Dari hati, sampai ke hati. :)

Photobucket

Malu brtanya sEsAt jalaN.....

ukhwahfiLlah..^_^

Friday, August 16, 2013

Asmaa' Hisham Saqr - bidadari dunia berangkat ke syurga :')

KAHERAH, 15 Ogos – Anak perempuan pemimpin Ikhwan, Asmaa Hisham Saqr telah menemui syahid setelah ditembak di kepala oleh penembak tepat ketika sedang berada di tingkat 4 Hospital Medan, sebelah Masjid Rabiatul Adawiyah semalam.

Asmaa’ merupakan antara ratusan yang menjadi mangsa kekejaman pihak pasukan keselamatan Mesir yang menyerang rakyat atas alasan mahu menyuraikan perhimpunan pro Morsi.

Turut terkorban wartawan yang sedang membuat liputan, wanita dan kanak-kanak.

Berikut adalah kenyataan Dr Hisham Saqr yang terkini berkenaan kesyahidan anak sulungnya itu.

“Dia membenarkan janjinya dengan tuhannya… maka tuhannya membenarkan janjiNya dengannya.

Kita mengharapkan begitu tetapi kita tidak mensucikan sesiapa melebihi kesucian kpd Allah swt.

Puteriku yang cantik Asmaa ummu Rahmah dan Yahya telah terpilih menjadi syahidah semalam dari peluru yang ditembak oleh pembunuh tepat yang kejam, ditembak kepadanya sedangkan sepatutnya ditembak kepada Yahudi dan musuh-musuh Mesir.

Aku menjadi saksi bahawa Asmaa’ selalu mengharapkan shahadah dan selalu berkata “Aku mahu pergi menuju tuhanku”.

Asmaa’ pernah bermimpi selepas syahidnya mujahid Said Siyam (Menteri Hamas di Gaza), beliau berkata kepada Asmaa’ “Mari bersamaku”, lalu Asmaa’ mahu mengikuti beliau, tetapi dihalang oleh ibunya dan suaminya. Mereka berkata kepada Asmaa’ “Bukan sekarang Asmaa’, lain kali.”

Asmaa’ sentiasa mengikati mimpinya sehinggalah ketika ini, Asmaa’ berkata “inilah waktunya!”

Asmaa’ menidurkan kedua anaknya sebelum bergerak ke Medan Raba’ah pada malam hari. Aku berkata padanya “Berpada-padalah turun ke medan. Kau masih ada anak-anak kecil yang perlukan kau”.

Asmaa’ lantas membalas “Adakah aku patut menyia-nyiakan peluang untuk syahid semata-mata kerana anak-anak?!”

Suaminya, Essam mengetahui bahawa Asmaa’ sangat mahukan syahadah. Essam berkata “Apabila aku terkena tembakan di kaki, aku turut membawanya ke hospital, dan aku tidak meninggalkannya walau seketika, kerana aku tahu Asmaa’ sangat rindukan syahadah. Sampai di tingkat 4 hospital Raba’ah, ketika aku dan Asmaa’ terduduk di lantai menunggu rawatan, Asmaa’ terkena tembakan di kepala dan syahid serta-merta”.

Aku menyangka Asmaa’ berada berdekatan dengan tingkap, yang memudahkannya terkena peluru yang ditembak ke arah hospital, tetapi Essam mmberitahu bahawa antara tingkap dan Asmaa’ terdapat 3 orang wanita yang sama-sama juga menunggu.

Aku bertanya lagi, adakah peluru datang dari arah atas, Essam menjawab beliau tidak tahu. Yang beliau pasti ialah peluru tersebut memang ditujukan khusus kepada Asmaa’.

Semoga Allah merahmatinya dengan rahmatNya yang luas, dan tergolong dalam golongan yang diberikan syafaat di hari Qiamat, dan semoga kami dapat mengikuti jejak langkah Asmaa’ dan bersama para solihin.

Ya Allah timpakanlah balasanmu kepada musuh-musuhMu dan mereka yang berlaku zalim dan melampaui batas.”

Dr. Hisham Sakr
Pimpinan Ikhwan


.
 
bicara elya : subhanaLlah..janji Tuhan sudah pasti buatmu..kami,kaki masih takut-takut tergelincir terjunam ke neraka dari menuju pintu syurgawi..AllahuRabbi..


Wednesday, August 14, 2013

berjuang, ertinya terkorban..

Assalamualaikum wa salam mahabbah..

dunia.

entah.
tak faham.

akhir zaman..

semalam,melihat video seorang suami memukul isteri di hadapan anak-anak di malaysia..hari ni naik banyak post tentang keadaan kritikal di mesir..

jiwa mana yang tak meronta,
batin mana yang tak menjerit?
AllahuAllah..

sedang ada saudara yang mempertahankan tauhid dan Islam, pemuda-pemudi kita terus dikuasai nafsu..mungkin mereka silap..ya..dan jangan lupa,kita yang mengatakan mereka silap juga silap..

selalu menyalahkan orang..tapi tak pernah berusaha membetulkan apa yang salah..maka yang salah akan terus salah tanpa ada yang sudi menunjukkan jalan betul..nastaghfiruLlah..

pukul isteri,
rogol anak,
lari rumah,
pukul emak,
dll...........

sekarang semuanya bukan lagi satu cerekarama,semuanya drama realiti yang nyata..melihat keadaan Mesir dan negara sekelilingnya,ramai yang cemburu..termasuk diri sendiri..cemburu untuk mengikut jejak langkah sebagai syahid syahidah..perasaan itu,hanya Tuhan Yang Tahu..

tapi ketahuilah duhai pemuda pemudi dirindukan syurga,kita juga sedang diuji..


Allah tempatkan kita di satu-satu tempat bukan sia-sia..perancangannya selalu penuh cinta..mungkin kita tak mampu menghadapi apa yang sedang saudara di sana hadapi..Ilahi lebih mengetahui kemampuan hambaNya..lantas Allah campakkan kita dalam keluarga sekarang untuk mengislahkan mereka,dalam masyarakat sekarang untuk memperbaiki apa yang mampu,dalam keadaan sekarang supaya terus sabar dan istiqamah menyebar risalah Islami..

AllahuRabbi..

Berjuang, ertinya terkorban

perjuangan mereka dibayar dengan nyawa..dan perjuangan kita,perlu korbankan hanya secebis tenaga,sekelumit daya,sedikit rasa, duit dan masa..

mungkin kita bukan di saf hadapan mengangkat senjata,sekurang-kurangnya tetapkanlah hati dan kaki dalam mujahadah ni walaupun dalam benteng terakhir..AllahuAkbar!

_______
Sila-sila like page ni untuk cakna dengan saudara-saudara kita di Mesir..
Tembak doa..
Islah diri. Islah umat.

bicara elya : terlalu kecil pengorbanan,terasa hina..namun berkorbanlah,moga dihitung disisi Dia..insyaAllah..

Sunday, August 4, 2013

telah berlalu masa rehatku..

Telah berlalu masa rehatku.

saat ibu di Palestin memberi senyuman terakhir,yang indahnya tak seperti selalu,
menghantar anaknya untuk syahid di medan jihad..

saat seorang rijal Syria dihujani peluru,
demi menyelamatkan maruah seorang muslimah yang diperkosa,terpaku membisu..

saat si anak kecil somalia meragut rumput,
kerana sudah keringnya susu si ibu..

_____

sedang di hujung sana,

ada si ibu melambai riang di muka pintu,melihat anaknya membonceng dengan kekasih yang belum halal pujaan qalbu..

ada seorang pemuda yang ligat mencari akal,sanggup menunggu waktu untuk memecah rumah mengambil segala sesuatu..

ada kanak-kanak kecil,mereka girang menari dan berdansa di hadapan beribu..didedahkan dengan hiburan secara dahsyat hingga tak pernah tahu untuk apa hidup itu..

_____

dan saat itu,telah berlalu masa rehatku..

perjuangan perlu lebih hebat dari yang dulu..

perlu lebih berganda tekun menuntut ilmu..
perlu lebih dekat dengan alQuran setiap waktu..
perlu lebih hikmah dalam mendekati mad'u..

perlu lebih mujahadah dalam mencari cinta Tuhan Yang Satu..

_____

dan sedarlah,
telah berlalu masa rehatku dan dirimu..AllahuRabbi..




bicara elya : ya,telah berlalu masa rehatku dan dirimu..hingga diri bertemu dengan Rabbi yang dirindu..insyaAllah :')

Thursday, August 1, 2013

pak cik teksi itu.. (4)

Assalamualaikum wa salam mahabbah..

15/7/2013

malam itu,hati tak tenang..sekilas wajah ammu asyik terbayang..AllahuRabbi..

bagaimana keadaannya sekarang?juadah apa yang dibuat berbuka?kakinya masih sakitkah?macam mana dengan kutipan?sudah cukupkah untuk membayar rawatan?

mana mungkin mata mampu lena malam itu..tapi Allah Maha Tahu..insyaAllah Dia sentiasa menjaga ammu..doa ku panjatkan setakat yang termampu..

selesai sahur dan membelek beberapa helai buku,elya bersiap untuk ke jamiah (universiti)..jari terasa rajin benar untuk menekan simbol muka buku di handphone..bismiLlah..

"Berita semasa saudara baru

Alhamdulillah ! Alhamdulillah ! Alhamdulillah !

Setelah hampir sebulan lebih tidak mendapat berita, akhirnya bukan sahaja rindu dapat diluahkan, malah keinginan untuk memeluk agama yang hak disampaikan. Isteri dan 3 anaknya bakal menjadi keluarga kita. Ikatan ukhuwwah didasari agama Islam terbentuk tanpa sebarang paksaan pastinya taufiq dari tuhan.

Disebalik kesukaran dihadapi dan berkat kesabarannya, sebuah bilik di masjid Qaryah Idun diberi kebenaran dari pihak masjlis agama sebagai penempatan sementara, setelah pokok menjadi teduhan sekian lama. Hanya kalimah kesyukuran mampu ku ucapkan setelah 2 berita gembira disampaikan. Semoga berita ini mampu memberi semangat baru kepadanya untuk menghadapi hari mendatang. 

Mohon doakannya dan keluarga terlindung dari kejahatan mereka yang tidak bertanggungjawab."

AlhamduliLlah..ya,semuanya taufiq dari Tuhan..alhamduliLlah.. :')

Jumpa


kelas terakhir di blok PH,kami berbual sesama sendiri..masih ada sahabat yang menghulur sedikit bantuan kewangan untuk diserahkan untuk ammu..setiap nilaian itu hanya mampu dihitung arRahman..moga dengan ikhlas si pemberi,dilipatgandakan Tuhan..insyaAllah.. :)


"alhamdulliLlah,isteri dan anak-anak pak cik pun dah masuk Islam..pagi tadi baca post dekat group tu..ya Allah,tak tahu nak cakap macam mana lagi..alhamduliLlah,moga pak cik sekeluarga thabat.."



"ye ke?alhamduliLlah..lepas diuji,Allah anugerahkan hadiah terindah..family pun ikut sama ucap syahadah..teringin pulak nak jumpa.."

jumpa.
ya,dalam hati hanya Tuhan yang tahu keinginan untuk berjumpa..kalaupun tak punya kesempatan di dunia,harapnya diizinkan untuk bersua di syurga..insyaAllah..

awan petang itu..
Kos Rawatan

AlhamduliLlah,sahabat-sahabat tak pernah lokek menghulur bantuan..update kewangan hari tu,kutipan dah melebihi kos yang diperlukan..alhamduliLlah,sekurang-kurangnya boleh top up kos kehidupan ammu sekali..lantas ayat ni terbayang dalam fikiran,

"Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." [alAnfal : 63]

tersenyum sendiri.. :)

balik rumah,beberapa notifications masuk..selesai uruskan apa yang patut,scroll down home..ditemukan lagi,

"sampaikan salamku pada seluruh rakyat malaysia, sungguh kehidupan Islam wujud disisi masyarakat melayu walaupun Islam diturun pada bangsaku terlebih dahulu "ujar namir al-nimri, saudara baru kita.


"sebenarnya kami sepatutnya berterima kasih pada kalian kerna disebabkan susah payah dan mujahadah datuk moyang kalian terdahulu, kami dapat menikmati keindahan agama mulia ini "jawapanku sampil sebuah senyuman dilontar padanya."

[perkongsian seorang senior yang menyerahkan duit bantuan pada ammu]

buat kesekian kalinya,alhamduliLlah.. :')

Kehidupan Islam


terharu dengan ayat ammu..benarlah,di sini rakyatnya sangat menghormati pelajar-pelajar malaysia..asyik diulang dengan ayat,'entu muhtaram,entu muhtaram'..awak orang yang dihormati..

kadang-kadang timbul rasa segan.

difikirkannya,kita sentiasa solat awal waktu berjemaah.
difikirkannya,semua rakyat malaysia menutup aurat sempurna.
difikirkannya,selalu kita menjaga ikhtilat dan tutur kata.

benarlah,bi'ah di sini mendidik..bahkan bicara mereka juga satu doa..tapi terfikir,bagaimanakah reaksi mereka andai kaki menjejak ke realiti bumi malaysia..melihat aurat muslimah terbuka sini sana,remaja bebas berkeliaran tanpa mengira masa..

Aduh!jiwa asyik gusar memikirkan masalah Ummah..apatah lagi masyarakat di tanah air sendiri..tatkala saudara-saudara lain sedang sibuk berperang nyawa demi agama,masyarakat kita bergaduh sesama saudara berebut harta..

AllahuRabbi..masih banyak tugas untuk diselesaikan..moga kata-kata mereka menjadi pemangkin semangat untuk kita membina khalifah dalam diri sendiri dan menyebarkan risalah Islami di setiap ceruk bumi..insyaAllah..

............

bersambung..

bicara elya : dah beberapa kali post ni tertunda..hingga hari ini membawa satu berita yang berat untuk diterima hati..Allah lebih menyayangi dia,sang penghuni syurga..moga terus dikuatkan jari jemari untuk menyampaikan kisah benar ammu,yang benar-benar memberi kesan dalam qalbu..moga Allah redha..insyaAllah..