Dari hati, sampai ke hati. :)

Photobucket

Malu brtanya sEsAt jalaN.....

ukhwahfiLlah..^_^

Wednesday, December 30, 2009

Allahuakbar..!

perhatian wahai umat ISLAM,bila sampai 31disember,berape ramaikah yg bersedia meraikan tahun baru?
tetapi sedarkah merka bahawa telah difatwakan oleh,
Sheikh al-Azhar,Sheikh Tantawi,Sheikh Yusof al-Qodrawi,dan ulama'2 kotemporary
bahawa menyambut tahun baru bererti
menyambut ulangtahun hari jadi tuhan yahudi&kristian.
bagi mereka yg xtahu,hukumnya
fasiq(DOSA BESAR),
tetapi bagi meraka yg dah tahu,hukumnya murtad..nauzubiLlah.
jadi,fikir2kanlah!
sebarkanlah kepada saudara islam yg laen semampu anda=]



moga kita trpelihara dr sume2 nih..ssghnya ckuplh dgn agama Islam yg musyul nie...
n just nk share video nih..trtengok kat youtube..insaf lak rse..padahal kita mmg thu yg tumbuh-tumbuhan serta makhluk seluruh alam pun snts bertasbih memuji Tuhan yg Esa..kite..?????????pikir2 laa sndiri k..

Kejadian aneh ini dirakamkan pada gerhana matahari ketika di Brunei Darussalam di Tasik Lama..Dirakam ketika tengah jogging disana...pada jam 7.35 pagi. Daun lamba ini seolah-olah berzikir dengan menghadap kiblat..SubhanaLlah...

~Allahuma a i'nni ala zikrika wa syukrika wa husni ibadatik..amin....=)



btw,sore latar tuh bkn sore pokok tuh..kn kejut kang..hehe..jd wahai insani yg dianugerhkn akl fkrn,,igt Allah sokomo...........

http://www.youtube.com/watch?v=sgoiDBU27Cg&feature=youtube_gdata

munajat diri..........~

Assalamualaikum wa salam mahabbah..
BismiLlahirrahmanirrahim..Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W...betapa ku rindukan diri mu ya RasuluLlah..rndu utk berjihad bersamamu..rindu utk bersama melayari perjalanan sbgi seorg pejuang di jln Allah..
Ya Allah..moga dikuatkan jari jemari ini utk terus menulis..hanya secangkir bingkisan hati utk dikongsi..krn trlalu brt rasanye utk diri ini menanggung....

tanpa dipaksa,butiran jernih air mata brgenang di kelopak mata lantas bercucuran di pipi,,mengenang tahap keimanan diri..terasa futur di prtghn jln jihad ini..jln yg penuh dgn 1001 mcm cubaan dan dugaan..demi kemntapan akidah di dada..Ya Allah,hanya kpdMu ku mengadu akn klmhn diri utk brgelar mujahidah solehah....

lepas satu,satu dikurniakan cubaan..smg ini tanda Engkau mncintaiku Ya Allah..tapi hati ini begitu hebat dilanda dilema..peliharalah hati ku ini agr tidak terpesong dr jln yg diredaiMu Ya Allah..diriku terkepung dlm pemikiran sndiri..terpergkap dlm dakwah hati..terjerat dlm rasa kasih syg kpd insan yg disygi..juga hati yg mudah luluh tatkala dipuji..tatkala disygi..tatkala mula mgnl diri..

ku takut Ya Allah..takut dr lalai dan leka dr mengingatiMu Yang Satu..sgl kurniaan x disyukuri..naudzubiLlah..mgkn inilah titik tolak fasa jihad ku yg akn dtg..jihad nafsu,jihad perasaan..smg jln yg bkl ditempuhi di prmdhkn oleh Mu Ya Rahim..ku x mahu hya hebat berpidato di pentas,gah mmberi tazkirah bgai pnceramah bertauliah, mmberi perangsang bagi yg lain dgn penuh persaan,berpuitis dlm mncari gelaran namun tiada aplikasinya dlm hayatku..penghayatn yg tidak berbekas di kalbu sndiri..tuntunlah daku utk mncari cinta hakikiMu..

hampir2 saja kaki ingin terjelus dlm padang pasir ciptaan syaitan iblis laknatuLlah..yg x putus2 menghasut cucu cicit Adam..peliharalah,peliharalah,peliharalah diri dan hatiku Ya Allah..ku x mahu brputus asa bgtu cpt dlm melakukan pengorbana krn daku ingin mnjadi org yg brtakwa dn kuat imannya..krn kepahitan itulh mahar bg syurgaMu yg nimatnya begitu manis..berkatilah kami Ya Ilahi..

Maha Hebat Engkau Ya Rabb..di kala diri sdg bergolak dgn dri sndiri,,di saat itu jualah Engkau utuskn daku insan2 yg mmrlukn utk mnjd amanah buatku..memimpin mrk dn sekaligus mnipta ngauman singa dlm diri utk terus bangkit berlari mncipta taufan syiar Islam yg gah menuju redhaMu..Engkau jua yg mnciptakn keluarga serta sahabat2 yg terus-terusn mendokongku.. Dengan kuasaMu,Engkau ilhamkn plbagai2 persoalan utk terus ku cari jwpn..utk mmbntuk hati yg tabah..bisa melawan nafsu yg kian brsemadi..tp kdg2 ku tws dlm menabur benih cintaMu..namun ku sedar,hidayah itu hanya milikMu jua..kurniakanlah kami taufiq dan hidayahMu agr kami tetap menempuh jln yg lurus..

pringatn demi peringatn Engkau berikan..SubhanaLlah....AlhamduliLlah..ku msh ingin beramar ma'ruf nahi mungkar..tunjukkanlah jlnNya Ya Allah..walau dgn tgn,lisan mahupun hati yakni selemah-lemah iman..tp inginku cegah diriku dahulu Ya Allah dr melakukan kmsiatn antr sdr mahupun tidak..ku x mahu hipokrit lantas melayakkn diri dlm snrai ciri2 org yg munafik..naudzubiLlahiminzalilk..harus ku pohon dgn siapa lg kalau bkn dgnMu Ya Allah..Penguasa Seluruh Alam..Pemegang hati2 insan..

Akhir kalam,buat saudara2ku yg sgt ku sygi liLlah,,benar..adakala hati memberontak utk mncuba laluan lain..walau sesaat..tiliklah kmbali diri,stkt mne umur kita bkl brthn..bilakh yaumul kiamah itu bakal brtndang..muhasabahlah demi mncari secubit ksh syg Ilahi..krn akuilah,kita tetap insan biasa yg mne umat akhir zmn imannya ibarat senipis kulit bwg..maka dgn itulah,hayya bil JIHAD!!!!!

Ya Allah..smg dgn rahmatMu,kaki kami tetap utuh berada di siratMu..Kami mohon padaMu Ya Allah dgn setulus hati jagalah kami dr hasutn syaitn mahupun bisikan nafsu agr tetap iman kami utk menyembahMu..Ampunilah dosa kami,dosa kedua ibu bapa kami dan muslim2 yang lain..Smg Islam tetap terpelihara..al-Quran snts di dada..dan zikruLlah tidak lekang dari bibir kami..ssghnya kami trmasuk dlm hambaMu yg berserah diri..Amin 3x Ya Rabbal Alamin........

Tuesday, December 29, 2009

*.Yang Tersirat di Sebalik 4.*


-4 Yang Tersirat..-
4 alamat orang cerdik
1. Berani menempuh bahaya
2. Pandai bermanis muka dengan musuh
3. Pandai melihat kesempatan
4. Dapat menimbang pertimbangan orang lain

4 alamat orang beriman
1. Meninggalkan maki
2. Menjauhi menyakiti hati orang
3. Lekas memberi ampun
4. Lama baru menjatuhkan hukuman

4 tanda orang berakal
1. Cinta pada ilmu
2. Tidak berubah muka menerima umpat dan puji
3. Bagus jawabnya
4. Banyak benarnya

4 alamat orang rendah
1. Membuka rahsia
2. Pendendam
3. Penggunjing
4. Memburukkan kawan

4 yang menimbulkan cinta
1. Muka jernih
2. Sudi menolong
3. Sudi menghindarkan selisih
4. Menjauhi munafik

4 soal yang membawa keuntungan hidup
1. Benar perbicaraannya
2. Malu melakukan pekerjaan yang tidak baik
3. Baik budinya
4. Suka berterima kasih

4 sempurna dengan 4
1. Ilmu dengan larangan
2. Agama dengan taqwa
3. Amal dengan niat
4. Kemuliaan dengan kelebihan

4 mesti dijaga
1. Teguh menjaga kehormatan
2. Redha menerima sedikit
3. Berbuat kebaikan setiap hari
4. Memelihara lidah

4 macam pencarian
1. Pertama akal, ialah orang yang hidup dengan bertani
2. Pertengahan akal, orang yang hidup berdagang
3. Penghabisan akal, orang yang hidup membunuh
4. Kehilangan akal, mencari dengan tidak halal


"REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN"
* WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN,
* WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK,
* WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT,
* WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN
* WAKTU HIDUP SEBELUM MATI"

Monday, December 28, 2009

jika aku jatuh hati..



http://www.youtube.com/watch?v=tnthkSiVI9I

Sunday, December 27, 2009

rinduku bakal terubat...=)

Assalamualaikum wa salam mahabbah ila saudara2 ku yg disayangi liLlah..

Jadilah kita hambaNya yang tidak lekang dalam mensyukuri segala nikmat yang tidak terkira banyaknya..AlhamduliLlah..selawat dan salam kepada Rasul junjungan tercinta,pembimbing insan ke akhir zaman...
AlhamduliLlah..tirai 2009 bakal disingkap oleh tahun 2010 yang bakal menjelma dalam beberapa hari lagi..masyaAllah..betapa masa itu kini bukan lagi berlari,bahkan terbang sepantas kilat meninggalkan kita yg masih lg leka dalam buaian mimpi dunia yg fana' ini..bukankah salah satu tanda kiamat itu menghampiri adalah masa semakin pantas berlalu..sedarlah insan..masa yang berlalu itu tidak mungkin kembali..ambil lah kesempatan sementara mmpu lg bernafas dgn udara yg tlh dikurniakan FOC(free of charge) oleh Tuhan Yang Maha Esa utk terus2 berjuang di ats jln yg diredhaiNya..insyaAllah..

maknanye dah tiga tahun ana mengukir kenangan2 mahabbah di madrasah ana trcinta,SMKA Sheikh Abdul Malek(SHAMS)..Allahuakbar..betapa bertuah hamba yg kerdil ini rasakan krn dipilih olehNya mnjd penuntut ilmu di sane..krn di bumi SHAMS lah tempat berputiknya perasaan cinta hakiki pada Rabbul Alamin dan RasuluLlah..tempat mengenal erti sebenar diri ini..sesungguhnya,ini semua krn izinNya jua..moga bumi SHAMS snts diberkahi Allah dan bakal melahirkan tunas2 pendekar Islam yang bakal mengegarkan dunia dgn kalimah LAILAHAILLALLAH walau ribut taufan melanda..!!amin..
terlalu banyak memoir indah utk diceritakan..wlau suka,walau duka,,1001 rahsia kehidupan telah ana tembusi..rhsia di sini mahupun di alam baqa'..namun ilmu seseorg tetap spt setitis air lautan dari isinya seluruh alam krn ilmu Allah itu Maha Luas..SubhanaLlah..dan hakikatnya, benarlah ilmu itu semakin dicari semakin banyak yg tidak diketahui..hadis nabi:tuntulah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad..ilmu jualah teman paling setia dlm melayari bahtera kehidupn..

tertunggu-tunggu tarikh 2/1/2010..hari pendaftarn..bgitu jua 3 hb,hri prtama prsekolahn..krn rndu yg tertaut hanya ats nama Allah bakal diubati apb bertemu kmbali asdiqa'2 trcinta.. perasaan ini smkn hari smkn meledak dlm qalbuku..mungkinkah ini maksud kemanisan berukhwah yg nikmatnya,,hulwun jiddan!!

Diriwayatkan drpd Abu Hamzah b. Malik r.a iaitu khadim Rasulullah drpd Nabi S.A.W,
Sabda baginda:"Tidak sempurna iman salah seorang daripada kamu sehingga ia kasih terhadap saudaranya sebagaimana dia kasih kepada saudaranya sendiri."
-Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Asdiqa'2 ku yg disayangi liLlah,ikhlaslah kita dalam berjihad juga berukhwah hanya krnNya agar dipertemukan kembali kita dlm Taman Firdausi..biizniLlah..insyaAllah..

smg tahun baru kita bakal menjadi pembuka lembaran baru utk kita terus melangkah, menyambung kembali perjuangan kita di bumi SHAMS,juga di bumi Allah ini..insyaAllah..jgn sia2kan pengalaman yg telah dikongsi bersama ikhwan wa akhowat kita dlm mengajar erti sebuah perjuangan..jgn kita lokek masa,tenaga dan fikiran untuk terus merancang strategi demi Islam tercinta..dan jgnlah kita meninggalkan adik2 kita yg disygi liLlah untuk mencambahkan benih ruh ad-deeniyyah pd diri mrk dlm keghairahan kita mncapai duniawi..

hurmm..ape yg psti,,miss u all my dear akhowat..liLlah!!he3..
walau berpisah seribu batu,
namun dekat di qalbu,
kerana ukhwah yg tertaut padu,
hanya di ats namaNya Yang Satu..^_^

semoga umur kita dipanjangkan dgn penuh kebaikan..Ya Allah,perbaikilah urusan kami..jangan pernah Engkau serahkan diri kami,kpd diri kami walau sekelip mata..hanya kepadaMu kami berserah diri..Engkau redhakanlah ukhwah kami ini Ya Rahim..agr kami mampu mnjadi pemampan dan pemantap saf-saf Islam krn hidup,mati dan amal kami hanya untukMu..kami hanya ingin tergolong dalam kalangan yg mampu bersama-sama RasuluLlah serta melihat wajahMu di alam abadi nanti..kuatkanlah kaki kami dlm menempuh perjalanan sbgi khalifahMu,anak yg soleh solehah,peljar yg berbudi serta sahabat yg mnjd penguat cinta kepadaMu..amin,amin ya Rabbal Alamin....=)



~Sahabat yg beriman,ibarat mentari yang menyinar...
Sahabat yg setia,seperti pewangi yang mengharumkan...
Sahabat yg sejati,menjadi pendorong impian..
Sahabat yg brhati mulia,mmbawa kita ke jalan Allah...

Saturday, December 26, 2009

[Berdakwah dengan Lemah-lembut...]

Ada sebuah buku yang sangat menarik untuk dibaca dan tentu sahaja untuk dikaji. Buku itu berjudul nahnu du’atun, la qudhaatun. Yang ertinya, kita adalah para da’i, bukan tukang vonis (hakim). Buku ini sangat menarik jika dikaitkan dengan bagaimana menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Dakwah memiliki sifat menyeru, mengajak dan adanya proses tawar menawar (selama tidak bertentangan dengan syariat). Dalam dakwah ada beberapa kaedah yang sering dipakai yaitu: ”Memberi berita gembira, bukan menakut-nakuti”. Dan memang yang menetapkan kaidah tersebut adalah baginda Rasulullah SAW, sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Muslim: “Dari Abu Musa r.a. ia berkata : ”Rasulullah saw. setiap kali mengutus seorang dari sahabatnya untuk suatu urusan, beliau bersabda, “ Berilah kabar gembira dan jangan membuat orang lari, permudah dan jangan mempersulit”.

Oleh Kerana itu, jika di dalam buku tersebut diceritakan bahwa ada sekelompok dai yang senang menghukum, jelas hal tersebut tidak selari dengan kaedah dakwah yang telah ditetapkan oleh Rasulullah saw. Bahkan di dalam Al-Qur’an dengan terang menerang telah dijelaskan kepada kita bahwa dengan pendekatan dakwah yang baik (billati hiya ahsan), seorang yang tadinya sangat memusuhi dakwah boleh berubah menjadi seakan-akan teman yang sangat dekat. “Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: “Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?”. Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia. (QS. Fushshilat :33-34)

Dalam bukunya, syaikhul islam ibnu taimiyah merumuskan beberapa hal yang harus ada dalam dakwah :

1. Ilmu, sebelum berdakwah ilmu harus dimiliki oleh seorang da’i. Baik itu ilmu tentang materi(bahan) yang akan kita dakwahkan, ilmu tentang orang yang akan kita dakwahi (psikologinya, keadaannya) mahupun ilmu tentang cara tepat dan terbaik dalam menyampaikan dakwah.

2. Rifq (lemah lembut, tapi tidak lunak).

3. Sabar, setelah kita berdakwah, kita harus sabar dalam menerima hasil dari dakwah tersebut.

Layak juga kita renungkan ungkapan seorang da’i: “kemenangan dakwah adalah bukan dengan menghancurkan setiap batu bata dari sebuah bangunan. Akan tetapi, kemenangan dakwah yang spektakuler adalah jika da’i itu mampu mengubah setiap batu bata dari bangunan menjadi batu bata dakwah”.

Karena pada hakikatnya, umat yang menjadi objek dakwah bukanlah umat yang kafir ( ummatun kafirahi ) melainkan umat yang muslim ( ummatun muslimah). Bahkan ketika saat Nabi Musa as hendak mendakwahi fir’aun (yang nyata-nyata ingkar kepada Allah), dakwah tersebut dijalankan dengan penuh lemah lembut. sebagaimana tersurat didalam Al-Qur’an: “Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut.” (Q.S. Thaha:44).

aka berbicaralah kamu OLEH KERANA ITU DALAM MENDAKWAHI SESAMA, HARUSLAH LEMAH LEMBUT; JANGAN MAIN VONIS (MAIN HAKIM SENDIRI), MEMBUAT KEROSAKAN-KEROSAKAN BARU, JANGAN MEMBUAT ORANG LARI ATAU BAHKAN MEMBENCI DAN MEMUSUHI.

Dalam buku tarikh dikisahkan bahwa ada seorang wa’izh ( pemberi nasihat ) datang kepada khalifah harun al rasyid. Orang itu berkata dengan cara yang sangat kasar. Maka sang khalifah berkata : “ ingatlah bahwa aku tidak lebih buruk dari fir’aun dan engkau tidak lebih baik dari Musa as, sedangkan Allah telah memerintahkan Nabi Musa untuk berkata kepada fir’aun dengan cara yang lemah lembut”. Kemudian Harun Al Rasyid membaca surah thaha ayat 44 tersebut. Wa Allahu a’lam.


Disaring dari buku Ruh Baru, Taujih Pergerakan Untuk Para Kader Dakwah karya Ust. Musyaffa Abdurrahim


http://www.halaqah-online.com/v3/index.php?option=com_content&view=section&id=5&Itemid=494

Dunia dan akHiraT...<

"Dunia & akhirat itu umpama rumput & padi..
tanam padi,rumput kan tumbuh jua..
tapi tanam rumput takkan tertumbuh padi...

Begitu juga dunia & akhirat,
kejar akhirat,,dunia akan dapat sama..
kejar dunia,,hanya dunia semata-mata.."


*dunia ini ibarat pentas lakonan,,

*manusia itulah merupakan pelakon dan pengarah utamanya,,

*Al-Quran dan As-Sunnah itulah skripnya,,

*malaikat itulah jurugambarnya,,

*Islam itu jalan ceritanya,,

*kiamat itulah kesudahan pengambarannya,,

*padang mahsyar tempat penganugerahannya,,

*RasuluLlah S.A.W adalah penerima anugerah terbaiknya,,

*ALLAH S.W.T adalah hakimnya,,

*syurga atau neraka adalah trofinya....


=Renungkan wahai saudara2 seIslam ku..
hayati sedalam-dalamnya..
buka mata,buka hati........=

Thursday, December 24, 2009

>kebaikan dan doa buat SAHABAT..<


Kebaikan itu semuanya terhimpun dalam empat perkara:
Percakapan, diam, pandangan, gerak. Tiap2 percakapan yang tidak disertai dengan mengingati Allah adalah sia-sia, tiap-tiap diam yang tidak disertai dengan memikirkan kebesaran Allah adalah leka, tiap-tiap pandangan yang tidak disertai dengan pengambilan iktibar adalah lalai, tiap-tiap gerak yang tidak disertai penghambaan adalah kosong. Semoga Allah merahmati hamba yang telah menjadikan percakapannya sebagai zikir, diamnya sebagai tafakur, pandangannya sebagai iktibar dan geraknya sebagai perhambaan, dan daripada lisan & tangannya, manusia mendapat kesejahteraan." -Kata2 hikmah Saidina Ali Karramallahu Wajhah..


"Ya Allah... Kurniakanlah kefahaman...kejelasan..keyakinan.. kepintaran..kekuatan serta ketenangan jiwa kpd SAHABATku ini... Ya Allah.. Limpahkanlah rahmat dan cintaMu kpd SAHABATku ini... jgan Kau sempitkan die dgan belenggu masalah.. jgan Kau hukum die krana kekurangan dan kelemahan yg ada dalam dirinye...permudahkanlah urusan SAHABATku ini Ya Allah... Ya Allah... tempatkan SAHABATku ini d kalangan kekasih2Mu.. tinggikan darjat SAHABATku ini dalam ketaqwaan..keimanan.. redhailah SAHABATku ini d dunia & akhirat krana aku amat maengasihi SAHABATku ini..bahkan aku redha terhadap dirinye... "

jujur n amal...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq R.A....

SAIYIDINA ABU BAKAR AL SIDDIQ R.A.

Nama Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq R.A. adalah tidak asing lagi bagi sekelian ummat Islam, baik dahulu mahupun sekarang. Dialah manusia yang dianggap paling teragung dalam sejarah Islam sesudah Rasulullah S.A.W. Kemuliaan akhlaknya, kemurahan hatinya dalam mengorbankan harta benda dan kekayaannya, kebijaksanaannya dalam menyelesaikan masalah ummat, ketenangannya dalam menghadapi kesukaran, kerendahan hatinya ketika berkuasa serta tuturbahasanya yang lembut lagi menarik adalah sukar dicari bandingannya balk dahulu mahupun sekarang. Dialah tokoh sahabat terbilang yang paling akrab dan paling disayangi oleh Rasulullah S.A.W.

Nama sebenar Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq adalah Abdullah Bin Qahafah. Sebelum Islam, beliau adalah seorang saudagar yang tersangat kaya serta datangnya dan keluarga bangsawan yang sangat dihormati oleh masyarakat Quraisy. Bahkan sebelum memeluk Islam lagi, Abu Bakar telah terkenal sebagai seorang pembesar Quraisy yang tinggi akhlaknya dan tidak pernah minum arak sebagaimana yang lazimnya dilakukan oleh pembesar-pembesar Quraisy yang lain.

Dan segi umur, Saiyidina Abu Bakar R.A. adalah dua tahun lebih muda dan Rasulullah S.A.W. dan telah menjalin persahabatan yang akrab dengan baginda Rasul lama sebelum Rasulullah S.A.W. menjadi Rasul. Beliaulah tokoh sahabat besar yang dianggap paling banyak sekali berkorban harta benda untuk menegakkan agama Islam di samping Nabi Muhammad S.A.W. Kerana besarnya pengorbanan beliau itulah Rasulullah S.A.W. pernah mengatakan bahawa Islam telah tegak di atas harta Siti Khadijah dan pengorbanan Saiyidina Abu Bakar R.A. Adapun gelaran Al-Siddiq yang diberikan kepadanya itu adalah kerana sikapnya yang selalu membenarkan apa sahaja kata-kata mahupun perbuatan Nabi Muhammad S.A.W. Dalam hal ini elok kita petik suatu kisah seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud yang dicenitakan sendiri kepadanya oleh Saiyidina Abu Bakar, tentang bagaimana Saiyidina Abu Bakar R.A. memeluk agama Islam.


Kata Saiyidina Abu Bakar R.A. ketika menceritakan suatu kisah mengenai dirinya kepada Ibnu Mas'ud, "Aku pernah mengunjungi seorang tua di negeri Yaman. Dia rajin membaca kitab-kitab dan mengajar banyak munid. Dia berkata kepadaku:

"Aku kira tuan datang dan Tanah Haram.

"Benar, jawabku.

"Aku kira tuan berbangsa Quraisy?

"Benar, ujarku lagi.

"Dan apa yang aku lihat, tuan dan keluarga Bani Taiyim?

"Benarlah begitu, tambahku selanjutnya.

Orang tua itu terus menyambung, katanya, "Ada satu lagi hal yang hendak aku tanyakan dari tuan, iaitu tentang diri tuan sendiri. Apakah tak keberatan jika aku lihat perutmu?

Maka pada ketika itu aku pun berkata, "Aku keberatan hendak memperlihatkan selagi tuan tidak nyatakan kepadaku perkara yang sebenarnya.

Maka ujar orang tua itu, "Aku sebenarnya melihat dalam ilmuku yang benar bahawa seorang Nabi Allah akan diutus di Tanah Haram. Nabi itu akan dibantu oleh dua onang sahabatnya, yang seorang masih muda dan seorang lagi sudah separoh umur. Sahabatnya yang muda itu berani berjuang dalam segenap lapangan dan menjadi pelindungnya dalam sebarang kesusahan. Sementara yang separoh umur itu putih kulitnya dan berbadan kurus, ada tahi lalat di perutnya dan ada suatu tanda di paha kirinya. Apalah salahnya kalau tuan perlihatkan kepadaku.

Maka sesudah dia berkata itu aku pun membuka pakaianku lalu orang tua itu pun melihatlah tahi lalat hitam di atas bahagian pusatku seraya berkata, "Demi Tuhan yang menguasai Kaabah, tuanlah orangnya itu!

Kemudian orang tua itu pun memberi sedikit nasihat kepadaku. Aku tinggal di Yaman untuk beberapa waktu kenana mengurusi perniagaanku dan sebelum meninggalkan negeri itu aku sekali lagi pergi menemui orang tua tersebut untuk mengucapkan selamat tinggal kepadanya. Kemudian dia lalu bertanya, "Bolehkah tuan menyampaikan beberapa rangkap syairku?

"Boleh sahaja, jawabku.

Setelah itu aku pun membawa pulang syair-syair itu ke Mekah. Setibanya aku di Mekah, para pemuda bergegas datang menemuiku seraya berkata, "Adakah engkau tahu yang sudah terjadi? Maka ujarku pula, "Apakah yang terjadi itu?

Jawab mereka, "Si yatim Abu Talib kini mengaku menjadi Nabi! Kalaulah tidak mengingat engkau hai Abu Bakar, sudah lama kami selesaikan dia. Engkaulah satu-satunya yang kami harapkan untuk menyelesaikannya.

Kemudian aku pun meminta mereka pulang dahulu sementara aku sendiri pergi menemui Muhammad. Setelah menemuinya aku pun mengatakan, "Wahai Muhammad, tuan telah mencemarkan kedudukan keluarga tüan dan aku mendapat tahu tuan terang-terang telah menyeleweng dan kepercayaan nenek moyang kita.

Maka ujar baginda, "Bahawa aku adalah Pesuruh Allah yang diutuskan untukmu dan untuk sekelian ummat!


Aku pun bertanya kepada baginda, "Apa buktinya?

Jawabnya, "Orang tua yang engkau temui di Yaman tempoh hari.

Aku menambah lagi, "Orang tua yang mana satukah yang tuan maksudkan kerana ramai orang tua yang aku temui di Yaman itu?

Baginda menyambung, "Orang tua yang mengirimkan untaian syair kepada engkau!

Aku terkejut mendengarkannya lalu bertanya, "Siapakah yang telah memberitahu tuan, wahai sahabatku?

Maka ujar baginda, "Malaikat yang pernah menemui Nabi-nabi sebelumku.

Akhirnya aku benkata, "Hulurkan tangan tuan, bahawa dengan sesungguhnya aku naik saksi tiada Tuhan yang kusembah melainkan Allah, dan tuan (Muhammad) sebenarnya Pesuruh Allah.

Demikianlah kisah indah yang meniwayatkan bagaimana Islamnya Saiyidina Abu Bakan Al-Siddiq. Dan memanglah menurut riwayat beliau merupakan lelaki yang pertama yang beriman kepada Rasulullah S.A.W.

Keislaman Saiyidina Abu Bakan Al-Siddiq R.A. telah membawa penganuh besar di kalangan kaum bangsawan Quraisy kerana dari pengaruh keislamannya itulah maka beberapa orang pemuda bangsawan Quraisy seperti Saiyidina Uthman Bin Affan, Abdul Rahman Bin Auf, dan Saad Bin Waqqas menuruti jejak langkahnya. Semenjak beliau memeluk Islam, Saiyidina Abu Bakan R.A. telah menjadi pembela Islam yang paling utama serta seorang sahabat yang paling akrab serta paling dicintai oleh Rasulullah S.A.W. Sebagai memperlihatkan kecintaan baginda terhadap Saiyidina Abu Bakar R.A., dapat kita ketahui dan satu dialog yang terjadi antara baginda Rasul dengan Amru Bin Al As. Amru seorang sahabat Rasulullah S.A.W. pernah suatu han menanyakan Rasul, "Siapakah di antara manusia yang paling tuan sayangi? Baginda menjawab, "Siti Aisyah, dan kalau laki-laki adalah bapanya.

Selain danipada itu Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq R.A. adalah seonang sahabat yang terkenal kerana keteguhan imannya, cendas akal, tinggi akhlak, lemah lembut dan penyantun. Rasulullah S.A.W. pernah menyanjungi sahabatnya itu dengan sabdanya, "Jika ditimbang iman Abu Bakan Al-Siddiq dengan iman sekelian ummat maka berat lagi iman Abu Bakan. Demikian teguhnya iman Saiyidina Abu Bakan R.A. demi apakala kita memperhatikan pengertian yang terkandung pada sabda Rasulullah S.A.W. mengenai dirinya itu. Gelaran AlSiddiq yang dibenikan orang terhadap diri Saiyidina Abu Bakan R.A. adalah lantaran memandang sikap serta pendiriannya yang teguh dalam membenarkan serta membela din Rasulullah S.A.W. Andainya sekelian ummat manusia akan mendustakan Muhammad S.A.W. Abu Bakar R.A. akan pasti pula tampil dengan penuh keyakinan untuk membelanya.

-masjid Nabawi..-
baca lagi di-http://man999.tripod.com/Abu_Bakar.htm

Wednesday, December 23, 2009

Manusia yang Untung...

Manusia akan jadi terbaik jika beriman,
akan tersungkur bagai binatang ternak
andai engkar...
hidup menguji siapa terbaik amalnya
terbaik dunia...terbaik akhirat

dunia adalah kebun bertanam
bekal perjalanan hari akhir
jannah atau an nar

pilihan pada kita
aqal dibekal
ada jasad
ada roh

islam iman amal
jamaah dan keseorangan
susurilah tariq al haq
sirat yang lurus

contoh yang benar dan batil
yang di ni'mati Ilahi
yang di la'nati Ilahi

pilihlah jalan junjungan
jalan para anbia'
para solihin
tabi`in

moga damailah hidup
dunia dan akhirat


~dalam hidup ini,kadang2 kita tidak sedar bahwa kita adalah siapa kita hari ini..yang bakal menetukan siapa kita pada hari esok..apa yang tetap adalah kita sentiasa menjadi hambaNya kelmarin,hari ini ataupun esok..dan sampai bila2 kita bakal memegang amanah Ilahi..jadilah yang insan yang berguna pada yang lain agar dunia disinari makhlukNya yang mencintai akan keamanan dan kedamaian..gugur syahidlah kita bagai bunga2 yang menghiasi syurga Firdausi..moga mekar mengharumi tiap segi..salam rindu dan sayang liLlah..=)

Tuesday, December 22, 2009

~lusa..??tawakal n pasrah....

Assalamualaikum wa salam mahabbah..=)

BismiLlahirrahmanirrahim....AlhamduliLlah kpd Tuhan Pemilik Seluruh Alam..yg menjadikan tiap2 sesuatu itu tidak sia2..Ya Allah,,lindungilah kami dari azab neraka dan siksa kuburMu..kumpulkanlah kami bersama penghulu kami,RasuluLlah tercinta..selawat dan salam ke atas baginda..
hurmm...........
24hb..apa yang special ttg tarikh tersebut:result pmr akan diumumkan..!insyaAllah..buat calon2 pmr 09,mailah kita same2 berdoa dengan penuh pengharapan agar diberi bukan shaja kejayaan yang cemerlang,bahkan gemilang dan terbilang dlm pmr...amin Ya Rabb...

selepas kita dah curahkan segala tenaga dan usaha yg berlipat ganda,tawakkal lah padaNya wahai sahabat2...dan redha lah dgn tiap apa keputusan yg bakal kita peroleh..mmg fitrah seorg manusia inginkan kejayaan,tapi igatlah,Allah memberikan hambaNya apa yang diperlukan bukan apa yang dikehendaki..sesungguhnya Allah lah Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk makhluk ciptaanNya..

untuk sahabat2,sama2lah menadah tangan memohon padaNya keputusan yang cemerlang..bukan sahaja demi ibu bapa,guru2 dan sahabat2,tetapi kerana Allah jua..ilmu kita hanyalah setitits daripada air lautan seisi dunia..biarlah Islam bakal mempunyai generasi2 yang mempunyai akal yang mentap dan yang paling penting roh untuk berjihad menaikkan Islam kembali keyh..!!





"Dan berfirman Tuhanmu,'Pohonkanlah(berdoalah) kepadaKu,Aku perkenankan doamu itu.'"
(Al-Mukminun:60)

Ya Allah,kami telah berusaha bersungguh-sungguh dalam pmr 2009,maka Engkau perkenankanlah doa kami untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang..Ya Rahman Ya Rahim..Engkau kuatkanlah kami untuk redha dan pasrah atas segala ketentuanMu..Sesungguhnya kami berserah diri hanya pada Mu Ya Rabb....
bittaufiq wa najjah..!!^_^

Sunday, December 20, 2009

rahsia SUJUD pada perkembangan otak manusia...


JERTEH - Persatuan Islam Kebangsaan Malaysia (MICNA) Jordan mengenal pasti sesiapa yang tidak menunaikan sembahyang maka otaknya tidak dapat menerima darah secukupnya untuk berfungsi secara sempurna.
Jurucakap MICNA Jordan berkata, ini bererti darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan ketika seseorang itu sujud ketika bersembahyang.
"Ini diakui sendiri oleh seorang doktor neurologi di Amerika Syarikat yang telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban di dalam penyelidikannya itu. Doktor tersebut mendapati dalam kajiannya urat pada saraf manusia memerlukan darah untuk beberapa sukatan tertentu sahaja.
"Ini bermaksud darah akan memasuki bahagian urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam," katanya dalam kenyataan pada Majalah Buletin Bulanan MICNA Jordan di sini, hari ini.

Beliau berkata, doktor tersebut tertarik untuk memeluk Islam semasa membuat kajian saraf yang dilakukan, iaitu terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia tidak dimasuk darah.
"Pada hal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang secukupnya untuk berfungsi secara lebih normal," katanya.
Menurutnya, doktor tersebut amat kagum dengan penemuan tersebut sehingga ia tidak dapat diterima oleh akal fikiran.
"Kini doktor tersebut memeluk Islam dan dengan itu beliau telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan melalui- Al-Quran". Kini beliau membuat ubat-ubatan berdasarkan kajian melalui al-Quran dan Hadis Nabawi.

"Di antara kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black Seed) dan sebagainya," jelasnya.
Beliau berkata, manusia yang tidak bersembahyang apatah lagi yang bukan Islam, walaupun akal mereka berfungsi secara normal tetapi sebenarnya mereka akan hilang pertimbangan apabila membuat keputusan secara normal.
"Justeru itu, tidak hairan ada di antara manusia kadang-kadang tidak segan silu untuk melakukan perkara bertentangan dengan fitrah kejadiannya walaupun akal mereka mengetahui perkara yang akan dilakukan adalah salah.
"Ini kerana otak mereka tidak boleh mempertimbangkannya secara lebih normal." tambahnya.
Wartawan - Shahputra

~Ya Allah..ku bersujud padaMu memohon keampunan,
atas segala dosa yang telah hamba lakukan....
Ya Allah..Dosaku menggunung...
berkenankah Dikau untuk menerima taubatku...

Saturday, December 19, 2009

kisah Seorang budak Palestin....

Adik bangun pagi. Adik kesat mata. Walid(ayah dalam bahasa Arab) yang kejut adik. Adik mengantuk sangat. Adik tarik gebar semula. Tidur balik. Walid geleng kepala bila nampak adik tidur balik. Walid tepuk belakang adik suruh adik mandi. Lepas mandi adik pakai baju baru. Ummi kata hari ini Hari Raya Aidilfitri. Semua orang pakai baju baru. Tapi adik tengok ummi pakai baju buruk, walid pun pakai baju buruk. Ummi cuma senyum bila adik mengajukan soalan itu. Ummi kata cukuplah adik seorang pakai baju baru. Walid pimpin tangan adik pergi masjid. Kami jalan kaki melalui denai-denai kecil. Sepanjang jalan adik dengar takbir raya. Allahu Akbar Allahu Akbar, La ilaha illallah huallahu akbar, Allahu Akbar wallilla hilham.. Adik khusyuk dengar. Merdu. Adik angkat tangan ke telinga, lagak seperti bilal masjid sambil menjerit takbir raya. Walid cuma ketawa kecil melihat gelagat adik.



Di persimpangan jalan, kami bertemu Pak Cik Nassier jiran adik. Adik pandang walid. Walid ralit berbual dengan Pak Cik Nassier. Adik dengar walid berbual tentang syahid, Yassier Arafat dan lain- lain lagi. Nama negara adik pun walid sebut, Palestin. Tapi adik tidak faham. Adik cuma mendengar. Adik tiba di perkarangan masjid. Masjid itu besar, tersergam indah. Masjid kebanggaan negara adik, Masjidil Aqsa.Walid pernah beritahu adik, Masjidil Aqsa kiblat pertama sebelum Kaabah di Mekah. Masjidil Aqsa juga adalah salah satu tempat suci dalam Islam. Nabi Muhammad s.a.w. pun mengalami peristiwa Israk dan Mikraj di masjid ini. Adik buka kasut dan masuk ke perut masjid. Adik lihat ramai orang. Semuanya duduk dalam saf. Walid tarik adik duduk di penjuru masjid, kemudian walid solat tahiyatul masjid.Adik ikut walid solat raya. Adik berdiri betul- betul dekat dengan walid. Adik pandang walid. Bila walid angkat tahbiratul ihram adik pun angkat. Mulut walid kumat kamit membaca sesuatu. Adik pun ikut sama walaupun adik tak tahu apa yang adik baca. Walid rukuk, adik rukuk. Walid sujud, adik sujud.


Adik membilang anak tangga selepas selesai solat raya dan bersalam-salaman dengan jemaah yang lain. Walid ada di belakang adik. Suasana ketika itu tenang dan damai. Adik suka ketenangan. Adik tarik nafas, hirup dalam-dalam udara pagi.

Tiba-tiba ketenangan itu diragut.

Adik nampak ramai orang bertempiaran lari. Adik juga nampak sekumpulan askar yang memegang senjata sedang mara menuju ke arah masjid. Adik dengar bunyi kuat. Bunyi tembakan. Walid dukung adik erat sambil melaungkan takbir Allahu Akbar. Adik takut. Adik pejam mata. Kaki walid yang kuat berlari tiba-tiba terhenti. Pautan tangan walid longgar dan akhirnya terlerai. Adik rasa seperti sekujur tubuh tumbang dan menghenyak adik. Adik pandang belakang. Mata adik terbeliak. Adik nampak tubuh walid. Kepala walid berdarah. Adik menjerit nama walid. Manik-manik jernih bergentayangan dan gugur satu persatu dari tubir kelopak mata adik.

Walid pandang adik. Walid cium pipi adik. Walid suruh adik lari. Adik geleng kepala. Adik pegang tangan walid. Adik hendak duduk di sisi walid. Walid senyum pada adik. Mulut walid lemah menutur kalimah syahadah. Adik goyang tubuh walid. Walid tidak bergerak. Walid kaku. "Waliiiiiiiiiiiiiiid!!!!!!!" Adik kesat air mata. Adik lari kuat-kuat. Adik lari tidak kalih kiri dan kanan. Sampai di rumah, adik terus menangis. Ummi hairan tengok adik. Adik sebut nama walid berkali-kali. Mayat walid di hantar ke rumah tidak lama selepas itu. Adik masih menangis. Adik tengok ummi cium dahi walid. Ummi peluk adik. Beberapa orang jiran cuba tenangkan ummi. Abang yang duduk di penjuru dinding juga menangis. Abang dah besar. Umur abang enam belas tahun. Abang pergi dekat walid,abang peluk dan cium walid. Selepas sembahyang adik nampak orang angkat walid keluar rumah. Abang pun ikut sama. Adik tidak ikut. Adik duduk rumah dengan ummi.

Adik tanya ummi, mana perginya walid. Ummi diam. Adik tanya lagi sambil menongkat dagu menunggu jawapan daripada mulut ummi. Ummi pandang adik, ummi kata walid pergi ke satu tempat yang sangat cantik. Walid pergi tidak akan kembali lagi. Adik cuma mengangguk." Adik nak ikut walid" Ummi geleng kepala dan peluk adik. Adik lap air mata di pipi ummi. Adik senyum, ummi senyum. Petang itu ramai kawan abang datang. Abang ajak mereka ke belakang rumah. Adik berlari-lari anak ikut abang ke belakang. Abang tekun membuat sesuatu. Sesuatu yang menyerupai senapang. Adik cuma duduk diam dan tengok. Kawan-kawan abang pun khusyuk membuat kerja.

Adik menguap berkali-kali. Boring duduk diam tanpa melakukan sebarang kerja. Tidak keletah adik dibuatnya. Mata adik melilau-lilau mencari barang mainan. Adik nampak benda bulat seperti bola. Adik pergi dekat cuba mencapai benda itu. Adik pegang dan belek. Sedang adik seronok bermain, abang rampas 'bola' adik. Adik masam. Adik tarik muncung empat belas. Adik marah pada abang. Abang tersenyum melihat tingkah laku adik. Dengan lembut abang mencubit pipi montel adik. Abang beritahu adik yang benda itu bom tangan bukannya bola seperti yang disangka adik. Adik diam, kemudian berlari mendapatkan ummi. Merajuk.

Adik bangun awal pagi itu. Tidak seperti hari-hari lain, walid tidak ada untuk kejut adik. Apabila teringat walid,mata adik berkaca. Adik tidak mahu menangis. Adik orang lelaki. Orang lelaki tidak boleh menangis, orang lelaki kena kuat dan tabah. Adik nampak abang sedang bersiap-siap. Abang galas beg besar. Semua benda yang abang buat semalam abang bawa. Benda bulat seperti bola pun abang bawa. Kawan-kawan abang semuanya sedang menungu di depan rumah. Abang cium tangan ummi, minta izin untuk pergi. Ummi peluk abang, cium abang berkali- kali. Adik cuma memandang dengan mata terkebil-kebil. Adik garu kepala yang tidak gatal. Abang datang dekat adik. Abang dukung adik, usap kepala adik. "Adik jaga ummi ya" pesan abang. "Abang nak pergi mana" Tanya adik seperti orang bodoh. "Abang nak pergi berjuang". Abang mengukir senyuman mengakhiri bicara.

Kelibat abang hilang ditelan kabus pagi. Hanya lambaian tangan adik mengiringi pemergian abang. Lepas abang pergi ummi cerita macam-macam perkara pada adik. Pasal Israel, pasal syurga, pasal jihad dan banyak lagi. Semuanya adik tidak faham. "Isra..Israfil. " terkial-kial adik menyebut perkataan itu dalam pelat yang pekat. "Bukan Israfil. Israfilkan nama malaikat. Malaikat yang tiup sangka kala. Israel." Ummi membetulkan sebutan adik. "Is.ra.el" akhirnya adik berjaya menyebutnya juga. Ummi ketawa kecil. Adik ikut ketawa menampakkan sebaris gigi adik yang ronggak. Ummi kata Israel jahat. Israel musuh umat Islam. Israel juga musuh Allah. Israel yang mencetuskan peperangan di bumi Palestin. Israel yang bunuh walid. Adik benci Israel. Adik benci sesiapa yang menjadi musuh Allah.

Adik lari keluar rumah. Adik pergi ke jalan besar. Ramai kanak-kanak sebaya adik di situ. Mereka semua baling batu kepada sekumpulan tentera yang bersenjata di seberang jalan. Adik ingat lagi, tentera itulah yang bunuh walid. Merekalah Israel. Adik marah. Adik geram. Adik capai batu, adik baling kuat-kuat. Adik pejam mata.

Terbayang di kepala adik peristiwa yang menimpa walid. Adik sertai kawan-kawan adik yang lain; membaling batu. Kadang-kadang kami lari apabila tentera itu menyerang balas. Ada juga kawan-kawan adik kena tembak. Tumbang satu persatu. Adik nampak baju mereka merah berlumuran darah. Adik lari menyorok di sebalik bangunan usang untuk menyelamatkan diri. Adik lari bersama seorang kawan adik. Namanya Jamal. Dia juga sama dengan adik. Walidnya juga pergi ke suatu tempat yang sangat cantik dan tidak akan kembali lagi. Apabila keadaan semakin reda, adik pulang ke rumah. Adik berjanji dengan Jamal untuk melontarkan batu lagi pada keesokkan harinya.


Sesampai di rumah adik berasa sangat lapar. Adik cari roti di dapur. Adik buka almari, adik cari dalam almari tapi tidak jumpa. Perut adik mula berbunyi minta diisi. Adik sudah makan roti petang tadi tapi adik masih berasa lapar lagi. Adik nampak ummi pegang roti. Itu sajalah satu-satunya roti yang tinggal di rumah kami. Ummi tidak makan apa-apa lagi sejak pagi tadi. Adik pergi dekat ummi. Ummi yang baru menyuapkan roti ke mulutnya tersentak. Ummi keluarkan semula roti dari mulutnya dan suapkan ke mulut adik. Adik kunyah dengan gelojoh. "Ummi, Kenapa kita hidup susah?" adik tanya pada ummi dengan mulut dipenuhi roti. Ummi pangku adik di ribanya. Ummi mengelus lembut rambut adik. "Kita kena sabar sebab sabar itu cantik" ujar ummi perlahan. "Cantik macam syurga ke ummi?" adik tanya lagi. Ummi senyum. "Nabi Muhammad s.a.w. pun hidup susah juga. Baginda dilontar batu ketika menyebarkan dakwah di Taif. Malahan kaum Quraisy ramai yang ingin bunuh nabi. Nabi sabar, nabi tak cepat putus asa" sambung ummi lagi. Adik dengar dengan khusyuk. Adik nak jadi baik macam Nabi Muhammad s.a.w. Nama adik pun Muhammad. Walid yang cadangkan nama itu. Walid hendak adik tabah dan cekal macam Nabi Muhammad s.a.w. Malam itu adik duduk bersila depan ummi sambil tangan memegang Al-Quran. Adik ikat serban sendiri. Adik lilit serban ikut suka hati adik. Sekejap adik lilit ke kiri, sekejap ke kanan. Kadang- kadang serban itu tutup mata adik. Adik kuak sedikit kain serban ke atas ketika hendak membaca Al- Quran. "Bismillahirrahmani r rahim.." Adik baca Al-Quran dengan bersungguh- sungguh. Adik baca kitab Allah itu dengan tekun. Ummi duduk depan adik sambil memerhati bacaan adik. Adik hendak jadi macam abang. Umur enam tahun sudah khatam Al-Quran. Adik baru umur tiga tahun. Adik kena baca Quran dengan rajin kalau hendak khatam Al-Quran cepat macam abang. Adik ingat pesanan ummi. Ummi kata Al-Quranlah satu-satunya harta yang paling berharga. Adik ingin baca Al-Quran hari-hari. Adik tidak mahu ponteng baca Al-Quran. Bacaan adik terhenti apabila pintu diketuk dan nama ummi dilaung-laungkan dari luar.

"Syukur ya Huda, anakmu Yassin mati syahid" muncul Mak Cik Fatima di depan rumah.

"Anakmu, anakmu adalah salah seorang pengebom berani mati ya Huda. Tindakannya menyebabkan tujuh orang askar Israel laknatullah terbunuh. Yassin dan tiga orang lagi pejuang Hizbullah mati syahid. Semoga syurga menanti mereka kelak" terang Mak Cik Fatima panjang lebar. Ummi panjatkan doa pada Allah semoga roh abang ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Adik kaget. Nama Israfil. Bukan. .Israel disebut lagi. Adik benci mendengar nama itu. Kemarahan adik meluap-luap. Ummi beritahu adik abang telah pergi ikut walid. Ummi kata ummi bangga mempunyai anak seperti abang. Adik masuk tidur awal. Adik mimpi satu tempat yang sangat cantik. Adik nampak walid dan abang di sana. Walid dan abang senyum pada adik. Adik cuba kejar mereka tapi semakin adik kejar semakin mereka menghilang. Keesokkan harinya, adik tunggu Jamal di tepi jalan seperti yang dijanjikan. Lima minit berlalu Jamal tidak muncul-muncul juga. Hampir setengah jam adik tunggu tapi Jamal tetap tidak muncul. Adik tidak suka orang yang mungkir pada janji. Adik ingat lagi, salah satu ciri orang munafik ialah mungkir apabila berjanji. Adik tidak mahu jadi munafik. Adik tanya kawan-kawan adik yang lain.

Rupa-rupanya Jamal juga seperti walid dan abang. Jamal pergi ke satu tempat yang cantik. Tempat yang adik tidak tahu di mana letaknya. Semua orang yang adik sayang pergi ke tempat itu. Mula-mula walid, kemudian abang dan akhirnya Jamal. Adik pulang ke rumah awal. Adik terkejut. Terkesima sebentar. Rumah adik dikepung askar Israel. Mereka memang sedang mencari keluarga adik ekoran tindakan berani mati abang mengebom kubu Israel. Tubuh adik yang kecil memudahkan adik menyusup masuk ke dalam rumah. Adik nampak ummi terpelosok di satu sudut.

Adik lihat dengan mata adik sendiri, tentera itu tendang ummi. Mereka sepak dan terajang ummi. Tapi ummi masih bersabar. Ummi tidak putus- putus menyebut satu kalimah keramat..Ahad. .Ahad. Mata adik merah. Adik menahan marah. Adik tidak suka orang pukul ummi. Adik sayang ummi. Adik benci Israel. Seorang tentera Israel mengacukan pistol ke arah ummi. Ummi dengan tenang menghadapinya. Tiada pun segaris garisan gusar terpancar diwajah ummi. Ketika peluru dilepaskan, tiba- tiba... .. "Muhammad!!!!!!!" Ummi menjerit sambil memegang tubuh adik.

Badan adik berlumuran darah. Pekat dan merah. Adik raba perut adik. Adik rasa sakit. Sakit yang mencucuk-cucuk. Seketika tadi adik telah korbankan tubuhnya untuk melindungi ummi. Natijahnya peluru itu merobek perut adik yang tidak berdosa. Ummi peluk adik. Ummi menangis semahu-mahunya. Adik cuba senyum pada ummi walaupun perit. "Ummi.adik rasa mengantuk, adik nak tidur. Adik nak jadi mujahid,adik nak ikut walid dan abang" terketar-ketar suara adik kedengaran di cuping telinga ummi. Ummi angguk, berusaha sedaya upaya untuk menahan air mata daripada jatuh bercucuran. Adik pejam mata. Adik nampak walid, abang dan Jamal melambai-lambai ke arah adik.

~bukankah masih ada ramai lagi insan seperti Muhammad..jangan pernah lupakan mereka kerana mereka adalah saudara semuslim kita..doakanlah akan kesejahteraan umat Islam seluruhnya..Amin.....Wassalam..~

Air Mata Keinsafan...

Kemarau air mata keinsafan...

"Kenapakah begitu susah untuk aku mengubah diri ini agar menjadi insan berguna pada mata Ilahi,Kenapa begitu sukar diri ini untuk menerima segala kebenaran yang diajarkan padaku,Kenapa begitu susah diri ini untuk mengalirkan air mata apabila disebut nama yang Maha Esa,

Kenapa begitu berat air mata ini untuk mengalir mendengar nama Rasulullah s.a.w,kenapa begitu jauh diri ini jika dibanding dengan para pejuang Islam yg lain,Aku jua muslim yang sama-sama ingin melihat kebangkitan Islam,Aku jua muslim yang bersama-sama melawan arus jahiliyah,Tapi diri ini tetap ku rasakan masih sungguh jauh untuk menghampiri gerbang syurga-Mu ya Allah,Tapi aku tidak sanggup dengan siksaan api neraka-Mu,Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat

Pimpinlah aku dalam setiap detik perbuatanku,Ampunilah aku dalam setiap kejahilan dan kelekaanku,Hanya pada Engkau aku bergantung dan mengharap segala-galanya,Sesungguhna kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk"

Renunglah melalui mata hati mengenai siapakah kita di sisiNya...T_T
Mge kita berada dalam kalangan yang memperoleh perhatian dan kasih sayangNya..Amin..

Friday, December 18, 2009

salam MAAL HIJRAH 1431..=)

Assalamualaikum wa salam mahabbah buat sekalian saudara2 ku yg disayangi liLlah..

AlhamduliLlah..dgn izinNya,mampu lagi untuk kita menghirup udara tahun baru kali ini..sedar mahupun tidak,sudah seribu empat ratus tiga puluh satu(1431) lalu barlakunya peristiwa bersejarah bagi umat Islam-hijrah umat Islam dari Mekah ke Madinah..nilai pengorbanan mereka pada waktu itu terlalu tggi nilainya..sanggup meninggalkan anak,isteri, harta benda dan segala hak milik mereka kecuali,,iman yg kukuh sebagai tanda kasih sayang mereka kepada RasuluLlah S.A.W tercinta serta simbol cinta yang tidak terperi kepada Tuhan mereka yakni Allah Azzawajala dan roh jihad mengembalikan syiar di muka bumi..
SubhanaLlah,AlhamduliLlah,LailahaiLlah,Allahuakbar..!

Wahai ummah Islam,marilah kita bangkit bersama dari kelalaian dan tidur yang lena.... Tahun baru ini biarlah manjadi satu titik tolak bagi kita untuk menjadi insan yang makin diperelokkan ketakwaan dan keimanannya..mge2 kali ini bakal mnjadikan kita sebagai khalifah Allah yang lebih kuat ruh jihad untuk Islam tercinta keyh...may Allah bless all of us..amin..=))

Dan di kesempatan ni,ana nak ucapkan salam maal hijrah buat sume insan yang bersaksi tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Muhammad S.A.W itu pesuruh Allah..ampun maaf dipinta jika ada salah silap sepanjang tahun deh..memang lumrah seseorang manusia itu lupa dan leka,jadi,,same2lah kita saling mengingati k..kerana Allah jua..
smg azam thn lepas sdh tercapai dan menjadi pemangkin utk memperbaharu azam tahun ini dengan lebih cemerlang..rangkalah diri agar tiap detik mampu diuruskan dengan baik..

salam rndu dan mahabbah liLlah wahai shbt2..!!!!
"orang yang berhijrah ialah orang yang menjauhi apa yang ditegah oleh Allah untuk melakukannya.." -hadis riwayat Bukhari dan Muslim-
Doa awal tahun..
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sesta alam.Selawat dan salam ke atas penghulu kami ,Muhammad S.A.W, ahli keluarga dan sahabat2 baginda dan kesejahteraan ke atas mereka..
Ya Allah,Engkaulah Yang kekal abadi,Yang Qadim,Yang Awal dan di atas kelebihanMu yang melimpah ini adalah tahun baru yang muncul dihadapan kami.Kami memohon pemeliharaan kepadaMu di sepanjang tahun ini daripada syaitan yang direjam dan pembantu2nya serta tentera2nya..Kami juga memohon pertolonganMu drpd nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepdaMu untuk melakukan usaha yang mendekatkan kami kepadaMu..Wahai Tuhan Yang Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan,wahai Tuhan Yang Maha Penyayang..
(doa ini dibaca setelah menunaikan solat Maghrib pada malam tahun baru hijrah..tetapi masih boleh diamalkan sepanjang awal tahun agar tahun ini penuh dengan berkah dan redaNya...)

Thursday, December 17, 2009

a moment 4 Him...

"Perempuan yang suci adalah perempuan yang di jaga oleh ALLAH,tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya...Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana Allah untuk menjaga kita?Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita" "Jika ALLAH datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki ,bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijagaNya..Mengapa masih ragu-ragu?"
~may we are one of themm...~

seindah syauqah wardah..=)

"Kekuatan usah di tunggu tapi harus dicari" Hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan... "Sebesar-besar dosa adalah dosa yang di lakukan ketika rasa berdosa melakukannya" -Imam Ghazali-


"وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُواْ لِي وَلْيُؤْمِنُواْ بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ"

"When my servants question you about Me, tell them that I am very close to them, I answer the prayer of every humble believer when he calls Me; therefore they should respond to Me and put their trust in Me, so that they be rightly guided."

Holy Quran (2:186)

Tuesday, December 15, 2009

Sunnah Berjuang...~




Lirik Sunnah Berjuang
berjuang menempah susah
menanggung derita menongkah fitnah
itulah gelombang hidup samudera duka
seorang mujahid memburu syahid

dibuang dia berkelana
dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
namun jiwa tetap mara menuju cita
membara demi allah dan rasulnya

berjuang tak pernah senang
ombak derita tiada henti
tenang tegang silih berganti
inilah sunnah orang berjuang

malamnya bagai rahib merintis sayu
dihiris dosa air mata
siangnya bagaikan singa di rimba
memerah keringat meluah tenaga

berjuang memang pahit
kerana syurga itu manis
bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
bukan sedikit pedih yang ditagih

berjuang ertinya terkorban
rela terhina kerna kebenaran
antara dua pasti terjadi
tunggulah syahid atau menang

berjuang tak pernah senang
ombak derita tiada henti
tenang tegang silih berganti
inilah sunnah orang berjuang

malamnya bagai rahib merintis sayu
dihiris dosa air mata
siangnya bagaikan singa di rimba
memerah keringat meluah tenaga

berjuang ertinya terkorban
rela terhina kerna kebenaran
antara dua pasti terjadi
tunggulah syahid atau menang


Jihad fisabeeliLlah....!!

Monday, December 14, 2009

"Satu Penerbangan."

"Satu Penerbangan."

where is our destination, really..?

Bila kita akan berrangkat dari alam ini,ianya ibarat penerbangan ke sebuah Negara.
Dimana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran & Al-Hadith..

Dimana penerbangan bukannya
melalui Air Asia atau Air Jordan , tetapi Al-Jenazah..

Dimana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat atau atas kesudian Pencipta kita..

Dimana bajunya bukan Pierr Cardin atau setaraf dengannya tetapi Kain Putih Cotton..
Dimana pewanginya bukan Channel atau Paco Rebone tetapi air mawar dan cendana..

Dimana passport kita bukan Malaysia ,British, atau American tetapi Al-Islam..

Dimana visa kita bukan lagi 6 bulan tetapi ‘Lailahaillallah..

Dimana pelayannya bukan lagi gadis yang cantik jelita, tetapi Izrail dan lain-lain..

Dimana destinasi mendarat bukan lagi KLIA, Los Angeles International Airport , Heatrow Air Port atau Jeddah International tetapi tanah perkuburan..
Dimana ruang menungggunya bukan lagi bilik air-cond tetapi bilik 6 kaki dalam gelita..

Dimana pegawai imegresen adalah Munkar dan Nakir mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang kita idamkan..
Dimana tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan..Dimana lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh.
Dimana destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir sungai di bawahnya atau Neraka Jahanam..

Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya. Ianya percuma, jadi simpanan anda tidak akan dihabiskan..
Penerbanagn ini tidak akan dirampas (hijacked) oleh itu tak perlu bimbang.
Sajian tidak akan disediakan oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan..
Jangan risaukan delays, penerbangan ini sentiasa tepat pada waktunya,ia berangkat dan tiba tepat pada masanya..
Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang selera bersuka-ria. Jangan bimbang tentang tempahan keranan ianya telah siap d tempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu..



Ya! Berita baik! Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini. Oleh itu bergembiralah selagi boleh. Dan sekiranya anda boleh,hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa amaran. Cuma perlu ingat! Nama anda telah di tempah untuk penerbangan itu..


ADAKAH ANDA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT... ..??!!!

ma makna mujaddid..?


Assalamualaikum wa salam mahabbah...

hari ni insyaAllah kite tgk mkne bagi mujaddid..mungkin ramai yang dah tahu maksud bagi mujahid yakni orang yang berjihad menegakkan agama Islam kerana Allah berlandaskan Quran dan Sunnah..jadi kite ambil tahu makna mujaddid plak ye..slamat mnmbah ilmu...insyaAllah..=)


Dalam Islam, mujaddid (bahasa Arab: مجدد‎, harfiah: pembaru) adalah seseorang yang dipercayai dihantar oleh Allah di awal setiap kurun Hijrah. Fungsi mujaddid ini ialah untuk memulihkan kembali Islam, menghilangkan unsur-unsur yang telah ditokok tambah remove dan mengembalikannya kepada keadaan asli. Mujadiid ini boleh jadi seorang khalifah, wali, ulama, cendekiawan ataupun seorang lain yang berpengaruh.

Ini disebut dalam hadith:
"Allah akan mengutus kepada umat ini di setiap awal kurun seorang yang akan memperbaharui (atau memulihkan) urusan agama" (Sunan Abu Dawud, Kitab al-Malahim, bab 1.)
Terdapat banyak pandangan mengenai identiti mujaddid ini bagi setiap abad, tetapi Muslim secara umumnya bersetuju, walaupun sekiranya orang-orang di dalam senarai di bukan merupakan mujaddid zaman mereka, majoritinya merupakan cendekiawan ortodoks hebat yang memberi sumbangan besar terhadap Islam.

Senarai calon Mujaddid

Abad Pertama (selepas zaman Nabi Muhammad) (3 Ogos 718)
al-Qâsim ibn Muhammad
Ibn Shihâb al-Zuhrî
Imam Abu Hanifah an-Nu‘man (699 - 767) (bahasa Arab: أبو حنيفة النعمان‎)
Ibn Sirin (abad ke-8) (bahasa Arab: ابن سيرين‎)
Sâlim ibn `Abd Allâh
Amirul Mukminin Umar ibni Abd al-Aziz (682 - 720) (bahasa Arab: عمر بن عبدالعزيز‎)
Imam Hasan al-Basri (642 - 728 atau 737) (bahasa Arab: الحسن البصري‎)
Imam Malik ibn Anas (715 - 796) (bahasa Arab: مالك بن أنس‎)

Abad Kedua (10 Ogos 815)
Imam Muhammad bin Idris as-Syafie (767 - 820) (bahasa Arab: محمد بن إدريس الشافعي‎)
Imam Ahmad Ibni Hanbal (780 - 855) (bahasa Arab: أحمد بن حنبل‎)
Imam Muhammad bin Shaibani
Yah.yâ ibn Ma`în




Thursday, December 10, 2009

Cerita tentang seekor katak kecil....=)

Pada suatu hari ada sekumpulan katak-katak kecil,…
… yang berlumba-lumba
Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi…
Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan memberikan semangat kepada para peserta…
Perlumbaan pun dimulakan…

never give up..!chayo2!!

Secara jujur:
Tak satupun penonton benar-benar percaya bahawa katak-katak kecil akan boleh berjaya mencapai puncak menara.
Terdengar ada yang berkata:

“Oh, jalannya terlalu susahhhhh!!
Mereka TIDAK AKAN BOLEH sampai ke puncak.”
atau:
“Tidak ada kesempatan untuk berjaya…Menaranya terlalu tinggi…!!

Katak-Katak kecil mulai berjatuhan. Satu persatu…
…. Kecuali mereka yang tetap bersemangat menaiki menara perlahan- lahan semakin tinggi…dan semakin tinggi..

Penonton terus bersorak
“Terlalu susah!!! Tak seekor pun yang akan berjaya!!!
Lebih banyak lagi katak kecil penat dan menyerah…
…Tapi ada SATU yang tetap melangkah hingga semakin tinggi dan tinggi…
Dia tak mahu menyerah kalah!
Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali seekor katak kecil yang begitu berusaha keras dan menjadi satu-satunya yang BERJAYA sampai KE PUNCAK!

SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya?
?
?
?
?

Seekor peserta bertanya bagaimana cara katak yang berjaya itu mempunyai kekuatan untuk mencapai tujuan?
?
Ternyata…
Katak yang menjadi pemenang itu PEKAK!!!!
……
……
Nasihat dari cerita ini adalah:
Jangan sesekali mendengar kata orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis…
…kerana mereka akan mengambil sebahagian besar mimpimu dan menjauhkannya darimu..
Selalulah fikirkan kata-kata bertuah yang ada.
Kerana segala sesuatu yang kau dengar dan kau baca boleh mempengaruhi perilakumu!

Kerana itu:
Selalulah tetap…. POSITIVE!!
Dan yang terpenting:
Bersikap PEKAK jika ada orang mengatakan bahawa KAMU tidak boleh mencapai cita-citamu..

Selalulah berfikir:
I can do this!!


~Kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang sering memberi motivasi antara satu sama lain. =)

Wednesday, December 9, 2009

malu...malu...=(

Assalamualaikum wa salam mahabbah..

AlhamduliLlah..dgn izin Allah jgelah kita dpt mghirup lg udara free hri ni..d smping dilimpahkan pelbagai nikmat yang x terhitung banyaknye..mge2 kita trmasuk dalam golongan yang bersyukur ke atas sgala nkmat yg telah dikurniakan..

hurmmm..hari ni nk berkongsi luahan hati skit..sebab hari ni ana rase malu..malu dgn diri sendiri..malu dgn Allah..dan malu pada semua..ssghnya malu itu sebahagian drpd iman..malu yang dimaksukn sbhgn drpd iman adalah malu utk melakukan kejahatn..

tapi hari ni ana malu sbb ana trjumpa seorang sahabat ni..kuat semangat jihad dia..walaupun bukan berasal dari keluarga yg wasilahnya kuat beragama..bahkan sekolahnya pun bukan sekolah agama..bagi ana..inilah bukti bahawa hidayah itu benar2 milik Allah..untuk meniupkan ruh ad-deeniyyah ke dalam dirinya..rndah diri pulak rasenyer..

Ya Mujahidah,,Jihadlah,Jihadlah,Jihadlah...!!

semangatnya untuk mempelajari agama mmbuatkn ana kagum..terfikir pulak..kalaulah setiap insan yang lahir dr keluarga yg kuat agamanya,ataupun paling kurang diberi pendidikan agama di sekolah agama mmpunyai semangat mcm ni,biizniLlah sudah mnjadi saf Islam yang sangat kukuh..tapi sayang..realitinya adalah hanya minoriti sahaja yang benar2 ingin mengembalikan kegemilangan Islam..mmbangkitkan syiar dakwah..masyaAllah..itulah hakikat yang mampu dilihat bahawasanya iman umat akhir zaman hanyalah senipis kulit bawang..

seperti firman Allah..".......amat sedikit kamu bersyukur.."-surah al-Mulk:23

Teringat kembali kata-kata ustazah tersyg,Ustzh Rokiah Hassan..katanya..:"itulah awak..cuba tengok..orang Islam skrang x tidur malam wat maksiat..tapi orang kafir x tidur malam sbb berfikir mcm mne nk runtuhkan Islam.."..tersentap ana yang mendengarnya..sebab tersirat 1001 realiti kehidupan dalam kata-katanya..

ana malu lagi..bukan malu kerana Islam..bahkan ana bangga menyatakan ana ini umat Islam bahkan umat Nabi Muhammad yang terbaik diantara ummat seluruh alam..tapi ana malu dengan individu2 yg memalukan agamanya sendiri..bknkah org Islam yg sentiasa mengunjungi kelab malam?bknkah org Islam yang plg ramai di pusat serenti..?bknkah anak2 melayu sendiri yang merempit tengah jalan di malam hari.....?persoalan2 yang ana x mahu mnjawabnya..bagi ana sudah ramai yg tahu fakta yg sebenar..

SubhanaLlah,AlhamduliLlah,LailahailaLlah,AllahuAkbar..!!

bkn utk mmbuka pekung di dada,tapi utk mengajak kita berfikir sejenak..cara bagaimana utk memelihara kesucian Islam itu sendiri..nauzubiLlah ada di antara kita yg terjebak ke arah maksiat..walau x mampu utk mncegah segala kemungkaran tersebut,sekurang-krgnya berdakwah lah pd diri sendiri..mge perubahan dan akhlak yg baik mampu mnjadi qudwah hasanah utk org lain..jadilah teman yg mnjual minyak wangi yang meninggalkan bau yg beraroma indah..bkn teman penjual besi buruk yg meninggalkan bau besi yg krg menyenangkan..

Akhir kalam,klu ada salah dan silap,ana setulus hati memohon maaf..insyaAllah org yg memaafkan akan lebih tinggi darjatnya daripada org yg mminta maaf..maka wahai umat Islam,saudara2ku yg tercinta!!hiduplah dengan harmoni,dihiasi dengan akhlak yang indah beserta hati yg x pernah putus2 berzikir kepadaNya..mge2 kita tergolong dalam kalangan yang mendapat rahmatNya serta mmperoleh kejayaan di dunia mahupun akhirat...salam JiHaD!!
=))