Bukankah redha dan syukur perlu sentiasa berseiringan..
BismiLlah wal hamduliLlah..
Allah telah menciptakan manusia itu dari setitis air mani yang hina,sehingga dijadikan sebaik-baik kejadian..patutkah kita kufur akan nikmatnya..bukankah kita mesti menadah tangan tanda kesyukuran?manusia yang lupa dan alpa..
di puncak kejayaan,segala yang di bawah tidak dihiraukan..mula ujub datang bertandang..takabbur cuba mengetuk pintu hati..tidak pernah terlintas bahawa sesungguhnya semua itu datang dari Allah dan akan kembali kepadaNya..susah sekali bibir untuk mengucapkan AlhamduliLlah..sukar sungguh untuk menjadi hambaNya yang bersyukur..
dalam kegagalan,segalanya kelihatan serba tidak kena..mengeluh sana,mengeluh sini..perasaan pasrah cuba diusir..dek sombongnya kita yang hina..lupa akan nikmat sekeliling..kelam segala..sahabat,janganlah terlalu memandang langit kerana kita masih berpijak di bumi..jangan melihat insan yang lebih tinggi dari kita,tapi lihatlah yang lebih bawah daripada kita..
"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman."
surah ali-Imran:139
bukankah indah sekiranya......
dalam kejayaan-kita selitkan perasaan syukur..kerana hanya dengan izinNya sahaja kita mampu memperoleh kecemerlangan..pasrah kerana kita telah buat yang terbaik dan Allah memberi apa yang setimpal dengan yang kita usahakan..pasrah menundukkan kesombongan yang bermaharajalela..syukur menambahkan kecintaan terhadapNya..dalam kegagalan-syukur kerana diberi pengalaman untuk berada di bawah..tanda sayangnya Rabb terhadap kita..mengingatkan bahawasanya tidak selalu kedudukan kita di atas..redho akan takdir yang tersurat mahupun tersirat..kerana yakin Dia telah menentukan yang terbaik buat kita.. kesyukuran yang melambangkan pengabdian jiwa..serta kepasrahan yang meningkatkan takwa..insyaAllah..
ya!redha dan syukur adalah pasangan ideal dalam hidup insani..titilah hidup dengan penuh tawaduk kepada al-Khaliq..moga diredhai Allah...amin...=)
"Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"
surah ar-Rahman:33-34
bicara elya : pesanan buat diri sendiri..hamba abdiNya supaya tak lupa diri..AstarfiruLlah....
0 coretan hati:
Post a Comment