Kesekian Kali
Munsyid : Suhaimi
http://liriknasyid.com
Kesekian kali kini ku berdiri
Tulus hati dihadapanmu
Masih terus merayu dengarkan aku
Jalan yang berliku
Sepanjang hayatmu
Aku juga merasainya
Lantas aku mengerti dan memahami
Lihatlah ke dalam hatimu
Percikan cahaya
Yang akan membara
Menjadi penerang segala yang didepanmu
Lihatlah jua ke hatiku
Aku lah temanmu
Terimalah aku
Kita kan bersama mengharung dunia fana ini
Kesekian kali ku ulangi lagi
Tidak kan pudar keyakinanku
Yang kau akan berdiri atas kemuncak tinggi
BismiLlahirRahmanirRahim..Assalamualaikum wa salam mahabbah..
ana letakkan lirik ni istimewa buat ukhti ku yg disygiiiii liLlah,,kak ina..bile nak balik..?rndu kek coklat kakna..hehe..urmm..yang setakat difahami,lirik ni memberi maksud antara dua insan..yang sorang tu memohon agr yang sorang lagi menerima dia sebagai teman hidup,teman yang bisa menemani dalam menempuh ranjau kehidupan yang tidak kekal..dan meletakkan keyakinan bahawa dia mampu pergi jauh dalam hidup jika tabah..
skop dua insan ni luas..kalau kita tengok sepintas lalu mungkin mengisahkan pasal sepasang kekasih..tapi boleh jadi lagu ni pasal sahabat yang saling mengasihi antara satu sama lain kerana Allah..sahabat yang berjuang di jalan yang sama yakni destinasi mereka ialah redha Allah..atau adik-beradik (cam irah ngan kakna=>..) yang saling menyokong untuk cemerlang fil dunya wal akhirat..atau saudara sesama Islam yang ingin menaikkan semangat masing-masing untuk terus mencapai kejayaan..dan buat kesekian kali dia ni nak membuktikan bahawa dia boleh menjadi teman dampingan untuk melakar kehidupan bahagia..
hurmm..lebih kuranglah kut..ana pun x pasti maksud sebenar-benarnya lagu ni sebab kali pertama dengar..dapat tahupun dari kakna..syukran my ukhti..kalau ada siapa2 yang ada pandangan,dialu-alukan untuk berkongsi..syukran jiddan...waLlahualam....
BarakaLlahufikum...=))
0 coretan hati:
Post a Comment