Dari hati, sampai ke hati. :)

Photobucket

Malu brtanya sEsAt jalaN.....

ukhwahfiLlah..^_^

Friday, February 1, 2013

rindu Baginda?

ya,
bibir mudah mengukir bicara bahawa kita merindui baginda,
tangan laju menari menaip kata,
namun sejauh mana bukti kita?

---

Assalamualaikum wa salam mahabbah..

"Katakanlah: Jika memang kamu cinta kepada Allah, maka turutkanlah aku, niscaya cinta pula Allah kepada kamu dan akan diampuniNya dosa-dosa kamu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi penyanyang." [aliImran : 31]

 
sejauh mana sujud kita di tengah malam?
sebagai tanda kesyukuran..hingga kaki Baginda juga membengkak..
 
sejauh mana nafsu makan kita kekang?
Baginda makan sikit,kita sikit-sikit nak makan..
 
sejauh mana ketulusan kita menghulurkan sedekah?
hinggakan Baginda sendiri memberi dan terus memberi meski Baginda sendiri kesempitan..
 
sejauh mana kita puasa sunat Isnin dan Khamis,jua hari putih(13,14,15 setiap bulan hijrah)?
kadang2 yang wajib pun kita tangguh-tangguhkan..
 
sejauh mana kalimah yang baik keluar bibir kita?
dan Baginda akhlaknya seperti alQuran bergerak..
 
sejauh mana selawat kita mengingati Kekasih Allah?
sedangkan di akhir nyawa,Ummati masih menjadi bicaranya..AllahuRabbi.......

sungguh,semua ini adalah muhasabah untuk diri sendiri jua..malu..ya,malu..pada diri,Tuhan jua Baginda..Muhammad bin AbduLlah..pesuruh Dia,RasuluLlah..

tak semua takpa,asal ada Sunnahnya yang mampu kita istiqamahkan dalam jiwa..hingga mendarah daging..senyum pun boleh..asalkan niat ikhlas.. :) moga2 kualiti meningkat seiring kuantiti..cari dan gali lagi Sunnah Baginda..tak kenal maka ta'aruf bukan?insyaAllah..


bukankah syafaatnya yang bakal kita pinta di hari sana..jom sahabat2fiLlah sayang..usaha yang termampu..sehabis daya..sebagai mana usaha kita meraih cinta manusia biasa,apatah lagi untuk meraih perhatian insan luar biasa..harus dimaksimumkan!sollu 'alanNabiyy.. :)

bicara elya : mujahadah..cakap sayang,cakap cinta,cakap rindu..erm,sekadar cakap tak cukup kut..sama2 muhasabah deh..insyaAllah.. ;)

0 coretan hati: