Dari hati, sampai ke hati. :)

Photobucket

Malu brtanya sEsAt jalaN.....

ukhwahfiLlah..^_^

Monday, July 26, 2010

putus asa??


Nasihat Dr A'idh Al-Qarni "Manusia itu hanya memiliki satu umur. Jika ia menyia-nyiakannya, maka ia merugi segalanya. Rugi dunia dan akhirat. ...Oleh kerana itu, jika anda berdosa, kerana dikalahkan syaitan & hawa nafsu, JANGANLAH BERPUTUS ASA. Sebab, pintu TAUBAT selalu terbuka, kurnia Allah selalu diberikan, dan nikmat Allah sentiasa dianugerahkan di pagi dan petang hari."
- Dipetik dari buku "Jangan Berputus Asa"

>la tahzan ya qalb..

~dakwah bukan kerja SENANG..tapi kerja yang MENYENANGKAN hati...

min ukhti..=)

Bismillah wal HamduliLlah..
Assalamulaikum muslimin wa muslimat..
di mana agak2nya tahap iman kita hari ni??
InsyaAllah akan lebih baik..
apatah lagi, RAMADHAN mendekati..=))

dpt award dr ukhtikuu syg,fifiey..


*thank and link the person who tagged you .
syukran jazilan sayang!!always luv u liLlah my
dearest fiey..

*tag 15 bloggers you've recently discovered and think fantastic .
ukht madihan..
ukht suhana..
ukht syauqah..
ukht najwa aiman..
ukht anis humaira..
ukht wardah..

p/s:asifah x ckup 15..fiey dh byk tag..he3..=)

*contact that blogs and let them know they've been tagged .
insyaAllah..

*state 7 things about yourself .
l0ve Allah..
love RasuluLlah,Islam..
love my family and luvly friEnds..
wanna be mujahidah s0lehaH..(insyaAllah..)
studying at smka sheikh abdul malek,SHAMS..where i get to know myself and Rabb.. ;p
no smoke!!
hurmm,ske kismis n kurMa!! :)


~menebarkan sayap cinta Ilahi...=>

Friday, July 23, 2010

macam mainan..

BismiLlah wal hamduliLlah..
Assalamualaikum pembuka bicara..
kaifa halukum ya asdiqa'??
iman??harapnya makin subur..
dan sentiasalah bersyukur..jangan pernah sekali-kali kufur..

halaqah sentuhan qalbu tv 9,memang ana akui,menyentuh qalbi.. dengan kerjasama trainer dari esq training centre, membuatkan ana kembali mengimbau kenangan semasa training esq yang ana jalani.. penuh intisari..padat panduan hati.. ana tak mahu menyentuh mengenai fatwa yang dikeluarkan mahupun kedudukannya sekarang..apa yang ana pasti,jika sesuatu itu mendatangkan kebaikan, tidak salah untuk kita menerima..
cuma tertarik dengan kata-kata sahabat.."kem2 seumpama itu gempar dengan fatwa haram atau tidak..terpesong dari jalan Islam..walaupun menumbuhkan cinta pada Ilahi..namun tiada pula fatwa yang dikeluarkan untuk program-program realiti seperti ..., ..., ..., yang sah-sah melaghokan ummah..bercampur muslimin muslimat..aurat terbuka sana sini..sekarang,siapa yang nak tampil ke depan,beri fatwa kepada program2 seumpama ini??" (mungkin ada pgubhsuaian bicara..asif..)
ana,"waLlahua'lam ya ukhti...."

ok2..lupakan sejenak mengenai isu tu..kembali kepada halaqah sentuhan qalbu yang bersiaran setiap malam selasa bermula pukul 10..tajuk 'macam mainan' bertarikh 20 hb 7,amat meninggalkan kesan pada diri..melihat bayi-bayi kecil yang suci daripada debu dosa dibuang begitu sahaja..sungguh,hati manusia yang sanggup melakukan ini semua benar-benar terhijab daripada cahaya Rabbi..hati kecil seorang muslimah tak mampu menahan butiran jernih daripada gugur apabila mengenangkan bayi-bayi ini bagai tidak berharga walau satu sen..bahkan mereka ini anugerah Allah yang tak ternilai harganya..

akhir zaman..dunia makin maju..teknologi makin canggih..namun manusia berundur ke zaman jahiliyyah..sekurang-kurangnya,zaman jahiliyyah membuang bayi perempuan sahaja, dan ditanam dalam tanah..namun zaman 'moden' kini bayi2 tidak kira lelaki ataupun perempuan bagai tiada tempat kuburnya,hanya di tepian longkang untuk digonggong anjing, tong sampah bersama-sama segala sisa buangan dan di padang bagi digigit semut..Ya Allah..tiada nilaikah mereka??

terharu mendengarkan ulasan seorang penonton di mana beliau mengucapkan bahawa Islam sahajalah yang mampu menyelamatkan kita..sohih!!Islam itu indah..penuh dengan tata tertib dan adab2..meliputi seluruh aspek kehidupan..kalaulah insan itu tetap berdiri di atas landasan Islam,maka dengan izin Allah,akan malulah mereka dengan ALLAH untuk melakukan zina yang akhirnya mengundang azab Rabbul Izzati..ALLAHUAKBAR....

saudara2ku yang ku kasihi kerana Allah,marilah kita kembali kepada Islam yang sebenarnya..Islam yang syumul..penuh barokah,penuh keindahan..harga nyawa seorang hamba Allah janganlah diinjak-injak sebegitu rupa..dia juga hamba Allah..jangan kita sendiri yang menjatuhkan taraf kita sehingga lebih hina dari binatang..nau'dzubiLlah...Allah Maha Penerima Taubat..sama-samalah mengangkat tangan menadah doa supaya kita sentiasa terpelihara dari perbuatan keji..akhirul kalam,buka mata,buka hati..agar mampu hati kita kecapi erti sebenar nikmat cinta Ilahi..insyaAllah..

full of love..~

waLlahua'alam..

Wednesday, July 21, 2010

ku pohon petunjukMu....

~hidayahkanlah daku Ya Rabb..~

Ya Allah..
lemah jari ini mengukir..
terasa hilang arah..
padahal sudah jelas,
diriMu yang ku tuju..
.........

ku gentar pada Mu Ya Rabb..
andai tersalah pilihan..
dalam membuat keputusan..
andai tak mampu kupikul,
amanah yang Engkau berikan..

astarfiruLlah..
maghrifahMu yang ku pohon,
jika langkahku terpesong,
tariklah kembali hati ini,
di jalan yang Engkau redhai..

ku pasti Ya Allah,
Engkau sudah mempunyai rancangan,
yang tak termampu dibayangkan..
ujian yang diturunkan,
demi melihat keutuhan iman..

ikhlas hatiku berdetik,
tunjukkanlah hidayahMu..
kerana langkahku baru bermula,
di medan perjuangan,
demi cinta hakikiMu..

jika ku hampir tersungkur,
bingkas sedarkan daku..
jika ku hampir hilang arah,
pantas tunjukkan arah..

agar tak tersesat daku melewati liku-liku hidup..
mencermin akhlaknya RasuluLlah..
yang daku sangat rindukan..

subhanaLlah,alhamduliLlah,AllahuAkbar..
ASTARFIRULLAH..........

Friday, July 16, 2010

ahlan wasahlan ya syaaban..=)

BismiLlah wal hamduliLlah..
pejam celik,pejam celik masa terus berputar..
baru terasa menyambut Muharam 1431..
kini tiba syaaban memanggil-manggil..
membuka pintu-pintu rahmat,insyaAllah..


sekadar renungan....

Di bawah arasy , Allah SWT telah mencipta sebuah laut yang amat luas - sejauh mata memandang. Di permukaan laut tersebut Allah telah mencipta satu Malaikat yang amat besar. Sayapnya di sebelah kanan sejauh mata memandang dan di sebelah kiri sejauh mata memandang.

Setiap kali umat islam berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW pada bulan Syaaban maka malaikat tadi akan turun ke dalam laut tersebut dan akan naik semula sambil mengibas-ngibas sayap-sayap dan bulu-bulu di badannya. Maka akan berguguranlah berjuta juta titik air dari tubuh malaikat tersebut.

Sekiranya seratus kali umat islam berselawat maka seratus kalilah malaikat tadi akan turun dan naik kembali sambil mengibaskan sayap dan bulu pada tubuhnya.

Dari setiap titik air dari tubuh malaikat tadi akan tercipta satu mailaikat lain yang mana setiap satu malaikat yang tercipta akan memohon dari Allah SWT akan keampunan dosa orang yang berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW pada bulan Syaaban sampai hari Qiamat.

Sekiranya sejuta titik air yang gugur dari tubuh malaikat tadi maka terciptalah sejuta malaikat yang memohon keampunan orang yang berselawat.

Oleh itu rajin rajinlah berselawat pada bulan Syaaban yang mulia ini kerana bulan Syaaban ini adalah bulan junjungan besar kita Nabi Muhammad
SAW. Semoga kita akan tergolong bersama orang yang mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT.


~Ya Allah..betapa hati ku tidak bersabar menunggu bulan yang mulia lagi penuh barokah ini..Ramadan al-Mubarak..rindunya sujud tatkala menyembahMu dalam sayup-sayup terawih.. :))

Thursday, July 15, 2010

liqo' menyimpul mahabbah..


"Ya Allah..ku titiskan air mata kesyukuran..nikmat demi nikmat Engkau kurniakan..apa lagi yang mampu ku dustakan..tiada!!tiada apa yang mampu ku dustakan!!hanya cintaMu yang kuharapkan..namun adakah ku layak memperoleh nikmat terbesar itu?kerana dosa yang menggunung,hati yang tidak terjaga,lisan yang sentiasa tidak berwaspada..Ampunkanlah daku Ya Allah..amin.."

BismiLlah wal hamduliLlah...
hari-hari insan yang dipenuhi dengan perancanganNya..moga semua adalah yang terbaik,insyaAllah..minggu ni ada 2 liqo' yang ana andaikan menyimpulkan ukhwah juga menautkan hati2 yang penuh kerinduan pada Ilahi..

*bersama-sama kak sakinah dan kak asmaq yang disayangi liLlah..

diizinkan Allah untuk bertemu dengan 2 akhowat ex-shams yang sudi hadir menghidupkan hati-hati mpp dan mt shams muslimat.kak sakinah halmi batch spm 04, dan kak asmaq 06..banyak perkongsian bermanfaat..antara ayat-ayat yang masih lagi di minda :

-jangan jadi terlalu jumud tapi jangan terlalu longgar dalam mengamalkan prinsip-prinsip islam..
-dakwah fardiyyah tu penting..dan yang paling berkesan tunjukkan qudwah hasanah sebagai dakwah bil hal..jika diimbau,oleh kerana akhlak Rasulullah lah yang menjadi faktor utama mengapa musyrikin Mekah tertarik pada Islam..(my lover..=))
-carilah mutiara tarbiyyah sementara masa masih ada kesempatan..
-jangan pernah tinggal doa rabitah untuk memantapkan ukhwah.
-jangan setakat dengar dan sampaikan,yang penting praktikkan ilmu yang kita dapat..

banyak lagi bait-bait indah yang kak sakinah dan kak asmaq kongsikan..kak aqma pun walau tak dapat hadir masih sempat mengirimkan risalah pada kak asmaq buat kami insyaAllah ilmu kak2 akan kami semai dalam diri untuk menjadi pimpinan yang solehah..doa2kan kami kak..jutaan terima kasih kami ucapkan kerana sudi turun padang untuk melawat adik-adik yang dahagakan ilmu..pengorbanan kak terlalu besar untuk kami balas..syukran kak..mge bia'h shams kembali tersebar,insyaAllah..uhibbukuma fiLlah ya ukhti!! =)
(kepok lekor yg kak asmaq bg licin kami makan..he3..syiok..mekacih..)

.::titisan ilmu qalbu::.

mutiara kasih : 'Andai kamu meminta-minta amanah dan Allah kurniakan,maka nantikanlah binasa dari Allah..andai kamu tidak meminta-minta amanah namun Allah tetap jua mengurniakan padamu,maka Allah akan menolong kamu walau apa cara sekalipun'
-ayat yg mengingatkan daku kisah khalifah Umar Abdul Aziz..terharu...

*timang kasih..~

oti 1 berlalu manandakan penggal persekolahan pertama dah tamat.dan menjadi tradisi shams dan majoriti sekolah untuk mengadakan perjumpaan ibu bapa untuk tandatangan buku peperiksaan..hehe..result??alhamduliLlah..semua datang dari Allah dan akan kembali pada Allah..moga exam akan datang lebih mutaz insyaAllah..

kali ni bunda yang datang..syukran ummi sudi meluangkan masa mai skolah..walaupun ada kelas lepas tu..rindunyaa sekolah rendah...perjumpaan ni menyimpulkan mahabbah antar ummi dan guru kelas tersayang,cg Kauthar..sygg cg! =)
ayat ummi-'dah timang sokmo kan kat umah..'heeee..

~Ya Rabb..jadikan daku anak solehah yang mempu
berbakti kepada orang tuaku..amin..

hurmm..nak timang kasih juga rasanya dengan
Ilahi..pengubat duka lara diri..sahabat2, jom cari kasih dan cinta ALLAH..!!
;))

Tuesday, July 13, 2010

terfikir..

in The Name of Our Creator-Allah Subhanahu wataala..

fifa 2010..

sudah habis..
sepanyol menang..
penonton bersorak tiada penghujung..

bookie untung..
sotong 'paul' dikagumi..
(awas!jgn trlalu taksub..tkut blh jd syirik..naudzubiLlah)

banyak yang dijangka,tiada rezeki..

Allah nak tunjuk..

terfikir..............
andai umat Islam saentero alam mampu berkumpul,

bersungguh-sungguh bangun malam..

untuk qiyamullail dunia..
walau sehari dalam 4 tahun..
spt sanggupnya mereka bangun di tengah malam..

untuk melihat bola disepak sana,disepak sini..

hurmm..
beruntungnya kita....

~x kata benci,x kata suka..cuma memikirkan kata hati.....=)
waLlahua'lam....

_________

"Hai orang berselimut(Muhammad),bangunlah (untuk sembahyang di malam hari) kecuali sedikit darinya,yaitu dari seperdua itu atau kurangilah dari seperdua itu.Dan bacalah al-Quran itu dengan perlahan-lahan."

surah al-Muzammil-73 : 1-4

Saturday, July 10, 2010

azab buat WANITA yang...

Renungan khususnya untuk para kaum hawa…..


Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis.

Beliau menjawab,
“Pada malam aku diisra’kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.”

Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.

“Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

“Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

“Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

“Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

“Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,” kata Nabi s.a.w.



Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

Rasulullah S.A.W menjawab,
“Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang ‘mengotori’ tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.


*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa solat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti **** dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.”

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.
~moga menjadi panduan..salam isra' mikraj...=))

Thursday, July 8, 2010

budak kecik,2 tahun..


~mujahidah al-Soghir..

Seorang kanak2 yang mampu menjawab soalan yang terkadang tiada mampu kita fikirkan..malulah wahai saudara2 seislam..malulah anda pada anak kecil ini yang sudah menyemai cintaNya kpd ad-deen Allah ini..akhirul kalam-selamat menonton dan selamat koreksi diri ...=))

cute + bijak + terang hati + qurratu a'yun + hidayah = nak anak camnie!! ;p -insyaAllah...

Tuesday, July 6, 2010

qana'ah ..


Imam Barbahari bersyair:

"Barangsiapa yang puas dengan apa yang dimilikinya,maka ia menjadi orang yang kaya dan selalu tetap diatas agama.Betapa tingginya kedudukan qana'ah,membuat orang rendahan menjadi mulia.Jiwa seseorang menjadi sempit ketika didalam kemiskinan,namun bila ia mendekat kepada Tuhannya,semua menjadi luas"

[Mukaddimah Syarhus Sunnah, Imam Barbahari]

-inni akhofuLlah..-

kem pro lil mujahid wa mujahidah shams...~


BismiLlahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wa salam islah ya sodiqi..
Demi nyawaku yang berada di genggamanNya..
moga Allah merahmati tiap detik nafas yang terhela..

Ya Allah..sudah suratanMu kami ditaklifkan..
bantulah kami agar terus thabat di atas jalanMu..
Baru2 ni ana dan sahabat2 diizinkan Allah menghadiri kem profesionalisme dan kepimpinan bagi mpp dan mt shams..Syukran yang tidak terhingga bagi alumni2 shams yang begitu bersemangat mendidik kami supaya menjaga SHAMS dan sentiasa dalam berkah Ilahi..utuhlah berpegang dengan al-Quran dan as-Sunnah...

put trust in Allah..

banyak input yang berguna dan sangat2 bermanfaat bagi kami..harapnya agar kami istiqamah dengan ilmu yang diberikan..kem yang diadakan di Rela,kuala berang mmg besh!!he3..ukhwah makin mantop..perjuangan makin tinggi..semangat semakin subur..

Ya Allah,berikanlah kami kekuatan dalam menjalani kehidupan dan amanah Mu...jangan pesongkan hati kami setelah Engkau telah kurniakan hidayah buat kami..amin...doa2kan kami juga yer..=)

~buat sahabat-sahabat tercinta,ayuh kita mulakan langkah..
bersama-sama menuju medan jihad..
bersama-sama naikkan panji Islam tercinta..
dalam mengejar CINTA Allah yang abadi..
jua redhaNya yang merahmati...
hayya ya mujahid wa mujahidah,ila mardatiLlah!!