Dari hati, sampai ke hati. :)

Photobucket

Malu brtanya sEsAt jalaN.....

ukhwahfiLlah..^_^

Wednesday, February 1, 2012

memuji atau dipuji?

"Sebenarnya, setiap kali orang memuji kamu.. seharusnya kamu rasa malu. Ucaplah astaghfirullah al-azim kerana orang memuji kamu disebabkan Allah s.w.t telah menutup aib dan kelemahan kamu."

Assalamualaikum wa salam mahabbah..

AllahuAkbar..begitu sekali Allah menyayangi hambaNya..kita pulak,bermegah-megah dengan segala pujian yang pada hakikatnya semua kembali kepada Rabbul Jalil..insyaAllah,kita hisab diri sama-sama lepas ni..

dipuji atau memuji?
yang mana lebih bahagia?
secara zahirnya kelihatan yang dipuji itu lebih bahagia bukan..

tapi,AWAS!
takut dihinggapi penyakit hati :
1) Ujub = Rasa hairan dengan diri (cth, "hebat aku ni..akulah org yg pling layak")
2) Sum'ah = Suka orang cerita kehebatan diri.
3) Riak = Perbuatan yang semata-mata bertujuan mengharapkan sanjungan, pujian atau penghormatan.
4) Kibir = Buat amal kebaikan untuk tunjuk pada orang.

tolong beware sangat dengan penyakit2 hati ni..takut boleh terjejas amalan kita..na'uzubiLlah..siapa kita sebenarnya?bukankah dicipta dari seitits air mani yang hina..jadi janganlah kita bongkak duduk atas bumi Dia ni..pinjaman sementara belaka..akan kembali padaNya jua kan..

walaupun pada kemudiannya,Allah menjadikan manusia sebaik-baik penciptaan..adakah kita menggunakan nikmat itu sebaik mungkin?bersyukurlah..dan beristighfarlah..

hayati firman Allah ini :
"Dan janganlah engkau berjalan di muka bumi ini dengan bongkak. Sebab engkau tidak akan mampu menembus bumi, dan tidak pula akan dapat menjulang setinggi gunung." (Surah al-Isra, ayat 37)


jadikan pujian yang diterima itu sebagai satu nyalaan obor semangat untuk menjadi yang lebih baik..dan juga sebagai satu cabaran untuk melihat sejauh mana kita tawadhu' kepada Penguasa Yaumul Qiyamah..

buat yang memuji,jangan sampai mengadu domba..cukup sekadar yang lahir ikhlas dari hati..jangan besarkan manusia lebih daripada yang paling besar,yakni AllahuAkbar..tapi mengucapkan kalimah-kalimah yang baik itu indah..bahkan orang yang bahagia adalah dia yang membahagiakan orang lain..

Rasulullah dalam hadis Baginda diriwayatkan oleh Bukhari bersabda bermaksud: “Setiap sendi manusia perlu bersedekah, setiap hari matahari terbit ada orang mengadili dua orang adalah sedekah. Membantu orang dengan mengangkat barang ke atas binatang tunggangan adalah sedekah. Satu kalimah yang baik adalah sedekah. Setiap langkah untuk mengerjakan solat adalah sedekah dan membuang sesuatu berbahaya di jalanan adalah sedekah."


jadi,kita sama-samalah panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran dan pujian terhadap Dia..memuji sekadarnya,dipuji jaga hati..insyaAllah..subhanaLlah,alhamduliLlah,AllahuAkbar..

'Segala ucapan pujian dan terima kasih hendaklah dikembalikan kepada Allah. DIA lah yang selayaknya. Tanpa DIA siapalah kita.. :)'

bicara elya : kadang-kadang,yang dipuji itu lebih keji dari orang yang memuji..kadang-kadang,yang dihina itu lebih mulia dari yang menghina..muhasabah diri.. ^^

0 coretan hati: