Assalamualaikum wa salam mahabbah..dalam beberapa jam je lagi,2011 akan melabuhkan tirai,dan cakk!2012 pun membuka lembaran..
ada antara kita yang masih tertanya-tanya mengenai hukum sebenar menyambut tahun baru..bila elya cuba cari,elya rasa insyaAllah pendapat ustaz zaharuddin ni mampu memberi pencerahan..moga Allah redha.. :)
Soalan
Saya pernah terbaca bahawa haram bagi kita umat Islam menyambut perayaan Tahun Baru pada malam 31 Disember? Apa pandangan ustaz dalam perkara ini?
Jawapan
Pertamanya, sebagai umat Muhammad SAW, kita di ajar untuk mengira peredaran hari menggunakan bulan Islam, ia terlebih afdhal. Pengiraan zakat perlu menggunakan bulan Islam bagi mengetahui "hawl" (tempoh wajibnya) sudah sampai atau belum. Justeru, secara umumnya adalah lebih baik untuk kita mengingati bulan Islam ini bagi terus menjaga identiti Islam yang tersendiri. Islam juga telah meletakkan dua hari raya yang patut disambut dan dirayakan oleh Umat Islam iaitu Eidil Fitri dan Eid Adha.
Oleh itu, sebarang sambutan majlis lain mestilah tidak menyerupai sambutan perayaan dua hari raya Islam tadi. Islam juga terbuka dalam menilai sambutan keraian yang tidak bersifat keagamaan, diterima adat dan tiada unsur yang bercanggah dengan hukum dalam sambutannya.
Tidak dinafikan bahawa terdapat para ulama yang mengharamkan sama sekali sambutan tahun baru dalam apa jua bentuk. Namun, menyambut tahun baru Masehi (yang mengikut kiraan Gregorian calendar ciptaan Pope Gregory), menurut pandangan saya, ia adalah HARUS secara bersyarat serta bergantung kepada cara sambutan dan keraian yang dibuat.
Walaupun kalendar masehi adalah ciptaan bukan Islam, namun melihat kepada penerimaan kalendar moden ini, ia tidak lagi kelihatan bersangkut paut dengan agama malah amat ramai yang tidak lagi mengetahui dan ambil endah tentang asal usulnya, apatah lagi kaitannya dengan mana-mana agama. Ia sudah dikira sebagai sebuah kalendar moden yang diterima di atas asas adat dan kebiasaan. Namun begitu, syarat-syarat seperti berikut mestilah diambil perhatian dalam sambutannya:-
* Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan. Jika ia diasaskan atas dasar ibadah maka ia perlu mempunyai sandaran dalil yang jelas. Bagaimanapun jika menyambutnya atas asas adat dan diisi dengan progam yang boleh membawa kesedaran keagamaan dan kebaikan, maka saya masih berpendapat ia adalah HARUS kerana ia termasuk di bawah umum kelebihan majlis ilmu.
Justeru, sambutan tahun baru menurut adat setempat adalah HARUS DENGAN SYARAT berdasarkan penerimaan Islam terhadap adat yang tidak bercanggah dengan Islam. Kaedah Islam yang menerima adat seperti ini adalah " Al-‘Adat Muhakkamah"
Ertinya : "Adat yang tidak bercanggah dengan Syara' boleh menentukan hukum sesuatu perbuatan dan tindakan". (Rujuk Al-Madkhal al-Fiqhi Al-‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/885 ; Syarh alQawaid al-Fiqhiyyah, Syeikh Ahmad Az-Zarqa, ms 219).
Terdapat satu keadah lain berbunyi : " Innama tu'tabaru al-‘Adat iza attaradat aw ghalabat"
Ertinya : Sesungguhnya diiktiraf sebagai adat (yang tidak bercanggah) apabila ianya berterusan dilakukan dan dilakukan oleh majority". (Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Ali Ahmad An-Nadawi, ms 65)
* Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat.Bagaimanapun, syarat ini hampir mustahil untuk dijaga pada zaman ini kecuali jika dianjurkan oleh badan agama yang disertai mereka yang mempunyai ilmu agama yang baik dan bukan terbuka sebagaimana sambutan besar-besaran umum. Tatkala itu, sambutan akan menjadi haram jika syarat ini tidak dijaga. Namun ia tidak semestinya menjadikan seluruh sambutan menjadi haram jika percampuran itu tidak menjadi satu agenda penganjur, tatkala itu, mereka yang bercampur atas kehendak sendiri melakukan dosa secara individu dan ia dari jenis 'haram lighairihi' atau haram yang datang akibat dari sebab-sebab luaran.
* Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam. Seperti lagu-lagu memuji muja kekasih, wanita, arak. Tidak kira samada ianya lagu biasa atau nasyid (terutamanya dengan kebanjiran kumpulan nasyid hari ini tersasar dari tujuan asal mereka sehingga memperkenalkan lagu-lagu memuji-muja wanita sebagai kekasih).
* Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara'. Majlis sambutan tahun baru dengan penganjuran majlis ilmu sebagai mengambil sempena cuti umum adalah diharuskan pada pandangan saya.
bicara elya : moga2 hari ni lebih baik dari semalam dan esok lebih cemerlang dari hari ini..insyaAllah..
Saturday, December 31, 2011
happy new year?!
rasa qalby CintaElya at 1:44 AM 2 coretan hati
Tuesday, December 27, 2011
sebelum terlambat..
Mungkin ini persoalan sebenarnya – adakah anda akan menulis setiap satu perkara yang anda lakukan?
Dalam keadaan ini, mungkin tidak semua perkara akan kita catatkan kerana kita tidak mahu ibu kita mengetahui sesuatu perkara yang kita tahu tidak akan memuaskan hati ibu. Mungkin kita takut untuk memberitahu ibu bahawa kita telah keluar bersama teman wanita / lelaki. Mungkin kita takut untuk memberitahu ibu bahawa kita tidak menunaikan solat subuh. Mungkin kita takut untuk memberitahu ibu tentang gambar yang kita pamerkan di Facebook. Besar atau kecil sekalipun, mungkin ada perkara yang kita tidak ingin ibu kita ketahui. Bukan sahaja ibu kita, malah kita mungkin tidak mahu sesiapa pun mengetahui sesetengah perkara yang telah kita lakukan.
Mari kita bandingkan senario ini dengan senario berikut daripada surah Al-Haqqah:
فَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ فَيَقُولُ هَاؤُمُ اقْرَءُوا كِتَابِيَه
إِنِّي ظَنَنْتُ أَنِّي مُلَاقٍ حِسَابِيَهْ
Maka sesiapa yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka ia akan berkata: “Nah! Bacalah kamu Kitab amalku ini! Sesungguhnya aku telah mengetahui dengan yakin bahawa aku akan menghadapi hitungan (hisab) amalku” (Surah Al-Haqqah, 69: 19-20)
Ayat-ayat ini menerangkan situasi seseorang yang telah pun dihisab amalnya. Ia gembira sekali kerana ia telah melalui hisabnya dan telah nyata ia tergolong dalam golongan penghuni Jannah. Maka dengan tanpa sebarang rasa takut ataupun malu ia rela, malah beria-ia untuk menunjukkan kepada sesiapa sahaja amalan-amalannya semasa di dunia yang pastinya depenuhi dengan amalan-amalan soleh.
Beberapa ayat kemudian, kita akan dapati suatu keterangan mengenai satu golongan lain.
وَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِشِمَالِهِ فَيَقُولُ يَا لَيْتَنِي لَمْ أُوتَ كِتَابِيَه. وَلَمْ أَدْرِ مَا حِسَابِيَهْ
Adapun orang yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kirinya, maka ia akan berkata: “Alangkah baiknya kalau aku tidak diberikan Kitab amalku, – Dan aku tidak dapat mengetahui hitungan amalku” (Surah Al-Haqqah, 69: 25-26)
Ayat-ayat ini pula menerangkan situasi orang yang bakal menjadi penghuni api neraka. Ia begitu kecewa melihat amalnya selama ini sehingga ia berasa lebih baik tidak mendapat Kitab amalnya, apatah lagi untuk ditunjukkan kepada orang lain.
Tiada siapa yang tahu bilakah masanya peristiwa yang diceritakan ini akan terjadi. Mungkin 100 tahun lagi. Mungkin juga 1000 tahun lagi. Wallahua’lam, tetapi ia adalah sesuatu yang sudah pasti akan terjadi.
Namun, cuba bayangkan anda diberi peluang untuk menerima Kitab amal anda pada saat ini. Kitab yang ada mencatatkan setiap amalan baik dan buruk anda pada hari ini dan hari-hari sebelumnya dengan sempurna tanpa sebarang rahsia pun. Adakah anda rela menunjukkannya kepada sahabat-sahabat anda? Kepada ahli keluarga anda?
Ataupun anda akan berkata: “Alangkah baiknya sekiranya aku tidak menerima Kitab amalku.”
Hisablah diri kita sekarang. Lakukan perubahan sebelum tiba hari yang mana penyesalan tidak lagi bererti.
bicara elya : watch out dear friends!Allah is in every steps..He's watching.. :)
rasa qalby CintaElya at 7:09 AM 5 coretan hati
Labels: luv Islam abadan abada..~
Tuesday, December 20, 2011
puasa CINTA..
Islam itu datang bukan untuk membunuh fitrah,tapi menyediakan jalan untuk menyalurkan cinta secara bermaruah.. :)
Assalamualaikum wa salam mahabbah..
puasa cinta?AllahuRabbi..besar persoalan ni..namun atas dasar ingin berkongsi rasa,topik ni macam perlu je dikupas..
erm,ramai antara kita yang tahu maksud puasa bukan..alah..yang kita duk hafal siang malam untuk lulus ujian KAFA tu..puasa : menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari disertakan dengan niat..
bagaimana pula kita ingin intrepitasikan puasa kita x makan dgn puasa CINTA?
puasa cinta adalah menahan diri daripada melakukan sebarang perkara yang boleh mendekatkan kita dengan zina dari kita bergelar baligh hingga terlafaznya akad nikah yang menghalalkan hubungan kita dengan suami/isteri..disertakan dengan niat menjaga batas-batas tersebut kerana Allah.. :)
bayangkan kita berpuasa Ramadhan atau puasa sunat dll..bukan ke kita rasa nikmat yang bukan kepalang apabila berbuka puasa dengan pelbagai juadah yang disediakan di atas meja..dan tujuan puasa juga adalah sebagai satu medan tarbiyyah buat kita memperoleh sijil taqwa..
begitu juga puasa cinta..indah!indah saat kita 'berbuka' puasa cinta tatkala Allah sediakan jalan perkahwinan bagi menghalalkan apa yang tak boleh kita lakukan sebelumnya..Islam itu sempurna dari segenap sudut perkara..tidakkah kita ingin turut merasai nikmat itu?di samping memperoleh sijil kebahagiaan hingga ke syurga?
ada yang memberi alasan :
'macam mana nak kenal dia sesuai atau tak buat kita kalau x bercinta dulu dengan dia?nanti x serasi bersama pulak..'
ramai yang bimbang tak serasi sikap,tapi tak bimbang tak serasi syariat..ini yang bahaya..insyaAllah,apabila dah ada barokah dalam rumah tangga,segala ketidak serasian itu akan menjadi pemanis..saling melengkapi..
em,rasanya mungkin elya kurang sesuai bebicara soal ini..
"baru habis spm dah ada hati nak cakap pasal ni..belajar lah dulu memasak tu!kan nak jadi zaujah solehah.."
jadi elya sediakan satu video..sebagai menjawab persoalan2 yang mungkin elya tak boleh jawab..apatah lagi yang berbicara itu adalah pasangan zauj dan zaujah yang telah pun merasakan nikmat bercinta selepas kahwin..ya!mereka lebih layak..moga Allah redha dan memelihara diri kita daripada tertipu dengan cinta dunia yang maha memanipulasi pada akhir zaman ini.. :)
bicara elya : jangan biarkan fitrah menjadi fitnah..namun bentuklah fitrah itu berlandaskan syariat agar mampu beroleh barokah..
rasa qalby CintaElya at 11:47 PM 7 coretan hati
Labels: hawa oh hawa...~, makna bg diriku...~, video mumtaz..=)
Sunday, December 18, 2011
salah faham rukun qauli..
Assalamualaikum wa salam mahabbah..
sekadar perkongsian..takut2 ada antara kita masih lagi membaca rukun qauli sekadar kumat-kamit di bibir namun tak didengar oleh telinga..ayuh kita lihat dalil dan jawapan dari web yang elya dapat :
http://soalsolatumum.blogspot.com/2008/12/rukun-qauli-tak-boleh-baca-dalam-hati.html
Assalamu'alaikum! Ustaz,
benarkah bacaan rukun qauli di dalm solat (i.e fatihah, tahiyyat akhir) tidak boleh dibaca di dalam hati. Ada Ustaz mengatakan ianya mesti di dengar oleh telinga kita sendiri. Adakah dalil berkenaan hal ini?
Jawab:
Perkataan rukun Qauli itu diperkenalkan oleh Syaikh Mashhad (di mana beliau juga adalah Panel Fiqh Ahkam). Solat merangkumi Rukun Qauli (perkataan) dan Rukun qalbi (hati) itu adalah hasil syarah dan pendetailan fuqaha' madzhab semasa merincikan ilmu Fiqh (azZuhaliy, Fiqh Islami). Begitu juga rukun2 solat, spt Rukun 13 itu adalah rincian dalam madzhab Syafi'iy. Istilah2 dan perukunan ini disandarkan kepada dalil-dalil"
HR Bukhari-Ahmad,"solatlah kamu sebagaimana kamu lihat aku solat."
Juga kaedah usyul feqh:" Dasar dalam Ibadah ialah Tauqif (tunggu perintah) dan Ittiba' (ikutan)."
Apabila fuqaha'/ulama' mengkaji bentuk solat Nabi saw, maka mereka merincikan solat itu ada rukun qauli spt menyebut Takbir Iftitah,"Allahu Akbar" dengan jahar (nyata dengan perkataan melalui sebutan lidah), begitu juga bacaan2 yg lain.
Dalil yg digunakan ialah hadis-hadis dan athar yg dihimpunkan mengenai tatacara solat Nabi saw, mana bacaan baginda yg dikuatkan (nyaring) dan manakah bacaan yg diperlahankan. Jika Nabi membaca secara senyap, sahabat masih boleh melihat mulut Nabi bergerak dengan melihat pergerakan janggutnya (Bukhari-Muslim) Ini menunjukkan solat itu ada rukun Qauli.
Kadar kuat (nyaring) atau perlahan itu ada disebut dalam dalil hadis riwayat Abu Daud, alHakim (disahihkan olehnya), azZahabi (disepakatinya) bahawa Nabi menegur Abu Bakar, supaya mengangkat sedikit suaranya (kerana terlalu perlahan) dan Umar ra merendahkan sikit bacaanya kerana terlalu nyaring.
Adapun solat dan membaca dengan hati ini bukanlah dari Nabi saw, tapi ajaran solat adDaimun (solat dengan hati yg diwartakan sesat). Ruj: Albani, Sifat Solatun Nabiyy. WaLlahu a'alam
bicara elya : moga solat kita lebih sempurna dalam meraih cintaNya..insyaAllah.. :)
rasa qalby CintaElya at 10:24 PM 1 coretan hati
Labels: ilmu fiqh..~, luv Islam abadan abada..~
Saturday, December 17, 2011
.::muslimah itu::.
rasa qalby CintaElya at 12:48 AM 2 coretan hati
Friday, December 16, 2011
salam dari stesen minyak..
rasa qalby CintaElya at 12:03 PM 2 coretan hati
Labels: coret2 dinihari..=), makna bg diriku...~
Thursday, December 15, 2011
aku ingin mencintaiMU!
Tuhan betapa aku malu atas semua yang kau beri
Padahal diriku terlalu sering membuatMu kecewa
Entah mungkin karena ku terlena sementara Engkau beri
Aku kesempatan berulangkali agar aku kembali
Dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghambakanMu
Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMu
Aku ingin mencintaiMu setulusnya
Sebenar-benar aku cinta
Dalam doa dalam ucapan dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekatiMu selamanya sehina apapun diriku
Kuberharap untuk bertemu denganMu yaa Rabbi
rasa qalby CintaElya at 11:40 AM 0 coretan hati
Labels: lirik keinsafanku...=)
Wednesday, December 14, 2011
perjalanan janin..
BERMULA DARI SETITIS AIR…
DARI DUNIA YANG GELAP DAN SEPI
DAN IA BERAKSI KEPADA TUHANNYA…
JANIN PUN SUJUD KETIKA AL-QURAN DIPERDENGARKAN...
DARI PENGEMBARAANNYA LEBIH 9 BULAN
SEBELUM IA MELIHAT DUNIA
IA BERJUANG ANTARA HIDUP & MATI
alMukminun 13-14 :
Yang bermaksud. "Kemudian Kami jadikan pati itu setitis air benih pada tempat penetapan yang kukuh.Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku; lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu, Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan Allah sebaik-baik Pencipta."
subhanaLlah..Maha Benar kalam Allah..dan masih layakkah kita berjalan di atas muka bumiNya dalam keadaan menyombong diri?diciptakan daripada setitis air mani yang hina hingga menjadi sebaik-baik makhluk..tundukkan hati sahabat-sahabat..ittaquLlah..
bahkan tiadalah siapa-siapa kita ini melainkan hambaNya yang kerdil dan bakal kembali kepada Rabbul Izzati..astarfiruLlah.......
rasa qalby CintaElya at 11:20 AM 2 coretan hati
Labels: dalil2 naqli...~, esq165...~, penghisabanku...~
Tuesday, December 13, 2011
SPM?yang lagi besar menanti..
rasa qalby CintaElya at 4:02 AM 3 coretan hati
Labels: coret2 dinihari..=)
Friday, December 9, 2011
Penghulu Istighfar..
Nabi bersabda, "Sesiapa membacanya pada siang hari dengan penuh keyakinan lalu dia mati pada hari itu sebelum datang petang hari maka dia termasuk dari ahli syurga. Dan sesiapa membacanya pada malam hari dengan penuh keyakinan, lalu dia meninggal dunia sebelum pagi hari maka dia termasuk dari ahli syurga". (Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari)
Rasulullah sendiri beristighfar 70x sehari..kita,7x pun kadang2 belum tentu..astarfiruLlah..
bicara elya : lagu berjela-jela kita boleh hafal..apa salahnya kan kita hafal penghulu istighfar ni..mudah-mudahan jadi cahaya kita di akhirat sana nanti..insyaAllah.. ;)
rasa qalby CintaElya at 8:27 AM 0 coretan hati
Labels: luv Islam abadan abada..~
Thursday, December 8, 2011
.::ketaqwaan Saidina Abu Bakar::.
Baginda SAW berkata: "Nama Abu Bakar akan diseru dari segenap pintu syurga dan dialah pengikutku yang pertama akan memasukinya".
Namun demikian,perasaan takutnya kepada Allah tetap bertakhta dikalbunya. Dia sering berkata : "Alangkah bagusnya jika aku menjadi sebatang pokok yang ditebang dan dijadikan kayu api."
Kadang-kadang beliau berkata : "Alangkah baiknya kalau aku ini sehelai rumput yang riwayat hidupnya akan tamat apabila dimakan oleh seekor binatang ternakan."
Pada suatu hari beliau telah pergi ke sebuah taman di mana dia lihat seekor burung sedang berciap-ciap. Katanya: "Wahai burung ! Sungguh bertuah engkau. Kamu makan,minum dan berterbangan di bawah naungan pokok-pokok kayu tanpa sebarang perasaan takut tentang hari perkiraan. Aku ingin menjadi seperti engkau wahai burung."
Rabi'ah Aslami r.a. telah bercerita : "Pada suatu hari aku telah bertengkar dengan.Abu Bakar. Semasa pertengkaran itu berlaku, dia mengeluarkan sepatah kata kesat kepada aku. Dengan serta-merta dia telah menyedari kesilapannya lalu berkata: "Wahai saudara,gunakanlah perkataan itu terhadapku sebagai tindakan balas." Aku enggan berbuat demikian. Dia menggesaku supaya menggunakan perkataan kesat itu dan berkata hendak merujuk kepada Nabi SAW. Aku tidak juga mahu mengalah. Dia pun bangun meninggalkan aku. Beberapa orang dari ahli puakku yang menyaksikan peristiwa tadi mencemuh: "Ganjil betul orang ini; dia yang melakukan kesalahan dan dia pula mengancam hendak mengadukan kepada Nabi SAW."Dengan segera aku menyampuk: "Kamu tahu siapakah dia? Dia adalah Abu Bakar. Menyinggungnya bererti menyinggung Nabi dan menyinggung Nabi bererti menyinggung Allah. Kalau perbuatanku menyinggung Allah, siapakah yang akan menyelamatkan aku?" Aku pun bangun lantas pergi mendapatkan Nabi SAW, kepadanya aku bercerita apa yang telah berlaku. Baginda SAW berkata:" Keenggananmu mengeluarkan kata-kata kesat itu sudah kena pada tempatnya. Tetapi untuk mengurangkan penderitaan batinnya (Abu Bakar), sekurang-kurangnya kamu berkatalah:"Semoga Allah mengampunimu, hai Abu Bakar."
Begitulah ketaqwaan yang telah ditunjukkan oleh Saiyidina Abu Bakar r.a. Keenggananya menerima pembalasan di akhirat menyebabkan dia memaksa Rabi'ah Aslami supaya mengambil tindakan balas keatasnya. Kekesalannya dan penderitaan batinnya akibat kesalahannya itu demikian rupa sehingga beliau sanggup menceritakan segala-galanya kepada Nabi SAW dengan harapan Nabi dapat menolongnya.
Bagaimanakah pula perasaan kita,umat Islam kini, selepas melakukan kesalahan seperti itu ? Kita sering melakukan kesalahan tanpa sebarang perasaan takut akan pembalasan sama ada di dunia ini atau pun diakhirat nanti.
Sumber: Buku "Kisah-kisah para sahabat jilid 1-2" Karangan Maulana Muhammad Zakariya Kandhahlawi. Penyunting :Ibnu Hussin. Perniagaan Jahabersa, J.B.
rasa qalby CintaElya at 8:18 AM 2 coretan hati
Labels: kenali sAhAbAt2 Kekasih Allah..~, story buat rohani..=)
Wednesday, December 7, 2011
beca itu..
Assalamualaikum wa salam mahabbah..
sihat semua?kalau ada yang kurang sihat,elya doakan moga cepat sembuh ya..insyaAllah,sebagai kafarah dosa setiap musibah yang menimpa..senyum sokmo.. :)
ya,beca itu..
1001 kenangan padanya..1001 jasa yang dibaktikannya..ya,beca itu..rindu sama dia..
erm,dulu masa tadika,pok ya yang tolong ambil dan hantar pulang..guna beca itu..pok ya dengan kudrat empat tulang mengayuh beca dalam terik matahari,dalam renyai-renyai hujan..
elya dan sahabat berada dalam beca terlindung dari sinaran suria,percikan hujan kebasahan..hari berangin jadi kegemaran..angin yang menyapa..melihat pokok hijau melambai..Allah..subhanaLlah..indahnya waktu tu!rindu..
dan beca itu..menjadi pengangkutan yang berjasa..membawa diri ke tempat mengenal ABC,123..dan pok ya,moga Allah kurniakan dia kesihatan yang berpanjangan,murah rezeki..yang penting kebahagiaan dunia akhirat..amin..
hargailah dia sementara ada..
bicara elya : sempat juga berasa naik beca..sekarang dah susah nak jumpa..rindu nak naik beca,rindu sangat pada pok ya!syukran pok ya! :)
rasa qalby CintaElya at 7:51 PM 0 coretan hati
Labels: makna bg diriku...~
Thursday, December 1, 2011
sudi jadi isteri kedua?
“Awak Sudi Jadi Isteri Kedua Saya?”
“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.
“Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!” pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.
Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.
“Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya…” Fulanah mula sebak.
“Tak. Maksud saya…”
“Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!” potong Fulanah dengan kasar.
“Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?” suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.
Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu ‘Fulanah’ di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini.
Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya yang berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.
Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.
“Ada hikmah,” bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.
Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang Muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.
Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai Muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fulanah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.
Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian.
Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fulanah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.
Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun.
Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah SWT Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.
Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak?
Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.
“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tanpa segan silu.“Sudi,” jawab Nusaibah ringkas.
“Err, err, betul ke ni?!” tergagap Fikri apabila menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.
Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.
“Kenapa saya?” tanya Fikri ingin tahu.“Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak,” jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.“Baiklah,” jawab Fikri tersenyum.
Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.
“Abang, saya nak tanya boleh?” sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.“Ye sayang?” jawab Fikri sambil memandu.“Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,” luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.“Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa,” Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.“Yeke? Dia datang program tu rupanya,” jawab Nusaibah riang.
Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut hati kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.
“Kita dah sampai,” Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya. Fikri berdiri, menghadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.
“Itu isteri pertama abang,” Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.“Mana bang?” Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.“Tak nampak pun,” Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.“Siapa nama isteri pertama abang?” Nusaibah sangat berdebar.
Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.
“Perjuangan!!"jawab Fikri..
sedar kalian akan dimadukan!
Jika dirimu bakal seorang isteri…Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan,
Bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini…
Tetapi anda adalah bakal isteri kedua!!!
Kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam!!!
Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…
Kehadiran dirimu…
Adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan Islam
Bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu!
Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga dirimu…
Dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan Islam!
Jika dirimu bakal seorang suami…
Terimalah hakikat…
Anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya
Atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu!!!
Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya,
Kerana suami yang pertama bagi isterimu…
Ialah perjuangan Islam dan memartabatkannya!
Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai Islam dan memperjuangkan Islam.
Jika dirimu tidak sedemikian,
Sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu!
Bantulah isterimu dan kuatkanlah dia untuk teruskan perjuangan
rasa qalby CintaElya at 1:44 AM 5 coretan hati
Labels: story buat rohani..=)