Dari hati, sampai ke hati. :)

Photobucket

Malu brtanya sEsAt jalaN.....

ukhwahfiLlah..^_^

Sunday, February 13, 2011

mati itu mendekati..

Yang paling banyak mengingati kematian antara mereka dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itu orang cerdik,” (Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah)
----------

Assalamualaikum wa salam mahabbah..
mge dimulai hari dengan mengucapkan alhamduliLlah.. =)

.::.
ayuh kita tanya qalb..betul bukan?

MATI itu benar-benar mendekati..

pernah sahabat mengukir kata tanya,bilakah kita akan mati?

pasti yang terngiang-ngiang di fikiran,'hanya Allah yang tahu','tak lambat sesaat,tak cepat sesaat' dll..

jawapannya : BILA-BILA MASA

tepat dan padat. sohih jiddan ukht..kita bakal mati bila-bila masa..tanpa sedar atau tidak..husnul atau su'ul khatimah..sempat mengucapkan kalimah tauhid atau tidak..kita yang menentukan bagaimana pengakhiran kita nanti..baik atau buruk..kita yang memilih bukan?

oleh itu wahai abduLlah,bersiap sedialah untuk menghadapi mahkamah Rabb..kumpulkan sebanyak mungkin amalan..sering kita dengar,utamakan kualiti daripada kuantiti..memang tidak dapat disangkal lagi..tapi kita tak empunya masa..ayuh,kita mantapkan kualiti ibadah selain mujahadah menambah kuantiti biizniLlah..

benarlah,amanah yang kita tanggung tak kan pernah selesai dengan waktu yang kita ada..manfaatkan lah masa agar mati kita nanti bakal mampu merungkai tabir hijab pada Ilahi....

sungguh,mengingat mati itu akan menjadi tazkiyyah buat diri untuk terus berhati-hati dalam setiap bicara,lintasan hati bahkan tingkah laku..


“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan pada hari kiamat saja akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia sudah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanya kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Ali Imran: 185).

~Ya Allah,kadang hatiku sering menangis ketakutan,,akan azabMu yang
memeritkan..namun apa daya ku..hanya menghulurkan sisa kebaikan sebesar
kuman,segunung keburukan pula yang disandang..andai nanti malaikat maut
menghampiriku,pimpinkanlah bibirku Ya Rabb untuk melafazkan akhir kali syahadah
pengakuan di pinggiran sujudku..

kerdil rasanya diri..namun masih dibaluti iri
hati,dengki-mendengki cuma menambah titik noda di hati..AstarfiruLlah..

Ya Ghaffur,ssghnya kami telah menzalimi diri kami sendiri..maka
ampunilah dosa kami dan kedua ibu bapa kami..jangan biarkan kami tergolong dalam
golongan yang rugi di hadapanMu nanti..amin..........~

2 coretan hati:

Annisa Asyifa said...

salam ziarah ya ukhti.. peringatan yang cukup baik..jazakillah khairan katsira.. teruskan usaha dakwah kerana Allah. May Allah bless us.. Uhibbuki lillah (^_^)

CintaElya said...

salam ukht..
syukran..
insyaAllah..ilaiki aidhon..

~uhibbukifiLlah fil dakwah...=)