Dari hati, sampai ke hati. :)

Photobucket

Malu brtanya sEsAt jalaN.....

ukhwahfiLlah..^_^

Sunday, February 28, 2010

The Heart of a Muslim..~




Looking up at the sky, searching for Allah most High
He rejected the way of worshipping Gods of clay
Prophet Ebrahim knew that Allah was near
And that the heart of a Muslim is sincere

Under the hot burning sun, he declared God is one
Though with stones on his chest, his Imaan would not rest
The Muadhin knew that right would conquer wrong
And the heart of a Muslim must be strong
[ www.thenasheedlyrics.com ]

Chorus:
It�s the heart of a Muslim through the guidance of Islam
That makes you fair and kind and helpful to your fellow man
So living as a Muslim means that you must play a part
Allah looks not at how you look, but what is in your heart

In our poor meager state, little food on our plate
Mother said she was glad, always sharing what we had
When I asked how can we share what�s not enough
She said the heart of a Muslim�s filled with love

He said its time you should know, you will learn as you grow
That some people around will do what�s bad to bring you down
Father said to be a star that�s shining bright
For the heart of a Muslim does what�s right

Chorus

So whatever you, make sure your words are true
Honesty is the best, because life is a test
Even if it hurts so much you want to cry
For the heart of a Muslim does not lie



~dedicated specially to all my sahabat n everyone who have d HeaRt of MusLim....

Thursday, February 25, 2010

Ya RasuluLlah,Ya HabibaLlah.....

BismiLlahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wa salam mahabbah..
salam maulidurrasul utk semua..=))
semoga rasa cinta pd baginda akan lebih mendalam..
selawat dan salam buat rasul junjugan kita..!!

Hayatilah syair yang masyhur, yang dikarang oleh seorang ulama ahli hadith dan ahli sejarah, yakni Al-Hafiz Wajihuddin Abu ‘Abdillah Abdul Rahman ibnu ‘Ali Ibni Muhammad ibni Umar As-Syaibani Az-Zabidi As-Syafie yang lebih dikenali dengan gelaran Al-Imam Ad-Daiba’ie. Syair, kata-kata pujian serta selawat yang termaktub dalam karangan masyhur beliau, Maulid Ad-Daiba’ie diiktiraf oleh para ulama dan sudah digunakapakai selama lebih 450 tahun di dalam dunia Islam. Fahamilah bahawa syair-syair ini bukanlah semata-mata karangan yang berasaskan imaginasi pengarangnya; tetapi adalah merupakan pancaran rasa cinta yang begitu mendalam yang berasaskan ilmu pengetahuannya yang luas terhadap hadith-hadith yang begitu banyak serta ma’rifat kurniaan Allah S.W.T. Hayatilah di bawah ini terjemahan bait-bait syair beliau tentang kelahiran Rasulullah s.a.w., yang pasti membangkitkan lagi kecintaan dan kasih umat kepada Baginda Rasulullah s.a.w.

Hadirkanlah hati-hati kalian,
wahai sekalian orang yang mempunyai akal fikiran.
Agar dapat kujelaskan kepada kalian segala sifat yang indah menawan
dan cantik memukau bagaikan pengantin, milik Kekasih Teragung ini.
Yang diistimewakan dengan gelaran termulia (Kekasih Allah).
Yang pernah naik menghadap Allah,
Maharaja Yang Maha Pemberi (di malam Isra’ dan Mi’raj).
Sehingga ia dapat menatap langsung keindahan-Nya
tanpa sebarang tirai penghalang.

Ketika tiba saat kemunculan ‘Matahari Kerasulan’ ini di ‘Langit Keagungan’;
maka keluarlah satu malaikat membawa titah perintah Allah Yang Maha Agung,
kepada Ketua Penghuni Langit, Saidina Jibril a.s.

“Wahai Jibril, serukanlah kepada seluruh makhluk.
Di bumi dan di langit, dengan ucapan-ucapan tahniah dan khabar gembira.
Kerana sesungguhnya,
Nur yang terpelihara, dan Rahsia yang tertutup sekian lama,
yang telah Aku wujudkan sebelum terwujudnya segala sesuatu,
dan sebelum Kuciptakan bumi dan langit.
Pada malam ini,
akan Ku pindahkan ke dalam perut ibunya dalam keadaan riang gembira.
Dengan sebabnya, akan Ku penuhi seluruh alam dengan cahaya.
Ia akan Ku pelihara dan Ku didik
dalam keadaan yatim (tanpa campur tangan ibu bapanya)
dan akan Ku sucikan ia dan ahli keluarganya dengan sesuci-sucinya
(sehingga mereka tidak akan melakukan perkara yang Aku tidak redhai)”

(Setelah Saidina Jibril a.s. menyerukan titah Allah tersebut)
maka ‘Arasy bergoncang hebat kerana merasa sangat gembira.
Kursiy yang teramat hebat itu pula
menjadi semakin hebat dan agung (demi memuliakan Baginda s.a.w.).
Dan tujuh petala langit dipenuhi cahaya (bagaikan sedang berpesta).
Sedangkan suara para malaikat bergemuruh mengucapkan tahlil,
tahmid dan istighfar (lantaran terlalu gembira dengan kedatangan Baginda s.a.w. ke mayapada).

(Sejak awal kehamilan) Bondanya (Sayyidatina Aminah r.anha)
sentiasa melihat pelbagai mimpi dan tanda kemegahan
serta keutamaan bayi dalam rahimnya itu,
sehinggalah usia kandungannya cukup sempurna.
Lalu ketika dirasakan dirinya benar-benar akan melahirkan,
dengan keizinan Tuhan segala makhluk,
maka ia pun melahirkan Al-Habib s.a.w. dalam keadaan sedang sujud,
bersyukur dan memuji Allah,
begitu comel dan indah laksana bulan mengambang penuh.
Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan
dalam keadaan telah berkhatan dengan kekuasaan Allah S.W.T.
Kedua matanya yang mulia bercelak dengan ‘Celak Hidayah’
(terpelihara daripada memandang apa yang tidak diredhai oleh Allah).
Ruang angkasa menjadi terang benderang kerana Nurnya.
Dan alam semesta penuh dengan keindahan
serta bersinar cemerlang kerana Nurnya itu.

Generasi yang tidak menjumpainya, termasuk juga umatnya,
sebagaimana generasi yang telah berlalu sebelumnya.
Kehebatan pertama mukjizatnya adalah terpadamnya api sembahan orang-orang Parsi
(yang tak pernah padam selama seribu tahun).
Beranda-beranda istana Maharaja Parsi tiba-tiba runtuh berjatuhan.
Syaitan-syaitan dihujani dengan panah-panah api bintang
yang panas membakar dari langit.
Semua jin yang sombong dan zalim,
berundur dengan hina dan tunduk kerana serangan dan desakan kuasa Baginda s.a.w.


Begitulah sebahagian kecil daripada syair-syair yang mengisahkan tentang kelahiran Baginda Rasulullah s.a.w. Peristiwa kelahiran Baginda s.a.w. sudah tentu adalah merupakan peristiwa yang terbesar dalam kehidupan kita sebagai umatnya. Dengan kelahirannya, Rahmat Allah S.W.T. tersebar ke serata alam. Dengan sebab kelahiran baginda, maka kita merasai nikmat Islam. Dengan sebab kelahiran baginda, maka kita pada hari ini dapat sujud dan tunduk menyembah kepada Tuhan Yang Maha Agung. Nah, sekarang ini tarikh 12 Rabi’ulawwal semakin hampir dengan kita. Apakah persiapan kita bagi menyambut tarikh yang bersejarah tersebut? Seandainya ulangtahun kelahiran kita, ibubapa kita, adik-beradik kita, rakan-rakan kita, serta orang-orang yang kita sayangi, kita raikan dengan penuh meriah, bagaimanakah sikap kita dalam menyambut ulangtahun kelahiran Rasulullah s.a.w.?
Sudah tentu, kita meraikan ulangtahun kelahiran baginda bukanlah sepertimana orang-orang Barat meraikan ulangtahun kelahiran seseorang. Sebaliknya, kita meraikan ulangtahun kelahiran Baginda s.a.w. sebagai manifestasi kecintaan kita yang mendalam terhadap Baginda s.a.w.; kita penuhi dengan selawat, maulid serta pengkisahan tentang sirah Rasulullah s.a.w. Mencintai Rasulullah s.a.w. adalah merupakan kewajipan terhadap kita selaku umat Baginda s.a.w. Malah, dengan sebab kecintaan kita terhadap Baginda s.a.w. (yang benar-benar tulus) itulah yang akan mampu menyampaikan kita kepada keredhaan Allah S.W.T., serta kedudukan yang mulia di akhirat yang kekal abadi kelak.

Daripada Sayyidina Ali r.a., bahawa Nabi s.a.w. mencapai tangan Hasan r.a. dan Husin r.a., lalu bersabda (yang lebih kurang maksudnya):
“Sesiapa yang mengasihiku dengan mengasihi kedua-dua (cucuku ini) serta kedua ibu bapa mereka (Sayyiduna Ali dan Fatimah r.a.), maka mereka akan bersamaku di dalam kedudukanku pada hari Kiamat.” (Hadith riwayat Imam Ahmad dan Tirmidzi, hadith Hasan)


Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal
Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

1. Kelahiran junjungan besar kita, Nabi Muhammad Rasulullah saw.
Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa Nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.

2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul.
Dibulan Rabiulawal inilah Nabi Muhammad saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi Muhammad saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulalah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.

3. Hijrah
Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.

4. Peperangan.
Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.

5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw.
Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.

6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah
Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar r.a di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.

7. Pembukaan Iraq
Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.

8. Pembukaan Baitul Muqaddis
Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.

9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol
Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

Sunday, February 21, 2010

~aroma al-Misky...

Tinggalkan perbuatan haram dan seseorang itu akan mendapat pahala dan ganjaran setimpal daripada Allah swt. Seorang pemuda penjual kain merupakan salah seorang yang telah menerima ganjaran daripada perbuatannya meninggalkan perbuatan haram.

Pemuda tampan itu menjual kain dari rumah ke rumah. Pada suatu hari, seorang wanita memanggilnya dan menyuruh masuk kerumah nya, kononnya akan memudahkan wanita itu memilih kain yang mahu dibeli. Bagaimanapun, wanita itu jatuh hati kepada ketampanan pemuda tersebut. Beliau memujuk rayu dan menggoda pemuda itu agar mencumbuinya dan kemudian melakukan zina.

Sedar bahawa wanita itu mengikutkan hawa nafsu dan kerana terlalu takut dengan azab Allah, pemuda itu menolak permintaan wanita itu. "kalau kau tak mahu penuhi permintaan ku, aku akan menjerit dan akan memberitahu orang ramai bahawa kau merenggut kesucianku. Mereka pasti percaya dengan cakap-cakap aku kerana kau berada dalam rumah ku", ancam wanita itu.

Pemuda itu sangat bimbang dengan ancaman tersebut. "kalaulah wanita ini benar-benar menjerit, pasti aku difitnah dan mendapat malu besar," bisik hati pemuda itu. Untuk mengelakkan berlakunya ancaman wanita itu, pemuda kacak itu pun memberitahu bahawa beliau setuju melayani kehendak wanita tersebut.


Bagaimanapun, sebelum itu, beliau meminta izin masuk ke bilik mandi untuk membersihkan tubuhnya. Wanita itu sungguh gembira kerana dia yakin akan dapat memenuhi keinginan syahwatnya. Didalam bilik mandi, pemuda itu mencari akal. Beliau memohon kepada Allah agar memberinya petunjuk dan menyelamatkannya daripada melakukan perbuatan terkutuk itu.

Beliau cuba lari namun tingkap di bilik mandi itu tertutup rapat dan dimangga. Akhirnya pemuda itu mendapat akal. Walaupun berasa sangat geli melakukannya, pemuda itu tetapkan hati dan menyapu najis dan segala kotoran dalam bilik mandi itu ke seluruh tubuhnya dengan harapan apabila beliau keluar nanti, wanita itu akan berasa jijik terhadapnya.

"Ya Allah, kerana aku terlalu takut kepada Mu, aku lakukan ini agar aku selamat daripada wanita itu. Tetapi Tuhanku, kurniakanlah aku dengan kebaikan sebagai gantinya", doa pemuda itu.

Setelah berdoa, pemuda itu keluar dari bilik mandi dan menemui wanita itu. Melihatkan seluruh tubuhnya dilumuri najis dan berbau sangat busuk, wanita itu hampir muntah dan berasa sangat marah. Pemuda itu dihalaunya keluar dari rumahnya. Apabila diusir, pemuda itu secepat kilat keluar dan berasa sangat lega.

Dan sebagaimana doanya, Allah mengabulkan permintaannya dengan memberikan ganjaran setimpal keatasnya. Anugerah Allah itu berupa bau wangi yang sangat mengasyikkan yang melekat pada tubuhnya hingga beliau meninggal dunia. Sesiapa saja dapat menghidu bau wangi tubuhnya dari jarak berapa meter jauhnya hingga beliau digelar 'Al-Misky' yang ber maksud harum.

apabila beliau meninggal,pd batu nisannya dituliskan "Inilah pusara Al-Misky"

Fikir2knlah..adakah kita sanggup melakukan seperti pemuda ini lakukan,demi maruah dirinya dan juga agama..moga2 kita snts dilindungi Allah dr hasutan syaitan laknatuLlah dn godaan hawa nafsu..salam mujahadah ya ikhwah wa akhowat..!--> luv Allah alwys....

Saturday, February 20, 2010

Jom bersihkan hati..=)

Rasulullah s.a.w pernah bersabda maksudnya:
"Bahawa hati itu berkarat, seperti berkaratnya besi."

Lalu orang bertanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana membersihkanya?"

Jawab Rasulullah: "Membaca al-Quran dan mengingati mati."Membaca al-Quran dijelaskan di sini bagi membersihkan kekotoran di jantung yang didatangkan syaitan mengikut saluran darah.
Dari sabda Rasulullah s.a.w di atas, dapat kita tahu bahawa langkah utama dalam mengembalikan hati yang bersih dan suci ialah dengan membaca Al-Qur’an dan mengingati mati. Membaca Al-Qur’an hendaklah dilakukan sekali dengan mentadbur isi kandungannnya agar kita dapat memahami setiap ayat yang kita baca dan agar ketaqwaan kita kepada Allah semakin bertambah.


Antara amalan-amalan lain yang boleh kita lakukan untuk membersihkan hati ialah dengan :
-Banyak mengingati Allah dengan berzikir.
-Memperbanyakan solat-solat sunat terutamanya solat taubat.
-Berdoa kepada Allah supaya hati bersih.
-Redha dengan ketentuan Ilahi. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.
-Jaga makanan supaya hanya bersumber dari rezeki yang halal, elakkan makan makanan yang syubhah

Thursday, February 18, 2010

Kisah balang kaca...

Seorang pensyarah di Kolej Safir yang bernama Dr. Izwan kelihatan sudah bersedia memulakan kelas falsafah beliau. Suasana di dewan kuliah sunyi sepi dan para pelajar nampaknya sudah bersedia mendengar syarahan daripada Dr. Izwan.

Kelihatan di ats meja Dr. Izwan trdapt sebuah balang kaca yang besar & secawan air kopi yg sgguh harum aromanya.Tanpa berkata apa-apa, Dr. Izwan meletakkan beberapa biji bola golf ke dalam balang kaca tersebut sehingga penuh. Kemudian,Dr. Izwan bertanya,"Wahai para pelajarku,adakah balang kaca ini sudah penuh?". Para pelajarnya menjawab,"Ya, balang kaca itu sudah penuh".

Kemudian, Dr Izwan memasukkan beberapa biji manik ke dalam balang tersebut dan menggoncangkannya. Manik-manik tersebut mengisi ruang-ruang kosong di celah-celah bola golf di dalam balang tersebut. Dr. Izwan bertanya lagi,"Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?". "Ya", jawab para pelajarnya.

Kemudian, Dr. Izwan mengisi pula balang tersebut dengan pasir pula. Dengan mudah pasir-pasir tersebut mengisi ruang-ruang yang masih ada di dalam balang kaca tersebut. Dr. Izwan tanpa segan silu bertanya lagi,, "Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?". "Ya", jawab para pelajarnya yang nampaknya agak keliru dan terasa seperti diperbodohkan.

Kemudian, dengan yakin Dr. Izwan mengisi balang kaca tersebut dengan air kopinya. Kedengaran suara seperti orang ketawa kecil. Suasana di dalam dewan kuliah mula hingar-bingar seketika. Dr. Izwan sambil tersenyum sinis bertanya,"Adakah balang kaca ini sudah penuh?. Para pelajarnya menjawab, "Ya, sudah penuh".

Seorang pelajar Dr. Izwan mengangkat tangan sambil bangun dan bertanya,"Kenapakah Dr. Izwan berbuat demikian?". "Baiklah saya akan terangkan sebabnya... balang kaca ini melambangkan kehidupan kita semua. Bola golf itu pula melambang perkara-perkara yang paling penting yang perlu diisi ke dalam kehidupan kamu seperti agama kamu, amal ibadah, pelajaran, ibubapa, keluarga dan sekiranya tiada perkara lain pun kehidupan kamu tetap juga penuh. Manik-manik kecil itu pula umpama perkara-perkara keperluan kamu seperti rumah, kereta, pangkat dan sebagainya. Begitu juga pasir tersebut melambangkan perkara-perkara kecil yang lain dalam kehidupan kamu", jawab Dr. Izwan dengan yakin dan gayanya yang tersendiri.

"Cuba kamu bayangkan jika balang kaca tersebut diisi bermula dengan pasir, sudah tentu ruang untuk bola golf dan manik amat terbatas. Begitulah juga kehidupan, jika kita hanya menghabiskan tenaga dan masa hanya kepada perkara kecil dan remeh... pasti dan pasti kita tiada lagi ruang masa dan tenaga untuk perkara-perkara yang penting dan bermanfaat", Dr. Izwan menyambung.

Tiba-tiba seorang pelajarnya bertanya, "Habis... air kopi tu melambang apa pula?". Sambil tersenyum Dr. Izwan menjawab, "Walau sesibuk mana pun kamu semua, ketahuilah bahawa kamu masih lagi punya waktu untuk minum secawan kopi bersama ibubapamu.

Wahai kawan-kawanku sekalian... jika kamu berasa kehidupan ini terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan sehingga anda merasakan masa selama 24 jam itu tidak cukup... sebenarnya anda silap! Berfikirlah dengan akal berpandukan Iman di dalam hati... tentukan yang mana satukah prioriti.fahamilah sedalam-dalamnya tafsiran surah Al-'Asr!!!(sumber-iluvislam)

~sama2lah kita menghayati detik2 hidup yg hanya seketika..krn kita tdk mahu hanya mengumpul bekal utk hari ini,tapi bekal buat mengecap kebahagiaan hakiki di sana..wahai saudara2ku yg disygi liLlah,,mmg realiti khidupan itu dipenuhi pancaroba dan mehnah2 yg sbnarnya menebalkan iman kita..kita bkn sekadar ingin lulus peperiksaan akademik semata-mata..yg mnjadi ujian sebenar bg kita adalah godaan dunia..tidak mahukah kita lulus dgn cmerlang dlm ujian trsebut??

dan kadang2 hati turut merungut..dirasakan beban menggunung di bahu..hakikatnya ia cuba mlpskan amanah Allah..amanah khusus utk makhlukNya yg brgelar manusia yg snts lupa..prcyalah,hidup ini x lama..sekadar antara azan(bila dilahirkan) dan waktu solat(bila meninggal dunia)..utamakan yang lebih utama yakni ad-deen kita..krn tidak ada sebab lain manusia itu diciptakan melainkan menjadi abdu kpd Yang Esa..hiduplah dalam jemaah wahai sahabat,krn jika sndirian tidak kuat utk kita yg brgelar insan lmh lg hina ini utk mmpertahankan keimanan kita apatah lagi membenteng ketakwaan..

AstarfiruLlah 3x..moga kita tergolong dalam golongan yg saling mencintai kerana Allah dan memperoleh keampunanNya..ya Allah,hiasilah diri kami dgn akhlak terpuji dan sentiasalah berada di sisi kami menuntun kami di atas sirat yg betul..benihkanlah perasaan ikhlas dlm jiwa kami dalam beribadah kpdMu..bkn mgharapkan pujian dan pangkat duniawi,tetapi cinta tulus abadi dari Ilahi..Amin,,amin,,amin Ya Rabbal Alamin...

*org yg paling gagah bukanlah terletak pd fizikalnya yg kuat,tapi bagaimana dia mengawal marahnya..

Sunday, February 14, 2010

Gadisku...

Gadisku, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bisa menarik sang kumbang untuk mendekatimu. Namun...tidak semua bunga senang didekati sang kumbang lantaran duri yg memagari diri, umpama mawar merah, dari jauh sudah terhidu keharumannya. Penahan warnanya yg terselah indah mengundang kekaguman kepada sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.

Gadisku, aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahadah. Bentengilah kubu dirimu dengan perasaan malu yg bertunjangkan keimanan dan keindahan takwa kepada Allah...hiasilah wajahmu dengan titisan wuduk. Ingatilah ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadannya. Sesuatu yg tertutup itu lebih berharga
jika dibandingkan dengan sesuatu yg terdedah, umpama sebutir permata yg didedahkan untuk perhatian umum dengan suatu permata yg diletakkan dalam bekas tertutup. Sudah pasti keinginan naluri lebih kuat untuk melihat sesuatu yg tersembunyi, melebihi sesuatu yg trdedah.

Wanita solehah yg patuh dan taat kepada AL-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya
adalah harapan setiap insan yg bernama Adam. Namun segalanya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yg tinggi kerana bertentangan dengan nafsu serakah yg bersarang dalam dirimu. Lebih-lebih lagi dgn title gadis yg engkau miliki, sudah pasti darah mudamu mencabar rasa keimanan yg ada. Namun ingatlah gadisku...sesiapa yg inginkan kebaikan, maka Allah akan
memudahkan jalan-jalan baginya ke arah itu. Yang penting gadisku engkau miliki azam, usaha dan istiqamah..

Gadisku, akuilah dirimu menjadi fitnah kpd kebanyakan lelaki. Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu, maka sudah tidak ada perisai yg dapat membetengimu.

Sesungguhnya Nabi ada mengatakan bahaya dirimu: "tidak
ada suatu fitnah yang lebih besar, yg lebih bermaharajalela selepas wafatku
terhadap kaum lelaki selain fitnah yg berpunca dari kaum wanita."

wahai muslimah solehah> jadilah permata,bukan kaca..


Oleh itu gadisku, setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan Al-Quran dan As-Sunah. Jgn biarkan sekali sesiapa mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu. Sesungguhnya Allah Taala telah mengangkat martabatmu setaraf kaum Adam. Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yg bakal menggocang dunia dgn sentuhan lembut tanganmu.

Gadisku, dalam hidupmu engkau ingin menyayangi dan disayangi. Itulah fitrah semulajadi setiap insan, namun ramai antara kaummu yg tewas kerana cinta....bercinta tidak salah, tetapi memuja cinta itu salah. Ini adalah kerana, kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi sebahagian besarnya kerana cinta.


Benarlah sabda Rasulullah membawa maksud, "Sesungguhnya cinta itu buta." Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yg hak dan baril, jika engkau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu semata-mata dan bukan kerana Allah swt. Sebelum engkau mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu. Cintailah dirimu yg unik itu dgn mengkaji hakikat kejadianmu yg begitu simbolik. Asal kejadian dari setittis air yg tidak berharga, lalu mengalami proses pembentukkan yg sempurna hasil rencana ALLAH. Semoga perasaan sebegitu dapat melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadap Allah dan dgn itu akan timbul cinta dan kasihmu terhadap penciptamu.

Gadisku, menyintai Allah dan Rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yg hakiki dan abadi...

Saturday, February 13, 2010

sejarah hari Valentine...

ANTARA VERSI2 SEJARAH HARI VALENTINE..
1- valentine,seorang paderi yg berpengaruh besar pd zaman Ratu Isabela di Sepanyol yg mempunyai pengaruh besar semasa menjatuhkan kerajaan Islam d Cardova,Sepanyol.14 Feb disambut utk meraikan kejayaan menjatuhkan Islam!

2-Valentine seorg paderi yg menjatuhkan Islam.mempunyai 2 org kekasih,seorang beragama Islam,seorang lagi beragama kristian protestan.

3-Valentine seorg paderi yg dibunuh pada 14 Februarikrn menentang kerajaan Rom.. pembunuhannya yg dianggap simbol ketabahan dan keberanian disambut oleh pengganut agama kristian katholik..

~kesimpulannya,valentine's dy disambuat atas kejayaan menjatuhkan kerajaan Islam..!
mahukah kita turut mahu menyambut hari terkutuk yg menjadi kebanggaanpuak2 kristian ini?
Sabda RasuluLlah,"barangsiapa yg melakukan perbuatan yg menyerupai sesuatu kaum,maka dia temasuk golongan itu..Kristiankah kita??NauzubiLlah..Renung2kan..
sebarkanlah hal ini semampu anda demi menegakkan amar ma'ruf nahi mungkar..TAKBIR!!!
ALLAHUAKBAR!!



jadi sahabat2ku,janganlah kita mengabiskan masa dan wang ringgituntuk menyambut hari yang sepatutnya kita benci..hari valetine jugalah banyak berlaku perkara2 maksiat kerana keghairahan dan kejahilan manusia menyambut hari ini..semoga kita semua tergolong dalam golongan yg dilindungi olehNya drpd perkara2 yg boleh merosakkan akidah..Amin..
waLlahulam...
in luv just with Allah...

Friday, February 12, 2010

sejenak cuma...

..."Hari ini adalah PEMBERIAN..manfaatkanlah sebaik2nya...
kerana SEMULIA2 hamba adalah yang paling tinggi TAQWA'y..
semalam adalah SEJARAH buat kita....b'ISTIGHFAR lah kita untuknya.....
dan b'SYUKUR atas kurniaan hidayah dariNya..... kerana sebaik-baik ZIKIR adalah istghfar...dan sebaik baik DOA adalah alhamdulillah..
esok adalah MISTERI.......yang padanya terletak angan-angan...
dan SEBIJAK2 manusia adalah yang sentiasa mengingati akan kematiannya...
dan mempersiapkan diri untuk kehidupan sesudah mati.......
dan TERPELIHARALAH sebahagian iman didalam dada anak ADAM bila dalam hatinya MENYINTAI saudara s'islamnya yang lain kerana ALLAH SWT....."


Ibn Taymiyyah says “Verily, I constantly renew my Islam
until this very day, as up to now, I do not
consider myself to have ever been a good Muslim.”
[Narrated by Ibn al-Qayyim in 'Madarij as-Salikin'; 1/218]

Thursday, February 11, 2010

berTASBIH bersama bintang,..


“Dan sungguh Kami telah menciptakan bintang di langit dan menjadikannya terasa indah bagi orang yang memandangnya” (al-Hijr[15]:16)

Mari melihat bintang yang berada di langit malam, Yang kelihatan indah pada pandangan mata. Tuhan sendiri mengatakannya ia sengaja menciptakan bintang itu sebegitu indah, supaya orang yang memandang akan merasa takjub melihat keindahannya..

Agaknya agar manusia mencari tahu siapa yang menciptakan bintang yang sebegitu indah

Kenapa bintang diciptakan?

Tidak ada sesuatu pun yang Allah ciptakan melainkan dengan tujuan yang tersendiri
“ Dia menciptakan langit dan bumi dengan kebenaran. Maha Tinggi Allah dari apa yang mereka persekutukan”(An-Nahl[16]:3)

“ Dan menciptakan tanda-tanda petunjuk jalan. Dan dengan bintang-bintang mereka mendapat petunjuk” (An-Nahl[16]:)

“Yang menciptakan tujuh langit berlapis lapis. Tidak kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pengasih. Maka lihatlah sekali lagi, adakah kamu lihat sesuatu yang cacat? Kamu ulangi pandangan kamu sekali lagi dan sekali lagi, niscaya padanganmu akan kembali kepadamu tanpa menemukan cacat dan padanganmu dalam keadaan letih. Dan sungguh kami telah hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang. Kami jadikan itu sebagai alat pelempar syaitan dan kami sediakan bagi mereka azab yang menyala-nyala.” (Al-Mulk[67]:3-5)
Itulah kehebatan disebalik ciptaan bintang… Allah telah bersumpah dengan langit yang mempunyai gugusan bintang dalam surah khas iaitu al-Burujj (gugusan-gugusan bintang).
Surah ini dimulakan dengan sumpah Allah:

“Demi langit yang mempunyai gugusan-gugusan bintang”.

Kebanyakan surah ini menceritakan tentang kecaman Allah terhadap orang-orang
yang menentang Muhammad SAW. Akan mengalami kehancuran sebagaimana umat-umat
terdahulu yang menentang Rasul-Rasul mereka.

‘”sungguh, orang yang mendatangkan cobaan (bencana,
membunuh dan menyiksa) orang-orang mukmin lelaki dan perempuan lalu mereka tidak
bertaubat, maka mereka akan mendapat azab jahannam dan mereka akan kekal
mendapat azab (neraka) yang membakar” (al-Buruj[]:10)

Dan bagi orang yang beriman akan mendapat balasan yang mulia iaitu syurga.
“sungguh, orang yang beriman dan mengerjakan kebaikan, mereka akan mendapat syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, itulah kemenangan yang agung.” (Al-Buruj[85]:11)

Begitu hebat bintang sehingga Allah bersumpah dengan bintang…. Kerana Allah ingin mnjelaskn kepada kita tentang tanda-tanda kebesarannya..Dia ingin kita sentiasa mengingat-Nya…

“Dan dia menundukkan malam, siang, matahari, bulan untukmu, dan bintang-bintang dikendalikan dengan perintahn-Nya. Sungguh yang demikian itu terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang-orang yang mengerti” (An-Nahl[16]:12)

Tidakkah kita terharu, sebegitu hebat ciptaan bintang hingga ramai yang sebegitu takjub dengannya, manusia juga sanggup membina peralatan-peralatan yang mahal dan canggih semata-mata untuk mendalami ilmu tentang bintang, tetapi disebalik itu Allah mengatakan bahwasanya Dia ciptakan bintang itu untuk kita, sebagai tanda kepada kita supaya kita ingat akan-Nya.

Maka tidakkah kita mahu ingat???

Marilah insan yang mempunyai akal fikiran, marilah memuji Allah Tuhanmu dengan sebesar-besar pujian, subhanallah Ya Tuhanku tidaklah Kau ciptakan ini semua dengan sia-sia…ampunkanlah kami hamba-Mu yang lalai dalam mengingat-Mu..

Marilah bertasbih seperti bintang yang tanpa henti-hentinya bersinar patuh dengan perintah Tuhan….marilah bersujud seperti bintang dengan mengetahui hakikat dirinya adalah hamba yang perlu patuh pada peraturan Tuhan Yang Maha Pengasih

“Segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi semua bersujud kepada Allah” (An-Nahl[16]:49)

"Apakah kamu tiada mengetahui, bahwa kepada Allah bersujud apa yang ada di langit dan di bumi, matahari, bulan, bintang, gunung, pohon-pohonan, binatang-binatang yang melata dan sebahagian besar daripada manusia? Dan berapa banyak di antara manusia yang telah ditetapkan azab keatasnya. Dan barangsiapa yang dihinakan Allah maka tidak seorang pun yang memulaikannya. Sesunguhnya Allah berbuat apa yang Dia kehendaki." (Al-Anbiya[21]:81)

Marilah wahai insan marilah kembali kepada Tuhanmu yang Maha pengasih, Dia sentiasa menunggumu untuk memanggil nama-Nya..

Dia sentiasa bersama kita, jika kita mengingat-Nya secara berseorangan, Dia akan mengingat kita secara sendiri juga

Pujuk lah hatimu untuk menunjukkan ketaatan dengan amal soleh, dengan bersujud di tengah malam.. pujuklah hatimu untuk taat seperti bintang… Allah sedang menunggumu.. Dia sentiasa rindu untuk mendengar kau berdoa dengan rasa rendah diri kepada-Nya

Mintalah… Tuhamu akan kabulkan permintaanmu.. mintalah Cinta-Nya.. jika kau ketahui bahwa tidak ada harta yang lebih bahagia, tidak ada rasa yang lebih indah daripada Cinta Allah.. dan cinta itu tak pernah pudar walau diberi kepada seluruh umat dari yang pertama higga akhir zaman..

Ayah dan ibu yang kau cinta akan berpisah denganmu bila maut menjemput..

Harta jua begitu…

Maka harta apa lagi yang tinggal denganmu wahai insan…

Ketahuilah dengan Cinta Tuhanmu sajalah yang akan sentiasa kekal bersamamu hingga akhirnya… dunia dan akhirat.

ila mardatiLlah..

sumber=halaqah-online

Saturday, February 6, 2010

Lewat pertemuan itu...~

Lewat pertemuan,
Ku rasakan tiada lagi,
pintu kewangian buatku..

Lewat pertemuan,
Bagaikan ada suatu daya membuangku jauh,
dari melihat syurgaNya itu..

Lewat pertemuan,
Membuatkan hati ingin terjun,
ke laut dingin,
Buat menyejukkan panasnya,
hati yang keras,
Hati yang sudah kering,
dari menginsafi dosa dan khilaf..

Lewat pertemuan,
Membayangi lelap,
Menghantui rasa,
Memahitkan deria,
Maka pincanglah langkah!


Lewat pertemuan,
Bagai diheret oleh sang penjaga neraka,
Diheret jauh dari jalan menuju damai hakiki,
Kerana jelas tidak memiliki kunci syurgawi,
Dek sirna yang nyata, memungkiri janji suci,

Kerana lewat pertemuan!
Tersedu~
Menjerit jiwa~
Cuba disusun semula langkah yang pincang,
Rebah!

Rasakan!!!

Takbir, rukuk, sujud dan salam,
Adalah pertemuan mulia,
Menyatukan rasa, menyelami dosa,
Menundukkan segala kelancangan diri berpijak megah,
Di bumi asing..

Mengapa asing?
Semestinya asing!
Kerana di sini bukan syurga!
Tempat kekal hanya di sana!

Abadi menanti~

Friday, February 5, 2010

they>ukhwahfiLlah daiman wa abada..!

BismiLlahirrahmanirrahim..AlhamduliLlah..
Assalamualaikum wa salam mahabbah ila kaum hawa wa adam..buat hawa,jadilah dirimu wardah di taman larangan..agar hanya yang betul2 teguh imannya mampu memiliki dirimu..adam pula,bangkitlah menjadi perisai Islam..bentuklah saf2 pemampan ummah agar mampu kembali bersatu di Firdausi..amin..

hati mula membibitkan perasaan rindu buat asdiqa'2 yg berpindah..memang pada awalnya berat perasaan untuk melepaskan sahabiah2 untuk berpindah sekolah..tapi itu pilihan yang mungkin telah ditakdirkan oleh Allah..dah 3 tahun kita lukis memori bersama kan..mabruk alaikum dpt rezeki kat laen..hidayah,aqilah,fatin, farah,khaulah dan yg lain2,,ana rinduuuuuuuuu antum semua..ada yang terbang ke kisas,iq dan ada kat smka dekat selangor dan lain2..jadi form4 yg bek2 kat sane deh..tunjukkan kita nie srikandi Islam yang bakal menggoncang dunia dan jadilah qudwah hasanah..yang penting jgn lupa smka sheikh abdul malek deh...=)

ermmm..mungkin nak cari angin lain..takpe..yang pasti,walau dekat mane pun kita berada,kita masih di atas bumi Allah dan ditaklifkan sebagai khalifahNya..jadi,pesan ana buat semua sahabat2 yang di sayangi liLlah,kita masih dalam perjalanan yang satu:menuju mardatiLlah..segala nsht dan memoir bersama antum dah takde tempat lain nak letak selain qalbu ku ini..tiada ungkapan perpisahan krn kita ukhwahfiLlah daiman wa abada,,!masih boleh contact kan..nilah antara faedah2 teknologi zaman sekarang,mghubungkan silaturrahim..kalau pndai guna tekno,memang byk manfaat..mge2 terlindung dr keburukan..

tapi yang pasti,ana still dekat shams..belum habis lagi perjuangan ana kat sane,takut tak tertanggung plak nanti nak berjuang tempat lain..jadi biarlah ana curahkan sepenuh kudrat tenaga utk berbakti trhadap shams dahulu..bila ditanya di padang mahsyar nanti ttg sumbangan utk shams trcinta,insyaAllah dah ada jawapan..demi Islam ad-deenku jua..tingkatan4 ni lah penuh dengan ujian dan ranjau duri..nak cari saf kepimpinan baru lagi(moga saf thn ni bakal lbh mntap utk menaikkn bia'h shams),bersiap-siap dengan gear 4 utk spm nanti(wahhh,,debonyerr..dah bln 2 dh..isyh3..cptnyerr mse brlalu..),dan gelodak jiwa remaja yang penuh dgn dilemma(len mcm jer byi dilemma..hu3..)..mge dipermudahkan segalanya..Rabbana yassir wa la tua'ssir ya Karim,ya Arhamar Rahimin..amin..

buat hidayah,kekg kita jihad same2 ek..ukhwahfiLlah..rndu nk dgr sore dayah yg penuh dgn ruh semangat tu..tepon sherah ble free kekg..sgl psnn dayah brhrga utk sherah..mge kita snts thabat dlm brdakwah..insyaAllah..buat aqilah,asifah jiddan,,x sempat nak bg balik buku Emilda..sherah wat kenangan k..blajo leklop kat sane..buat fatin nabilah syazwani @ fatin pa..rnduuu nti pye gelak..simpan leklop kiteorg pye kad ucapan tu deh..specialnyerr anis wat..hehe..buat farah raihan kassim,,uhibbukifiLlah daiman..mehlah lawat kiteorg..leh mkn eskem sbtg n jambu koop..jiah n bilah nk blnje skali ag..huhu..buat khaulah,,mge nti jadi hafizatul Quran yg cmrlang dunia akhirat..amin..dan buat sahabat2 lain,walau beribu batu kite berjauhan,hati kita tetap satu untuk merebut cintaNya..panjang umur,murah rezeki,,kite jumpe lagi..insyaAllah..=))

ermm..akhiran,psnnku utk semua,jadilah insan yg menyedari bahawa kita bakal menemui Rabbul Alamin suatu hari nanti..dan memikul amanah2 yang perlu dilunaskan,,agar panji2 Islam bakal bangkit kembali..doaku-smg kita snts dalam payung rahmatNya dalam setiap gerak geri dlm hidup yg fana' nih dan tak terpesong dari siratul mustaqim..amin..dan antunna pun doa2kanlah utk kebaikan shams;pewaris pendidikan terbilang,utk terus cmrlg dr segi akademik mahupun sahsiah..amin..insyaAllah..


korang always fii qalbu kami,ukhwahfiLlah daiman wa abada ya asdiqa'..!!
may Allah bless us all..=)

Thursday, February 4, 2010

Ya Bunayya..!

...Hijrahkan hatimu...

hadis riwayat al-Imam al-Bukhari Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging, apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan. Tetapi apabila ia buruk (rosak), buruk (rosak) pulalah seluruh badan. Ingatlah, ia adalah hati (jiwa)."

kata pepatah seorang penyair Mesir, Syauqi Bei: "Hanya saja bangsa itu kekal selama berakhlak. Bila akhlaknya telah lenyap, maka lenyap pulalah bangsa itu."

Menurut Imam al-Ghazali,akhlak yang mulia itu mengandungi 4 perkara, iaitu bijaksana, memelihara agama dari sesuatu yang tidak baik, keberanian (menundukkan kekuatan hawa nafsu) dan bersifat adil.

kita--Hamba Dhoif..

Renungan Buat Diri Yang Dhoif

Letih..
Letih memikirkan segala masalah di depan mata.
Namun, adakah wajar untuk aku letih?
Sebanyak mana usaha aku andai dibandingkan usaha Nabi dan para sahabat. Berapa banyak usahaku ini berbanding usaha Hassan al-Banna. Layakkah aku untuk berasa letih?

Kecewa..
Hampir setiap jalan yang cuba aku redah menemui jalan buntu.
Namun, adakah layak untuk aku kecewa? Sedangkan Rasulullah S.A.W. yang ditolak oleh kaum sendiri pun tidak berputus asa dalam perjuangan, siapalah aku untuk kecewa?

Sibuk..
Sibuk menjalankan amanah-amanah yang diberi.
Namun, layakkah aku untuk mengaku diri ini sibuk?
Jika aku sibuk, bagaimana dengan Imam Syafie', Imam Ghazali dan Imam Nawawi? Apalah aku dibanding dgn mereka yang jauh lebih sibuk dan jauh lebih hebat dari diriku.

Pedih..
Pedih hati dan fizikal ini apabila menghadapai ujian dalam perjuangan ini.
Namun, apalah erti kepedihan ini dibandingkan dengan Bilal bin Rabah yang dihimpit dengan batu kerana menegakkan kalimah Ahad?

Hampa..
Hampa apabila amar makruf nahi mungkar yang dijalankan tidak diendahkan.
Adakah ini alasan untuk berhenti berjuang?
Sedangkan Nabi Nuh yang beratus tahun berdakwah, hanya sebilangan kecil kaumnya mengikutinya, namun, adakah baginda berputus asa?

Adakah kita selaku pendakwah ini selalu mengeluh??Mengapa perlu kita mengeluh??
Sedangkan sewaktu kita mengaku keIslaman diri, kita sudah menandatangani kontrak dengan Allah..Kontrak seumur hidup..Kontrak untuk bekerja untuk agamaNya..

Jadi,mengapakah kita mengeluh??Tiada alasan untukku berputus asa..Hanya ada satu jalan untuk kita..Gigih berusaha liLlahitaala!

Ya insani,,!!Ya ummah,,!!Ya Mujahideen,,!!if we are not the one who strive for this ad-Deen,who else do you think will do it for you..n if not now we jihad fi sabiliLlah,,do you sure that tomorrow is still there for you??think a second..look around..do you realize who you are??you are His slave and khalifah fil ard..do the BEST for your job..insyaAllah..salam mujahadah....


Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
(At-Taubah:111)

Tuesday, February 2, 2010

When you said....

When you said..

1. When you say... "I can't solve this ... "
God tells you"I will direct your path"

2. When you say... "It's impossible"...
God tells you"Everything is possible"

3. When you say... "I feel all alone... "
God tells you"Never will I leave you; never will I forsake you."

4. When you say... "I can't do it... "
God tells you"I can do everything through him who gives me strength."

5. When you say... "I don't deserve forgiveness... "
God tells you"I have forgiven you"

6. When you say... " I am afraid... "
God tells you"Do not fear, for I am with you; I will strengthen you and help you.";

7. When you say... "I am tired... "
God tells you,Come to me, all you who are weary and burdened, and I will give you rest.

8. When you say... "No one really loves me... "
God tells you" I Love You"

9. When you say... " I don't know how to go on... "
God tells you" I will show you the path"

10. When you say... "What path does God have for me... ?"
God tells you,Adopt The Islamic Path

Kesekian kali..





Kesekian Kali
Munsyid : Suhaimi
http://liriknasyid.com

Kesekian kali kini ku berdiri
Tulus hati dihadapanmu
Masih terus merayu dengarkan aku

Jalan yang berliku
Sepanjang hayatmu
Aku juga merasainya
Lantas aku mengerti dan memahami

Lihatlah ke dalam hatimu
Percikan cahaya
Yang akan membara
Menjadi penerang segala yang didepanmu

Lihatlah jua ke hatiku
Aku lah temanmu
Terimalah aku
Kita kan bersama mengharung dunia fana ini

Kesekian kali ku ulangi lagi
Tidak kan pudar keyakinanku
Yang kau akan berdiri atas kemuncak tinggi




BismiLlahirRahmanirRahim..Assalamualaikum wa salam mahabbah..

ana letakkan lirik ni istimewa buat ukhti ku yg disygiiiii liLlah,,kak ina..bile nak balik..?rndu kek coklat kakna..hehe..urmm..yang setakat difahami,lirik ni memberi maksud antara dua insan..yang sorang tu memohon agr yang sorang lagi menerima dia sebagai teman hidup,teman yang bisa menemani dalam menempuh ranjau kehidupan yang tidak kekal..dan meletakkan keyakinan bahawa dia mampu pergi jauh dalam hidup jika tabah..

skop dua insan ni luas..kalau kita tengok sepintas lalu mungkin mengisahkan pasal sepasang kekasih..tapi boleh jadi lagu ni pasal sahabat yang saling mengasihi antara satu sama lain kerana Allah..sahabat yang berjuang di jalan yang sama yakni destinasi mereka ialah redha Allah..atau adik-beradik (cam irah ngan kakna=>..) yang saling menyokong untuk cemerlang fil dunya wal akhirat..atau saudara sesama Islam yang ingin menaikkan semangat masing-masing untuk terus mencapai kejayaan..dan buat kesekian kali dia ni nak membuktikan bahawa dia boleh menjadi teman dampingan untuk melakar kehidupan bahagia..

hurmm..lebih kuranglah kut..ana pun x pasti maksud sebenar-benarnya lagu ni sebab kali pertama dengar..dapat tahupun dari kakna..syukran my ukhti..kalau ada siapa2 yang ada pandangan,dialu-alukan untuk berkongsi..syukran jiddan...waLlahualam....

BarakaLlahufikum...=))

Monday, February 1, 2010

LA ILAHA ILLALLAH,,..!

قال رسول الله صلي الله علية وسلم” جددو ايمانكم
فقالوا كيف يا رسول الله
قال
اكثرو من قول لا الةالا الله


disaat iman kian menipis dalam kabus maksiat yang menebal..
aku patah harap dalam tebal dosa yang membelit..
lesu aku melangkah batas hari dengan beban dosa yang membukit..
parah palit dosa kian membengkak..salur dada kian sempit..
aku ingin pulang..jauh dari semua lendir yang semakin kejap membelit..

kalimah itu lama aku lupakan..
kalimah itu pernah aku laungkan..
kalimah itu dulu dilaungkan di telinga ku saat aku masih merah..
kalimah itu kunci syurga..tapi aku cicirkan dalam mengejar dunia..
kelu lidah menuturkannya kembali..

ya Allah..betapa aku berdosa..tiada daya aku selain rahmat Mu..
aku ingin laungkan kalimah itu biar bergema dalam penjara dosa..
runtuhkan lah tirai besi maksiat ini ya Allah !!..
biar kalimah itu membugar kembali iman yang telah bersalut lumpur noda..
aku ingin berlari menuju kepada Mu..membuang beban dosa..
bersama alunan kalimah mentauhidkan Mu..

aku bisa gagah depani hari..
walau dulu aku tersungkur di perut dosa..aku tak peduli.
kini aku mahu kembali gagah..biar kalimah itu ralit aku zikirkan..
aku mahu hanyut dalam nikmat mensucikan mu ya Allah..
ya Allah terimalah..


LA ILAHA ILLALLAH…!