"Satu Penerbangan."
where is our destination, really..?
Bila kita akan berrangkat dari alam ini,ianya ibarat penerbangan ke sebuah Negara.
Dimana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran & Al-Hadith..
Dimana penerbangan bukannya
melalui Air Asia atau Air Jordan , tetapi Al-Jenazah..
Dimana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat atau atas kesudian Pencipta kita..
Dimana bajunya bukan Pierr Cardin atau setaraf dengannya tetapi Kain Putih Cotton..
Dimana pewanginya bukan Channel atau Paco Rebone tetapi air mawar dan cendana..
Dimana passport kita bukan Malaysia ,British, atau American tetapi Al-Islam..
Dimana visa kita bukan lagi 6 bulan tetapi ‘Lailahaillallah..
Dimana pelayannya bukan lagi gadis yang cantik jelita, tetapi Izrail dan lain-lain..
Dimana destinasi mendarat bukan lagi KLIA, Los Angeles International Airport , Heatrow Air Port atau Jeddah International tetapi tanah perkuburan..
Dimana ruang menungggunya bukan lagi bilik air-cond tetapi bilik 6 kaki dalam gelita..
Dimana pegawai imegresen adalah Munkar dan Nakir mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang kita idamkan..
Dimana tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan..Dimana lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh.
Dimana destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir sungai di bawahnya atau Neraka Jahanam..
Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya. Ianya percuma, jadi simpanan anda tidak akan dihabiskan..
Penerbanagn ini tidak akan dirampas (hijacked) oleh itu tak perlu bimbang.
Sajian tidak akan disediakan oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan..
Jangan risaukan delays, penerbangan ini sentiasa tepat pada waktunya,ia berangkat dan tiba tepat pada masanya..
Jangan risaukan delays, penerbangan ini sentiasa tepat pada waktunya,ia berangkat dan tiba tepat pada masanya..
Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang selera bersuka-ria. Jangan bimbang tentang tempahan keranan ianya telah siap d tempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu..
Ya! Berita baik! Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini. Oleh itu bergembiralah selagi boleh. Dan sekiranya anda boleh,hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa amaran. Cuma perlu ingat! Nama anda telah di tempah untuk penerbangan itu..
ADAKAH ANDA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT... ..??!!!
ADAKAH ANDA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT... ..??!!!
0 coretan hati:
Post a Comment