much as possible, for if any of you says ‘Ha’ (makes a noise when yawning), the Shaytaan laughs.” - Bukhari No. 3289

elya says : so when you are yawning,say astarfiruLlahal'azim.. :)

Tuesday, January 3, 2012

SAHABAT SAMPAI SYURGA

Di sini kisah kita bermula,
Menaut mahabbah indah tak terkira,
Ukhwah ini bagi mencari redha Yang Esa,
Menempuh segala peristiwa bersama-sama..

Sahabat,
Suatu ketika dahulu,
Mungkin kita ibarat kanak-kanak riang,
Mesra bergurau senda,
Saat manis dikongsi bersama..

Suatu ketika dahulu,
Kita mula memperoleh tarbiyyah,
Ta'aruf terhadap Cinta Tuhan Pemilik Jiwa,
Tazkirah di kelas menjadi amalan,
Mengisi hati yang sentiasa kegersangan,
Didikan dari guru,ikhwan akhowat tersayang..

Sahabat,
Kini kita masih bersama,
Mungkin jua Akan terpisah akhirnya,
Namun itu bukan erti perpisahan yang sebenarnya,
Kerana hati dan jiwa,
Masih terikat dengan nama Yang Kuasa..

Kini kita kian matang,
Mendepani ranjau duri dalam kehidupan,
Tanda kasih dan sayang dari Tuhan,
Mula bisa melakar rasa,
Mengerti makna ukhwah yang terbina,
Moga rabitah ini akan terus subur berbunga..

Sahabat,
Andai ada khilaf yang menoreh jiwa,
Kata yang menusuk di hati yang terluka,
Cara yang tak kena pada rasa,
Bukankah kemaafan itu cara yang terbaik buat kita,
Bagi membersihkan segala prasangka..

Sahabat,
Takkan pernah terbunggar segala memoir,
Tetap tersemat di sanubari yang paling dalam,
Kerana di mana lagi kita akan cari ganti,
Segala kenangan di bumi waqafan tercinta..

SHAMS yang akan terus menjadi pewaris mujahid terbilang!biizniLlah..

bicara elya : bakal merindui SHAMS sgttt!jazakumuLlahukhairan ats segala kenangan suka duka kita bersama-sama..ukhwahfiLlah! :)

Monday, January 2, 2012

forgive your neighbour..




elya says : let us die in peace,with qalbun saleem..insyaAllah.. :)