Dari hati, sampai ke hati. :)

Photobucket

Malu brtanya sEsAt jalaN.....

ukhwahfiLlah..^_^

Tuesday, June 4, 2013

.gift.

 
Assalamualaikum wa salam mahabbah..
 
gift.
hibbah.
hadiah.
 
Maksud yang sama, besar pada makna.
 
anda masih bernyawa?udara masih sampai ke kerongkong?nadi berdenyut dan jantung masih berdetak?jika ya,ucaplah AlhamduliLlah thumma AlhamduliLlah.. :)
 
teringat kisah saudara Hilal di konvensyen buku baru-baru ni..apabila ditanya seorang pembeli tentang erti hidup baginya,dijawab dengan jawapan yang ringkas..tapi cukup bagi elya untuk menafsir sebuah kehidupan..katanya, 'hidup itu adalah peluang untuk memperoleh syurga.'
 
hurm..tersenyum sendiri..
 
benarlah..bagaimana lagi untuk kita ingin membina mahligai di syurga,jika bukan kita menyusun atur batu bata di dunia?besar sungguh rupanya nikmat hidup yang Tuhan kurniakan..kerana tanpa hidup kita di sini,mana mampu untuk kita sampai pada kehidupan di sana?
 
cuma,tinggal kita untuk menggunakan hadiah hidup ini sebaik mungkin..mengisi setiap ruang kehidupan dalam usaha mengejar dan meraih redhaNya..
 
hari baru,
peluang baru,
untuk memperelokkan hati lebih baik dari yang dulu,
peluang bertaubat pada Yang Satu..

masa tak pernah menunggu,
jadi,apa lagi yang perlu kita tunggu?

 astaghfiruLlah..
 
bicara elya : sungguh,nikmat Islam dan iman itulah hadiah terbesar..jaga dengan penuh cermat  ye..insyaAllah.. :)

0 coretan hati: