Dari hati, sampai ke hati. :)

Photobucket

Malu brtanya sEsAt jalaN.....

ukhwahfiLlah..^_^

Thursday, April 21, 2011

ikrar terbilang... :)

BismiLlah wal hamduliLlah..
Assalamualaikum semua..harap2 ceria2 sokmo.. =)

cuma berkongsi,

18/4/2011 telah diadakan ikrar gemilang buat pelajar SHAMS pmr,spm dan stpm..
masyaAllah..berdebar rasa pabila lantunan2 ikrar terlafaz..bagaikan 1 hal yg besar buat kami semua..utk menaikkan kembali SHAMS di mata semua,bukankah itu satu hal yang besar?moga Allah permudahkan..

sahabat,ikrar itu tanda satu janji kita..buat bonda dan ayahanda,guru2,sahabat2 dan diri sekali..pasti,ingin juga untuk menyumbang keterbilangan kepada Islam tercinta..TERUSKAN BERJUANG!!

suatu ketika dahulu, umat Islam lah yang mendahului dalam pelbagai bidang..tidak kira perubatan,astronomi,falsafah dan sebagainya..kenapa tidak kita mulakan kembali zaman yang penuh dengan kegemilangan itu?kalau bukan kita,siapa?kalau bukan sekarang,bila? (kata2 sahabat tersayang sewaktu ketika dahulu.. ;>)

Ya Allah,Engkau ampunilah dosa kami,ibu bapa kami,guru2 kami,sahabat2 kami dan seluruh muslimin muslimat..bantulah pelajar2 SHAMS khususnya dan setiap muslim umumnya untuk terus kuat dalam melangkah,bagi menuntut ilmuMu..

Ya Rahman,Engkau berikanlah segenap kekuatan fizikal,kelapangan dada,ketenangan hati dan kelancaran ingatan dalam menimba pelajaran..sesungguhNya Engkaulah sebaik-baik penolong..amin....





cop-cop mohor pelajar SHAMS untuk memperoleh natijah yang terbaik,biizniLlah.. :)




IKRAR TERBILANG

Bahawasanya kami

Calon-calon PMR, SPM dan STPM

SMK(A) Sheikh Abdul Malek Tahun 2011

Berjanji dan berikrar akan berusaha dengan bersungguh-sunggu

Demi mencapai kejayaan yang gemilang

Dalam peperiksaan PMR, SPM dan STPM

Sebagai satu amanah diri kami

Memenuhi impian ibu bapa kami

Guru-guru kami dan sekolah kami



insyaAllah................................. :)



bicara elya : jihad fisabiliLlah!!11A+!!ALLAHUAKBAR!!

Monday, April 18, 2011

belajar daripada kesilapan orang lain..

Assalamualaikum.. belajar..hidup itu merupakan satu pembelajaran..sejak dilahirkan hingga menemui ajal.. belajar untuk menempuh hidup duniawi bagi memperoleh kebahagiaan kehidupan ukhrawi..erm,suka akan satu kata2..

"belajarlah daripada kesilapan orang lain kerana umur kita tidak cukup panjang untuk melakukan segala kesilapan itu"

cukup mendalam ertinya..untuk melakukan sesuatu perkara dan ingin menzahirkannya perlu melalui akal..barulah tindakan itu mampu dikawal dan akhirnya membuahkan hasil yang terbaik..namun mahu atau tidak,kita tak mampu lari drpd kenyataan bahawa manusia itu akan tetap melakukan kesilapan..oleh itu,belajarlah dari kesilapan..

sahabat, ambil yang jernih,buang yang keruh..setiap perkara yang berlegar di sekeliling kita jadikannya sebagai satu pengajaran dalam hayah kita..kadang,kita tak perasan akan fungsi mata hati..dari mata,turun ke hati,fikir dengan akal..kemudian zikir akan kehebatan ciptaanNya..

untuk menjadi insan yang lebih baik,penghijrahan perlu dilakukan..dan perubahan hanya mampu dengan mengetahui di mana silapnya kita.. moga2 Allah merahmati kita semua..!!

bicara elya : rindu akan blog tapi x sempat nak tulis..tunggu pasal ikrar terbilang k,insyaAllah.. :)

Monday, April 11, 2011

resah dan lelah........


Seandainya kau merasakan hidupmu semakin lelah,

yang senang jadi payah,

yang indah hilang sudah,

sedang derita kerap menjengah,

saat itu pandanglah seketika ke bawah,

lihat mereka yang jauh lebih susah,

namun tegar menguntum senyum walau diterpa musibah,

lalu pintallah dedaun doamu kepada Allah,

biarkan sejadah syukurmu terus basah,

Insyaallah kelak kau merasai jiwa yang bebas resah,

seakan demam yang menemui kebah.


~sahabat,kadang2 hidup ini diwarnai dengan pelbagai mehnah ujian bagi membentuk hati agar lebih tabah menghadapi hari depan..beruntunglah sesiapa yang ditimpakan musibah kerana dia sedang berada di bawah madrasah Allah,tarbiyyahNya yang indah..biar daun2 kering itu berguguran,jangan semangat juang kita untuk generasi akan datang..sabar itu sebahagian daripada iman kerana sabar itulah yang membentuk ketakwaan... :)
bicara elya : utk akhowat2 yg brd dlm keresahan,ingatlah,innaLlahama'ana..antunna tahu kn yg ana syg semua liLlah..salam mujahadah!!

Friday, April 1, 2011

.C.I.N.T.A.

"cinta dan kasih sayang merupakan titik tolak bagi dakwah yang berhasil. Daie yang berkesan ialah yang memiliki cinta dan kasih kepada sesama manusia, ia menjadikan dirinya seperti bejana yang penuh dengan cinta dan kasih sayang yang tulus kepada semua"

-Dr Muhd Said Ramadhan Al-Butty-
"Ya Allah, janganlah Kau biarkan aku lalai dalam kesenangan yang Kau kurniakan. Jadikanlah masa senang ini sebagai masa yang paling bermanfaat yang pernah aku gunakan. Sesungguhnya, hanya Engkau yang mengetahui harapanku dan tanggungjawabku. Tsabatkanlah aku dalam jalanMu ini hingga nyawaku tercabut dari tubuhku dan menuju ke syurgaMu. Ameen.."

Tuesday, March 29, 2011

hujan di musim panas....

Assalamualaikum wa salam mahabbah..

cuma mengambil sedikit ruang waktu untuk kita sam2 bermuhasabah..yup..hari ni hujan teramat lebat walhal bulan ni adalah musim panas..sungguh,kita berada di hujung zaman namun kekesalan kita tiada penghujung..susah untuk melentur insaf..

banjir di jalan raya dan sekolah tadi mengetuk akal fikiran bahawasanya Allah itu Maha Kuasa yang tiada tanding..cukup dengan KUN FAYAKUN..namun manusia tetap dengan perangainya..lupa dan terus lupa..

cukuplah hari ni menjadi ibrah besar buat diri untuk menambah baik amalan dan mengingati MATI..sahabat2,moga kita tergolong dalam kalangan mukmin dengan syarat islah nafsak wad'u ghairak..pesan memesan dengan keBENARan dan keSABARan..insyaAllah..

"al-Hafidz Abu Bakar al-Bazzar dlm Musnadnya brkata, tlh mnceritakn kpd kami Ishaq dr Khalid dr ayahnya, dr Abu Hurairah, ia brkata, Rasulullah bersabda, "Kiamat tidak terjadi hingga langit menurunkan hujan yg sgt lebat".

bicara elya : astarfiruLlah.....

Thursday, March 24, 2011

bulu mata kiri atau kanan?

Assalamualaikum..


pernah dengar orang kata :
jatuh bulu mata kanan-ada yang merindui
kalau bulu mata kiri yang jatuh plak,ada 2 versi..ada yang kata ada orang x suka atau kita yang rindu orang..

erm,dahsyat ni..bulu mata jatuh pun ada makna..waLlahua'alam tentang kesahihannya..tapi bukankah indah kalau yang berlaku itu dijadikan sebagai tazkirah..umpamanya.....

jatuh bulu mata kanan

*biasanya orang kata,bila bulu mata yang lentik sebelah kanan ada oarang rindu..tapi cuba ibaratkan bila bulu mata tu jatuh kita anggap yang Allah rindu nak dengar doa kita..rindu nak dengar alunan Quran dari hambaNya yang hina..rindu agar kita membalas balik rindu Tuhan kerana pasti,jika kita rindu padaNya,rindu kita akan berbalas..

bulu mata kiri macam mana?

*andai kata orang benci,umpamakan sebagai syaitan itu benci kalau kita sentiasa bertafakkur mengingat Tuhan..syaitan banci melihat ibadah semakin bertambah baik..dan mestilah x suka bila umat Islam ni menuntut ilmu bukan?

*memang,sebenarnya kita sentiasa dalam kerinduan..fitrah insan untuk berTuhan..tersirat dalam tersurat akan segala ciptaan..


jadi lepas2 ni,kalau boleh bila bulu mata jatuh,janganlah percaya sangat apa yang diwariskan..bukan apa..syaitan itu licik..nanti mengingatkan hati pada 'dia' yang terlarang..jadikan jatuhnya pinjaman Allah itu sebagai satu tanda untuk melihat sejauh mana hubungan kita dengan Dia..insyaAllah,terasa kesannya..barakaLlahulakum!!




bicara elya : setiap daun yang gugur ke tanah berada dalam pengetahuanNya......~

Wednesday, March 16, 2011

our REAL pRoFiLe


Alamat di no.75, Titian Sirat,Simpang Neraka 1500 Jalan Iman,Kampung Jannah. Nama aku Abdullah bin Adam. Mendapat pendidikan awal di sekolah rendah Roh. Relax jer kat sekolah tu..tadak peksa pun. Kemudian di hantar sambung blajar kat Sek Men Dunia. Sini tak abis2 peksa dan ujian. Assignment pun banyak. Emmm taktau la... sukses ke tidak. Masalahnya Lecture aku dah kasi soalan bocor just aku jer buat dekkk je. Malas study lagi kononnya peksa jauh lagi. Kena Encik Izrael buat kuiz mengejut baru padan ngan muka aku...wa..waa..waa. Nanti penggal pertama nak kena peksa kat Dewan Kubur. Penggal Kedua Peksa Kat Majlis Bandaran Masyhar plak. Lepas tu baru la leh tgok mana nak sambung blajar kat U syurga ker atau U neraka ker??

source-fb

bicara elya : ..................

Sunday, March 13, 2011

**ku lihat bintang**


tadi,ku lihat bintang..bersinar terang..cemburu ku padanya..bersebelahan sang rembulan..lembut cahayanya..


alangkah indah hidup ini ibarat sang bintang..besar jauh nun di sana..namun berasa kerdil di hadapan Sang Pencipta..manusia pula,kecil-sekecilnya..namun megah rasa seantero dunia..


sungguh,ku cemburu pada bintang-bintang..ingin ku gapai satu untuk dibawa berjuang..indah cahayanya,bersatu melata di langit sana..


moga hidup yang turut diberi cahaya,mampu berseri tatkala ujian mendatang..membawa
senyuman sebutir bintang..walau tinggi di langit lazuardi,masih tunduk akur pada Ilahi..

bintang oh bintang!!

Monday, March 7, 2011

senyum seceria pelangi.. :)

Assalamualaikum..
alhamduliLlah masih boleh menggunakan nikmat tangan dan kaki..
pendengaran jua penglihatan..
jangan sia-siakan kurniaan ini..

jom kita sama-sama senyum seceria pelangi.. :)

~pemanis muka,pengubat jiwa lara..sunnah itu sempurna.. :)

~tanpa masalah,mereka sentiasa tenang dan tersenyum..indahnya fitrah suci..

~melakukan sunnah ibaratnya menggembirakan hati Kekasih Allah bukan..amalkanlah habblum minaLlah wa habblum minannas..


"Senyum anda terhadap saudara anda adalah sedekah."
Hadis riwayat Ibn Hiban dan Al Baihaqi
*******

Firman Allah SWT yang bermaksud, "Adakah orang yang dilapangkan dadanya oleh Allah untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah) dari Tuhannya sama dengan orang yang sesat (keras) hatinya (dengan kedurhakaan). Maka celakalah bagi mereka yang keras hatinya untuk menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka itu adalah dalam kesesatan yang nyata."

Az-Zumar, ayat 22.
bicara elya : senyum sama-sama muslimat shj.. :)