Dari hati, sampai ke hati. :)

Photobucket

Malu brtanya sEsAt jalaN.....

ukhwahfiLlah..^_^

Saturday, January 30, 2010

~aL-farasyaH wa aN-nisA'..


BismiLlahiRahmaniRahim...
AlhamduliLlah..Selawat dan salam terhadap junjungan kita RasuluLlah S.A.W..
Assalamualaikum wa salam mahabbah ila asdiqo'2 yg disygi liLlah..
kaifa halukum??iman mcm mne??
mge kita tergolong dlm golongan yg sihat jasmani dan rohani..
jua iman yg terpelihara..Amin...=))

hurmm..ma makna al-farasyah??maknanya adalah rama-rama..sahabiah2 ana mesti dapat agak..maklumlah,peminat rama2,,smpaikan kalau ada sahabiah2 yg nampak rama2 pggl ana dr jauh..katanya sahabat mai jenguk..huhu..ari ni nak kongsi sebab apa bile ana tengok rama2,maka kalimah SubhanaLlah lah yg bakal keluar..excited x tentu pasal..(teruja tengok keindahan ciptaan Tuhan)..
tapi asifah2,ana hanya mampu copy article sebab tak sempat nak tulis entry sendiri..sudut pandangan ana pun lebih kurang article nie..jadi semoga bermanfaat buat semua lebih2 lagi buat kaum hawa yang tinggi darjatnya di sisi Rabbul Alamin.....

-Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan.

Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan.

Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati. Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam,dan jadilah srikandi Islam yang membanggakan semua orang jua yang berpegang teguh pada akidahnya..


~Semoga kita semua berada dalam kelompok rama-rama yang sukar dipegang melainkan oleh orang yang telah ditakdirkan Allah buat kita..serta mengigatkan insan pada al-Khaliq..bukan kelompok rama2 yang hanya indah dipandang namun sudah jatuh nilainya..waLlahualam..

uhibbukum fiLlah....=))

Friday, January 29, 2010

ya qaLb,,LA tahzan....

Ya qalb,,
sudah pasti dalam ranjau perjuangan,,
pasti ada mehnah2 menghiasi,,
yang terus melingkar diri,,
tapi janganlah dikau bersedih,,
andai dikau masih teguh dengan imanmu,,
mantap dengan ketaqwaanmu,,
krn pasti,,
janji Allah kan terbukti,,
yang bakal membangkitkan panji-panji,,
ad-Deen Islam yang dicintai...
Takbir,ALLAHUAKBAR!!

Wednesday, January 27, 2010

What if.........


What if, Allah couldn't take the time to bless us today
because we couldn't take the time to thank Him yesterday?

What if Allah decided to stop leading us tomorrow
because we didn't follow Him today?

What if, we never saw another flower bloom
because we grumbled when Allah sent the Rain?

What if Allah didn't walk with us today
because we failed to recognize it as His day?

What if, Allah took away the Quran tomorrow
because we would not read it today?

What if, Allah took away His message
because we failed to listen to the messenger?

What if, the door of the Mosque was closed
because we did not open the door of our heart?

What if, Allah stopped loving and caring for us
because we failed to love and care for others?

What if, Allah would not hear us today
because we would not listen to Him?

What if, Allah answered our prayers the way we answer His calls

What if, Allah met our needs the way we give Him our lives

Sunday, January 24, 2010

itulah huBbu (ciNtA)...



“Bagaimana andai selepas bertunang setelah sekian lama, dia tidak suka lagi pada kita? Suka pada orang lain”, soal Kak Raiha tiba-tiba.

“Jangankan semasa bertunang kak. Orang berkahwin pun boleh pudar cintanya”.

“Betul juga”.

Persoalan tergantung. Tidak berjawab.

Masing-masing diam. Mata memandang ke tingkap merenung titisan hujan yang lebat.

Aksesori Cinta

“Sememangnya rasa suka yang memutikkan cinta itu perlu. Namun, cinta sahaja tidak menjamin”, Kak Raiha memecahkan kesunyian.

“Maksud akak?”.

“Cinta perlukan aksesori sampingan. Rasa cinta perlu hadir dengan rasa tanggungjawab”.

“Aksesori lain ialah kepercayaan”, tambah Kak Raiha lagi.

Saya semakin mengerti apa yang Kak Raiha cuba sampaikan.

“Rasa tanggungjawab dan kepercayaan ini tidak akan wujud andai tidak rasa diri berTuhan. Cinta jadi tidak berperaturan. Cinta yang jauh dari berpaksikan Tuhan”, saya cuba membuat kesimpulan.

“Benar. Andai cinta berpaksikan Tuhan, barulah lahir cinta sejati yang menyembuhkan, bukan menyakitkan. Bukan cinta buta buatan manusia”.

Cinta Tanpa Tanggungjawab

“Remaja kini terdedah dengan cinta, namun cetek ilmu menguruskannya. Tanpa ilmu, sukar melahirkan rasa tanggungjawab”, Kak Raiha cuba menghuraikan aksesori pertama.

“Tanpa rasa tanggungjawab, si teruna tidak bersifat melindungi kaum wanita. Kaum wanita pula sewenang-wenangnya menyerahkan jiwa dan raga”.

Saya diam mendengarkannya. Realiti yang harus diterima. Realiti bahawa ramai remaja yang terlibat dengan cinta di awal usia, terjebak dengan maksiat dan zina. Realiti yang bimbang lagi meresahkan.

Dengan rasa tanggungjawab yang tinggi, si lelaki akan menghormati wanita dengan tidak merosakkannya. Kesuciannya dipelihara sehinggalah dihalalkan melalui lafaz janji `aku terima nikahnya`. Rasa tanggungjawab yang tinggi juga membentengi diri seorang wanita untuk memelihara kehormatan diri dan rahimnya. Wanita bertanggungjawab untuk mempertahankan dirinya untuk suami yang halal buatnya. Memelihara kesucian rahimnya untuk zuriat yang bakal dilahirkannya.

“Cinta yang Allah gariskan bukanlah untuk menyekat. Cinta berperaturan untuk meningkatkan darjat. Cinta ekslusif!”, pesanan berharga buat remaja mabuk bercinta.

“Cinta tanpa tanggungjawab juga boleh menyebabkan rumah tangga porak peranda”, Kak Raiha mengubah konteks, daripada isu remaja kepada keluarga.

“Dengan mudah, si ayah mahupun ibu boleh `mencintai` orang lain. Bayangkan, andai ibu ataupun bapa sibuk menunaikan tanggungjawab yang tidak pernah selesai terhadap pasangan dan anak-anaknya, soal `terjatuh cinta` dengan orang ketiga pasti dapat dielakkan. Memanglah cabarannya sentiasa ada. Namun, boleh dielakkan!” Kak Raiha sedikit emosi. Tidak adil, tetapi ingin bercinta lagi.

“Setuju kak. Sekalipun suami dan isteri saling mencintai. Tanpa tanggungjawab, selama manakah cinta dapat bertahan agaknya. Cinta dan sayang terhadap anak-anak juga perlu dinilai dengan tanggungjawab”.

“Benar. Anak-anak juga harus punya cinta yang penuh tanggungjawab terhadap ibu bapa”. Peranan anak-anak pula disentuh.



“Bagaimana pula tu?”.

“Anak-anak zaman kini kadangkala sibuk bekerja. Tiada masa untuk bersama ibu bapa”.

“Sekalipun ibu dan bapa pernah melakukan kesilapan ataupun mempunyai kekurangan dalam mendidik kita, jangan menyimpan dendam. Biarlah kekurangan itu dinilai Allah. Lihat perkara positif pada ibu bapa kita. Selain kuasa Allah, jika bukan jasa mereka, masakan kita hidup sehingga kini. Dibesarkan dan dijaga”.

“Andai semua pihak melihat cinta disertai tanggungjawab, insyaAllah tidak timbul masalah. Masing-masing akan fokus pada memberi. Bukan menuntut hak”, saya cuba membuat kesimpulan mengakhiri perbualan.

“Benar, cinta pada Allah juga menuntut kita untuk menzahirkannya. Laksanakan tanggungjawab sebagai hambaNya yang bertaqwa”.


Dicintai Dan Dipercayai

Selain cinta dengan rasa tanggungjawab, cinta juga perlu lengkap dengan mempercayai.

Boleh anda bayangkan hidup tanpa wujud rasa percaya pada orang lain. Tidak percaya orang lain boleh melaksanakan tanggungjawabnya. Tidak percaya orang lain boleh menyimpan rahsia. Bermacam-macam lagi. Tanpa rasa percaya, sukar untuk hidup bahagia. Asyik resah tidak menentu hala.

Justeru, mempercayai itu amat penting dalam memelihara hubungan. Mempercayai seseorang bukan sahaja membuatkan diri kita tenang, bahkan membuatkan diri orang yang dipercayai itu lebih yakin.

Soalnya ialah bagaimana untuk membuatkan diri ini dipercayai sekaligus membina kepercayaan. Kemudian, bagaimana untuk memelihara kepercayaan itu sepanjang perhubungan?

Saya kira, membina kepercayaan mengambil masa. Memulihkan kepercayaan lebih banyak mengambil masa!

Sebelum menjalin hubungan, kepercayaan boleh mula dipupuk. Syaratnya ialah dengan tidak bermuka-muka ataupun berlakon. Lihatlah pada akhlak dan ibadahnya. Andai si dia menjaga hubungannya dengan Allah dan manusia, insyaAllah, apabila bersama kelak, kepercayaan itu sudah terbina.

Bayangkan seorang lelaki yang matanya liar memandang wanita lain. Apakah kita percaya selepas berkahwin kelak, dia akan menundukkan pandangnya?

Bayangkan seorang wanita yang tidak segan silu bertepuk tampar dengan lelaki yang haram buatnya. Apakah selepas bernikah kelak, dia akan menjadi wanita pemalu yang memelihara kelakuannya?

Bayangkan seorang teman yang suka mengumpat orang di sana-sini. Apakah kita yakin, kita tidak akan diumpatnya selepas menceritakan masalah kepadanya?

Ya, benar, manusia boleh berubah dengan izin Allah. Namun, kepercayaan sudah tercalar. Sukar!

Binalah kepercayaan sebelum menjalin hubungan. Kemudian peliharalah kepercayaan itu. Sekali tercalar, mengambil masa untuk memulihkannya.

Cinta Perlu Disuburkan

Cinta perlu ada rasa tanggungjawab dan mempercayai. Semacam kering sahaja bunyinya. Serius dan tidak berwarna-warni. Disebabkan itulah, cinta sesama manusia ini perlu disuburkan dengan kata-kata dan sentuhan. Sentuhan fizikal mahupun jiwa.

Memuji sahabat tentang kelebihan dan sifat positif dirinya.

Membelai anak yang sudah remaja dengan kasih dan mesra.

Menghadiahkan bunga buat isteri tercinta.

Menggantikan bebelan dengan kata-kata semangat buat suami tatkala perkahwinan bertambah usia.

Mengusap wajah ibu dan ayah yang sudah tua dan tidak berdaya.

Bermacam-macam perkara yang boleh dilakukan untuk menyuburkan hubungan sesama manusia melalui sentuhan dan kata-kata. Kadangkala, kita yang tidak amalkannya. Lama-kelamaan, bertukar menjadi kekok. Kemudian, dilabel buang tabiat. Parah!

Mari kita hayati kembali sirah. Kisah cinta manusia paling agung. Cinta Rasulullah terhadap isterinya. Cinta bukan dalam bentuk `segera`. Cinta Rasulullah disertai usaha yang dibajai sentuhan dan kata-kata. Dengan izin Allah, mencairkan hati, menyentuh jiwa.

Tatkala isteri tidur nyenyak kepenatan, Rasulullah memilih untuk tidur diluar, kerana kasihan.

Rasulullah juga tidak kekok meringankan beban isteri dalam menguruskan rumah tangga.

Pernah satu ketika, hidung Saidatina Aisyah dipicit. “Sabar dahulu ya
Humaira”, kata nabi seraya memicit hidung Aisyah. Sentuhan mesra untuk
menyabarkan dan meredakan.

Rasulullah dan isterinya saling menasihati, bersama-sama memperbaiki diri.

Biji benih gred A, andai tidak dibaja dan dijaga, masakan dapat menghasilkan buah yang sedap. Samalah halnya dengan cinta, andai tidak dibaja, masakan dapat terus kekal bahagia.

Cinta itu perlu, namun cinta semata-mata tidak membawa ke mana. Permulaan yang baik itu tidak menjamin kesudahan yang baik, tanpa baja dan dijaga.

Semoga kita sama-sama dapat amalkan tatkala diri menjalin cinta sesama makhluk menuju cinta kepadaNya...


>Sabda RasuluLlah S.A.W ."Tiga perkara yang sesiapa malakukannya,akan mendapat kemanisan iman: mencinta Allah dan RasulNya S.A.W sebagai cinta yang paling utama, mencintai seseorang hanya kerana Allah dan benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka."-Riwayat al-Bukhari..

Syabab idaman...^^


Syabab idaman…

Seorang lelaki yang aku idamkan
Ialah seorang buta,bisu, bakhil dan papa…
Biarlah dia seorang yang buta
Buta, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpananya

Biarlah dia seorang bisu
Bisu, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran
Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran
Dan lantang menyuarakan kebenaran

Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yg bakhil
Bakhil, Bakhil dalam memberi senyuman
Pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH
Kembali megah di muka bumi

Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang papa
Papa, Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat
Papa memiliki akhlak mazmumah
Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri
Dia mahu menjadi seorang syuhada
Yang syahid di jalan Maha Esa





Persoalannya...
Masih adakah lelaki idaman itu??

ev3r lastiNg lov3.............

Love is ever so beautiful
Like the morning dews on blossoming roses
Lifting its veil among the tall mountains
Letting the sun rays seep through the clouds.

But the love of a human being
Never lasts long
One will say enough is enough
Or both will be separated by death.

This love is but temporary
The morning dew will evaporate
The tall mountains may fall from earthquakes
The sun rays will be shrouded by lightning clouds.

What love lasts forever then
Despair not for I will tell you
There is nothing greater than the love of Allah
That lasts forever and eternally..

The love of Allah never disappoints
Bringing us closer to Him
Each time we remember him
Even death will not do us apart...

www.iluvislam.com

Thursday, January 21, 2010

peRindu Syahid...~


إِنَّ لِلشَّهِيْدِ عِنْدَ اللهِ سَبْعُ خِصَالٍ: أَنْ يُغْفَرَ لَهُ فِي أَوَّلِ دَفْعَةٍ مِنْ دَمِهِ، وَيُرَى مَقْعَدُهُ مِنَ الجنة، وَيُحَلَّى حِلْيَةَ اْلإِيْمَانِ، وَيُجَارَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَيَأْمَنَ مِنَ الْفَزَعِ اْلأَكْبَرِ، وَيُوْضَعَ عَلَى رَأْسِهِ تَاجُ الْوَقَارِ، اَلْيَاقُوْتَةُ مِنْهُ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيْهَا، وَيُزَوَّجُ ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِيْنَ مِنَ الْحُوْرِ الْعِيْنِ، وَيُشَفَّعُ فِيْ سَبْعِيْنَ إِنْسَانًا مِنْ أَقَارِبِهِ

Sesungguhnya orang yang mati syahid itu mendapatkan tujuh hal di sisi Allah: Dia diampuni sejak pertama kali darahnya memancar, ia melihat tempat duduknya di syurga, dia diberi perhiasan dengan hiasan iman, dia diselamatkan dari siksa kubur, dia diamankan dari kegoncangan yang besar (kiyamat), diletakkan di atas kepalanya mahkota kebesaran yang mana satu mutiaranya lebih baik daripada dunia dan seisinya, dia dinikahkan dengan 72 bidadari dan dia diberikan hak untuk memberi syafaat kepada 70 orang dari kerabatnya.

Allah memberikan kepada orang yang mati syahid dengan 7 keutamaan, yaitu:

1. Bau darahnya seperti aroma misk

“Demi dzat yang jiwaku ditanganNya! Tidaklah seseorang dilukai dijalan Allah-dan Allah lebih tahu siapa yang dilukai dijalanNya-melainkan dia akan datang pada hari kiamat : berwarna merah darah sedangkan baunya bau misk” (HR. Ahmad dan Muslim)

Dr. Abdullah Azzam menyampaikan, “Subhanallah ! Sungguh kita telah menyaksikan hal ini pada kebanyakan orang yang mati syahid. Bau darahnya seperti aroma misk (minyak kasturi). Dan sungguh disakuku ada sepucuk surat-diatasnya ada tetesan darah Abdul wahid(Asy Syahid, insya Allah)- dan telah tinggal selama 2 bulan, sedangkan baunya wangi seperti misk.”

2. Tetesan darahnya merupakan salah satu tetesan yang paling dicintai Allah.

“Tidak ada sesuatu yang dicintai Allah dari pada dua macam tetesan atau dua macam bekas : tetesan air mata karena takut kepada Allah dan tetesan darah yang tertumpah dijalan Allah; dan adapun bekas itu adalah bekas (berjihad) dijalan Allah dan bekas penunaian kewajiban dari kewajiban-kewajiban Allah” (HR. At Tirmidzi - hadits hasan)

3. Ingin dikembalikan lagi kedunia (untuk syahid lagi)

4. Ditempatkan di syurga firdaus yang tertinggi

5. Arwah Syuhada ditempatkan ditembolok burung hijau

6. Orang yang mati syahid itu hidup

7. Syahid itu tidak merasakan sakitnya pembunuhan




“Orang yang mati syahid itu tidak merasakan (kesakitan) pembunuhan kecuali sebagaiman seorang diantara kalian merasakan (sakitnya) cubitan.” (HR. Ahmad, At Tirmidzi, An Nasa’i - hadits hasan)

dan diriwayat yang shahih :

“Orang yang mati syahid itu tidak mendapatkan sentuhan pembunuhan kecuali sebagaimana salah seorang diantara kalian mendapatkan cubitan yang dirasakannya.”

Dr. Abdullah Azzam menceritakan, ” Kami melihat hal ini pada saudara kami, Khalid al-kurdie dari madinah al Munawwaroh ketika ranjau meledak mengenainya, sehingga terbang kakinya, terbelah perutnya, keluar ususnya dan terkena luka ringan pada tangan luarnya. Datanglah Dr. Shalih al-Laibie mengumpulkan ususnya dan mengembalikan kedalam perutnya seraya menangislah Dr. Shalih. Maka bertanyalah Khalid al-Kurdie kepadanya : “Mengapa engkau menangis, doktor? Ini adalah luka ringan pada tanganku.” dan tinggalah dia berbincang-bincang dengan meraka selama 2 jam hingga akhirnya ia menjumpai Allah. Dia tidak merasakan bahwasanya kakinya telah terpotong dan perutnya terbuka.”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Telah berkata Amirul Mukminin Saidina Umar al-Khatab RA: Kita adalah umat yang diberikan kemuliaan oleh Allah dengan Islam. Sekiranya kita mencari kemuliaan yang lain daripada Islam nescaya kita menerima penghinaan daripada Allah...

Hari-hari ku...

Assalamualaikum wa salam mahabbah.. AlhamduliLlahiRabbilAlamin..BismiLlahirrahmanirrahim...Selawat dan salam ke atas junjungan kia,Nabi Muhammad S.A.W..smg kta sentiasa terpelihara dari bisikan syaitan dan godaan nafsu..Amin..

AlhamduliLlah..akhirnya ada jgak masa utk berkongsi coret2 hidup sepanjang 3 minggu persekolahan yang mengukir memori indah..namun kenangan 3A1 2009 tetap fii qalbi..=))

banyak sangat pengalaman utk diceritakan..kalau dihuraikan satu2 mungkin berbelas-belas post utk diupdatekan he3...

jd scr ringkasnya ana cerita sket2..yang mane boleh mambwa kebaikan utk semua...

  • minggu orientasi..byk sgt manfaat.. syukran jazilan buat kaunselor2 trutama Cg. Abdul Rahman n cg. Nor Diana..banyak perkara yang didedahkan buat persiapan rohani n fizikal bagi menghadapi sekolah menengah atas..slot jejak gemilang dan kenal diri betul2 membangkitkan semangat untuk terus mencipta kegemilangan..dah buat keputusan utk ambil aliran sains tulen..moga dipermudahkan..amin..konklusi ringkas yang dapat pd minggu ni-9A PMR bukan tiket untuk berhoneymoon year dan bukan satu jaminan SPM turut cemerlang..jd jgn leka n lalai..yang pasti>usaha+tawakkal=insyaAllah mumtaz jiddan...


  • tengok gerhana matahari dekat UDM..subhanaLlah...melihat gerhana yang live depan mata memang betul2 mmbuat insan ini kagum dengan penciptaan Yang Maha Besar..terasa sgt kerdil di hadapanNya..pengalamn solat gerhana di UDM tak dapat dilupakan..banyak maklumat yang disampaikan dari pelbagai pihak..syukran UDM sudi jemput smka sheik abdul malek pi tengok sama-sama gerhana..yang paling berharga pengalaman melihat gerhana matahari melalui teleskop n filem gambar..kadang2 matahari tersebut dilindungi awan yang turut berarak sama memuji ciptaan Allah..subhanaLlah 3x..utk pengetahuan ringkas,,gerhana matahari nie terjadi apabila bulan berada di antara matahari dan bumi..maka ia melitupi cahaya matahari..tapi hari jumaat hari tu hanyalah gerhana separa..insyaAllah bakal terjadi lagi pada 2016..tapi yakinkah bhwasanya kita mampu lagi meghirup udara pada waktu itu..AlhamduliLlah Ya Allah..Engkau beri kesempatan padaku untuk melihat kebesaran dan keagungan cintaMu yang abadi...=)





  • anak2 Sir Hanafi ikut same..comeyynyerrr....=)

    telur blh berdiri tegak mase gerhana..Allahuakbar..

    masjid UDM





    .::SubhanaLlah::.


renungkan..27-11-2009 Jumaat Hari Raya AidilAdha, 18-12-2009 Jumaat Tahun Baru Hijrah, 25-12-2009 Jumaat Sambutan Krismas, 01-01-2010 Jumaat Tahun Baru Masihi, 26-02-2010 Jumaat Sambutan Maulud NABI SAW, 02-04-2010 Jumaat Matinya Yesus Kristus, 28-06-2010 Jumaat Hari Wesak, 05-11-2010 Jumaat Sambutan Depavali, 10-09-2010 Jumaat Hari Raya AidilFitri, 01-01-2010 Jumaat Gerhana Bulan, 15-01-2010 Jumaat Gerhana Matahari; Kepada semua kenalanku..sepertimana yang kita tahu melalui sabda Nabi MUHAMMAD SAW bahawa hari khiamat juga akan berlaku pada hari JUMAAT...sama2lah kita berdoa,beristigfar memohon keampunan dan keredhoan daripada ALLAH SWT.. renungan bersama...

  • orientasi koop..ukhwah yang dibina bakal tertaut abadan abada..!!insyaAllah..walaupun satu hari jer orientasi nie dibuat,tp kami tetap gembira dgn kehadiran2 koperator2 baru..apatah lagi first time mengendali acara kem nih..moga ada peningkatan pada masa akan datang..mabruk alaikum pada semua koperator2 baru..moga amanah yang telah ditaklifkan mampu kita pikul dgn penuh tanggungjawab dan keikhlasan..insyaAllah..sejuta kalungan syukran dirakam untuk ustazah ku yang tersayang-ustzh Rokiah Hassan yg bertungkus lumus menjayakan kem nie..ceramah2 pun sedap khususnya dari ustz Rusdi(pasal kepimpinan) dan En. Akram dari SKM(pasal koperasi)..best2..moga2 ilmu yang telah disampaikan mampu dimanfaatkan dengan sepenuhnya....


  • jamuan awal tahun 3A1 2009...memoir malam jamuan di paradise deluxe bakal terpahat di qalbu...............asdiqo' fiLlah...!walaupun ada yang terpisah tapi ukhwah yang dinyatakan atas namaNya bakal tetap bersama kerana perjuangan kita same,menuju marDatiLlah..beshhh nyerr majlis tu..mknn pun laziz jiddan..he3,,syukran untuk semua yang terlibat..banyak kenangan yang kita semai bersama-sama..gelak,tawa,suka,duka,lara always dikongsi bersama..smg kita tergolong antara 7 golongan yang mndapat lindungan Allah di padang mahsyar yakni golongan yang saling mengasihi kerana Allah dan berpisah jua kerana Allah..sayanggggg kamuuu liLlah...!!=)


  • merentas desa..baru jerr selesai..AlhamduliLlah..berjalan dengan lancar..walau x menang,namun pengalaman dan semangat tu berharga..apatah lagi rase macam excited jer td..maklumlah,boleh merentas desa setahun sekali..he3..tapi baik utk kseihatan yg cergas juga minda yang cerdas..al-aklussalim fil jismi salim,,akal yang sihat terletak pada tubuh badan yg sihat..masa merentas desa td terbayangkan anak2 palestina yang sedang berjihad..kami baru jer lari beberapa kilometer dah lelah2..tapi perjuangan mereka di sana tak pernah putus2..masyaAllah..lemahnya hamba ini..mcm satu analogi perjuangan di mana seorang pahlawan sedang berjihad dengan segala kekuatan yang berpadu untuk menuju matlamatnya..walaupun terhalang dengan batu-batu,lopak2 air,kereta2 yg sentiasa lalu-lalang,dan kaki yg hampir terjatuh keletihan,itulah diari seorang pejuang yang sentiasa diisi dengan penuh ranjau duri sebagai mahar syurga yang manis...

cukuplah sekadar ni shj hari2ku untuk dikongsi bersama..moga sikit2 mampu memberi faedah buat semua...ermm..x letak banyak gambar kecuali utk gerhana..asif x leh nk kongsi same2..sbb x tangkap banyak n dh tergam kat papan tanda hati..x leh nk tarik balik utk tatapan semua,,kuat sgt gamnyer..huhu..biarlah catatan mahabbah mengihiasi diri..salah dan silap harap dimaafkan..waLlhualam...wassalam..=)

~amal,hidup dan matiku hanyalah utk Allah..~

Tuesday, January 19, 2010

...istimewA buaT hawA...




Hawa,
Andai engkau masih remaja,
jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu,
andai engkau sudah bersuami,
jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
andai engkau seorang ibu,
didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin,
jangan kau risau akan jodohmu,
ingatlah hawa janji tuhan kita,
wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki,
jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya
untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki,
kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya.
Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim
kerana aku khuatir dari mata turun ke hati,
dari senyuman membawa ke salam,
dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan.
Takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui gayanya,
lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya, serta
kemampuannya mengoncang iman mereka.
Tetapi hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan ad-dinnya.
Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan
dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan
pada syaitan untuk mengodanya.
Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta
sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan
antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu.
Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu,
cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu,
biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi
hangatan kebahagiaan buat dirimu,
cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga
yang akan membahagiakan dirimu.

Hawa,
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana
kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai Allah.
Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga.

Hawa,
Ingatanku yang terakhir,
biarlah tangan yang mengoncang buaian ini
bias mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi.
Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam,
kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.

Sunday, January 17, 2010

Ainul Mardhiah...

Ainul Mardhiah
Album : You And I See
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com/



Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada'
Itulah janji pencipta yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri
Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di taman syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati

Oh Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Di hati lelaki bernama kasih




Lagu : Putra Aiman
Hijjaz Record Sdn. Bhd.
Lirik : ITO Lara
Gurindam Entertainment

Thursday, January 14, 2010

[Saidina Umar al-Khattab..]


Tola'al badru alaina..

Saidina Umar ibni al-Khattab (Arab, عمر بن الخطاب) (c. 581 - November, 644), kadang-kadang dipanggil juga sebagai Umar al-Farooq ataupun Omar atau Umar ialah daripada Bani Adi iaitu salah satu golongan puak Quraisy. Dia menjadi khalifah kedua Islam pada 23 Ogos (633-644) bersamaan 22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah dan merupakan salah satu khalifah di dalam Khulafa al-Rasyidun.

Kehidupan awal
Saidina Umar dilahirkan di Makkah. Beliau dikatakan terdiri daripada golongan kelas pertengahan. Beliau juga berilmu iaitu merupakan perkara yang amat jarang pada masa tersebut dan juga merupakan seorang pejuang dan wira yang gagah dan terkenal kerana kegagahannya.

Memeluk Islam
Semasa Nabi Muhammad s.a.w. mula menyebarkan Islam secara terang-terangan, Saidina Umar mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Quraisy. Saidina Umar ialah antara orang yang paling kuat menentang Islam pada masa itu.

Menurut ahli sejarah Islam, semasa Saidina Umar dalam perjalanan untuk membunuh Rasulullah s.a.w., beliau bertembung dengan seseorang yang mengatakan bahawa beliau haruslah membunuh adik perempuannya dahulu memandangkan adiknya telah memeluk Islam.
Saidina Umar pergi ke rumah adiknya dan mendapati adiknya sedang membaca Al Quran. Dalam keadaan yang marah dan kecewa beliau memukul adiknya. Apabila melihat adiknya berdarah, beliau meminta maaf dan sebagai balasan beliau akan membaca secebis ayat Al Quran kepada adiknya. Beliau berasa terharu apabila mendengar ayat-ayat Al Quran yang begitu indah sehinggakan beliau memeluk Islam pada hari itu juga.

Selepas peristiwa terbabit, beliau berjanji akan melindungi Islam sehingga ke titisan darah terakhir.

d new beggining of JihaD..!


Saidina Umar di Madinah
Saidina umar merupakan antara individu yang berhijrah ke Yathrib (kemudiannya dikenali sebagai Madinah). Dia merupakan salah seorang daripada Sahabat Rasulullah s.a.w..

Pada tahun 625, anak perempuan Saidina Umar iaitu Hafsa mengahwini Nabi Muhammad s.a.w.

Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.
Nabi Muhammad s.a.w. wafat pada tahun 632 masihi. Saidina Umar dikatakan amat sedih dengan kewafatan Rasulullah s.a.w. sehinggakan beliau sanggup membunuh sesiapa sahaja yang mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah wafat. Beliau kemudiannya kembali tenang selepas Saidina Abu Bakar (khalifah pertama umat Islam) berucap "Sesiapa yang menyembah Muhammad ketahuilah bahawa baginda telah wafat, tetapi sesiapa yang menyembah Allah s.w.t., ketahuilah bahawa Allah itu hidup dan tidak akan mati." Saidina Abu Bakar kemudiannya membaca beberapa keping ayat Al Quran untuk mententeramkan umat Islam.

Saidina Abu Bakar dengan sokongan Saidina Umar menjadi khalifah pertama umat Islam. Semasa pemerintahan singkat Saidina Abu Bakar, Saidina Umar merupakan penasihat Saidina Abu Bakar. Saidina Abu Bakar mencalonkan Saidina Umar sebagai penggantinya sebelum kematiannya pada tahun 634 masihi. Dengan itu Saidina Umar menjadi khalifah kedua umat Islam.

Pemerintahan Saidina Umar
Semasa pemerintah Saidina Umar, empayar Islam berkembang dengan pesat; menawan Mesopotamia dan sebahagian kawasan Parsi daripada Empayar Parsi (berjaya menamatkan Empayar Parsi), dan menawan Mesir, Palestin, Syria, Afrika Utara, dan Armenia daripada Byzantine (Rom Timur). Ada diantara pertempuran ini menunjukkan ketangkasan tentera Islam seperti Perang Yarmuk yang menyaksikan tentera Islam yang berjumlah 40,000 orang menumpaskan tentera Byzantine yang berjumlah 120,000 orang. Hal ini mengakhiri pemerintahan Byzantine di selatan Asia Kecil.

Pada tahun 637, selepas pengempungan Baitulmuqaddis yang agak lama, tentera Islam berjaya menakluk kota tersebut. Paderi besar Baitulmuqaddis iaitu Sophronius menyerahkan kunci kota itu kepada Saidina Umar. Beliau kemudiannya mengajak Saidina Umar supaya bersembahyang di dalam gereja besar Kristian iaitu gereja Church of the Holy Sepulchre. Saidina Umar menolak dan sebaliknya menunaikan solat tidak beberapa jauh daripada gereja tersebut kerana tidak ingin mencemarkan status gereja tersebut sebagai pusat keagamaan Kristian. 50 tahun kemudian, sebuah masjid yang digelar Masjid Umar dibina di tempat Saidina Umar menunaikan solat.

Saidina Umar banyak melakukan reformasi terhadap sistem pemerintahan Islam seperti menubuhkan pentadbiran baru di kawasan yang baru ditakluk dan melantik panglima-panglima perang yang berkebolehan. Semasa pemerintahannya juga kota Basra dan Kufah dibina.

Saidina Umar juga amat dikenali kerana kehidupannya yang sederhana.

Wafatnya Saidina Umar
Saidina Umar wafat pada tahun 644 selepas dibunuh oleh seorang hamba Parsi yang bernama Abu Lu'lu'ah. Abu Lu'lu'ah menikam Saidina Umar kerana menyimpan dendam terhadap Saidina Umar. Dia menikam Saidina Umar sebanyak enam kali sewaktu Saidina Umar menjadi imam di Masjid al-Nabawi, Madinah.

Saidina Umar meninggal dunia dua hari kemudian dan dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w. dan makam Saidina Abu Bakar. Saidina Uthman Affan dilantik menjadi khalifah selepas kematiannya..

further journey of life...

myiman..=))


MyIman AlQuran HandphoneCiri-ciri perisian;-bacaan al-quran 30 juzuk & teks berwarna Rasam Othmani-28 terjemahan bahasa termasuk bahasa melayu dan inggeris-doa khatam al-quran-tafsir alquran termasuk Tafsir Ibnu-Kasir (Arab), Tafsir Jalalain (Indonesia, Arab, Inggeris, Perancis)-11 buah kitab hadis termasuk Sahih-Bukhari, Sahih-Muslim, Sahih Abi-Daud, Sahih Ibnu Majah dan lain-lain-waktu solat, azan dan kiblat mengikut daerah di Malaysia dan bandar-bandar utama luar negara

Ciri-ciri telefon:

-skrin sesentuh TFT Lcd berserta pen sesentuh
-Bluetooth
-mp3 dan mp4
-FM radio
-video player(3gp)
-2 sim kad 2 band
-stereo speaker
-warranty 1 tahun
-external sd card slot
-camera 1.3 megapixel

Accessories:

-2 GB SD card
-1 charger
-1 battery
-1 earphone
-kompas
-buku panduan

Extra feature

-games
-unit converter
-currency converter
-world clock

Assalamualaikum wa salam mahabbah...

BismiLlahirrahmanirrahimm..Selawat dan salam ke atas junjugan kita,Nabi Muhammad RasuluLlah S.A.W...

he3...hari nie bkn nk jd dealer handphone myiman nie..just nk promote..AlhamduliLlah..dh ade 1 kat umah..myiman is my gift from my beloved ummi n abi..syukran5!!!!uhibbukuma liLlah..<3

best gak handphone nie utk dimiliki..sreen clear,audio die lg2lh clear..memory pun byk..n klu jd musafir sng utk bce al-Quran kat mane2 pun..klu bwk tafsir kene jge btol2 dlm kereta..yg ni insyaAllah sng nak jge..tp jgn wat masuk ke tempat2 yg tidak sepatutnya cth tandas..sbb kire Quran mobile..jadi masih lagi kalamuLlah..smg brtambah amal dgn adanya handphone nie..

urmm..1 je nak bgtau,masukkan dulu simcard dlm phone tu tkut tak boleh nk detect simcard..klu terbuka hati nak beli,belilah..insyaAllah byk manfaatnya..=)

~pagarilah hatimu dengan ketakwaan,siramilah ia dgn keimanan,apa yang baik,jdkan amalan,moga dirimu dicintai Tuhan...~

.::AlhamduliLlah::.


Erti Syukur secara mudah ialah berterima kasih dan mengenang jasa.

Cara bersyukur atau berterima kasih atas kurnia Allah ialah dengan jadikan diri kita orang yang bertaqwa, banyak beribadah serta selalu memuji Allah dengan lisan dan di dalam hati.

Hadis Nu'man bin Basyir r.a., bahawasanya Rasulullah SAW. bersabda "barangsiapa yang tidak bersyukur dengan yang sedikit, nescaya tidak akan bersyukur kepada yang banyak; barangsiapa yang tidak bersyukur kepada manusia, nescaya tidak akan bersyukur kepada Allah Taala."

Bersyukur kepada manusia bermaksud menghargai dan berterima kasih kepada manusia yang banyak menabur jasa dan bakti kepada kita tanpa diminta dan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Mereka yang dimaksudkan ialah seperti ibu-bapa kita, para guru dan Rasulullah SAW. Di samping memuji-muji dan mengagung-agungkan jasa kebaikan mereka, kita juga dituntut agar sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kerahmatan untuk mereka.


Ketika Nabi Muhammad s.a.w. ditanya oleh isteri baginda mengapakah baginda begitu kuat dan banyak beribadat terutama solat malam sehingga bengkak kaki baginda, jawapan yang diberikan ialah "Salahkah jika aku ingin menjadi hamba yang bersyukur !".

Orang yang tak bersyukur ialah orang yang lupa diri dan tak tahu mengenang jasa.

"Dan mereka beroleh berbagai faedah dan kegunaan pada binatang ternak itu dan juga beroleh minuman; maka mengapa mereka tidak mahu bersyukur?". (Yaasin: 73)

"Dan Allah mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), tetapi sedikit antara manusia yang bersyukur." (As-Sajadah: 9)

"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah ni'mat kepada kamu dan jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah pedih. (Ibrahim: 7)

Wednesday, January 13, 2010

tintA qalBi....


tika mata hampir terlena,
ingin dibuai mimpi fana',
tentang sebuah kehidupan,
yang hanya dihiasi keseronokan..

tika hati hampir mati,
ingin merasai kemungkaran yg dilaknati,
kerana jiwa sentiasa mencemburui,
wajah2 ceria palsu insani..

tika tubuh hampir jatuh,
krn tidak thabat pd tali yang utuh,
krn gelodak perasaan ingin snts merusuh,
tidak mampu melawan nafsu nyatanya musuh..

di saat itulah,
hadirnya cahaya cerah,
menerangangi hingga ke lurah,
bukit Hira' yg bersejarah..

di tika itulah,
lambaian kasih hadir menjemput,
menjadi syifa' buat yg semput,
untuk menjadi insan yang menurut...

di waktu itulah,
datang segunung sinar harapan,
buat insan yang inginkan mampan,
supaya diri teguh dgn iman dan ketaqwaan..

saat,tika dan waktu,
pabila Rabb terasa dekat,
mati hampir mendekat,
ruh jihad datang melekat,
di kalbu,jiwa dan juga akal..

semoga kita sentiasa utuh,
dalam mencari ciNta hakiki,
yg hanya mampu dicapai dgn kasih Ilahi,
jua sayang tidak terhingga oleh insan bernama Nabi..

walau kita hampir tersungkur,
dek tsunami laut nafsu yg bergelora,
ingatlah bhwa Dia sentiasa memerhati,
dan mendekati,
hambaNya yg sentisa meratapi..



semoga kita tergolong dalam kalangan yg brtuah yg
memperoleh cinta sejatiNya...amin..
dan hidup kita snts dlm genggaman Rabbul Alamin
agar tidak tersasar kita dr siratul mustaqim..

p/s:tgh2 wat keje koop + omework f4 yg bertimbun-timbun,dtg ilham nk cipta puisi ni..untuk mengembalikn balik semangat dlm menempuh perjalanan sebagai pelajar yg dah jd Tingkatan 4..fasa remaja yg penuh cubaan dan dugaan..walaupun baru 2 minggu,dh rasa sikit tekanan dia..beratnya amanah sbgi seorg pelajar,anak solehah,sahabat sejati dan hamba Allah yg beriman..moga dipermudahkan olehNya..insyaAllah..Ya Allah,moga tahun ni lebih baik dr thn sebelum-belumnya dan tabahkanlah hati kami utk menempuh tiap ranjau duriMu kerana hanya redhaMu yg kami pinta..Amin..

Monday, January 11, 2010

9 mimpi Nabi Muhammad S.A.W...^^


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"


1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan- kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFATSILATURRAHIMNY A DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
BERSABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"



Semoga berguna untuk kita semua OK. ^_^ .Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

  1. Subuh: Dijauhkan cahaya muka yang bersinar..
  2. Dzuhur: Tidak diberikan berkat dalam rezekinya..
  3. Asar: Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan..
  4. Maghrib: Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya..
  5. Isya': Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya..

Friday, January 8, 2010

Pesanan akhoWat untuk ikhWah..~



Kami ini senang jika diperhatikan, apalagi jika kalian adalah ikhwah yang dewasa, ikhwah yang mempunyai karisma, atau ikhwah yang alim, atau ikhwah yang bersifat "cool" apatah lagi mempunyai sifat penyayang, walhal kami belum mampu berhijab secara baik. Oleh itu, tundukkanlah pandangan kalian dengan makna yang sebenar-benarnya, dan janganlah kalian ikuti pandangan pertama dengan pandangan berikutnya.

Kami juga senang mendengar kalian berbicara dengan dan tentang kami, rasa di hati tidak dapat diperkatakan lagi, kami terasa seakan dihargai , namun bagi mengelakkan kelalaian hati kita, oleh itu, cukuplah bicara kalian jika kalian mulai memberi pujian kepada kami meskipun itu hanya sebuah pujian kecil.

Kami juga sukar menahan bayangan-bayangan hati akan kalian para ikhwah, ketika kami merasa para kalian dapat menjadi tempat untuk mencurahkan isi hati kami, waktu luang kami akan sering terisi oleh bayang-bayang kalian, kerana itu janganlah kalian membiarkan kami mencurahkan isi hati kami kepada kalian.

Kami juga inginnya terus dekat dengan kalian para ikhwah, tapi maaf..bukan kerana apa-apa tapi lebih kerana perhatian yang kalian berikan kepada kami, meskipun sesungguhnya kami sangat malu akan hal ini, terkadang kami pun terlepas kata dan laku, malah menjadikan kami dan kalian semakin tak mengenal batas, kerana itu pertama nasihatilah kami akan azab Allah dan setelahnya jangan pernah memberi dan membalas bentuk perhatian kami.

b someone who is be taken care of Allah..but,u must take care of ur heart first....;)
Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan) [Surah al-Israa ayat 32]

Katakanlah pada orang-orang lelaki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya yang demikian itu adalah lebih baik bagi mereka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya ........ [Surah An-Nur ayat 30-31]

Janganlah kamu mengikuti pandangan pertama (kepada wanita) dengan pandangan berikutnya. Kerana yang pertama itu untukmu dan yang kedua adalah dosa
[Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi dan Hakim).

Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang-orang beriman, hendaklah mereka mengutamakan rasa malu (salah satu akhlak yang mulia) dan iman merupakan dua hal yang tidak boleh dipisahkan antara satu dengan yang lain, maka apabila salah satunya diangkat (hilang) maka hilanglah yang lain.
(Hadis riwayat Al Hakim dan At Thabrani)

Sesungguhnya kepala(seorang lelaki) yang ditusuk dengan besi itu jauh lebih baik daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya.
(Hadis riwayat at-Tabrani dan Baihaqi)

Tercatat atas anak Adam nasibnya dari perzinaan dan dia pasti mengalaminya. Kedua-dua mata zinanya melihat, kedua-dua telinga zinanya mendengar, lidah zinanya bicara, tangan zinanya memaksa (memegang dengan keras), kaki zinanya melangkah (berjalan) dan hati yang berhasrat dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kelamin atau digagalkannya.
(Hadis riwayat Bukhari).


Ikhwah dan akhawat yg disayangi,hidup adalah rangkaian pilihan demi pilihan, hanya orang-orang yang berusaha memelihara hubungan dengan Allah dan mencari ilmu sahaja yang akan memilih kebenaran. Kerana rezeki, maut, dan jodoh setiap manusia telah Allah tetapkan, maka yang perlu kita lakukan adalah bagaimana untuk selalu memperbaiki usaha kita dalam menerima ketiga-tiga perkara itu. Banyak perkara yang kita pandang baik, namun tidak dalam pandangan Allah. Bersabarlah atas takdir Allah, kerana sesungguhnya buah kesabaran itu sangat manis dan sangat lazat.

flutter,flutter,flutter...n go on..................

--Fastabiqul khairat..--


Teman,Harapanku agar kau bahagia selalu, doa dan tulus hati ini sentiasa menginginkan semangat jihadmu tetap abadi,Temanku,maafkan aku kerana tidak ada upaya untuk terus disisimu,Dalam mencari bening-bening taQwa,Aku sendiri terpenjara dalam dunia ciptaan sendiri,Salam ukhwahfillah buatmu temanku, Gerakkan langkahmu bersama, Doa dan harapan tinggi agar terus berada di atas arena perjuangan suci ini"'jadilah bunga yang terpelihara,kerana mahligai syurga itulah tempatnya..."

Dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Rasulullah saw. pernah ditanya : “Amal apakah yang paling utama?” Rasulullah bersabda : “Iman kepada Allah dan Rasul-Nya.” Ditanyakan lagi: “Kemudian apa?” Rasulullah menjawab : “Jihad di jalan Allah.” Kembali ditanyakan : “Kemudian apa?” Rasulullah bersabda : “Haji yang mabrur.”(H.R Bukhari dan Muslim)

“If your intention in seeking knowledge is between God Most High and yourself and not merely to gain information, then rejoice! The Angels will spread out their wings for you while you walk, and the creatures in the sea will ask God to pardon you.” [Imam Al-Ghazali in his Bidaya al Hidaya]

seeking 4 peace...

Sunday, January 3, 2010

Adakah Kau Lupa...?




Adakah Kau Lupa
Album : Alami
Munsyid : Alarm Me
http://liriknasyid.com

Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa

Memayungi dua pertiga dunia
Menrentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan

Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan


Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang

Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah

Friday, January 1, 2010

Nasihat al-Qamah...

Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabat

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:
  • Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

  • Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
  • Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.
  • Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

  • Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

.::cermin diri::.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."


Tersebutlah tentang Ja'afar bin Muhamad(As-Shadiq) dalam rangkaian ucapannya ketika ditanya:"Apakah engkau melihat Allah disaat menyembahNYA?Beliau menjawab:"Aku telah melihat Allah kemudian aku menyembahNYA-"Bagaimana engkau telah melihatNYA" Beliau menjawab "Tiada IA dapat dilihat dengan mata,kerana terbatasnya penglihatan,akan tetapi dengan penglihatan hati yang dapat memandang penuh dengan kebenaran dan keyakinan.

double 'S'...

Sahabat dan Senyum..=)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini