"abang,saya dapat tawaran untuk sambung as specialist O&G (pakar sakit puan)..pihak universiti yang akan taja..jadi saya nak tanya, abang izinkan saya untuk sambung belajar?"
lembut pertanyaan si isteri pada sang suami..keputusan besar..bukan mudah seorang suami yang bergelar ustaz ingin melepaskan isteri bekerjaya doktor untuk sambung belajar..usahkan bergelar pakar, mempunyai title 'Doktor' pun susah untuk melapangkan masa di rumah..
sepi.
diam suami selama 10 minit.
10 minit paling lama terasa dalam hidup si isteri..
sempat sahaja waktu yang seakan berhenti itu membuatkan air mata jernih mengalir di pipi.
"insyaAllah,abang izinkan.."
bercampur tekejut dan teruja,
"betul ke ni abang?pakar sakit puan berat kerjanya..besar pengorbanan yang dituntut..tapi inilah syiar untuk doktor muslimah sekarang..10 minit abang fikir..apa sebenarnya yang difikirkan?"
jawapan yang cukup untuk mengukir senyuman bahagia pada wajah sang isteri,
"tadi cari alasan untuk tak benarkan..tapi tak jumpa jawapan nak beri pada Allah nanti kalau ditanya kenapa tak benarkan.."
***
di sana, akan ada perhitungan |
kisah benar yang dikongsi oleh seorang ukhti, banyak makna buat diri..
first,moga-moga dipermudah jalan elya untuk menjadi pakar sakit puan. Bukan senang, tapi itulah impian yang dipasang. Andai benar itu jalan terbaik yang diredhaiNya. mohon doa ye,insyaAllah.. :)
Memandang hari sana
yang paling terkesan sebenarnya jawapan si suami tu..inilah yang benar-benar dikatakan 'berfikir sebelum berkata-kata'..
yang menariknya, si suami berfikir bukan setakat melihat pada keupayaan diri dan sebagainya..yang difikirkan adalah jawapannya di mahkamah mahsyar nanti..
'kalau aku kata ya, Allah redha tak?kalau aku kata tak, kenapa?jawapan apa nak beri dekat akhirat sana?'
kita juga perlu fikir dalam zikir untuk setiap laku dan bicara ,kerana setiap perkara itu akan dipersoalkan..
(HR. Ath-Thabrani)
bicara elya : moga Allah permudah..insyaAllah.. :)
2 coretan hati:
ni kisah hidup dr.harlina kn? sbb prnh dgr dr.harlina cite lm WHI x silap...bguskn suami dr.harlina
owh..yg tu tak pasti..boleh jadi..
masyaAllah,benarlah janji Allah..muslimah hebat utk muslim hebat..muslim hebat utk muslimah hebat..kagum dgn dr harlina..
sama-sama usaha ke arah hebat..untuk melahirkan mujahid mujahidah yang luar biasa hebat,demi Islam..insyaAllah.. :)
Post a Comment