Dari hati, sampai ke hati. :)

Photobucket

Malu brtanya sEsAt jalaN.....

ukhwahfiLlah..^_^

Monday, September 29, 2014

Tahun tarbiyyah. Tahun air mata dan senyum bahagia. :')

Elya buka laci.
Perlahan-lahan.

Entah kenapa kali ini mata dia cepat-cepat tertumpu pada sebuah buku coklat kecil. Dah lama dia tak melakar dalam tu. Sambil segaris senyum pada bibirnya, dia buka buku nota itu dengan nama Tuhan.

'27/9/2013

First Jumaat second year di bumi Urdun. Malam yang penuh rasa. AlhamduliLlah. ....'

Dibeleknya sehelai demi sehelai. Satu tarikh berganjak ke tarikh yang lain. Ringkas sahaja untuk satu-satu hari itu. Tak sampai tujuh baris. Dia pernah dipesan gurunya,

'Hargailah setiap detik dalam hidup awak elya. Catatlah pengalaman. Supaya tak hilang, sebagai kenangan jua pengajaran.'

Hari ini,
27/9/2014.

Sudah setahun. Hatinya bercampur baur.
Sudah setahun.

Matanya pejam.
Rapat.



---
I

"Elya, kalau nak buat benda baik ni jangan fikir dua tiga kali. Syaitan ni licik tahu. Kalau betul nak buat kerana Allah, teruskan. Ingat, buat atas faktor yang kuat. Kerana sebab musabab yang kukuh. Belum cukup lagi kah Allah menjadi sebab yang paling utama?

Kenapa masih perlu fikir akan manusia kata?"

Bukan mudah. Turning point dia kali ni seakan sukar. Nak tak nak, dia rasa dia bukan hidup sorang-sorang atas dunia ni. Tak boleh penting diri sendiri. Islam tu tak susahkan pengganutnya. Tak bermakna pula boleh dimudah-mudahkan. Tapi dia tekad, kali ini pergantungannya hanya pada Allah.

Mungkin pada orang lain, senang.
Untuk dia, bukan seperti memetik jari sahaja.
Teringat akan hadis ni,

" Bertakwalah kamu di mana kamu berada, ikuti perbuatan jahat kamu dengan perbuatan yang baik pasti akan dihapuskan dosa perbuatan jahat itu dan hendaklah kamu berakhlak bersama manusia dengan akhlak yang baik." (Hr Tirmizi dan Ahmad - hadis bersanad hasan)

Harapnya, dengan sehelai kain itu Tuhan sudi ampunkan dosa dia. 
Setelah menggunung titik hitam dalam jiwa.



---
II

"Perjuangan Islam itu adalah perjuangan yang melibatkan diri, jiwa dan raga. Hingga mungkin sampai bakal menitiskan titisan darah. Kamu sanggup?"

Saat itu, jantungnya berdegup laju. Kata-kata sang murobbi tepat menikam.
Sanggupkah?

Aduh!

Meninggalkan maksiat bahkan untuk memanfaatkan masa saja seakan Elya sudah gagal. Ini nak korbankan darah? Muhasabah benar. Tapi sungguh, dia telah memilih jalan ini. Jalan untuk meletakkan Islam pada tempatnya. Mungkin bukan dia yang bakal meletakkan panji Islam itu di puncak gunung sana. Sekurang-kurangnya berada dalam saff ini dia berusaha menjadi batu-bata binaan itu.

Walau namanya mungkin tak tercatat dalam sejarah.
SubhanaLlah, nikmat sebuah penantian untuk 'hidup' dalam erti kata hidup yang sebenarnya. 
Baru terasa nafas disedut hembus itu punya nilai.

Dan bukan mudah apabila teringatkan kalam Tuhan,
Fataqim kama umirt!

---
III

"Tuhan akan tarbiyyah kita akan sesuatu hal itu sehingga kita lulus ujianNya. Sebab Dia sayang kita. Sebab Dia nak masukkan ke dalam syurgaNya."

:')

26/2

Tak tercerita. Cuma ingin berterima kasih. Dan memohon kemaafan. Tak dapat lupa. InsyaAllah dalam doa sentiasa. Walau berganti, tapi takkan pernah sama. Menghargai seadanya. Kerana setiap yang melalui kehidupan kita, Tuhan sedang mengajarkan sesuatu.

Sama-sama kita buka helaian baru.

Ibarat matahari dan bulan, saling melengkapi. Saling perlu ada.
Tapi takkan bersatu. Itu, mungkin lebih baik.
Allah lebih tahu.



---
IV

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : 
"Sesungguhnya para malaikat, segala makhluk yang berada di langit dan dibumi sehingga semut yang berada didalam lubangnya serta ikan di lautan, sentiasa mendoakan orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia. Disamping itu pula seluruh penduduk bumi dan langit akan memohonkan keampunan kepada Allah untuk para ulama." 
- Riwayat al-Tabrani

Jalan menuntut ilmu ni, takkan ada yang kata senang. Tapi bahagian sukar itu yang nikmat. 

Yelah,
Tak terasa manis kalau tak kenal pahit.
Ye dak?

Bonda pun pernah sebut,
"Life is not made up of honey and sugar all the time."


Tapi apa pun, kita yang mengaku sebagai mahasiswa dan penuntut ilmu, juhudlah.

Man jadda wajada!
Man jadda wajada!

Kita marah orang Yahudi, marah AS dan lain-lain.
Padahal kita jugak yang malas nak kejar dan maju lebih dari mereka. Oh, pesanan khusus untuk elya. kadang-kadang tercungap. Semua nak. 

Hurm, masa ni lah Tuhan nak tarbiyyah erti menghargai masa, pengurusan diri, kekuatan fizikal dan emosi. Maha Kaya Tuhan. Tiada daya dan upaya melainkan dariNya semata. Selamat menuntut ilmu dengan niat yang lurus. Semoga pengakhirannya juga lurus dan baik-baik sahaja insyaAllah.

Apatah lagi jalan perubatan ini. Bakal berhadapan dengan nyawa manusia, bukan jangka hayat robot!
Mohon doanya.

Tuhan dah terlalu banyak tolong,
Maka nikmat Tuhanmu yang mana lagi yang ingin engkau dustakan?
Tiada, Tiada. :)

---
Elya celik mata.

Benar-benar terasa tahun ini tahun tarbiyyah. Tahun yang penuh air mata dan senyum bahagia. Tahun yang tersimpan pelbagai mutiara dan rahsia. Hanya satu harap dia, moga hari esok dia masih gagah untuk menggagah, masih kuat untuk menguatkan, masih bertahan kerana dia punya Tuhan.

Dan semoga sekali lagi dia celik mata,
Dia dikelilingi rerama dan bebunga,
Dalam syurga.

Maka dengan cita-cita itu,
Sudah tamatlah masa rehat dia!

Waktu untuk dia bekerja keras atas dunia, supaya punya bekal untuk menuju destinasi yang diidamkan semua. Kampung halaman sana,
Jannah namanya.

BismiLlahirRahmanirRahim. :)

**Throwback elya cuma bunga-bunga ini. Yang pernah menghiasi hidup dia. Yang sudi teman berbicara dengan dia. Yang Tuhan hadiahkan sepanjang 'alfarasyah' terbang keliling bumi Syams. Terima kasih Tuhan.
Terima kasih.

:)

Sekadar berkongsi,
moga bermanfaat walau sekelumit.

Kerana sebaik-baik manusia itu yang bermanfaat buat yang lainnya. InsyaAllah.








Bicara elya : Hidup penuh warna warni. Yang penting, yakinlah. Tuhan sentiasa merancang dengan cinta. Mana mungkin ada kecewa, yang tinggal cuma bahagia. ;)


SubhanaLlah, AlhamduliLlah, AllahuAkbar,

Sunday, September 14, 2014

Ayahanda dan bonda, terima kasih. :')


"Mareng abah gi dengor ceramoh surau. Ustaz kabo tak rasa manis kejayaan kalau tak rasa kegagalan. Tak rasa nikmat kesenangan kalau tak lalui kesusahan.

Gitulah irah,
Macam orang puasa. Kalau makan sokmo, mana rasa nikmat orang berbuka puasa. Kenalah puasa. Baru tahu nikmat makan. Betul dop?"

Betul ayahanda ustz abdul latif.
Terima kasih. :')

Orangnya biasa-biasa.
Bukannya ustaz.
Bukannya imam mana-mana masjid atau surau.
Bukannya datang dari yang kenal apa itu dakwah dan tarbiyyah.

Tapi diri kenal alif ba ta dari beliau.
Kenal apa itu erti penat lelah mencari nafkah untuk keluarga dari beliau. Ulang alik kerja, perjalanan sahaja kadang-kadang lebih empat jam.

Merunduk hatinya untuk berlatih baca alQuran, tak segan bertanya pada si bongsu perempuannya. Walau taraf beliau adalah bapa. Hati mana yang tak jatuh cinta?

'Waktu-waktu gini, abah dah tak harap benda lain. Yang abah harap, nanti kalau abah dah takde anak-anak abah yang mandi dan solatkan abah. Yang tak putus doakan abah masa abah dekat sana.'

How can I forget this beautiful moment? :')

Beliaulah ustaz, imam dan ayah.

Dulu pernah je rasa cemburu. Sahabat-sahabat punya mak abah yang bertudung labuh dan berserban. Ajar anak-anak maksud jihad dan tadhiyyah. Semua adik beradik orang yang hebat agama dan dunia.

Itu dulu.
Dulu.

Tapi sekarang, si bongsu ummi dah faham. Mi dan abah dari kecik dah ajar irah dan anak-anak yang lain maksud 'jihad','tadhiyyah','mahabbah', walaupun tak direct.

And I,
Don't have any more words to say except alhamduliLlah for Allah have gifted me both of you. :')

Pada ayahanda dan bonda, biarlah orang nak kata apa. Yang penting kita sama-sama usaha. Untuk berkumpul satu keluarga di syurga.

Pengajaran penting dari mereka,
Kita tak pernah terlambat nak kenal Allah, tak pernah terlambat mengejar ilmu, tak pernah terlambat untuk beli tiket syurga, selagi kita bernyawa.

Tak pernah dear,
Tak pernah.

Kembalilah,
Tuhan sedang menunggu kita dengan penuh cinta.
Anda, doakanlah mereka. Doakanlah. Dan mintalah doa dari mereka. Doa yang terus tembus ke langit ke tujuh.

Tak kira apa rupa dan bagaimana mereka, jangan pernah bandingkan mereka. Mereka adalah wasilah anda menuju syurga. Atau mungkin saja anda yang menjadi jalan untuk mereka menemui Tuhan mereka, dan Tuhan kita.
AllahuRabbuna.

---
Diri,
Kuat semangat.
Kuat semangat.

Bicara elya : 
Tulus,
Shahirah Amalina,
13/9/14
Irbid.

    Wednesday, September 3, 2014

    Menulis.

    Menulis,
    Bukan kerana nama.
    Bukan kerana likers.

    Moga-moga.

    Kerana setiap huruf yang tertulis,
    Tiadalah melainkan ia tertuju pada diri sendiri terlebih dahulu. Bahasa yang mengguris mana-mana, harap diampuni.

    Kerana setiap huruf yang tertulis,

    Tiadalah melainkan kembali menuding pada jari yang menaip. Setiap pesanan ada maksud, dan untuk setiap dari kita punya matlamat yang sama bukan?

    Ilahi, anta maqsudi.

    Kerana setiap huruf yang tertulis,
    Tiadalah melainkan supaya setiap yang bermanfaat menjadi pemberat timbangan hari sana.

    AllahuRabbuna.

    Bicara elya : Sebelum tidur, muhasabahlah. Moga diampunkan segala khilaf, insyaAllah. :)

    Saturday, August 30, 2014

    Halaman Baru.

    Assalamualaikum. :)

    Jiwa mana atas dunia tak pernah rasa kecewa. Kehilangan cinta, terluka. Memilih antara sebuah rasa atau risalah agama.

    Haqqul yakin.

    Sangat lemah rupanya diri. Kepada Tuhan sebaik-baik tempat kita kembali. Bersarang lamanya blog ni, setelah separuh jiwa hilang waktu itu. Tersenyum sendiri.

    Kata orang, bila kita dah mampu senyum pada kisah perit kita dahulu, ia menunjukkan kematangan. Kerana kita sudah berjaya berjalan dan saat kita menoleh ke belakang, ada senyum yang terukir. Moga-moga. Walau masih ada butiran air mata tersisa. *Sapu cepat-cepat. :')

    Hikmah Tuhan

    Hikmah Tuhan itu misteri. Rahsia penuh cinta.

    Ibaratnya hikmah kemalangan penerbangan Malaysian Airlines baru-baru ini, sekarang perasaan cakna terhadap suruhan agama semakin tinggi,

    Paramugari diusul menutup aurat,
    Diusahakan untuk tidak dihidangkan arak,
    Dibacakan doa dalam perjalanan.

    Nampak simple, tapi impak barokah dari Tuhan jangan main-main. Kun fayakun!

    Macam tu jugalah pahit maung yang penah kita rasa dalam hidup.

    'The pain you feel today is the strength you feel tomorrow.'
    Seems true to me.

    Mendoakan.

    Saling berdoalah. Agar masing-masing ketemu bahagia.

    Kata orang, ada tiga kuasa yang mampu merubah segala apa,
    Kuasa Allah,
    Kuasa kasih sayang,
    Kuasa doa.

    Jangan pernah pandang rendah pada kekuatan sebuah doa. Kerana doa kita juga terus memohon kepada Dia Yang Memiliki Semesta Raya. Mahu apa lagi?

    Berdoalah agar terus kuat menjalani kehidupan,
    Sekurang-kurangnya, kekuatan untuk bertahan.


    Terima Kasih Tuhan.

    Benarlah kata adik sorang ni,
    Kita pernah meminta syurga, harusnya ada ujian mendatang menapis diri kita.
    Layakkah untuk didirikan sebuah mahligai permata untuk kita di sana?

    Untuk kisah semalam yang penuh warna, berterima kasihlah pada Tuhan.
    Untuk kisah hari ini yang terukir pelbagai cara, berterima kasihlah pada Tuhan.
    Untuk kisah mendatang dalam keadaan tak tercapai di fikiran, berterima kasihlah pada Tuhan.

    Kerana Dia masih sudi meminjamkan kita secebis waktu untuk kita tuju pada Dia. Merasai turun naik sebagai hambaNya. Memberi cerita, berkongsi rasa dan menyebar bahagia. Teruskan berjalan, Semakin bertambah hari, semakin dekat kita dengan kematian. Syurga neraka, yang mana satu destinasi perhentian?

    Untuk setiap tangis, kelam, kecewa,
    InysaAllah esoknya tersedia pelangi yang menghiasi udara.

    Asal kita yakin,
    Dia merancang dengan penuh cinta.
    Mana mungkin kan kecewa, yang tinggal hanya bahagia.

    Senyum. :)

    Bicara elya : Buka 'halaman' hati yang baru. Moga lebih bersih, jernih dan putih. InsyaAllah. Dengan nama Tuhan, kita mula.

    Friday, February 7, 2014

    Apabila Kalam Tuhan Berbicara

    "(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya, kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu)

    (Iaitu) ketika ketua-ketua yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu, dan (ketika) terputusnya segala hubungan di antara mereka.

    Dan (pada masa yang mengecewakan itu) berkatalah orang-orang yang menjadi pengikut: "Alangkah eloknya kalau kami dikembalikan semula ke dunia, maka (dengan itu dapat) kami berlepas diri daripada mereka sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami (pada saat ini)!" Demikianlah Allah memperlihatkan kepada mereka amal-amal mereka (dengan rupa yang mendatangkan) penyesalan yang amat sangat kepada mereka, dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari neraka."

    [AlBaqarah : 165-167]

    Bicara elya : The moment when you feel lost, and He sent you these..AllahuRabbi..

    Kerana hidup itu kembarnya ujian.

    Hidup dan ujian itu kembar.

    'Adakah kamu menyangka kamu itu beriman sedang kamu tidak diuji seperti kaum-kaum yang terdahulu?'

    Yang membezakan, cara kita melihat sesuatu itu. Bala? Atau rahmat?

    Mungkin, zahirnya kita perlu senyum. Harus kuat untuk menguatkan. Bukan kerana kita sahaja yang perlu menguatkan. Bukan. Kerana tanpa sedar, insan sekeliling kita juga senyum walau ada perit dalam jiwa, untuk menggagahkan kita. Senyum, tanda syukur. :)

    'Dan mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat.'

    Pada sekelumit sabar kita, ada hikmah yang sedang memekar merah. Pada sujud kita, ada ketenangan yang berlumba masuk menuju jiwa yang pasrah. Maka benarlah, pertolongan yang terbaik hanya dari Dia. Kenapa perlu putus asa? Sedang Dia Pencipta Semesta, pemilik tujuh lapis atas dan bawah dunia.

    Bukan senang

    Ibarat si pendaki yang bercita-citakan puncak yang tinggi. Harus punya bekalan yang mencukupi. Pasti, dakian yang ditemani batu tajam, jalan curam bukan sesenang yang disangkakan. Diredah jua demi matlamat yang sudah dipasak kukuh dalam hati.

    Begitu jugalah seorang pejuang kehidupan. Menuju matlamat yang lebih besar. Redha Tuhan Yang Esa. Harus sahaja jalannya lebih banyak cerucuk duri. Harus sahaja jalannya lebih berliku. Demi sebuah nikmat yang tak terbayang dek mata, tak terdengar di telinga, tak terimiginasi di fikiran.


    Pesan bidadari istimewa,

    "Sabar. Kuatkan semangat. Masih panjang jalan yang harus dilalui. Banyak lagi kecewa yang akan ditempuhi. Kuat semangat. Life is not made up of honey and sugar all the time. Masih banyak nikmat yang ada depan mata perlu kita syukuri."

    Terima kasih,
    bonda. :')

    Sabarlah.

    Bicara elya : 'Dan Demi Tuhanmu, bersabarlah.'