Dari hati, sampai ke hati. :)

Photobucket

Malu brtanya sEsAt jalaN.....

ukhwahfiLlah..^_^

Thursday, September 2, 2010

You got beuty,I got healthy..

www.iluvislam.com
Oleh : imtiaz_sofea
Editor : arisHa27


" Kamu tahu apa itu wanita?Jika kamu kaum lelaki, kamu pasti akan pelik dengan sikap wanita."

Bumi pinjaman Allah ini dipenuhi dengan pelbagai jenis ciptaan. Kamu cantik, kamu bijak, kamu tinggi,kamu rendah, kamu sihat itu semua ciptaan yang menjadi sebahagian daripada hidup kita. Kadangkala kita tidak berpuas hati kerana kita kurang bijak daripada rakan sekelas. Kadangkala juga kita merasakan wajah kita tidak sesempurna insan lain.

" Mengapa mereka cantik, sihat, tinggi, rendah dan lain-lain lagi sedangkan kita tidak begitu? "

Jawapannya mudah iaitu ;

" You got beauty I got healthy! "


You got beauty I got healthy:

Jika kita toleh ke arah kanan dan kekiri pasti pelbagai bentuk dan jenis manusia yang akan kita dapati. Percayalah mereka dan bahkan diri kita mempunyai ciptaan yang teristimewa di dalam diri masing-masing. Kita mahu cantik seperti kawan kita. Dirinya sering mendapat perhatian sedangkan kita tidak ditoleh langsung. Mungkin dia ada kecantikan. Tapi sedarlah bahawa didalam diri kita juga pasti ada sesuatu yang mungkin masih belum kita temui. Satu anugerah yang masih belum kita terokai. Kadangkala anugerah itu sebenarnya lebih hebat daripada rakan kita yang cantik itu tadi.

Ini masalah besar. Bila kita menginginkan sesuatu yang bukan milik kita, maka kita harus berhati-hatilah dengan hati kita kerana percayalah, perasaan itulah nanti yang akan membawa diri kita kepada sifat benci dan dendam di atas kelebihan orang lain.

Sabda Rasulullah S.A.W ;

Ada 3 hal yang boleh merosakkan kehidupan, iaitu kikir yang ditaati, hawa nafsu yang dituruti dan seseorang yang membangga-banggakan diri sendiri
(Riwayat Tabrani)


ERTI SYUKUR?

Apabila kita sebut tentang syukur, pelbagai persepsi yang muncul dibenak fikiran. Kata kuncinya mudah. Mudah dihafal tetapi payah untuk dilaksanakan. Samada kita perasan bahawa kita sering menginginkan perkara yang insan lain miliki atau kita berusaha mensyukuri setiap perkara yang kita perolehi.

Kehidupan kita di dunia dibekalkan dengan dua perkara iaitu samada KEHENDAK ataupun KEPERLUAN. Jika dua perkara ini tidak difahami dengan baik maka hampir musnahlah kehidupan kita. Lebih-lebih lagi Allah memberikan sesuatu yang kita perlukan dan bukannya perkara yang kita inginkan.

Jika kamu menginginkan lelaki itu sebagai suami, tetapi apabila Allah merasakan kamu tidak memerlukannya, maka jodoh kamu pasti tidak akan ke mana.

Oleh itu, amat perlu bagi kita untuk memahami makna sifat syukur ini. Sedarlah bahawa jika kita punyai sifat syukur ini, segala masalah serta semua rasa tidak puas hati kita akan terhapus dan berkubur dengan sendiri..


فاحذو عدوك مرة # واحذر صديقك الف مرة
فلربما القب الصديق # فكان اعرف بالمضرة

Berhati-hatilah kamu terhadap musuhmu satu kali
Tetapi berhati-hatilah kamu kepada temanmu seribu kali
Suatu saat, sahabatmu akan berbalik
Kerana dialah yang lebih mengetahui


~bicara elya-AlhamduliLlah......

0 coretan hati: