Dari hati, sampai ke hati. :)

Photobucket

Malu brtanya sEsAt jalaN.....

ukhwahfiLlah..^_^

Monday, October 7, 2013

Mereka - srikandi Islam

Srikandi Islam,
Seanggun Aisyah,seunggul Khaulah..

Berada si sekeliling srikandi ini,
Hati meronta hebat,
Mereka telah terlalu laju berlari,
Demi redha Ilahi..


Tuhan,
Aku hanya hamba hina,
Tak punya apa,
Hanya sekeping hati yang tak seberapa,
Amal yang tak menggunung harta..

Aku citakan syurga,
Namun langkah ku baru beberapa,
Andai esok aku pejam mata selamanya,
Hanya redhaMu yang ku pinta..

Izinkan ya Allah,untuk aku merasai indahnya cinta..
Cinta hanya padaMu Yang Esa.. :')

Bicara elya : seindah perhiasan adalah wanita solehah.. :)

Saturday, October 5, 2013

Orang Melayu tak semestinya layu! :)

BismiLlah.

Anda,
Tak perlu pegang senjata,
Tak perlu turun medan perang,
Andai ada kesempatan, usahakanlah.

Tahap kita,
Bentuk peribadi kita. Bentuk zuriat-zuriat kita. Bentuk diri mempersiapkan ilmu dalam dada. Didik diri, keluarga, sahabat, anak-anak dan masyarakat untuk menjiwai Islam. Jangan biarkan ada yang mempengaruhi anda yang orang Melayu ini, orang nusantara ini lemah dan layu! Kita kuat sebenarnya.

Kita punya ruh luar biasa andai disiram dengan iman. Gembleng ilmu dan majulah ke hadapan. Masih punya harapan untuk Ummah. Bersandarlah harapan pada Tuhan dan jangan putus asa. Syurga itu muat untuk kita semua!

"Allah tidak akan mensia-siakan amalan setiap hamba lelaki dan wanita yang beriman kepadaNya." [ali-Imran : 195]

Takkan pernah sia-sia duhai sahabat. Yakinlah yang Allah kira setiap lelah menahan mata dari mengantuk menuntut ilmu, setiap saat masa yang anda jual demi menjadi mahar syurga, setiap penat langkah kaki dalam medan juang. Allah kira, tak sia-sia.

Buktikan Melayu itu tak layu! Lebih penting, buktikan Muslim itu yang bakal menggoncang dunia dengan ketaqwaan dan menyebarkan bayu keamanan. Membawa risalah alQuran di setiap penjuru alam, hingga  langkah kita benar-benar sudah berada dalam Jannah dan redha Tuhan.

Bicara elya : sudah berlalulah masa rehat kita. Masa untuk kita bekerja. InsyaAllah. :)

Thursday, October 3, 2013

Penat?

BismiLlah.

Penat?
Letih?
Tenat?

AllahuRabbi. Penat itu kekuatan yang luar biasa. Letih itu kemanisan yang luar biasa. Tenat itu peringatan yang luar biasa. Luar biasa ganjarannya jika kita curahkan segala rasa itu pada jalan agama. Demi redha Yang Esa. Sungguh!

Hidup ni satu permainan. Bermainlah mengikut syarat. Entah esok atau lusa kita bakal pergi meninggalkan bumi. Andai benar syurga itu maharnya amal, mungkin diri hina akhir zaman ini akan angkat tangan awal-awal menyerah kalah. Menaikkan 'bendera putih'. Bukan kerana apa, kerana terlalu jauh beza amal para sahabat dan ulama' dulu.

Masih punya ruangkah untuk insan yang beramal hanya secebis debu?Allahu.

Tapi rahmatNya luas. Cinta Dia tiada sempadan. Carilah kekuatan perjuangan dengan mengingati Tuhan. Biar penat dan segala titis peluh letih itu Allah kira, Allah hitung.

InsyaAllah..

Bicara elya : Berusahalah. Demi redhaNya dan syurga yang sedang menunggu dengan penuh rindu. :')

Wednesday, October 2, 2013

I vs i

BismiLlah..
assalamualaikum wa salam mahabbah..

Asas kita waktu belajar bahasa Melayu waktu sekolah dulu ada dua kan?kalau salah tolong betulkan.. :)

Kita ada kata nama khas dan kata nama am..kata nama khas merujuk pada nama orang,nama tempat yang spesifik,nama buku dan semua yang sewaktu dengannya..kata nama am pula merujuk pada kata kerja,kata sifat dan apa-apa yang menyerupainya..

So??

Anda Islam atau islam?

Sekadar nama di ic atau bergerak membawa nama..
Sekadar kata nama khas atau kata kerja yang membimbing kehidupan..
Sekadar I besar yang hanya mengaku 'ya,saya Islam', tapi tidak membawa ruh Islam itu..

Atau anda seorang yang islam sehingga menjiwai agama syumul ini dengan sepenuh hati,hingga bekerja keranaNya hingga ke syurga.?

Bicara elya : moga2 kita ini Islam yang menjadi islam dari setiap detikan hati,perkataan atau perbuatan..insyaAllah.. :)


Sunday, September 8, 2013

Tekno.

Assalamualaikum wa Salam mahabbah..

Dunia sekarang dunia teknologi..Dan pada setiap perkara ada baik buruknya..macam-macam boleh dapat..tinggal diri sendiri juga iman untuk memandu segala rentak jari di papan kekunci..

Baca.
Nilai.
Fikir.

Ada hidup yang lebih abadi di sana..

Bicara elya : moga Allah tuntun..insyaAllah.. :)

Saturday, September 7, 2013

kupu-kupu itu..

dan kupu-kupu itu,
biarkan ia terbang pergi,
bebas menuju Rabbi..

kupu-kupu itu,
rapuh sayapnya,
perlukan kekuatan,
mohon doa untuk ia terus tabah menyeri dunia,
walau dalam hatinya punya luka..

dan kupu-kupu itu,
biarkan ia terbang pergi,
terbang tinggi menuju cinta Ilahi..

AllahuRabbi..

Wednesday, September 4, 2013

kisah ubi dan suasana..

Assalamualaikum wa salam mahabbah..

satu hari,
potong ubi.

'mi,kalau dekat jordan ni takde ubi kecik-kecik macam ni..besar tiga kali ganda semua..huhu..'

'ye ke..nak buat macam mana,orang dia pun besar-besar..'

*gen orang Arab tinggi-tinggi dan besar-besar..

--------

err..

saiz ubi pun ikut bi'ah (suasana)..
manusia?

sebab tu dalam kebanyakan wasiat para ulama-ulama dan imam menekankan soal dengan siapa kita berkawan,atau macam mana suasana kita berada..bahkan Tuhan sendiri berpesan,

“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (karena) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas.” [Al-Kahfi (18) : 28].


menyelamlah anda dalam lautan suasana yang mendekat pada Tuhan,
kemudian bawalah mutiara-mutiara akhlak dan ilmu itu pada mereka-mereka sekalian,
hingga sampai kita semua tersenyum riang bertemu arRahman,
pada hari sana,hari penghisaban..

tengok dengan siapa kita berada,itulah kita..

"...Dan berpeganglah kamu dengan jemaah, sesungguhnya serigala memakan kambing yang keluar dari kumpulannya."
[Hasan Sahih, diriwayatkan oleh Imam Abu Daud]


kerana manusia yang untung itu adalah yang saling mngingatkan dengan penuh kebenaran dan kesabaran..dan sungguh,peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang beriman..

pandang kanan. padang kiri.
pandang depan. pandang belakang.

kalau bukan mereka yang ajak anda menuju syurga,maka andalah yang perlu tarik tangan sambil kata,'saya nak guling-guling lagi dekat taman bunga warna-warni Jannah sambil tengok bintang sama-sama..jom!!' sambil buat muka 20 sen.. ^^'

moga-moga Tuhan pegang hati-hati kita,supaya sentiasa kita berada dalam kalangan insan yang dicintaNya..dan membawa kita lebih dekat pada redhaNya..insyaAllah..a nice day with ubi.. :)


kalau 'ubi' dikelilingi dengan 'ubi-ubi' yang penuh bahagia,insyaAllah 'ubi' pun bahagia sekali.. ;)
bicara elya : jangan kalah dengan ubi! ^^

Tuesday, September 3, 2013

mereka.

teringat mereka.
terasa sengatan manis ukhwah yang berbisa.

terima kasih kerna mengoyak alpa,
dan menghumban kembali diri pada jalanNya.
masih banyak kerja.

mana mungkin kita sama.
jalan kita tak serupa.
yang menemukan kita,
Dia,Perancang penuh cinta.

anda pula,mungkin kita tak pernah bersua mata.
ikat hati kita dengan namaNya.
mungkin,kita akan bercanda ria,

di syurga sana. :)

insyaAllah.

bicara elya : moga dalam rahmatNya sentiasa.. :')

Sunday, September 1, 2013

'itulah Dia Tuhanku!'

Indahnya kata-kata daripada Almarhum Syeikh Al-Tantawi:

لَا يَلْزَمُ أَنْ تَكُوْنَ وَسِيْما لِتَكُوْنَ جَمِيْل
Kau tidak perlu berwajah cantik untuk dikatakan sebagai seorang yang cantik

ولا مداحا لتكون محبوبا
Dan tidak perlu memuji-muji kerana mahu menjadi seorang yang disukai

ولا غنيا لتكون سعيدا
Tidak perlu menjadi kaya untuk menjadi seorang yang bahagia...

يكفي أن ترضي ربك وهو سيجعلك عند الناس جميلا و محبوبا و سعيدا
Cukuplah dengan membuatkan Tuhanmu redha dan kasih kepadamu, pasti Dia akan menjadikanmu cantik dan indah di mata manusia, disukai dan disenangi oleh semua, serta hidup bahagia

لو أصبت 99 وأخطأت مرة واحدة
Andai kau lakukan 99 kebaikan, tetapi terbuat silap sekali

لعاتبوك بالواحدة وتركوا ال99
Manusia akan menyalahkanmu dengan kesilapan yang satu itu, dan melupakan semua 99 kebaikan yang lain

!هؤلاء هم البشر
Itulah hakikat manusia!

و لو أخطأت 99 مرة وأصبت مرة
Tetapi andainya kau lakukan 99 kesilapan, dan cuma sekali melakukan perkara kebaikan

لـغفر الله ال 99 وقبل الواحدة
Allah akan ampun semua 99 kesilapanmu dan menerima amal baktimu yang satu itu

ذاك هو ربي
Itulah Dia Tuhanku!
 
bicara elya - :')