tika mata hampir terlena,
ingin dibuai mimpi fana',
tentang sebuah kehidupan,
yang hanya dihiasi keseronokan..
tika hati hampir mati,
ingin merasai kemungkaran yg dilaknati,
kerana jiwa sentiasa mencemburui,
wajah2 ceria palsu insani..
tika tubuh hampir jatuh,
krn tidak thabat pd tali yang utuh,
krn gelodak perasaan ingin snts merusuh,
tidak mampu melawan nafsu nyatanya musuh..
di saat itulah,
hadirnya cahaya cerah,
menerangangi hingga ke lurah,
bukit Hira' yg bersejarah..
di tika itulah,
lambaian kasih hadir menjemput,
menjadi syifa' buat yg semput,
untuk menjadi insan yang menurut...
di waktu itulah,
datang segunung sinar harapan,
buat insan yang inginkan mampan,
supaya diri teguh dgn iman dan ketaqwaan..
saat,tika dan waktu,
pabila Rabb terasa dekat,
mati hampir mendekat,
ruh jihad datang melekat,
di kalbu,jiwa dan juga akal..
semoga kita sentiasa utuh,
dalam mencari ciNta hakiki,
yg hanya mampu dicapai dgn kasih Ilahi,
jua sayang tidak terhingga oleh insan bernama Nabi..
walau kita hampir tersungkur,
dek tsunami laut nafsu yg bergelora,
ingatlah bhwa Dia sentiasa memerhati,
dan mendekati,
hambaNya yg sentisa meratapi..
semoga kita tergolong dalam kalangan yg brtuah yg
memperoleh cinta sejatiNya...amin..
dan hidup kita snts dlm genggaman Rabbul Alamin
agar tidak tersasar kita dr siratul mustaqim..
p/s:tgh2 wat keje koop + omework f4 yg bertimbun-timbun,dtg ilham nk cipta puisi ni..untuk mengembalikn balik semangat dlm menempuh perjalanan sebagai pelajar yg dah jd Tingkatan 4..fasa remaja yg penuh cubaan dan dugaan..walaupun baru 2 minggu,dh rasa sikit tekanan dia..beratnya amanah sbgi seorg pelajar,anak solehah,sahabat sejati dan hamba Allah yg beriman..moga dipermudahkan olehNya..insyaAllah..Ya Allah,moga tahun ni lebih baik dr thn sebelum-belumnya dan tabahkanlah hati kami utk menempuh tiap ranjau duriMu kerana hanya redhaMu yg kami pinta..Amin..
0 coretan hati:
Post a Comment