Bicara elya : The moment when you feel lost, and He sent you these..AllahuRabbi..
Friday, February 7, 2014
Apabila Kalam Tuhan Berbicara
Bicara elya : The moment when you feel lost, and He sent you these..AllahuRabbi..
rasa qalby CintaElya at 8:52 PM 0 coretan hati
Kerana hidup itu kembarnya ujian.
Hidup dan ujian itu kembar.
Yang membezakan, cara kita melihat sesuatu itu. Bala? Atau rahmat?
Mungkin, zahirnya kita perlu senyum. Harus kuat untuk menguatkan. Bukan kerana kita sahaja yang perlu menguatkan. Bukan. Kerana tanpa sedar, insan sekeliling kita juga senyum walau ada perit dalam jiwa, untuk menggagahkan kita. Senyum, tanda syukur. :)
Pada sekelumit sabar kita, ada hikmah yang sedang memekar merah. Pada sujud kita, ada ketenangan yang berlumba masuk menuju jiwa yang pasrah. Maka benarlah, pertolongan yang terbaik hanya dari Dia. Kenapa perlu putus asa? Sedang Dia Pencipta Semesta, pemilik tujuh lapis atas dan bawah dunia.
Bukan senang
Ibarat si pendaki yang bercita-citakan puncak yang tinggi. Harus punya bekalan yang mencukupi. Pasti, dakian yang ditemani batu tajam, jalan curam bukan sesenang yang disangkakan. Diredah jua demi matlamat yang sudah dipasak kukuh dalam hati.
Begitu jugalah seorang pejuang kehidupan. Menuju matlamat yang lebih besar. Redha Tuhan Yang Esa. Harus sahaja jalannya lebih banyak cerucuk duri. Harus sahaja jalannya lebih berliku. Demi sebuah nikmat yang tak terbayang dek mata, tak terdengar di telinga, tak terimiginasi di fikiran.
Pesan bidadari istimewa,
"Sabar. Kuatkan semangat. Masih panjang jalan yang harus dilalui. Banyak lagi kecewa yang akan ditempuhi. Kuat semangat. Life is not made up of honey and sugar all the time. Masih banyak nikmat yang ada depan mata perlu kita syukuri."
Terima kasih,
bonda. :')
Sabarlah.
Bicara elya : 'Dan Demi Tuhanmu, bersabarlah.'
rasa qalby CintaElya at 4:50 AM 0 coretan hati
Wednesday, October 30, 2013
kadang-kadang..
punya rasa jua jiwa..
rasa apa?jiwa bagaimana?
entah..terkadang sesat juga aku dalam pencarian,
dalam menuju cinta Tuhan,tak sesenang yang dibayangkan..
kadang2,rasa itu aku simpan..
cukup hanya aku,hati dan Tuhan..
tertanya juga..
sampai bila aku akan bersedia bertemu arRahman?...
andai yang dibawa hanya sedikit bekalan..
diterimakah selama ini amalan?atau aku hanya letih badan..kerana entah ke mana ikhlas dalam perasaan..di mana dunia?dalam hati atau dalam genggaman tangan..AllahuRabbi.....
rasa qalby CintaElya at 12:28 PM 0 coretan hati
Labels: intisari qalbY...~
Sunday, October 27, 2013
Untuk mereka,
Saudara ku tercinta.
Sungguh ku hilang kata,
Melihatkan senjata diacu atasmu di kepala,
Matamu memandang tajam, berkaca....
Dan aku masih di sini, riang bercanda.
Untuk mereka,
Saudaraku tercinta.
Entah hanya di bibir sahaja ungkapan cinta,
Sedang ku berpeluk tubuh berdiam sahaja,
Rumahmu diroboh musuh durjana,
Ayahmu dikau tak tahu di mana, mungkin juga sudah di syurga.
Untuk mereka,
Saudaraku tercinta.
Ku ingin melihat burung merpati putih itu bebas,
Si helang itu terbang menggagah di langit tinggi,
AlQuds itu kembali diimarah si kecil mahupun si bongkok berusia,
Mentari menyinar terang membasahi senyum ibu si tua.
Sungguh,
Keinginanmu itu melebihi segala,
Akan ku usaha apa yang terdaya,
Walau sekecil zarah cuma.
Duhai saudaraku tercinta,
Moga kita bertemu lagi di syurga,
Moga Allah izinkan untuk kita semua,
Syahid menjadi pakaian saat maut menjelma
rasa qalby CintaElya at 8:25 AM 0 coretan hati
Labels: intisari qalbY...~
Monday, October 21, 2013
Thursday, October 17, 2013
Pesan mereka.
Pesan abah,
"Peluang dakwah oleh para doktor sangat luas dll...... Jangan relax-relax sangat. Study betul-betul, insyaAllah Allah tolong."
Pesan murabbi,
"Tanya balik diri apa prioriti kita. Ingat, dakwah nombor satu tapi study bukan nombor dua. Perlu pandai seimbangkan."
Pesan sahabat,
"Bukan pengorbanan namanya kalau diri tak terkorban."
"Pengorbanan itu bukti cinta."
Benarlah,
Telah berlalu masa relax,
Telah berlalu masa rehat.
Masih banyak kerja,
Perlu bergerak dengan lebih segera,
Moga Allah permudah dan pengorbanan diterima.
Bicara elya : Mohon doanya, untuk semua. InsyaAllah. :')
rasa qalby CintaElya at 10:38 PM 2 coretan hati
Labels: kalimah-kalimah ciNta...=)
Friday, October 11, 2013
Debu kecil itu..
BismiLlah.
Assalamualaikum wa salam mahabbah.
Menjadi debu kecil untuk membina satu mahligai yang besar. Mana mungkin satu tamadun terbina tanpa struktur. Tanpa batu bata manakan struktur itu terteguh. Dan bata itu sendiri terhasil dari debu-debu kecil.
Mungkin kadang-kadang kita terfikir,
'layak lah aku untuk melakukan hal ini dan hal itu?'
'Mampukah aku untuk berjuang dan menempuh segala liku?'
'Usaha sekecil ini untuk membangun Islam seakannya tidak perlu..'
Tapi kita terlupa,di sebalik jayanya Sultan Muhammad alFateh membuka konstatinopel itu ada tentera-tentera yang setiap hela nafas berbakti. Di belakang Sultan Salahuddin ada ibu-ibu yang menyumbang tenaga menyediakan makanan dan merawat sesiapa yang luka.
Terlupakah kita pada kisah burung kecil yang menyudu air bagi memadamkan api marak menyala yang di dalamnya berada Nabi Ibrahim? apabila ditanya kenapa,jawabnya 'mungkin air ini tak mampu memadamkan api itu. Namun sekurang-kurangnya aku sudah berusaha dan punya jawapan andai ditanya Allah suatu hari nanti..'
Senyum, tanya khabar, berzikir. Walhal setiap sendi yang mengutip sampah juga bakal dikira. Kerana firmanNya,
Tapi andai berkeyakinan dan punya keupayaan, apa salahnya andai kita ke hadapan mengantikan Sultan Salahuddin dan alFateh membebaskan bumi alAqsa dan Syria. Apa salahnya andai kita membina impian tinggi ke Firdausi. Apa salahnya andai kita berusaha luar biasa demi syurga yang luar biasa juga indahnya. Tak salah kan? ;)
Usahalah.
Allah hitung.
Yakin.
Bicara elya : biar kecil-kecil cili padi, besar-besar sumbang banyak budi sebagai khalifah bumi. InsyaAllah. :)
rasa qalby CintaElya at 12:21 AM 5 coretan hati
Monday, October 7, 2013
Mereka - srikandi Islam
Srikandi Islam,
Seanggun Aisyah,seunggul Khaulah..
Berada si sekeliling srikandi ini,
Hati meronta hebat,
Mereka telah terlalu laju berlari,
Demi redha Ilahi..
Tuhan,
Aku hanya hamba hina,
Tak punya apa,
Hanya sekeping hati yang tak seberapa,
Amal yang tak menggunung harta..
Aku citakan syurga,
Namun langkah ku baru beberapa,
Andai esok aku pejam mata selamanya,
Hanya redhaMu yang ku pinta..
Izinkan ya Allah,untuk aku merasai indahnya cinta..
Cinta hanya padaMu Yang Esa.. :')
Bicara elya : seindah perhiasan adalah wanita solehah.. :)
rasa qalby CintaElya at 10:16 AM 3 coretan hati
Saturday, October 5, 2013
Orang Melayu tak semestinya layu! :)
BismiLlah.
Anda,
Tak perlu pegang senjata,
Tak perlu turun medan perang,
Andai ada kesempatan, usahakanlah.
Tahap kita,
Bentuk peribadi kita. Bentuk zuriat-zuriat kita. Bentuk diri mempersiapkan ilmu dalam dada. Didik diri, keluarga, sahabat, anak-anak dan masyarakat untuk menjiwai Islam. Jangan biarkan ada yang mempengaruhi anda yang orang Melayu ini, orang nusantara ini lemah dan layu! Kita kuat sebenarnya.
Kita punya ruh luar biasa andai disiram dengan iman. Gembleng ilmu dan majulah ke hadapan. Masih punya harapan untuk Ummah. Bersandarlah harapan pada Tuhan dan jangan putus asa. Syurga itu muat untuk kita semua!
"Allah tidak akan mensia-siakan amalan setiap hamba lelaki dan wanita yang beriman kepadaNya." [ali-Imran : 195]
Takkan pernah sia-sia duhai sahabat. Yakinlah yang Allah kira setiap lelah menahan mata dari mengantuk menuntut ilmu, setiap saat masa yang anda jual demi menjadi mahar syurga, setiap penat langkah kaki dalam medan juang. Allah kira, tak sia-sia.
Buktikan Melayu itu tak layu! Lebih penting, buktikan Muslim itu yang bakal menggoncang dunia dengan ketaqwaan dan menyebarkan bayu keamanan. Membawa risalah alQuran di setiap penjuru alam, hingga langkah kita benar-benar sudah berada dalam Jannah dan redha Tuhan.
Bicara elya : sudah berlalulah masa rehat kita. Masa untuk kita bekerja. InsyaAllah. :)
rasa qalby CintaElya at 2:48 PM 2 coretan hati