Dari hati, sampai ke hati. :)

Photobucket

Malu brtanya sEsAt jalaN.....

ukhwahfiLlah..^_^

Monday, December 31, 2012

kenangan '12.. :)

Assalamualaikum wa salam mahabbah..

masih berdiri,
dengan izin Ilahi,
namun esok hari,
mungkin aku tidak bernyawa lagi..

2012..banyak yang ku belajar darinya..mungkin,terlalu banyak..dengan izin Dia..alhamduliLlah thumma alhamduliLlah.. :)

#belajar mengenai waktu lapang yang perlu diisi,
duduk rumah,baca buku,pergi sekolah,,........habis spm lah katakan.. ^^

'dua nikmat yang sering manusia alpakan,nikmat lapang dan sihat'


#belajar mengenai kepentingan memberi manfaat pada orang lain,
join program(mukhayyam),jenguk adik2 dll..

'sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada manusia lain'

#belajar mengenai ukhwahfiLlah dan 'family',
program UMT(serious,rinduu!!),keluar dengan sahabatsampaisyurga,buat usrah,program Liqo' Para Dai'e Islam,mabit rumah sahabat,ziarah etc..

'tidak beriman seseorang itu melainkan dia menyayangi saudaranya yang lain seperti dia menyayangi dirinya sendiri'

#belajar mengenai kesabaran dan kesungguhan,
bukan senang nak lulus lesen P..sungguh,banyak sangat ibrah sepanjang belajar kereta..sebagaimana kita berhati-hati membawa kereta bila pegawai JPJ berada di sebelah,begitu juga dalam memandu 'kehidupan'..

kerana raqib dan atid sentiasa memerhati..luluskah kita?

pesan ustaz yahya,naik kereta ibarat ni ibarat naik bom jangka..jadi sebelum naik,ucap syahadah siap2.. ;)

'setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati'

#belajar rasa cinta berTuhan,
ya Rabb,izinkan kami jejakkan lagi kaki ini ke tanah suciMu..berhadapan dengan bangunan yang dibalut kain hitam itu-speechless..setiap saat dan ketika,terasa yang hidup ini hanya untuk mengabdi kepadaMu..indah!campakkan aku sentiasa dalam rasa itu..Amin.. :')


#belajar erti sabar dan syukur,
siapa tak berdebar nak ambil sehelai kertas putih bertajukkan 'Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia'..AllahuRabbi,dengan izinMu kami memperoleh keputusan yang terbaik buat diri kami..sekarang,elya di sini..

Allah merancang dengan penuh cinta..AllahuRabbi.. :)

sungguh,sabar dan syukur..itu yang asyik meniti di bibir sebelum menerima slip itu..harapnya terpahat jua kalimah ini hingga bertemu Dia Yang Satu..agak2,masa nak ambil Sijil Padang Mahsyar macam mana ye?lagi menggeletar kutttt..muhasabah,insyaAllah..


#belajar erti berdikari,
INTEC..entah,banyak sebenarnya pengajaran dan pembelajaran dari sini..pasti tersenyum bila mengimbau kembali detik2 di bumi intec..kasih sayang,kegigihan,kekerdilan diri..hurm,ni lah namanya bila bertemu dunia luar..

jumpa dengan manusia yang pelbagai cara..namun pakaian terbaik tetap hanyalah taqwa..

'dan Allah ciptakan kamu berbilang bangsa supaya kamu berkenalan'

#belajar erti cinta,
mi,abah,keluarga,saudara,sahabat2sampaisyurga..yang pertama dan utama tentulah Dia..Allah Yang Esa..kemudian pesuruhNya,Nabi Muhammad yang mulia..waktu raya,waktu abang kahwin,waktu nisa mula mengeluarkan bicara..AllahuAllah..semua kenangan seakan berbicara..

'cinta itu semua perkara yang membawa ke syurga..kalau ajak ke neraka,itu bukan cinta namanya'

 
dan 2012,kakiku di sini..untuk terus melayari sebuah misteri..misteri kehidupan..sekejap,namun terasa lama..indahnya tarbiyyahMu Ya Rahman..di setiap helaan nafas,pasti ada hikmah tersembunyi,pasti mengukir sebuah kisah untuk dihayati..

sama2 buka langkah baru dengan namaNya..terus menebarkan rasa sayang demi agama tercinta..belajar untuk hidup dengan Sunnah Nabi kita..insyaAllah..
 
'memegang Islam di akhir zaman ibarat memegang bara api..lepaskan ia,padam..pegang ia,kita yang perlu menanggung rasa derita panasnya..'

bicara elya : bismiLlahirRahmanirRahim.. :)))

Friday, December 21, 2012

sedingin bayu..

ku heret langkah ini,
walau kaki ku kaku,
kerana dinginnya bayu,
sedingin salju..
 
ku heret langkah ini,
kerana ku pasti,
Allah itu arRahim,
dan cintaNya itu kekal abadi..
 
sedingin bayu,
yang mencucuk qalbu,
adakah ku punya redhaNya yang satu..
atau masih melayang dibawa bayu?
 
Tuhan,bantu diriku jua sahabat-sahabatku..
dalam bermujahadah meniti waktu..
kami memerlukanMu,selalu........
 
bicara elya : sedingin bayu salju.. :)

Wednesday, December 12, 2012

Allah merancang dengan cinta.. :)

Assalamualaikum wa salam mahabbah..
bismiLlah..

manusia,
pasti merencana,
tentang apa yang bakal dilakukannya,
untuk menggapai cita-cita..

dan arRahman,
juga sedang mengatur rancangan,
buat hamba tersayang,
bagi menguji hati jua iman,
layakkah si dia bergelar kekasih Tuhan..

ya,kita sentiasa melakar peta kehidupan dalam minda..'lepas ni nak study,lepas ni nak masak,nanti nak buka fb kejaplah..etc..'

andai diizinkan Allah,maka akan terlaksanalah rancangan kita itu..biasa kita dengar orang cakap,'kita hanya merancang,tapi Allah yang menentukan..' betul..betul sangat..jadi kenapa perlu mengeluh dan kecewa andai keinginan tak menjadi kenyataan?bukankah ianya satu ketentuan dari Rabbul 'Alamin?

Allah merancang dengan penuh cinta :)

Dia kan arRahman arRahim..setiap langkah kita sentiasa dalam penjagaannya..walaupun secara zahir,kita mungkin terpijak duri dalam perjalanan..tapi ingat,Allah merancang dengan penuh cinta..Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita..

setiap yang berlaku pasti punya hikmahnya..belajar untuk husnuzhon selalu dengan Dia..sebab,Allah merancang dengan penuh cinta.. :) maka mana mungkin rancangan yang penuh dengan cinta ada tujuan untuk membinasakan..tak mungkin..tak mungkin..


Bukan satu alasan..

tapi rancangan Allah itu bukan sebagai satu alasan untuk kita berpeluk tubuh..tidak menggerakkan minda jua jasad..selagi mana kita yakin Allah itu merancang dengan penuh cinta,kita jua akan sentiasa bersemangat mengorak cita..kerana yakin bahawa Allah akan memberikan sesuai dengan kadar usaha kita..

yang penting usaha dan tawakkal..formula ini bukan hanya sekadar untukexam..tapi tawakkal secara keseluruhan dalam sebuah kehidupan..moga-moga mampu mendidik diri menjadi syukur dan sabar ketika ingin mendepani hari..

walau apa pun yang melintasi jalan perjuangan,menganggu pentas mujahadah,tempis ia dengan pagar keimanan..bahawa Allah merancang dengan penuh cinta.. :)

bicara elya : kita merancang dengan cita-cita..tapi Allah merancang dengan penuh cinta.. :')

Wednesday, December 5, 2012

Solat Sunat Mutlak,hadiah dari DIA..

Assalamualaikum wa salam mahabbah..

bumi Syams dingin,sedingin embun di pagi hari..dan tiap-tiap hari,tajdidlah niat di hati..supaya diredhai Ilahi..insyaAllah..

alhamduliLlah thumma alhamduliLlah..untungnya di sini,selain mengejar silibus universiti untuk dihabiskan,ada je majlis-majlis ilmu yang mengimarahkan tanah ini..

sungguh,andai kita mampu melihat fadhilat untuk hadir ke taman-taman syurga ini,walau dengan merangkak sekalipun kita tetap akan berusaha ke sana..jadi tak salahkan kita labur sedikit tenaga untuk ke majlis ilmu..insyaAllah,barokahnya ada.. :)

okay!tak nak jauh sangat melalut..back to the point..bismiLlah..ilmu baru yang nak kongsi yang diwasilahkan melalui Syeikh Zaini Hj. Ahmad,Solat Sunat Mutlak..

 
 
"Solat Sunat Mutlak ialah solat sunat yang tidak ditentukan waktunya dan tidak ada sebab pun, bilangan rakaatnya juga tiada batasnya. Cara melakukannya adalah seperti solat sunat yang lain.
NIAT
أُصَلِّى سُنَّةَرَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالَى
Maksudnya : "Sahaja aku menunaikan Solat Sunat 2 rakaat kerana Allah Taala"
 
kata ustaz,solat ni boleh menarik aura 'IKHLAS'..erm,tenang2..
kenapa dikatakan sebegitu rupa?sebabnya solat sunat ni,niatnya MUTLAK kerana Allah Ta'ala..liLlahi Rabbil 'Alamin..
 
kalau solat hajat,pasti sebab kita nak berhajatkan sesuatu..
 
kalau solat taubat,supaya Allah ampunkan dosa kita..
 
kalau solat istikharah,ada pilihan dunia yang perlu ditentukan..
 
dengan erti kata lain,solat sunat lain pasti punya sebab yang ada kaitan sama ada dengan dunia mahupun diri kita..tapi kalau solat sunat mutlak ni,tiada sebab..sebabnya mutlak hanya kerana Allah..AllahuRabbi..hadiah dari Dia..indah.. :)
 
 
tips ustaz,gandingkanlah solat ni dengan solat sunat Dhuha atau tahajjud..lebih cantik..bacalah surah alIkhlas dalam bilangan yang ganjil pada setiap rakaat..moga-moga dengan solat ni,Allah izinkan kita tergolong dalam kalangan mukhlis,insan-insan yang ikhlas..biizniLlah..moga Allah redha..sama2 mujahadah untuk beramal..insyaAllah.. ^^
 
'sesungguhnya ikhlas itu termasuk dalam rahsia-rahsia Allah..hanya akan dikurniakan pada insan yang dikehendakiNya..'

bicara elya : diterimakah selama ini amalan?atau aku hanya letih badan..kerana entah ke mana ikhlas dalam perasaan..di mana dunia?dalam hati atau dalam genggaman tangan..AllahuRabbi.....