Dari hati, sampai ke hati. :)

Photobucket

Malu brtanya sEsAt jalaN.....

ukhwahfiLlah..^_^

Tuesday, November 20, 2012

Briged alQassam

"Salah satu kriteria awal untuk diterima masuk sebagai ahli Briged al Qassam ialah istiqamah bersolat subuh secara berjamaah sekurang-kurangnya selama 6 bulan sebelum permohonan dan mesti disahkan oleh imam masjid di kariahnya."[Dr Zainur Rashid Zainuddin] 
 
kita?bukan setakat solat jemaah..solat Subuh di awal waktu pun tak istiqamah kalau tengok 6 hari berturut-turut..inikan 6 bulan..AllahuAllah..astarfiruLlah..
 
ya!betul!kita memang marah benar dengan Zionis laknatuLlah..tapi bila kemenangan akan berpihak pada kita?bila Ummah terislah(soleh)..
 
siapa ummah itu kalau bukan kita?sama-sama mujahadah demi syahadah..insyaAllah..Rabbana Yassirna wa la tu'assirna..amin.. :)

*Briged alQassam : Briged Izzuddin al-Qassam atau Briged al-Qassam adalah sayap tentera Pergerakan Hamas yang memerintah Gaza ketika ini. Sayap tentera ini ditubuhkan pada tahun 1984. Penubuhannya adalah hasil usaha beberapa pemimpin dan ulamak Palestin pada masa itu seperti Sheikh Ahmad Yassin (pengasas Hamas), Dr Ibrahim al-Maqadema dan Sheikh Salah Shehada.

Nama al-Qassam dipilih sempena nama Ezzedeen al-Qassam, seorang pejuang yang mati syahid berdekatan Ya'bad kerana menentang penjajahan British di bumi Palestin pada tahun 1935.

Berdasarkan maklumat sulit, Briged al-Qassam adalah sebuah pasukan tentera elit yang dianggotai oleh pemuda Islam yang berumur di antara 18 hingga 30 tahun.




Briged al-Qassam memikul tanggungjawab untuk mempertahankan bumi Palestin daripada penguasaan Zionis Israel dan membebaskan Baitul Muqaddis melalui perjuangan jihad.
Pada ketika ini Briged al-Qassam dianggotai oleh kira-kira 25,000 orang.

Briged al-Qassam agak berbeza daripada pasukan pejuang Palestin yang berada di bawah Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) kerana, para pejuang PLO berjuang di bawah semangat kebangsaan, tetapi Briged al-Qassam berjuang di bawah semangat keIslaman.

Setiap anggota Briged al-Qassam dikehendaki solat lima waktu secara berjemaah pada setiap hari. Mereka juga dikehendaki berjuang secara ikhas kerana Allah. Selain itu, mereka juga terdiri daripada individu yang bersedia mati syahid atau tidak takut mati.

Keanggotaan Briged al-Qassam adalah sulit. Identiti setiap anggota, sama ada komandan atau ahli biasa adalah dirahsiakan. Pelawat yang diberi peluang memasuki pusat latihan juga tidak dibenarkan mengambil gambar.

Hanya individu yang mempunyai syarat-syarat berikut sahaja yang akan diterima sebagai anggota pasukan elit ini iaitu, berpegang teguh kepada ajaran Islam, mengamalkan sunah nabi secara taat, menjaga solat lima waktu secara berjemaah, mendukung perjuangan membebaskan al-Aqsa dan Palestin, berdisiplin dan taat kepada pemimpin, dan bersedia untuk mati syahid.

Dari segi persenjataan, Briged al-Qassam menggunakan senjata ringan seperti mesingan, senapang AK-47, bom tangan dan roket grenad.

Keistimewaan kumpulan tentera elit ini ialah mereka membuat sendiri roket artileri yang dinamakan roket al-Qassam. Roket ini dikeluarkan dalam tiga model. Mereka sudah mempunyai pengalaman membuat roket selama sepuluh tahun sejak tahun 2011. Roket-roket ini sering mendapat liputan akhbar antarabangsa kerana dilancarkan ke kawasan Israel.

 Walaupun Briged al-Qassam dianggotai oleh lebih kurang 25,000 orang sahaja, namun latihan lasak dan taktik peperangan gerila yang mereka amalkan amat berkesan dan sangat menggerunkan tentera Israel yang berjumlah 700,000 orang.

Anggota Briged al-Qassam sujud syukur selepas operasi.

Sejak Intifada bermula tahun 2000, seramai 800 orang anggota Briged al-Qassam telah syahid kerana berjuang menentang tentera Israel.

 
bicara elya : headshot

Sunday, November 18, 2012

kisah kita..

Assalamualaikum wa salam mahabbah..
 
erm,pandang kiri..pandang kanan..
kutemui jutaan insan..
yang punya 1001 kisah kehidupan..
 
kadang-kadang,kagum dengan mereka yang hijrahnya menuju Tuhan sangat hebat..masyaAllah,berjaya membuatkan air menitis dari kelopak mata..sungguh,Dialah Yang memegang hati-hati yang sentiasa berbolak balik..
 
tertanya,adakah aku jua termasuk dalam kalangan hambaNya yang dianugerahkan nikmat rasa cinta berTuhan itu?

mereka punya kisah mereka..dan kita punya kisah kita..bagaimana hebat kisah kita di sini,harapnya mampu menjadi mahar untuk memperoleh kisah indah di Syurga sana..in syaa Allah..

namun sesebuah kisah itu harus ada jalan cerita yang mantap supaya mampu memenangi anugerah di sisi Rabb..skripnya harus sentiasa bersulam zikruLlah supaya diangkat kisah itu hingga langit ke tujuh..

kita pula yang memegang watak utama dalam kisah kita,perlu seikhlas mungkin menjayakan watak sebagai 'abid dan KhalifahNya andai ingin diangkat sebagai hamba terbaik..

AllahuAllah..nampak mudah..tapi jika filem di dunia sahaja memerlukan banyak perjuangan dan pengorbanan ahli produksi,apatah lagi untuk menjayakan kisah kita di hadapan DIA..hebat lagi perjuangan yang perlu ditempuh,banyak lagi pengorbanan yang perlu diharung..

yang penting,kita USAHA..moga segala langkah kita berada dalam perhitunganNya..

singkaplah kisah mereka..mereka yang bergelar sahabat kepada RasuluLlah,mereka yang diangkat darjatnya dengan ilmu,mereka yang memikirkan tentang Ummah siang dan malam..
moga2 ada cebisan semangat yang menyerap masuk ke dalam salur darah kita dalam menempuh perjuangan..

juga intailah kisah mereka..mereka yang kerap terjatuh hingga lupa kepada Ilahnya,mereka yang tak sempat mengucapkan kalimah syahadah di hembusan nafas yang terakhir,mereka yang terus-terus lalai dengan segala nikmat dunia yang fana'..

kemudian tafakurlah..kitakah mereka itu?sementara ada ruang nafas untuk bertaubat,kenapa perlu berlengah?sungguh,tiada jaminan esok itu akan menjadi milik kita..


“Dan tidaklah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka, dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang betakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?” [alAn'am : 32]

maka tidakkah kita memahaminya?

“Dan tiadalah kehidupan dunia ini, melainkan sendau gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui."[al'Ankabuut : 64]

kisah kita di sini,akan menentukan kisah kita di sana..peliharalah kisah kita..kerana akhirat itulah sebenarnya kehidupan,jikalau kita mengetahui.. :)

bicara elya : kisah kita,adakah dalam redha atau murkaNya?muhasabah,insyaAllah.. ;)

Friday, November 16, 2012

mereka saudara kita..


Syahid terbaru!
Seorang ibu memangku anaknya yg telah syahid!
adakahi ini yg dimaksudkan oleh Israel sebagai mempertahankan rakyatnya? membunuh kanak-kanak kecil?

T_T

Kita punya 'hutang' yg perlu dibayar kepada rakyat Palestin yg telah menggadaikan batang tubuh mereka untuk mempertahankan Tanah suci ummat Islam.!
 
source : Aqsa Syarif
 
dalam tangisan mereka,mampukah kita masih bergelak ketawa?AllahuAllah..bangun rijal,bangun mujahidah!kita masih punya misi untuk Ummah..
 
belajarlah sungguh-sungguh andai itu medan jihadmu sekarang..
kerjalah sekomitmen mungkin andai itulah ruang kamu untuk menabur sumbangan..
doalah sekerap mungkin andai hanya lidahmu sahaja yang mampu digerakkan..
 
indah senyuman bidadara syurga ini.. :")
 
Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan2 mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.
Amin,amin ya Rabbal 'Alamin..
 
bicara elya : antara terus leka dengan dunia atau prihatin dengan saudara yang sedang sengsara?pilihan untuk bertindak ada dalam tangan kita..moga Allah redha dan makbulkan doa-doa kita semua..cemburu pada syuhada yang sedang tersenyum di syurga.. :')

Wednesday, November 14, 2012

langkah baru.. :)

Assalamualaikum wa salam mahabbah..
 
bismiLlah..alhamduliLlah thumma alhamduliLlah..
langkah baru demi Ummah..erti sebuah Hijrah..moga dikuatkan dan sentiasa tabah..insyaAllah.. :)
 
dan Dia masih beri kita udara Muharram 1434..maka nikmat Tuhanmu manakah lagi yang ingin kamu dustakan?tanggungjawab kita melebihi masa yang kita ada..maka ringkaskan dan permudahkanlah..
 
mengapa kaki perlu dipaku tatkala bibir kencang mengutarakan semangat..dear sahabatfiLlah dan diri,tak cukup hanya di fb dengan kata2 'selamat tahun Hijri'..harus ada langkah yang perlu disusuli..ayuh kita BERGERAK menuju redha Ilahi!
 
tatkala saudara kita di Syria sana kuat mempertahankan aqidah..tatkala pejuang Palestin berjaga demi tanah air tempat tumpahnya darah..adakah tatkala itu juga kita masih mampu lena dalam tidur yang indah?AllahuAllah..
 
 
sama-sama kita tajdid niat untuk tahun ini..moga2 setiap langkah kita tempuhi,punya manfaat buat Ummah dan diri..muhasabah hati..biizniLlah..
 
maafkan salah silap yang merantai diri..kalau ada hutang piutang,jangan malu2 untuk tuntut nanti..salam Maal Hijrah,moga diredhai..insyaAllah..
 
 
bicara elya : alhamduliLlah..1 Muharram..kembali jari-jari ini menari..mohon doa.. :)